Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,576
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 22

BAB 22

Effa masih lagi menunggu dengan sabar penjelasan dari Anisah. Seingat Effa, sudah dua jam dia dan Anisah mengadap kolam ikan di taman mini di UMMC itu. Selain menunggu penjelasan Anisah, Effa hanya mampu mententeramkan Anisah yang tidak henti-henti menangis sejak dari tadi.

Kalau diikutkan perangai gila-gila Effa itu, mahu sahaja dia meninggalkan Anisah begitu sahaja. Namun sebagai psikitiari yang professional, Effa mengenepikan soal bosan dan dia seharusnya banyak bersabar dalam menangani konflik jiwa yang dideritai oleh Anisah itu.

Dalam perkara sebegini, Effa perlu bersikap professional. Dalam menangani kes-kes sebegini, bagi sesiapa yang tidak mengenali Effa secara dekat pasti menyangkakan karektor Effa sebagai seorang yang serius namun masih ada sifat peramah dan mudah mesranya. Sedangkan hakikat sebenarnya, Effa masih lagi dengan sifatnya yang periang dan “gila-gila” itu.

Sekali pandang, Effa melihat Anisah seorang gadis yang manja dan comel. Perwatakannya mengingatkan dirinya pada sahabat baiknya Emelda.

Bezanya Emelda seorang yang peramah. “Huh.. bukan lagi peramah, mulut murai!” Keluh Effa di dalam hati mengingatkan tentang sifat Emelda itu. Namun, hatinya terasa amat rindu pada teman baiknya itu. Sudah lama dia tidak bertemu Emelda. Dia sentiasa sibuk dengan urusan kerjanya. Malah, untuk menelefon Emelda sekejap pun, dia tidak berpeluang.

Anisah yang kini sudah beransur tenang mula menarik nafas panjang. Dia memandang Effa lama. Effa hanya membalas dengan senyuman. Tersentuh hati Anisah melihat kesabaran Effa yang sudi mendengar cerita dan luahannya.

Ya.. dia perlu menceritakan segala-galanya. Selepas ini, Anisah redha atas apa sahaja hukuman yang diberikan kepadanya.

Apa lagi yang mahu dikesalkan. Nasi sudah menjadi bubur. Bayinya juga sudah tidak bernyawa. Jika ditanya perasaannya di kala ini, dia juga tidak mampu menjawab. Kosong! Tiada berperasaan…

Lemparkanlah apa sahaja kata-kata makian, cacian serta kutukan kepadanya, Anisah terima! Memang dia layak menerima semua itu. Semuanya gara-gara kerana seorang lelaki!

Ketika Pengetua Rumah Ar-Raudhah iaitu Hajjah Zaleha memberi penerangan serta nasihat kepadanya tempohari pun, Anisah masih tidak memberi sebarang reaksi. Hatinya benar-benar kosong, fikirannya bingung dan jiwanya tertekan. Jika dikatakan dirinya gila juga dia terima.

“Anisah jangan risau..di sini kami adakan bimbingan intensif fardu ain dan dalam tempoh itu juga kami akan berbincang dengan ibu dan ayah penghuni di sini cara terbaik untuk anak mereka meneruskan kehidupan selepas keluar dari rumah perlindungan ini," Kata Hajjah Zaleha ketika mula-mula Anisah diperkenalkan kepada Tuan Pengetua Rumah Ar-Raudhah itu.

“Lagipun, kami di sini hanya mengendalikan kes yang dibawa atas inisiatif ibu bapa setelah berbincang dengan pihak sekolah, IPT, hospital, polis atau jabatan kebajikan masyarakat.” Sambung Hajjah Zaleha lembut walaupun reaksi Anisah begitu dingin.

“Untuk kes Anisah, ianya adalah atas perintah mahkamah dan biasanya untuk kes yang seperti ini, Anisah akan diletakkan di Rumah Ar-Raudhah ini bagi tempoh bimbingan dua tahun” Terang Hajjah Zaleha lagi.

