Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Singa Miss Selamba (UPDATE)
BAB 11
“AM?” Datuk Hakim menegur lembut.

Iqram yang sedang ralit menonton televisyen tersentak kecil demi mendengar teguran papanya. Spontan dia menoleh ke arah papa. “Ya, papa?”

Datuk Hakim melabuhkan duduk di sebelah Iqram. “Siapa yang kamu akan bawa ke Kedah nanti?”

Datin Marina yang kebetulan baru sahaja masuk ke bilik istirehat keluarga itu, terus terkejut besar. Membuntang terus matanya gara-gara terkejut. “Haa… Am nak pergi Kedah? Bila? Atas urusan apa?” Bertubi-tubi soalan yang terkeluar dari mulutnya, umpama mesin gan.

Berkerut dahi Iqram. Hairan mendengar soalan mama. “Aik, papa tak ada bagitahu apa-apa kat mama ke?”

Datin Marina tercengang. “Tak ada pulak.”

Dia menoleh ke arah suaminya. “Kenapa abang tak bagitahu apa-apa pada saya?” Dia mula membebel geram.

Datuk Hakim tergelak. “Ala… abang terlupa pulak nak bagitahu pada Mar. Sorry, ya sayang?” Tangan kanannya dirapatkan ke tangan kiri, lalu digoyang berulang kali di hadapan isterinya. Tanda memohon maaf.

Datin Marina menarik muka cemberut. “Hisy, bencilah! Abang nikan, selalu lupa nak bagitahu perkara-perkara penting macam ni kat saya tau,” Dia menarik muncung sedepa. “Agak-agaknya, saya ni tak wujud dalam hidup abang kot,” rajuknya.

“Ala… maafkan abang, Mar. Bukannya abang tak nak bagitahu Mar, tapi abang betul-betul terlupa. Jangan cakap macam tu, sayang. Kehadiran Mar amat penting dalam hidup abang dan anak-anak kita,” pujuk Datuk Hakim dengan suara lunak menggoda.

Dikerling sekilas figura Iqram. “Kan, Am?” sambungnya beria-ia, berusaha meraih sokongan Iqram.

Iqram terus tercengang. Erk, kenapa nama aku boleh terlibat sama ni? “Err… betul tu, mama,” sokongnya beria-ia.

Datuk Hakim pamer senyum menggoda. “Haa… dengar tu, sayang? Kehadiran awak aamt penting dalam hidup kami tau. Awak umpama cahaya lampu mentol yang menyinari hari-hari kami. Tanpa awak, gelap-gelitalah hidup kami,” tambahnya lagi.

Datin Marina mencebik. “Huhh, abang ni banyak cekadaklah! Ada ke samakan saya dengan lampu mentol?” bebelnya geram.

Datuk Hakim hanya tersengih.

Datin Marina menggeleng demi melihat telatah suaminya. Hmm…wayar putus! Dia menoleh ke arah Iqram. “Haa.... bila kamu nak bertolak ke Kedah, Am? Berapa lama kamu kat sana? Atas urusan apa?”

“Esok pagi, mama. Tepat pukul 6.30 pagi, Am akan bertolak. Am ada seminar keusahawanan. Err… Am pergi dalam empat hari,” jawab Iqram satu per satu.

Datin Marina mengangguk tanda memahami.

“Haa Am, siapa yang kamu akan bawa ke Kedah nanti?” celah Datuk Hakim ingin tahu.

“Am bawak staf Am, papa.” Iqram menjawab ringkas.

“Lelaki ke perempuan?” Datin Marina segera mencelah.

Iqram tersenyum. “Perempuan, mama. Nama dia Maira Qaisarah,” jawab Iqram.

Pasangan suami isteri itu terkejut. Serentak itu, segaris senyum penuh makna terukir di bibir masing-masing.

“Okeylah,” Iqram segera bangun berdiri. “Am nak masuk tidur dulu. Nanti terlambat bangun pula,” Dia berjalan ke muka pintu. “Good night, papa, mama.”

