Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYA TETAP NAK AWAK!
SAYA TETAP NAK AWAK!
Aida Adia
23/8/2013 13:07:43
271,137
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 12

BAB 12

“Hmm… dia nak tegur kau tadi.. tapi dia segan..!” Kata Izad di sebelah Effa apabila Shameer mula mendekati meja makan mereka.

“Laa.. apasal nak segan pulak..!” Balas Effa, sedikit gugup.

Izad hanya menggelengkan kepalanya sambil tersengih. Dalam pada itu, Shameer sudah tiba di meja Gayanya masih seperti dahulu. Tertib dan teratur gaya “gentleman” namun ada ketegasan di situ.

“Assalammualaikum…” Tegur Shameer sambil tersenyum.

Effa dan semua yang berada di meja itu menjawab salam. Izad beralih ke kerusi lain bagi memberi ruang untuk Shameer duduk di sebelah Effa. Sementara itu, Effa hanya tersenyum memandang Shameer.

“Lama kita tak jumpa yee...! Dengar cerita.. Effa study kat oversea ye?” Tanya Shameer memulakan perbualan.

“Ya.. baru sebulan balik.. Shameer apa khabar? Kerja mana sekarang? Dah berapa orang anak dah?” Tanya Effa.

Shameer memandang Effa sambil tersenyum.

“Kau masih tetap cantik lagi..Effa!” Detik hati Shameer. Senyuman Effa masih membuatkan hati lelakinya bergetar bukan sahaja waktu ini malah sejak dari zaman persekolahan dahulu.

Senyuman itulah yang membuatkan dirinya sentiasa tidak keruan dan sentiasa terkenang-kenang. Puas sudah dia menjejaki Effa selepas tamat persekolahan namun gagal. Cuba mencari Emelda yang Shameer memang tahu Emelda merupakan sahabat baik Effa. Namun, dia juga gagal menghubungi Emelda. Begitu juga dengan rakan-rakan sekolah yang lain. Semuanya memberi jawapan yang sama bahawa mereka tidak pernah mendengar khabar Effa lagi.

Sehinggalah, Shameer akhirnya terpaksa menerima pilihan jodoh yang dipilih oleh ibunya di Johor. Dia pasrah atas jodoh yang telah ditentukan untuknya. Bukan tidak bahagia hidup bersama Maria, isterinya itu namun ada kalanya, hatinya tetap mengingati Effa.

Shameer sebenarnya menghadiri Reunion ini dengan penuh harapan agar dapat bertemu semula dengan Effa. Tidak disangka pula di sini rupanya dia bertemu gadis yang pernah dipujanya sewaktu ketika dulu. Dan ternyata.. gadis itu semakin cantik dan anggun. Berseri lagi bila memakai tudung. Namun perkhabaran yang disampaikan oleh Izad petang tadi bahawa Effa masih lagi belum berkahwin, amat memeranjatkannya.

“Takkan tak kahwin lagi Bro? Punyalah cun melecun dan ramai peminat. Takkan sorang pun tak berjaya memiliki hati Effa?” Tanya Shameer terkejut dengan cerita yang disampaikan Izad itu.

“Huh..! Manalah aku tau.. Takkan kau tak kenal pompuan tu.. kepala batu dan degil.. Ikut kepala dia aja.. Agaknya lelaki pun fikir banyak kali nak ambil dia jadik ister!” Jawab Izad sambil tersengih.

“Eh kau ni Izad..! Tak baik cakap cam tuhh.. ke.. kau yang tak puas hati si Effa tu tak nak kat kau..!” Usik Shameer pula. Izad hanya mendengus namun masih lagi tersengih-sengih.

“Shameer…! Shameer…!” Panggil Effa.

Effa merasa pelik bila Shameer merenungnya seakan-akan ingin menembusi tubuhnya itu. “Apahal pulak mamat ni?” Hati Effa tertanya-tanya. Shameer yang tiba-tiba seakan baru tersedar dari mimpi itu berdehem dan tersenyum malu.

“Err.. sorry! Effa tanya apa tadi ye?” Tanya Shameer tersengih.

“Shameer.. awak ‘belayar’ ke mana tadi? Hehehhe… Effa Tanya.. Shameer kerja apa sekarang? Anak dah berapa orang?” Tanya Effa sambil tersenyum manis.

Hati Shameer berdegup kencang bila melihat senyuman Effa itu. Apatah lagi diserikan dengan sepasang lesung pipit di pipinya. Rindunya..!! Jerit hati Shameer.

“Ohh… saya sekarang dah jointangkatan tentera dalam unit perisikan. Alhamdulillah.. dah tiga orang dah anak saya…” Jawab Shameer.

“Ohh.. really? Alhamdulillah… Effa pun tumpang gembira.” Kata Effa ikhlas.

Belum sempat Shameer menyambung kata, tiba-tiba Zalyha sudah berdiri di hadapan pentas dan seterusnya memulakan majlis. Shameer terpaksa akur. Majlis dimulakan dengan tayangan slide yang memaparkan gambar-gambar bekas pelajar-pelajar SDASA yang dikumpulkan sebelum ini.

