SSS…
Kesakitan
yang tiba-tiba sahaja menyerang di bahagian perutnya terasa semakin
mencucuk-cucuk. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa sakit yang semakin kuat
itu. Aduh, sakitnya! desis hatinya.
Iqram
berdecit. Kenapa perut aku ni tiba-tiba aje rasa sakit? Ada apa-apa yang tak
kena ke ni? Sekali lagi hatinya berdesis sendirian.
Jam
yang terikat di pergelangan tangannya dilihat. Jarum jam sudah pun berubah ke
angka 5.00 petang. Oh, patutlah aku rasa sakit perut sangat! Rupa-rupanya, aku
belum makan apa-apa lagi dari pagi tadi. Hisy, kan penyakit gastrik datang
menyerang balik! Aduh! Dia mula menyesali keterlanjuran dirinya.
Tidak
semena-mena, bayangan figura mama menerpa ke ruang matanya. Sekali gus,
bait-bait kata mama yang pernah singgah ke telinganya meresap masuk ke dalam
ingatannya. “Ingat pesan mama ni, Am.
Jangan skip waktu makan! Kalau penyakit gastrik menyerang kamu masa kat sana
nanti, tak ada siapa yang boleh tolong kamu. Faham?”
Dia
mengeluh. Kalaulah mama tahu, tak pasal-pasal aku kena menadah telinga
mendengar bebelan mama selama 7 hari 7 malam. Sudah berbuih mulut wanita itu
menasihatinya agar menjaga kesihatan dan makan ikut waktu. Namun, dia tidak
pernah endah akan nasihat itu. Bila penyakit gastrik ini datang menyerang, haa…
tanggunglah! Padan dengan muka kau, Iqram Fattah!
Demi
melihat gelagat Iqram, Maira berkerut dahi. Dia hairan dengan tingkah laku
lelaki itu. Wajah itu kelihatan sedang berkerut-kerut, seolah-olah sedang
menahan kesakitan. Lantas, dia menegur, “Bos?”
Iqram
seraya menoleh demi mendengar namanya dipanggil. “Hmm?” balasnya dengan suara
lemah. Berulang kali dia menggosok perutnya yang semakin sakit bak dihiris
dengan pisau tajam itu. Sedaya upaya dia cuba menahan kesakitan yang semakin
menjalar ke segenap sanubari.
“Bos
okey ke ni?” tanya Maira ingin tahu.
Iqram
spontan mengangguk. “Saya okey, Maira!” balasnya beria-ia. Tidak mahu Maira mengesan
kesakitan yang sedang dirasanya kala ini.
“Betul?”
Maira menduga.
“Betul!”
Cepat sahaja Iqram membalas.
Maira
terus terdiam. Bola matanya tidak ralit dari merenung figura Iqram. Dia dapat
rasa, ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu.
Sebaik
sahaja sesi seminar tamat, Iqram terus bangun lalu bergegas keluar dari dewan
seminar. Meninggalkan Maira yang termanggu sendirian.
Maira
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Dia ni dah kenapa?”
IQRAM terus meluru masuk ke dalam
biliknya. Lalu, dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. “Aduh, sakitnya!” Dia
menggosok perutnya yang semakin sakit. Dahinya berkerut-kerut menahan
kesakitan. Argh! Dia benci dengan penyakit ini. Sakit ini sungguh menyeksakan!
Sekali
lagi kata-kata mama menerjah masuk ke gegendang telinganya. “Ingat pesan mama ni, Am. Jangan skip waktu
makan! Kalau penyakit gastrik menyerang kamu masa kat sana nanti, tak ada siapa
yang boleh tolong kamu. Faham?”
“Mama…”
Hampir menitis air matanya tatkala wajah mama menyerbu ruangan matanya. Dia
teramat memelukan kehadiran seorang wanita bergelar ibu di sisi. Dia amat
mendambakan perhatian dan belaian mama.
“Kalaulah
mama ada…”
Sss…
Iqram berdesis kesakitan apabila kesakitan kembali mencengkam sanubari. Terasa
perutnya bagai disiat-siat bak pisau tajam yang sedang memotong daging.
Sakitnya… subhanallah! Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.
Berulang
kali dia menarik nafas panjang, lalu menghembusnya keluar secara
perlahan-lahan. Sedaya upaya dia mencuba untuk meredakan kesakitan yang sedang
dialaminya kala ini. Namun ternyata usahanya itu tidak membuahkan hasil.