“Good night.” Pasangan suami isteri menjawab serentak.

Iqram terus membolos keluar dari bilik istirehat keluarga. Meninggalkan pasangan suami isteri itu sendirian.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Segaris senyum penuh makna meniti di bibir masing-masing.

POMM!!!

Demi mendengar bunyi guruh yang tiba-tiba sahaja berdentum kuat menyambar ke dada langit, Iqram terus terkejut. Dia terus bangun, lalu duduk bersila di atas katil.

Astaghfiurlahalazim! Dia segera beristighfar panjang. Cuba mengembalikan semangatnya yang terbang menghilang dek terkejut dengan bunyi guruh itu.

“Dah pukul berapa ni ya?” desisnya.

Serentak itu, dia mengambil jam loceng di meja sebelah kiri katilnya. Demi melihat jarum jam yang sudah pun berganjak ke angka 6.00, spontan matanya membuntang luas. Ternganga sedikit mulutnya. “Alamak, aku dah lambat ni! Aduh, macam manalah aku boleh terlupa ni?” bebelnya.

Nasib baik dia tersedar dari lena gara-gara terkejut dengan bunyi guruh. Kalau tidak, dia masih lagi lena diulit mimpi-mimpi indah. “Aduh, macam mana kau boleh jadi cuai ni?”

Dia berlari anak ke arah almari. Daun pintu almari dibuka. Tuala berwarna putih yang berlipat kemas di atas rak segera dicapai.

Serentak itu, mencicit dia berjalan masuk ke bilik air.

MAIRA mengerling jam tangan pemberiaan abah sewaktu hari lahirnya yang ke 24 tahun di pergelangan tangan kirinya. Jarum jam sudah pun berubah ke angka 6.35 pagi. Dia berdecit geram. “Hisy, mana Mr. singa ni? Semalam dia suruh aku terpacak kat depan rumah tepat pukul 6.30 pagi. Tapi, dia juga yang lambat selama 5 minit tau.” Dia membebel geram.

Tiba-tiba, sebuah kereta BMW 3 Series berhenti di hadapan rumahnya. Demi melihat kereta mewah itu, bibirnya terjuih ke depan. “Hmm… sampai juga!” desisnya dengan suara geram. “Aku nak tunggu kat sini ajelah! Nak lancar mogok sebab Mr. singa ni lambat.” Dia menambah lagi.

Iqram menoleh ke arah figura Maira. Gadis itu masih lagi berdiri terpacak di depan pintu. “Yang nak jadi patung kat tengah alam tu, kenapa? Aduh, dia ni… sengallah! Aku dah lambat ni!” Dia segera membunyikan hon kereta.

Maira masih lagi berdiri di depan pintu.

Iqram bertambah geram. “Aduh, dia nilah…” Dia membunyikan hon keretanya untuk kesekian kalinya.

Namun, gadis itu tetap setia tegak berdiri di situ.

Iqram berdecit. “Dia nilah… sengaja nak buat aku naik angin!” Dia terus membolos keluar dari perut kereta, lalu memanjangkan lehernya ke rumah itu. “Oii Cik Maira Qaisarah, cepatlah! Yang awak tercegat depan rumah macam tiang lampu antik tu, kenapa? Kita dah lambat ni!” marahnya dengan suara garang.

Maira memuncung bibir. “Dahlah datang lambat! Siap nak marah-marah aku lagi,” bebelnya geram.

Iqram semakin bengang. “Maira Qaisarah!”

“Yalah… yalah… saya datang sekarang!” bentak Maira, seraya melangkah geram menuju ke arah kereta BMW 3 Series. Usai pintu dibuka, dia membolos masuk ke dalam perut kereta.

Iqram membolos masuk ke dalam kereta. Dia merenung tajam wajah Maira. “Awak tahu tak, kita dah lambat sekarang ni tau. Then, boleh pulak awak tercegat kat depan pintu macam patung kat shopping complex. Awak ni memang sengaja buang masa saya tau! Saya tak nak kita lambat sampai!” Dia mengherdik dengan suara marah.