Anisah yang hanya mendengar memandang kosong ke arah Hajjah Zaleha masih tidak bereaksi. Hajjah Zaleha sedikit mengeluh namun riak wajahnya masih tenang dan sekali-sekala bila berbual dengan Anisah senyumannya tidak pernah lekang di bibirnya.

Effa mengeluh lagi. Tengkuknya terasa seakan kebas dan kejang akibat duduk terlalu lama di situ. Masih tenginga-ngiang lagi kata-kata Hajjah Zaleha mengenai Anisah di talian telefon.

"Bila terdedah kepada persekitaran yang tidak baik maka senanglah budaya yang tidak sihat menyerap masuk. Budak-budak ini hendakkan kebebasan, tidak suka disuruh buat itu dan ini. Dalam keadaan itu, mulalah mereka mencari suasana yang paling selesa dengan dia”.

"Inilah yang dinamakan budaya hedonisme iaitu budaya suka kepada keseronokan. Budaya ini sebenarnya telah menjadi anutan dan pegangan anak-anak muda berbanding dengan golongan tua yang lebih cenderung kepada agama," jelas Hajjah Zaleha lagi.

“Mungkin keadaan itu berlaku kerana kurang atau tiada bimbingan agama yang sepatutnya diterapkan oleh institusi keluarga. Keluarga jika tidak memainkan peranan inilah akibatnya," keluh Effa pula.

Hajjah Zaleha bersetuju dengan pendapat Effa. Beliau sambil menambah kebanyakan remaja yang menjadi penghuni Ar-Raudhah berpunca daripada ibubapa yang lemah dari segi kemahiran keibubapaan.

“Doktor Effa, satu lagi faktor yang menjerumuskan anak remaja ke kancah gejala sosial ialah menyalah gunakan kebebasan yang diberi ibu bapa,,”Luah Hajjah Zaleha.

“Saya bercakap bukan pasal Anisah seorang tapi mewakili semua remaja terutama pelajar IPT. Emak ayah bila anak sudah masuk ke IPT mereka biarkan anak-anak dengan andaian anak mereka sudah dewasa. Ini menyebabkan anak menjadi liar dan bebas kerana berfikir emak sudah bagi kebebasan dan terpulang kepada mereka untuk buat apa yang mereka suka," Sambung Hajjah Zaleha.

“Betul tu Puan Hajjah..!” Sokong Effa.

“Err..Maaf ye Puan Hajjah jika saya bertanya. Ini baru pertama kali saya mendengar mengenai Ar-Raudhah. Boleh Puan Hajjah terangkan serba ringkas tentang Rumah Ar-Raudhah ini?” Tanya Effa sopan.

“Tak ada salahnya, Doktor…Hmm.. Ar-Raudhah sebenarnya mempunyai tiga lokasi iaitu di Selangor, Kelantan dan Johor. Setakat ini Rumah Ar-Raudhah Selangor boleh menampung sehingga 40 penghuni, di Kelantan yang dibuka pada 2005 boleh menerima maksimum 30 orang.” Hajjah Zaleha memberi penerangan.

“Apa jua kes yang dirujuk ke Rumah Ar-Raudhah ini mesti dengan pengetahuan dan komitmen ibu dan ayah remaja berkenaan. Kita tidak mahu emak dan ayah yang lepas tangan. Memang anak mereka yang buat kesalahan tetapi emak dan ayah juga mesti bertanggung jawab.” Sambung Hajjah Zaleha.

“Betul tu Puan Hajjah…!” Sokong Effa lagi.

"Anak-anak bukan lahir dengan sendirinya. Kita yang melahirkan mereka sebab itu kita di Rumah Ar-Raudhah memegang kepada konsep emak ayah mesti komited dalam program pemulihan dan bimbingan anak yang hendak dimasukkan ke sini. Rumah Ar-Raudhah bukan tempat untuk pembuangan dan bukan juga tempat untuk semata-mata tumpang letak remaja mengandung” Kata Hajjah Zaleha dalam keluhannya namun masih bersemangat meluahkan pendapatnya.

