Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
270,508
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 27

BAB 27

Azlan sudah berkali-kali menaip pesanan ringkas di telefon bimbitnya. Namun setiap kali dia ingin menekan “send”, hatinya berbelah bagi. Maka, sudah beberapa kali ditaip namun dipadamkan semula pesanan ringkas itu.

“Nak telefon terus ke.. nak sms ni?” Tanya Azlan di dalam hati.

Azlan masih termenung. Sukarnya membuat keputusan…. Hendak merangka strategi dan membuat keputusan dalam situasi kerjapun tidak sesukar ini…! Keluh Azlan. Dilihatnya jam di tangan, baru sahaja pukul 9.30 malam. Terlalu awalkah atau sudah lewat untuk aku hubungi dia? Azlan masih bermonolog sendirian di situ.

Akhirnya, Azlan mencapai semula telefon bimbitnya lantas laju sahaja jarinya mendail nombor telefon seseorang.

“Assalammualaikum…!” Sapa Azlan perlahan apabila panggilannya menembusi talian. Cuba mengawal tonasi suara takut-takut suara ketarnya didengari oleh orang yang dihubunginya itu.

“Waalaikummussalam….” Hanya beberapa saat, sapaan Azlan berjawab.

Mendengar suara lunak di hujung talian itu, Azlan mula menggelabah. Alamak! Apa nak cakap ni? Azlan terkial-kial mencari idea untuk memulakan bicara. Azlan… Azlan…!

“Err… Effa..! Saya tak mengganggu ke ni?” Tanya Azlan.

Terdengar Effa ketawa lembut di hujung talian.

“Azlan, sekarang dah pukul 9.30 malam. Waktu bekerja saya dah habis. So.. awak tak mengganggu saya pun..” Jawab Effa tenang.

“Apa awak buat tu?” Tanya Azlan. Dia sudah mula rasa selesa untuk berbual dengan penerimaan mesra dari Effa.

“Saja.. duduk-duduk dan relax. Menenangkan fikiran setelah penat bekerja…” Jawab Effa.

“Tentu tertekan kan bila berhadapan dengan pesakit yang sudahlah ada tekanan jiwa, makin bertambah lagi tekanan yang dirasa..” Kata Azlan.

Effa hanya ketawa mendengar kata-kata Azlan.

“Saya dah biasa tu semua, Azlan.. Awak pun sama jugakkan? Hari-hari berdepan dengan penjenayah yang selalu memberi awak tekanan..” Kata Effa.

“Ha.. tu la pasal. Silap-silap saya pun boleh masuk katogari untuk menjadi pesakit Effa..!” Gurau Azlan.

“Free pulak awak malam ni?” Tanya Effa setelah tawanya reda mendengar kata-kata gurauan Azlan tadi.

“Bolehlah.. baru habis operasi di Kluang, Johor. Samalah macam awak gak.. duduk berehat sambil menenangkan fikiran..” Jawab Azlan.

Mereka berdua akhirnya ketawa gelihati. Selepas itu, perbualan menjadi semakin rancak. Dari satu topic ke satu topic. Sehinggalah Effa menyedari bahawa dia sudah lama berbaring sambil memegang telefon bimbitnya yang sudah terasa panas akibat terlalu lama memegangnya!

“Awak.. errr.. kita ni.. dah nak dekat 2 jam bergayut ni! Dah lama sangat ni..!” Kata Effa sedikit beralas untuk menyedarkan Azlan yang makin rancak berborak.

“Ehh.. ya laa..! Tak perasan plak saya..! Sorry ehh awak..! Berborak dengan awak seolah-olah macam awak ada kat depan saya ni!” Kata Azlan sambil ketawa.

“Hisshh.. ada-ada ajelah awak ni, Azlan. Okeylah.. nanti bila senang kita borak lagi lah ye..” Kata Effa.

“Ya laa… insyaallah..! Thanks kerana sudi melayan perbualan saya ni..” Kata Azlan.