Kesakitan itu tetap terasa, malah semakin kuat.
“Ya
ALLAH…” Iqram merintih dengan suara lirih. Air matanya sudah mula jatuh
berlinangan di kedua-dua belah pipi.
Tidak
semena-mena, bayangan wajah Maira menerkam ruangan matanya. “Maira…” serunya.
“Nak minta tolong ke tak nak?” Teragak-agak dia hendak meminta pertolongan pada
gadis itu.
Namun
memikirkan kesakitan yang semakin kuat itu, otaknya segera mengarahkannya agar
segera menghubungi Maira dan meminta pertolongan gadis itu. Namun egonya itu
segera menepis rasa itu pergi. “Aduh, nak minta tolong ke tak nak?” Dia semakin
keliru.
Auw!
Sekali lagi rasa sakit itu datang menyerang. Kali ini lebih teruk dari kebiasannya.
“Ya ALLAH… sakitnya!”
“Tak
boleh jadi ni! Kalau ikut rasa ego, kau juga yang tanggung sakit ni! Nak ke…
tak nak ke… kau tetap kena minta tolong Maira!” Akhirnya, dia menepis tembok
keegoaan diri.
Serentak
itu, dia mencapai telefon bimbitnya yang berjenama Iphone 6s di atas meja. DIa
menekan punat phonebook lalu mencari
nama Maira di butang search. Setelah
nama yang dicari sudah dijumpai, dia segera menekan punat dial.
BARU sahaja keluar dari bilik air,
tiba-tiba telefon bimbitnya berdering nyaring. Terkocoh-kocoh Maira berjalan ke
arah katil. Telefon bimbit berjenama Samsung Galaxy 5s itu segera dicapai. Dia
melihat ke skrin. Demi melihat sebaris nama yang muncul di skrin, dahinya terus
berkerut seribu.
“Encik
Iqram?”
Dahi
Maira semakin berkerut. “Erk, buat apa dia call
aku malam-malam macam ni?” desisnya dengan muka hairan.
Lantas,
punat berwarna hijau ditekan. Telefon bimbit itu segera diletakkan ke telinga
kanannya. “Hello, bos?” sapa Maira.
“Ada apa bos callsaya ni?”
“Saya…”
Sss… Iqram berdesis panjang. Sakit gastriknya itu semakin mencucuk-cucuk
perutnya. Air matanya semakin deras mengalir. Sakitnya!
Maira
semakin hairan. “Err… bos okey ke ni?”
“Ssa…
saya sa… sakit, Mai… Maira!” rintih Iqram dengan suara tersekat-sekat.
Maira
terkesima. Ternganga sedikit mulutnya. “Haa… bos sakit apa ni? Dia mula jadi
kelam-kabut. Erk, takkan dia diserang penyakit jantung? Aik, umur muda macam
dia ni ada penyakit orang kaya ke? desis hatinya. Dia segera berdecit panjang
tatkala menyedari ketelanjurannya. Hisy, jahatnya mulut kau ni, Maira! Tak baik
berprasangka buruk macam tu tau!
“Bos
sakit apa ni?” Maira menyoal lembut.
“Awak
ken… kena tolong saya, Maira! Sa… saya betul-betul sak… sakit ni!” Iqram
membalas bersungguh-sungguh.
Maira
semakin kalut! Alamak, dia ni buat aku saspen aje tau! Lantas, dia segera
mematikan talian. Cepat-cepat dia melangkah keluar dari biliknya lalu berjalan
ke bilik sebelah.
Pintu
bilik bernombor 329 itu ditenung. “Kalau aku ada kuasa wonderwomen, memang dah lama aku tendang pintu bilik ni tau!”
gerutunya sendirian.
Lalu,
dia mengetuk kuat daun pintu bilik itu. Bagai hendak pecah pintu bilik itu
dikerjakannya. “Bukak pintu bilik ni cepat, bos!” laungnya dengan suara
nyaring.
Demi
mendengar laungan itu, Iqram segera bangun. Dengan langkah lemah, dia berjalan
ke muka pintu. Daun pintu bilik itu diselak sedikit. Tersembul figura Maira di
muka pintu. “Maira…” rintihnya dengan suara lemah.
Maira
semakin risau. “Err… bos tak apa-apa ke ni?”
“Saya
sakit, Maira!” tambah Iqram semakin lemah.