Effa yang mendengar tersenyum. Memberi peluang Puan Pengetua itu meluah rasa. “Ni.. sape yang bermasalah ni?” Hati Effa tertanya-tanya namun tidak diluahkan kepada Hajjah Zaleha.

"Kita mahu bimbing mereka dan emak ayah juga perlu tahu masalah anak supaya selepas bimbingan emak ayah, ia boleh mematau perjalanan kehidupan anak mereka supaya anak itu tidak mengulangi kesalahan yang sama atau mengelakkan anak yang lain terjebak dalam kancah gejala sosial," tegas Hajjah Zaleha lagi.

“Katagori yang macamana penghuni-penghuni Rumah Ar-Raudhah ni, Puan Hajjah?” Tanya Effa ingin tahu.

“Kebanyakan remaja yang masuk ke Rrmah Ar-Raudhah ini ialah mereka yang terlanjur dan mengandung dan kini semakin banyak pula kes buang bayi.” Jawab Hajah Zaleha.

“Untuk pengetahuan Doktor Effa, Rumah Ar-Raudhah telah melancarkan kempen "Anda bijak Jauhi Zina" bermula 2008. Kempen ini mensasarkan bukan sahaja remaja dan belia tetapi juga masyarakat. Orang mungkin fikir kempen ini keras kerana menggunakan perkataan zina tetapi seperti yang saya jelaskan dalam program saya, zina ini terkandung dalam Quran. Ini ialah perkataan Allah SWT dan mudah-mudahan bila disebut akan gementarlah hati-hati yang mendengarnya," Sambung Hajjah Zaleha dengan panjang lebar.

“Bagus tu Puan Hajjah… Semoga kempen ini dapat membuka mata dan minda masyarakat kita.. agar mereka sedar bahawa gejala pembuangan bayi ini sudah di peringkat yang serius dan membimbangkan..” Sokong Effa.

“Err.. Saya nak tahu Puan Hajjah.., kemasukan Anisah ke Rumah Ar-Raudhah ni.. atas cadangan siapa ye? Adakah ibubapa Anisah sendiri?” Tanya Effa ingin tahu.

“Sebenarnya, kes Anisah ini dah masuk rekod polis kerana bayi yang dibuangnya itu telah meninggal dunia. Setelah mengetahui hal ini, ibubapa Anisah telah menyerahkan bulat-bulat anak mereka pada pihak polis. Dalam erti kata sebenar, mereka telah membuang Anisah dari hidup mereka.” Terang Hajjah Zaleha.

“Oh ye?” Sahut Effa dalam nada yang perlahan

“Sampai begitu sekali tindakan ibubapa Anisah ye…!” Sambung Effa lagi dalam nada kesal..

“Oleh kerana Anisah masih di bawah umur dan sementara siasatan kes sedang dijalankan, maka Anisah diletakkan di bawah penjagaan Rumah Ar-Raudhah untuk sementara waktu sehingga keputusan Mahkamah diberitahu kelak.” Sambung Hajjah Zaleha lagi.

“Mengapa ye.. ibubapa Anisah begitu? Dalam keadaan begini, tentu Anisah memerlukan sokongan dari kedua orang ibubapanya.” Keluh Effa lagi, tidak puas hati dengan tindakan ibubapa Anisah.

“Tak boleh nak salahkan ibubapa Anisah juga. Mereka tidak boleh menerima hakikat yang anak yang mereka harapkan telah menconteng arang ke muka mereka. Anyway, kalau Doktor Effa nak keterangan yang lebih terperinci lagi, Doktor boleh minta maklumat itu daripada Tuan ASP Azlan. Saya percaya, dia mempunyai banyak maklumat yang lebih jelas untuk Doktor Effa buat perbandingan dari maklumat siasatan polis dan cerita Anisah sendiri..” Kata Hajjah Zaleha.

“Oh ye? Okeylah.. Insyaallah, nanti saya minta maklumat itu daripada Azlan.. err.. Tuan ASP Azlan!” Jawab Effa sambil menutup mulutnya seketika akibat tersasul menyebut nama Azlan.

