Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,090
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 6

BAB 6

“Huh… Adik ni.. kalau dah bershopping sampai tak ingat dunia… Apasal tak beli sekali Central World tu?” Rungut Irwan Hafizy terhadap adik bongsunya itu. Dia masih lagi memandu dalam keadaan yang tenang.

Terdengar hilai tawa Effa di tempat duduk belakang.

“Alah… Angah ni..! Bukan selalu… Bagilah adik chance nak release tensionsebelum adik memulakan tesis adik ni..!” Jawab Effa dengan gaya manjanya.

“Ayah.. cuba Ayah tengok anak dara kesayangan Ayah ni…! Nasib baik Irwan ada.. Lain kali.. Irwan dah tak nak tolong lagi dah..! Malu Irwan dengan penguasa kastam si Hairy tuh.. Siap dia perli-perli lagi Irwan Ayah..!” Adu Irwan Hafizy kepada ayahnya, Abdullah Said yang duduk di sebelahnya.

“Alah Irwan..! Bukan selalu Adik mintak tolong. Inilah baru pertama kali dia mintak Irwan tolong dia.. Kalau tak abang ngahnya, siapa lagi..?” Jawab si ayah sambil memandang Effa di belakang dengan tersenyum-senyum.

Effa yang mendengar, ketawa.

“Alah… Angah… inilah adik bongsu kesayangan Angah yang ada. Dah tu.. adik perempuan tunggal.. Pada siapa lagi.. Adik nak mintak tolong.. kan Ayahh…!” Kata Effa dengan lenggok manjanya.

Sudah lama benar dia tidak bergurau senda dengan abang keduanya itu. Di antara Irwan Hafizy dan abang sulungnya Ikhwan Hakimi, Effa rapat dengan Irwan Hafizy. Lagipun, jarak usia mereka hanya empat tahun sahaja.

Mereka berdua bagaikan belangkas. Ke mana sahaja Irwan Hafizy bermain pasti dia akan membawa adiknya itu. Selalunya, jika ada rakan-rakan yang mengusik mahupun mengejek Effa, Irwan Hafizylah orangnya yang akan mempertahankan adiknya itu. Justeru itu, tidak mustahillah Effa mempunyai karektor yang lasak dan kasar. Malah adakalanya dia berlagak seperti seorang lelaki hanya kerana terikut-ikut cara abangnya itu.

Abang sulungnya pula agak serious dan pendiam orangnya. Kurang bergurau dan selalunya lebih banyak mengarah adik-adiknya. Namun, Effa dan Irwan Hafizy memang menghormati abang sulung mereka itu.

Mungkin sifat-sifat semulajadi yang ada pada abang sulungnya itu, maka memang layaklah Ikhwan Hakimi menjadi seorang pegawai tentera di dalam Angkatan Tentera Malaysia yang kini sudahpun berpangkat Leftenan. Buat masa ini, Ikhwan Hakimi berada di Lubnan atas tugas-tugas khas yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk jangkamasa yang belum ditentukan lagi oleh kerajaan.

Irwan Hafizy memandang Effa dari cermin keretanya itu sambil menjeling.

“Huh… nak bodeklah tuhh..! Tak berubah-ubah perangai…!” Rungutnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Irwan Hafizy sememangnya rindukan adiknya itu. Sudah lima tahun Effa di luar Negara kerana melanjutkan pelajaran. Jika pulangpun, hanya dua kali sahaja dalam jangka masa lima tahun itu.

Hanya e-mail dan telefon sahaja penghubung mereka. Tambahan pula, dia juga sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang peguam. Apatah lagi Irwan Hafizy sudah dua tahun membuka firma guamannya sendiri. Maka, atas kesibukan itulah dia agak jarang menghubungi Effa malah untuk melawat ayahnya juga Cuma seminggu sekali sahaja.

Namun, Irwan Hafizy sebenarnya bengang dan mungkin lebih kepada berasa malu apabila kawan baiknya, Hairy yang bekerja sebagai penguasa kastam di KL LCCT itu memperlinya.

Memang Irwan Hafizy meminta bantuan Hairy agar dapat mengurangkan cukai barang-barang luar Negara yang dikenakan ke atas Effa. Malah Hairy juga mengatakan kesediaannya menolong Effa.

Namun Irwan Hafizy tidak pula menyangka Effa membawa pulang barang-barang membeli-belahnya sampai lima beg! Bukan sahaja Hairy malah staff-staff kastam yang lain mentertawakannya.

“Bro… aku rasa.. adik kau ni.. elok kahwin dengan mamat kat Siam tuhh.. Leh shopping hari-hari!” Kata Hairy sambil tergelak-gelak.

“Eh… daripada suruh adik kau kahwin dengan mamat kat Siam tuhh.. baik dia kahwin ngan aku jer..! Kalau setakat 10kg – 15kg extra luggage, isshh.. pejam mata ajer!” Sakat Hairy lagi.