Entah mengapa, kebanyakan gambar yang dipaparkan adalah gambar Effa yang memenangi pelbagai pertandingan.

“Ehh.. apasal banyak gambar aku ni?” Tanya Effa tidak puas hati.

“Sebab kau.. muka wanted! Tu pasal.. stok yang ada pun.. banyak gambar kau aje!” Tiba-tiba Rahmat yang duduk di meja sebelah bersuara.

“Setuju!!” Jerit Icha dari meja “Pearl”.

Sudahnya, semua yang berada di dalam dewan itu riuh bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Rahmat. Effa tidak terkata.

“Nampaknya.. Effa ni masih lagi wanted!” Kata Shameer penuh makna di sebelah Effa.

Effa hanya mampu tersenyum sahaja. Habis tanyangan slide, maka majlis dimulakan dengan acara permainan dan diselangi dengan nyanyian karaoke bagi sesiapa yang berminat ingin menyanyi.

Ketika itulah, tiba-tiba pintu dewan bersebelahan pentas dibuka seseorang. Semua mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka itu. Tidak lama kemudian, masuk seorang perempuan yang berpakaian kaften moden berwarna merah dan bersanggul di kepala.

“Assalammualaikum… Sorry friends.. I’m late..! Ada masalah dalam perjalanan tadi..” Kata perempuan itu sambil tersipu-sipu malu.

“Ehh… Surya..! It’s okay… welcome to our Reunion.. silalah masuk!” Jemput Zalyha menerusi mikrofonnya.

Surya yang agak malu-malu itu tercari-cari kerusi yang kosong. Dia memerhati sekeliling.

Dalam masa yang sama, Emelda menyiku lengan Effa. Effa menoleh ke arah Emelda dengan pandangan ingin tahu.

“Mak Cik, kau kenal tak pompuan tu?” Tanya Emelda sambil memuncungkan bibirnya ke arah Surya yang sedang tercari-cari tempat duduk.

“Ha.. macam aku pernah dengar nama Surya tu.. tapi.. tak pastilah. Siapa dia ekk?” Tanya Effa dengan muka “blur” nya.

“Aduh.. takkan kau tak kenal.. Surya.. musuh tradisi kau dulu.. ! Minah ni memang selalu bengang dengan kau dululah.. Alah.. pompuan gedik yang tergila-gilakan cikgu pelatih maktab tu.. apa ke nama dia.. haa… Cikgu Hasrul. Tapi.. Cikgu Harul dah tangkap cintan kat kau pulak..! Kau tak ingat?” Tanya Emelda cuba mengajak Effa mengingati kisah lalu. Beria-ia benar dia meyakinkan Effa agar Effa mengingati siapakah Surya itu.

Shameer di sebelah tidak dipedulikan. Akhirnya Effa tersenyum.

“Ohh… ok.. aku ingat siapa Surya ni.. Hmm… apalah lembab aku nih..! Susah benar nak mengingat benda-benda macam nihh..!” Kata Effa sambil ketawa gelihati.

“Haa… tau tak apa..!” Selamba sahaja Emelda menjawab sambil dibalas dengan jelingan tajam serta cubitan dari Effa. Emelda terjerit kecil.

“Padan muka!” Balas Effa.

“Surya! Sini!” Tiba-tiba Izad menjerit memanggil Surya sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya. Surya menoleh ke arah Izad sambil tersenyum dan terus menuju ke arah Izad. Ketika dia mahu duduk di kerusi bersebelahan dengan Izad, Surya seakan terkejut bila melihat Effa.

“Hai Surya..! Apa khabar?” Tegur Effa lembut.

Surya hanya tersenyum namun hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia memandang Emelda di sebelah. Emelda tersenyum kepadanya dan Surya juga begitu.

Majlis kemudiannya menjadi semakin rancak dengan pelbagai acara yang lebih menarik. Bagi Effa dan Emelda, peluang ini digunakan sepenuhnya untuk berbual dengan rakan-rakan yang lain. Bertanyakan khabar, menceritakan perkembangan diri masing-masing dan mengimbau kenangan di waktu zaman persekolahan mereka. Barangkali, inilah pertemuan pertama dan mungkin juga yang terakhir untuk mereka.

Maka peluang yang ada diraih sebaik mungkin. Tidak dilupakan juga alamat dan nombor telefon rakan-rakan yang lain diambilnya agar hubungan persahabatan mereka tidak terputus lagi.

Dalam pada itu, Effa sedar yang Shameer masih berkeinginan untuk menyambung lagi perbualan mereka. Bagi Effa, yang sudah itu biarkan sahaja berlalu. Dia tidak mahu Shameer mengingati kenangan lalu khususnya mengingatinya kerana Effa sedar Shameer kini sudah menjadi milik orang lain. Effa tidak mahu mencipta masalah yang mana akan menyusahkan dirinya di kemudian hari.