“No hal, Azlan..! Okeylah… assalammualaikum…”

Sebaik sahaja salam Effa dijawab, talian Effa lantas diputuskan. Manakala Azlan menarik nafas lega sambil tersenyum puas hati.

“Hmm… barulah boleh tidur dengan nyenyaknya malam ni..” Kata Azlan sendirian sambil tersenyum panjang.

Direbahkan badannya ke atas katil lantas menarik selimut menyelubungi separuh tubuhnya. Dengan sisa senyuman yang masih menghiasi bibirnya, Azlan akhirnya terlena di situ.

********************

Di waktu yang sama, Effa masih lagi berbaring-baring di atas katil. Matanya tidak mahu lelap pula setelah melayan perbualan Azlan tadi. Masih memikirkan tentang Azlan. Sejak akhir-akhir ini, nama Azlan sering disebut-sebut dan wajah Azlan sentiasa terbayang-bayang di ingatannya. Normalkah perasaannya itu? Tanya Effa sendirian.

Effa tidak lagi mahu menafikan perasaannya itu. Makin dilupakan makin ianya semakin menggamit perasaan. Dia sudah serik dengan apa yang telah dilakukannya pada Azlan tiga bulan yang lepas. Keegoannya akhirnya memakan diri sendiri. Sudahnya, dia juga yang merana ditimpa perasaan! Masih jelas di ingatannya akan insiden yang akhirnya telah merapatkan lagi persahabatannya dengan Azlan…

Effa menyedari semenjak Effa mengendalikan kes Nur Anisah, Azlan semakin kerap menghubunginya, tidak kira melaui panggilan telefon mahupun menghantar pesanan ringkas yang kadangkala hanya sekadar bertanya khabar, sudah makan atau belum dan pertanyaan-pertanyaan remeh. Timbul curiga di hati Effa kerana Effa amat memahami tugas-tugas seorang polis apatah lagi Azlan yang berpangkat ASP itu.

“Mamat polis ni.. tak ada kerja ke? Sempat pulak dia nak bercalling-calling dan hantar sms kat aku nihh?” Effa tertanya-tanya. Menyedari Azlan seorang yang lurus dan pada pandangannya Azlan kurang pengalaman berkawan dengan perempuan, timbul idea nakal di fikiran Effa untuk mengenakan Azlan.

“Awak… nak Tanya satu soalan boleh tak?” Tanya Effa ketika Azlan seperti biasa menghubunginya pagi itu.

“Tanyalah.. apa dia?” Tanya Azlan.

“Hmm… kalau kerap menelefon dan menghantar sms kepada seseorang, adakah dikira satu perbuatan jenayah juga?” Tanya Effa serius.

“Bergantung kepada jenis panggilan dan sms yang dihantar, samada adakah ianya berunsur ugutan, lucah atau sebagainya. Kenapa? Awak dapat panggilan dan sms sebegitu ke?” Tanya Azlan yang mula serius.

“Belumlah lagi setakat ini, Masalahnya, panggilan telefon tu.. kadangkala sampai tujuh atau lapan kali dalam sehari. Sms pun.. biasa aje tapi rasa-rasanya lebih dari sepuluh sms yang saya terima dalam sehari. Saya musykil juga, dia tu kan seorang yang sibuk dalam kerjayanya tapi ada masa pulak untuk buat kerja-kerja macam ni..” Kata Effa.

Di luar talian, bagai nak rak Effa menahan tawa dari terhambur keluar. Namun tiba-tiba tiada apa-apa respon dari Azlan walaupun Effa pasti talian masih belum diputuskan.

“Hello… awak?.. Hello… Azlan!” Panggil Effa, mula terasa pelik dengan sikap Azlan yang berubah tiba-tiba. Terdengar Azlan mengeluh di hujung talian.

“Awak maksudkan panggilan tu dari saya ye? Saya mengganggu awak ke selama ni? Why don’t you straight to the points? Kenapa mesti nak perli-perli saya macam ni?” Tanya Azlan perlahan namun kata-katanya itu bisa menikam terus ke jantung Effa.