Petang itu juga, Effa menelefon Azlan. Reaksi pertama Azlan mendapat panggilan telefon dari Effa yang ketika itu sedang memandu kereta terus membrek kecemasan keretanya itu. Nasib baiklah tiada kereta lain yang mengekorinya. Kalau tidak, sudah tentu keretanya disondol dari belakang. Azlan.. Azlan.. gelabah tak habis-habis!

“Ya Effa.. ada apa-apa yang perlu saya tolong?” Tanya Azlan dalam nada suara yang terkawal. Gelabahlah tu!

“Hmm… saya sebenarnya nak maklumat lengkap dari Azlan mengenai Anisah, gadis yang mempunyai kes buang bayi tu.. untuk pemerhatian dan rujukan saya. Saya percaya, Azlan ada maklumat itu kan?” Tanya Effa yang kedengarannya agak formal!

“Ya.. semuanya ada pada saya. Cik Effa nak saya hantarkan sendiri atau bagaimana?” Tanya Azlan, pun dalam nada yang formal.

“Hmm… mana yang mudah dan cepatlah Azlan sebab Anisah dijadualkan berjumpa saya hari Sabtu ni. Sekarang dah hari Rabu. Kalau boleh, saya nak maklumat Anisah dulu sebelum saya berjumpa dan memberi kaunseling kepada Anisah. Awak rasa macamana?” Tanya Effa pula.

“Ohh..Ok.. kalau Effa nak suruh saya hantarkan hari ini tak sempat. Esok pagi, saya ada operasi. Hmm… ok, kita jumpa di pertengahan tempat sajalah Effa. Nanti saya serahkan maklumat itu pada awak.. Boleh?” Tanya Azlan mengusulkan cadangan.

Effa terdiam sambil memikirkan sesuatu.

“Hmm.. ok lah kalau begitu. Kita jumpa di mana ye?” Tanya Effa.

“Hmm… Effa tinggal di Ulu Yam kan? Saya ada operasi di Rawang. Jadi, kita jumpa di FRIM sajalah pukul 11.00 pagi. Setuju?” Tanya Azlan.

“Ok.. bagus jugak tu..! So.. see you tomorrow…!” Kata Effa memberi persetujuan.

“Ok.. see you..!” Jawab Azlan pula.

Effa tersedar dari menungan yang panjang. Baru dia tersedar yang dia masih lagi duduk menanti luahan rasa dari Anisah. Effa mengeluh lagi..

Memikirkan lanjutan kisah pertemuannya dengan Azlan pada pagi Khamis yang lalu. Lain perancangan dalam fikirannya, lain pula yang terjadi kisah selanjutnya! Apa dah jadi ni? Keluh Effa sendirian lagi.

Tidak mahu terlalu memikirkan “kisah” nya bersama Azlan, Anisah cuba memfokuskan dirinya dengan ‘kes’ yang berada di hadapannya itu.

“Anisah… kalau awak tak bersedia untuk menceritakan semuanya.. tak apalah. Kak Effa tunggu bila Anisah sudah bersedia nanti yee… Mari.. kita masuk dalam dan berehat…!” Kata Effa akhirnya memecahkan kesunyian.

Effa lebih gemar membahasakan dirinya “kakak” daripada menggunakan “doctor” dalam setiap perbualannya dengan pesakitnya. Dia mahu semua pesakitnya merasa selesa untuk berkongsi rasa dengannya.

“Tak.. tak apalah Kak Effa… Nisah sudah bersedia..!” Jawab Anisah pula.

Mendengar itu, Effa segera memegang tangan Anisah.

“Okey.. ceritalah.. Kak Effa dengar ni…!” Kata Effa.

Anisah menarik nafas panjang lagi. Dia melelapkan mata seketika. Fikirannya cuba menerawang jauh… jauh mengingati semula detik-detik hitam yang telah menjadikan dirinya kini tanpa sedar menjadi seorang pembunuh…!

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.