Effa akui keterlanjurannya melayan Shameer berlebihan seterusnya membuatkan Shameer menaruh harapan kepadanya suatu ketika dahulu. Pada waktu itu, Effa hanya sekadar main-main dan tidak terniat langsung untuk terikat dengan Shameer.

Pada waktu itu, Effa hanya berniat ingin memberi Shameer suntikan semangat dan galakan kepada Shameer yang Effa memang tahu Shameer agak lemah di dalam kebanyakan mata pelajarannya dan hanya leka dalam bidang sukan. Effa gembira kerana setelah dia rapat dengan Shameer, Shameer telah menunjukkan banyak perubahan dalam setiap mata pelajaran yang diambilnya.

Shameer menjadi seorang yang lebih focus dan tekun dalam pelajarannya. Namun begitu, tidak pula Effa menyedari bahawa apa yang dilakukannya sebenarnya telah memberi harapan yang besar kepada Shameer yang sememangnya terlalu terharu dengan sikap perihatin Effa terhadapnya.

Shameer mula jatuh hati dan menyulam impian indah untuk bersama Effa apatah lagi Effalah perempuan yang pertama Berjaya mencuit hati remajanya ketika itu. Sifat Effa walaupun kasar namun penuh dengan rasa keperihatinan dan pandai mengambil hatinya membuatkan Shameer tidak ragu-ragu lagi untuk mengangkat Effa sebagai pujaan hatinya.

Akhirnya bila Effa menyedari yang Shameer sudah agak “jauh” dalam mentafsir hubungan mereka itu, Effa mula sedikit demi sedikit menjauhkan diri. Effa terpaksa menahan diri sehingga selesainya peperiksaan SPM mereka kerana tidak mahu kosentrasi Shameer tergugat dalam menghadapi peperiksaan besar itu akibat kerenah Effa.

Setelah memikirkan masa yang sesuai selepas berakhirnya SPM, Effa mula ‘melenyapkan’ diri dari Shameer, Bukan Effa sengaja mempermainkan hati Shameer tetapi Effa memang betul-betul belum bersedia ingin membenarkan hatinya disayangi mahupun menyayangi. Tambahan pula, Effa memikirkan yang cita-citanya masih belum tercapai lagi.

“Hooi Mak Cik!! Dah sampai mana dah kau ni??” Sergah Emelda dengan kuat yang melihat Effa seperti termenung jauh. Bengang juga hatinya bila mendapati yang dia rupanya bercakap seorang diri. Penat dia beria-ia bercerita kepada Effa di sebelah tentang kisah kawan-kawan lama mereka.

Effa yang terkejut dengan sergahan kuat Emelda terbangun seketika. Nasib baik tidak melompat terus! Effa memandang sekeliling. Izad sedang berborak rancak dengan Surya. Rakan-rakan yang lain juga sedang sibuk berbual-bual mesra sesame mereka.

“Eh.. mana Shameer?” Tanya Effa.

“Hmm… dah blah lah.. Tengok kau macam tak nak layan dia aje.. merajuklah tu!” Jawab Emelda.

Effa tersengih sendiri sambil memandang Emelda.

“Huh.. tak de kerja lainlah tuhh.. berangan!” Komen Emelda sambil menggelengkan kepalanya dengan kerenah sahabat baiknya itu.

“Weii.. aku tengok..si Surya tu jelling kat kau semacam jer..! Nampaknya dia macam belum melupakan permusuhan korang berdua nihh..!”Kata Emelda perlahan.

Sejak dari tadi lagi Emelda memerhatikan perlakuan Surya yang seperti tidak sepenuh hati sahaja sewaktu bersalaman dengan Effa tadi. Malah, sewaktu berbual-bual dengan Izad, Emelda yakin, Surya seperti memberi reaksi seakan tidak puas hati sahaja kepada Effa.

“Alah.. biarkan ajelah … Aku tak ada masalah apa-apa pun dengan dia..!” Jawab Effa senang. Malas dia mahu memikirkan tentang Surya. Jika Surya masih lagi berdendam dengannya, itu bukan masalah dia. Yang penting, dia sudah melupakan segala-galanya.

Namun begitu, jauh di sudut hati Effa mengakui akan kata-kata Emelda sebentar tadi. Bukan dia tidak perasan dengan gerak-geri Surya itu. Cuma Effa malas memikirkannya.

Bagi Effa, mereka semua telah memasuki zaman kematangan. Masing-masing mempunyai tanggung-jawab dan komitmen yang perlu dilaksanakan. Apa yang telah berlaku antara mereka pada zaman persekolahan dahulu adalah satu sejarah dan mungkin menjadi satu kenangan yang paling indah dalam hidup.

Moga segala kenangan lalu tidak membawa kepada dendam dan sakit hati.. Diharapkan ianya menjadi satu kenangan terindah yang abadi… Doa Effa di dalam hati.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.