“Err.. saya… saya.. tak…” Effa tergagap-gagap ingin menjawab namun kata-katanya sempat dipotong oleh Azlan.

Fine then! Saya faham. Sorry lah kalau saya mengganggu awak selama ini. Okey, thanks for everything. Assalammualaikum….” Serentak itu, talian diputuskan. Effa terpinga-pinga.

“Apa yang dah aku buat ni?” Tanya Effa seperti orang kebingungan. Niat hanya untuk bergurau rupa-rupanya telah disalah ertikan oleh Azlan. Effa tidak pula menyangka bahawa Azlan menganggap kata-katanya itu begitu serius sekali. Effa cuba mendail semula telefon Azlan namun Azlan telah mematikan talian telefon bimbitnya.

“Tak mengapalah… mungkin dia marah padaku lagi. Aku cuba call dia esok..!” Kata Effa di dalam hati.

Namun selama seminggu dalam setiap hari, Effa cuba membuat panggilan kepada Azlan tetapi Azlan hanya mematikan taliannya. “Apa hal pulak mamat ni? Takkan merajuk sampai begitu sekali!” Effa tertanya-tanya sendirian.

Sudahnya, dek kerana sibuk dalam mengendalikan pelbagai kes, Effa semakin “lupa” tentang Azlan. Namun dalam pada itu, Effa merasakan hari-hari yang dilaluinya semakin hambar dan ada ‘kekurangannya’. Sehinggalah suatu saat, Effa tidak boleh menafikan tentang perasaan hatinya yang semakin hari semakin ‘rindu’ kepada Azlan.

Namun Effa tidak pasti mahukah Azlan melayan panggilan darinya? Mahukah Azlan memaafkan dirinya? Akhirnya, Effa tiada pilihan lain selain meluahkan segala yang terbuku di hatinya kepada teman baiknya merangkap penasihatnya, Emelda. Seperti yang dijangkakan, setelah mendengar luahan hati Effa, Emelda ‘menyerang’ Effa cukup-cukup.

“Itulah kau..! Kalau nak buat lawak antrabangsapun.. agak-agaklah sikit.! Kalau aku pun.. harus aku tersentap macam tuhh..! Hahh.. dah berapa lama dia boikot tak call kau ni?” Tanya Emelda.

“Dah… nak sebulan lebih dah!” Jawab Effa perlahan.

What??!! Mak Cik oiii.. kalau aku pun.. memang patut hati aku jadi beku tak nak cakap ngan kau lagi..! Selama sebulan lebih tu.. kau tak cuba-cuba nak call dia lagi?” Tanya Emelda seperti polis lagaknya ketika menyoal.

“Adalah sekali dua.. dia tak jawab pun.. aku pulak busy dengan macam-macam kes..Mana sempat..!” Jawab Effa.

“Kalau macam tu lah gayanya.. sampai bila benda ni selesai? Kalau layan kepala kau yang ego tu.. sampai bila kau tak berlaki tau tak?” Bebel Emelda.

“Isshhh… takkanlah aku jugak yang salah? Yang mamat tu pun satu.. merajuk macam perempuan! Sikit-sikit dah lah..! Lemaslah aku!” Rungut Effa.

“Lemas-lemas pun.. aku tengok.. kau yang terover macam kucing bunting setahun tak beranak-ranak! Eloklah kau orang berdua ni.. Masing-masing ego! Suka hati koranglah..!” Kata Emelda.

“Abis… aku nak buat macammana ni Mel?” Tanya Effa kebingungan.

Emelda tersengih-sengih memandang Effa dengan pandangan yang bermakna.

“Hello pompuan...! Don’tgive me that kind of look, okay! I’m serius..!” Tegas Effa. Mendengar itu Emelda ketawa kuat. Macam Pontianak pula lagaknya!

“Hai.. Effa..! Inilah first time aku Nampak kau betul-betul serius pasal lelaki, kau tau tak! Okay.. aku puji dengan sikap kau sebab kau tak ambil peduli pasal ugutan pompuan gila tu lagi.. That’s good!” Effa memandang Emelda dengan pandangan yang tajam.