Maira mendengus. Dia mencerlung marah ke arah Iqram. “Oh, jadi saya yang bersalah dalam hal ni? Dari pukul 6.30 pagi lagi, saya dah tercegat depan pintu tau! Yalah… kalau saya lambat, bos marah. Tapi, alih-alih bos yang lambat. 5 minit pulak tu,” bidasnya dengan muka tidak puas hati.

“Shut up!” jerit Iqram tiba-tiba.

Maira terus terdiam. Dia menarik muka cemberut. Hatinya benar-benar sakit dengan tingkah laku Iqram. Argh!

Dahlah suruh aku ikut kau pergi seminar tu. Lepas tu, kau boleh tengking aku pulak? Salah sendiri, tapi tak nak mengaku! Argh! Kalau ikut hati aku ni, nak aje aku campak anak panah ke muka kau tau! Biar berlubang sana sini! Baru puas hati aku! herdik hatinya.

Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.

Figura Maira dikerling sejenak. Terbit rasa bersalah di pundak Iqram. Kesian dia, tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Kau ni, Am… kau tak patut marah dia tau! Ni bukan salah dia, tapi salah kau!

“Ehem-ehem!” Tiba-tiba Iqram berdehem kecil. “Maira?” Dia menegur lembut.

“Hmm?” Maira membalas dengan acuh tak acuh. Malas hendak melayan telatah lelaki itu.

Iqram membuang keluhan. “Saya tahu saya salah, Maira. Saya tak patut marah, herdik dan tengking awak. Err… saya minta maaf, ya?” ucapnya beria-ia.

Maira tersenyum hambar. “Tak apalah, bos. Dah nasib badan, redha ajelah. Barulah saya tahu betapa sakitnya hati bila orang yang ditunggu-tunggu sampai lewat.”

Iqram terkedu. “Awak sindir saya ke?” balasnya tidak puas hati.

“Eh, tak!” Beria-ia Maira menafi. Dia menoleh ke arah Iqram. “Saya tak ada niat nak menyindir bos. Apa yang berlaku adalah satu pengajaran buat diri saya.” Dia menambah lagi.

Iqram terus diam membisu. Terkedu mendengar kata-kata itu. Erk, mendalam sungguh kata-kata Maira.

Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.

Tiba-tiba Maira menguap panjang. Cepat-cepat dia menekup bibirnya. “Mengantuknya!” desisnya panjang.

Iqram mengerling sekilas figura Maira di seat sebelah. Dia tersenyum melihat gelagat gadis itu. Sesekali gadis itu tersengguk-sengguk sambil terkebil-kebil menahan rasa kantuknya. Rasa kelakar pula melihat telatah gadis itu. Sungguh mencuit hati!

“Maira?” Dia menegur.

Demi mendengar teguran Iqram, Maira segera menoleh. “Ya, bos?”

“Kalau awak mengantuk, awak tidurlah dulu. Nanti bila dah sampai sana, saya kejutkan awak,” kata Iqram bersungguh-sungguh.

Maira tergamam. “Err… tak apa ke, bos?”

Iqram mengangguk. “Tak apa, saya tak kisah. Lagipun saya dah biasa travel jauh-jauh ni. Awak tidurlah ya.”

Bagai disorong bantal, Maira terus tersenyum lebar. “Terima kasih banyak-banyak ya, bos. Saya tidur dulu ya. Good night, sweet dream!” Dia terus menurunkan seat ke belakang, lalu merebahkan tubuhnya. Seminit dua, akhirnya matanya terpejam rapat. Lena sambil diulit mimpi-mimpi indah.

Iqram ternganga. “Good night? Sweet dream? Matahari dah menjengah atas kepala pun, boleh ucap good night and sweet dream lagi ke?” Dia menggeleng, geli hati dengan telatah Maira.

“Maira… Maira…”

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.