“Melampau lah gurau kau tu Bro! Bini kau tu.. mana kau nak letak? Jangan nak carik nahas pulak!” Tegur Irwan Hafizy mula naik angin dengan gurauan Hairy.

“Alaa… relax lah Bro! Aku gurau jer lah!! Itu pun kau nak emo sangat!” Pujuk Hairy apabila melihat Irwan Hafizy sudah merah padam mukanya menahan geram.

Irwan Hafizy sedikit tenang. Mujurlah Hairy juga yang menolongnya, kalau tidak, mahu berdarah mulut Hairy itu Irwan Hafizy kerjakan! Bukan marah tetapi dia merasa terhina dengan kata-kata perli yang ditujukan untuk adiknya itu.

Effa ketawa lagi. Dia tahu… Walaupun Angahnya itu seorang yang agak panas baran namun Effa yakin Angahnya akan buat apa sahaja untuknya. Mungkin ada sesuatu peristiwa di KL LCCT tadi yang membuatkan Angahnya itu bengang. Kalau tidak, masakan Angahnya itu merungut-rungut.

Abdullah Said yang memerhatikan gelagat anak-anaknya itu hanya ketawa. Hatinya gembira sekali di atas kepulangan anak perempuannya itu ke tanahair. Pegawai tentera berpangkat Mejar yang telah bersara itu menarik nafas lega.

Rumahnya dan juga hidupnya lima tahun lalu yang sunyi kini bakal terisi dengan kehadiran anak kesayangannya itu di sisi. Rumah agam yang didudukinya di Ulu Yam itu sememangnya sunyi sejak Effa melanjutkan pelajarannya di Universiti Harvard dalam bidang psikologi kaunseling bagi mendapatkan ijazah doctor falsafah PHDnya itu.

Memang dia yang menggalakkan anak perempuannya itu melanjutkan pelajarannya di luar Negara. Jika dihalangpun, anak gadisnya itu pasti akan bertindak membuat keputusan sendiri. Dia percaya anak gadisnya itu boleh menjaga dirinya sendiri dan yakin akan keteguhan hati anaknya itu.

Seperti nama yang diberikan pada anaknya; Iffa Hurriyah yang membawa maksud suci terpelihara, tahu harga diri dan Hurriyah sendiri membawa maksud bidadari. Itulah pengharapannya dan juga arwah isterinya agar anaknya yang dianggapa bagai bidadri itu pandai menjaga dan memelihara maruah diri walau di mana sahaja dia berada.

“Hmm… Ayah… barang-barang Adik dah sampai ke?” Tanya Effa yang memecahkan kesunyian antara mereka.

“Dah Adik.. Semalam. Banyak betul yee.. barang-barang adik tu..! Apa yang adik beli kat London tu sampai begitu sekali banyaknya?” Tanya Abdullah Said.

Effa hanya tersengih. Namun belum sempat dia menjawab, Irwan Hafizy menyampuk:

“Hisshhh… Ayah takkan tak kenal Adik..! Mana-mana tempat yang disinggahnya.. semuanya dia nak beli buat kenangan.. Tu.. yang kat rumah kita tu.. dah nak penuh koleksi-koleksi Adik aje..!”

“Hahhha… Tau tak pe.. Angah! Ayah… Adik dah jelajah hampir separuh benua Eropah.. Mestilah banyak koleksi yang Adik kumpulkan dari sana…!” Jawab Effa sambil ketawa.

Abdullah Said tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Anak gadisnya itu memang menyukai sesuatu yang adventure dan segala aktiviti yang lasak dan mencabar.

“Ha.. dah jelajah hampir separuh dunia tu.. takkanlah tak ada makhluk Allah yang bergelar lelaki yang sesuai dijadikan suami Adik oiii..!” Usik Irwan Hafizy.

“Angah ingat Adik ni macam musang berjanggut ehh? Merantau ke pelusuk dunia semata-mata nak mencari jodoh? Ishhh… tak naklah Adik…!” Kata Effa.

“Hai.. sampai bila nak pegang gelaran andalusia ni?” Giat Irwan Hafizy lagi. Sengaja dia ingin menyakat adiknya itu.

“Alah Angah ni!! Cakap orang… Along dengan Angah sendiri pun lum kahwin lagi.. Takkan Adik nak langkah bendul plak! Lagipun… tak payah susah-susah nak cari. Biar dia datang sendiri…” Jawab Effa.

“Ewahh.. cantik muka! Awak tu.. orang perempuan.. kami ni..lelaki. Tak kisah nak kahwin lambat ke.. awal ke… Esok-esok.. dah tak laku.. baru padan muka!” Sakat Irwan Hafizy lagi.

“Ayah…! Tengoklah Angah ni!! Suka sakat orang tau…!” Rengek Effa manja.