“Well.. aku bukan berniat apa-apa pun.. Aku sekadar nak berkawan je..!” Jawab Effa.

“Aku tau.. kau suka kat mamat tu.. Tak usahlah kau nak tolak hakikat sebenarnya Mak Cik Oii…! Kau dah mula rasa rindu kat dia kan.. Its okay beb..! Normallah tu.. Hmm.. apa yang aku boleh cadangkan.. kau call dia lagi sampai dapat dan minta maaf. Itu aje.. Boleh?” Terang Emelda.

“Tapi…..” Effa terhenti di situ.

“Tapi apanya?..” Tanya Emelda.

“Kau rasa.. okey ke aku contact dia? Nanti.. girlfriend dia si Surya tu cari aku dan tuduh aku rampas boyfriend cam ner?” Tanya Effa pula.

“Aduhhh.. pedulikanlah pompuan sewel tu.. Masalah kau sekarang ni.. kau dah sakitkan hati Azlan, bukannya si Surya tu. Kau kena minta maaf kat Azlan. Dan pompuan sewel tu.. tak ada kena-mengena dalam cerita kau nihh..” Kata Emelda selamba.

Effa terdiam. Memikirkan kata-kata Emelda tadi. Masih berkira-kira samada ingin menghubungi semula Azlan atau tidak. Separuh hatinya ingin menghubungi Azlan dan meminta maaf. Separuh lagi hatinya, tidak mahu Azlan menganggap dirinya yang terhegeh-hegeh pada Azlan. Effa mahukan persahabatannya dengan Azlan berterusan tanpa terlalu awal terikat dengan perasaan. Masih banyak perkara yang ingin Effa ketahui mengenai Azlan sebelum betul-betul membenarkan hatinya berperasaan lebih daripada itu terhadap Azlan. Harap-harap, Azlan memahami dirinya itu.

Petang itu, setelah pulangnya Emelda dari memberi segala nasihat dan tidak dilupakan juga kutukan, Effa memberanikan diri menghubungi Azlan. Tidak sampai sepuluh saat,panggilan Effa dijawab oleh Azlan. Setelah bertanya khabar dan sebagainya, Effa terkelu seketika. Tidak tahu apa lagi mahu dibualkan.

“Azlan.. saya.. saya.. sebenarnya.. nak.. nak.. minta maaf pasal apa yang telah saya katakan dulu tu.. Memang silap saya.. mulut ni.. celupar sangat… saya..” Belum habis Effa menyudahkan ayatnya, Azlan memotong.

“Effa.. saya tak terasa hati pun apa yang awak cakap tu.. Memang patutpun awak cakap macam tu sebab saya ni memang mengganggu Effa. Saya faham tu.. Maaflah, saya tak dapat nak jawab panggilan-panggilan awak selepas itu.. Saya ada operasi besar yang memerlukan penumpuan saya seratus-peratus kepada kes tu. Sorry ehh…!” Terang Azlan.

“Sekarang.. operasi tu dah habis ke?” Tanya Effa.

“Alhamdulillah… baru selesai. Errr…Effa…..!” Lembut Azlan memanggil.

“Ya…!” Dengan lembut juga Effa menjawab.

“Lepas ni.. boleh saya call Effa lagi? Maksud saya.. jika ada kelapangan?” Tanya Azlan.

“Boleh awak..! Tak ada alasan pun saya nak marahkan awak sebab mengganggu. Kata-kata saya dulu tu.. cuma bergurau jer…” Jawab Effa.

Thanks!” Jawab Azlan gembira.

Bagi Effa, itu adalah satu perkara yang melegakan dirinya. Di dalam hatinya berdoa moga ini merupakan sesuatu permulaan yang baik untuk membenarkan hatinya memikirkan tentang lelaki. Mungkin.. sudah tiba waktunya aku berteman! Fikir Effa sambil tersenyum.

Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.