“Irwan…! Sudah-sudahlah tu… Korang berdua ni.. pantang jumpa.. mesti nak bertekak..! Adik tu baru je balik….!” Tegur si Ayah.

Effa ketawa sambil menaikkan ibu jarinya kepada Irwan Hafizy.

“Huh... dah tua pun masih mengada-ngada!” Ejek Irwan Hafizy.

Serentak itu juga, Effa menepuk bahu si abang dengan kasar. Abdullah Said hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Itu juga salah satu cara mereka adik-beradik melepas rindu.

Sudah lama tidak mendengar gurauan mereka adik-beradik. Masing-masing dengan kesibukan dan urusan sendiri. Memang sejak Effa ke luar Negara, Abdullah Said benar-benar rasa sunyi dan sepi.

Kesepian yang dirasakan bukan sejak Effa tiada malah semenjak pemergian arwah isterinya yang tercinta Nor Aishah sepuluh tahun yang lalu akibat mengidap penyakit kanser payudara.

Nor Aishah merupakan insan dan wanita yang amat dicintainya. Dialah teman yang sentiasa berada di sisinya di kala kesenangan dan kesusahan. Merupakan penguat semangatnya di kala dia sedang menghadapi apa jua masalah. Seorang isteri yang teramat setia pada suaminya dan sentiasa memastikan dirinya tidak membawa apa-apa masalah kepada suaminya.

Sehinggakan ketika Nor Aishah disahkan mengidap penyakit kanser payudara tahap keempat, Nor Aishah masih lagi meyakinkan suaminya bahawa dia tidak apa-apa.

Pemergian arwah Nor Aishah sesungguhnya memberi kesan yang amat mendalam kepada jiwa Abdullah Said. Selama ini di mana ada Abdullah Said, di situ ada Nor Aishah. Hidupnya seperti tidak lengkap jika tiada Nor Aishah di sisi.

Abdullah Said memakan masa yang agak lama untuk membiasakan dirinya dengan ketiadaan isteri tercintanya. Jiwanya sudah hilang entah ke mana. Anak-anak pula sudah putus cara bagaimana untuk “mengembalikan semula” ayah mereka ke pangkuan keluarga.

Effa yang pada ketika itu baru sahaja mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPMnya terpaksa menunda hasratnya untuk melanjutkan pelajaran. Tidak sampai hati pula membiarkan si ayah yang hidup tak ubah seperti orang hilang pedoman. Ayahnya perlu dibantu. Ayahnya perlu ditemani seseorang. Justeru itu, Effa tidak kisah jika dia terpaksa mengorbankan cita-citanya sementara waktu demi menemani dan melayani ayahnya itu.

Sehinggalah tiga tahun lamanya Abdullah Said akhirnya ‘tersedar’ dan kembali kepada dirinya sendiri. Dia menyesali atas apa yang telah terjadi kerana tidak mahu menerima hakikat dan ketentuan Ilahi. Lebih kesal lagi apabila dia turut ‘memaku’ kehidupan remaja satu-satunya anak perempuannya itu.

Maka, itulah sebabnya Effa memulakan pengajiannya agak lewat dari usia yang sepatutnya. Atas pengalaman dalam memulihkan ‘jiwa’ ayahnya itu, justeru bidang psikologi dan kaunseling menjadi pilihan Effa dan mungkin factor keserasian jiwanya juga memilih bidang ini.

Keterujaan dan minat yang mendalam dalam bidang ini membuatkan Effa tidak pernah merasa jemu mahupun berhenti mempelajari pengkhususan ini.

Maka, atas galakan ayahnya juga yang sememangnya merasa bersalah terhadap Effa, selepas mendapat Ijazahnya, Effa meminta kebenaran untuk melengkapkan PHDnya. Bagi Abdullah Said, itulah satu cara bagi dia menebus kesalahan dirinya daripada membiarkan Effa mengikut kemahuannya sebagai ayah.

Dalam masa yang sama, Abdullah Said mengambil initiatif untuk memperdalamkan ilmu agamanya dengan berguru dengan seorang tokoh agama. Tidak mahu lebihan tapak rumahnya di Ulu Yam itu terbiar begitu sahaja, Abdullah Said telah mewakafkan tanah lebihan itu dan seterusnya telah mendirikan sebuah rumah yang dilengkapi enam kelas di mana kelas-kelas itu digunakan untuk kanak-kanak dan remaja-remaja di kawasan sekitarnya belajar mengaji, fardhu ain dan aktiviti kelas tambahan.

Kehidupannya kini lebih terisi apatah lagi Abdullah Said merupakan penaung rumah itu yang dipanggil “Baiti Ilmi” yang bermaksud rumah ilmu.

Apa lagi yang dimahukan oleh Abdullah Said di kala ini kerana segala penderitaan jiwanya telah pulih malah dilimpahkan Allah dengan rezeki ini yang tidak ternilai iaitu kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya…

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.