TUK!
TUK! TUK! Ringan tangan Maira mengetuk daun pintu bilik
Iqram. Kedengaran
bunyi laungan suara dari dalam bilik. “Masuk!”
Maira
memulas tombol pintu bilik, lalu menolak daun pintu ke dalam. Dia berdiri
sejenak di muka pintu. “Bos nak jumpa saya ke?”
Iqram
yang sedang menaip di papan kekunci ribanya, serentak mendongak memandang
figura Maira. “Hmm… saya nak jumpa awak. Masuklah,” arahnya dengan muka serius.
Demi
melihat raut wajah Iqram yang kelihatan agak serius itu, Maira jadi gerun. Aku
ada buat salah lagi ke? Dengan langkah menggigil, dia berjalan ke meja Iqram.
Lalu, dia berdiri di tepi meja.
“Duduk!”
arah Iqram.
Maira
segera melabuhkan duduk di atas kerusi berdepan dengan Iqram.
Iqram
menutup komputer ribanya, lalu menolaknya ke tepi. Dia menoleh ke arah Maira.
“Saya ada berita gembira untuk awak,” katanya sambil tersenyum.
Berkerut
dahi Maira. “Berita gembira apa, bos?”
Iqram
bersandar ke belakang. “Cuba awak teka.” Sengaja dia bermain teka-teki dengan
Maira.
Maira
tercengang. “Haa?” Terpinga-pinga dia memandang wajah Iqram. Sungguh, dia jadi
hairan dengan perubahan tingkah laku lelaki itu. Erk, dia ni dah kenapa? Bukan
ke selama ni dia berperwatakan garang macam singa jantan? Biar tembikai?
Iqram
masih lagi tersenyum. “Hmm… tekalah.”
Maira
terdiam sejenak. Benak fikirannya diproses bagi memikirkan jawapan yang sesuai.
“Hmm… bos baru menang hadiah cabutan bertuah kot? Tak pun, bos dapat durian
runtuh. Haa… bos dapat duit terpijak sebanyak RM1 juta,” tekanya.
Iqram
tergelak lucu. Dia menggeleng. Geli hati dengan telatah Maira. Otak wayar putus
betul! “Awak ni memang suka bercakap benda yang merapu-raban aje kan? Saya
suruh awak teka, tapi awak bagi jawapan yang merepek-repek. Hmm… otak awak ni
dah biul ya?” sindirnya dengan muka selamba.
Buntang
biji mata Maira mendengar perlian itu. Dia menarik muka cemberut. “Bos!”
Iqram
pamer senyum sinis. “So, awak dah
mengaku kalah la ni? Dah tak boleh nak teka?”
“Cepatlah
bagitahu saya! Berita gembira apa yang bos maksudkan tu?” desak Maira dengan
muka tidak sabar.
Iqram
menarik laci meja di sebelah kiri. Segugus kunci dibawa keluar, lalu disua ke
arah Maira. “Nah, ni kunci kereta awak.
Kereta awak dah okey. Jadi, awak dah boleh bawa kereta awak tu pulang hari ni,”
katanya beria-ia.
Maira
tergamam. Kunci yang ada di pegangan Iqram ditenung tanpa berkedip. “Apa?”
“Awak
ingat tak, saya pernah cakap yang saya ada seorang kawan, yang bekerja sebagai
mekanik?” balas Iqram.
Maira
mengangguk.
“Hmm…
saya dah minta tolong dia untuk baiki kereta awak,” balas Iqram.
Maira
terkejut. “Apa, bos dah tolong repairkereta
saya? Bos ni biar betul? Bos bergurau dengan saya kan?” Sukar dia hendak
percaya dengan kata-kata lelaki itu.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. “Apa pulak yang tak betulnya? Sebab saya betullah,
saya tolong perbetulkan kereta awak tu. Takkanlah saya nak biarkan kereta awak
terus tersadai kat situ?” sindirnya.
Maira
berdecit. “Tapi, saya tak nak menyusahkan bos.” Dia serba salah.
“Maira,
awak tak menyusahkan saya pun. Saya yang nak tolong awak. Haa… lagi satu,
kenapa suka sangat guna perkataan ‘tapi’? Saya ni ikhlas tolong awak tau. Saya
tak akan ungkit setiap pertolongan yang saya berikan pada awak,” balas Maira
dengan suara tegas.
“Tapi…”
“Tak
ada tapi-tapi lagi, Maira! Dah, saya tak nak dengar sepatah kata pun dari mulut
awak. Jangan nak banyak bunyi. Terima aje bantuan saya ni.” Iqram segera
memotong.
Aduh,
ni yang aku tak suka ni. Dahlah aku tak berapa gemar terima bantuan orang lain.
Hisyh! “Berapa upahnya, bos? Nanti saya bayar balik ya.” Maira tetap berkeras
tidak mahu menerima bantuan itu.
Iqram
mendengus. “Tak payah bayar apa-apa kat saya. Saya ikhlas menolong awak!” DIa
membalas dengan suara tegas.
“Tapi…”
“Shut up! Saya tetap tak nak terima
hatta sesen pun duit awak, Maira Qaisarah! Saya ikhlas membantu awak. Jadi,
ikhlaskan hati awak menerima pertolongan saya ni.” Sekali lagi Iqram memotong.
Maira
berdecit geram. “Ala…”
“Dah,
diam! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Pergi keluar, saya banyak kerja ni,”
arah Iqram.
Maira
mendengus. “Yalah!” Kunci kereta di atas meja dicapai. Dia menoleh ke arah
Iqram. “Terima kasih atas pertolongan bos.”
“Sama-sama.”
Maira
menjeling. Dia bangun lalu terus melangkah keluar dari bilik ketuanya itu.
Iqram
tersenyum puas. “Hmm… kau mengalah juga, akhirnya.”
MAIRA menghempas punggungnya ke atas
kerusi. Kunci keretanya diletakkan ke atas meja. Dia merenung tepat ke arah
kunci itu. “Kenapa dengan Mr. singa tu? Angin tak ada, ribut tak ada, taufan
jauhlah sekali. Tapi, tiba-tiba aje dia tolong repairkereta aku. Dia dah kena sampuk dengan hantu jembalang ke?”
Dia berdesis sendirian.
Sedang
melayani perasaan, tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Maira tersentak.
Dia menoleh ke belakang. Dia tersenyum demi melihat figura Hidayah. “Oh… kau
rupanya, Dayah. Aku ingatkan siapa tadi.”
Hidayah
segera duduk di sebelah Maira. Dia merenung wajah kawan baiknya itu. “Bukan
main dalam lagi, kau tenung kunci kereta kau tu. Kenapa, Mai? Ada apa-apa yang
tak kena dengan kunci tu ke?” Dia menyoal dengan memek muka ingin tahu.
Maira
memuncung bibir. “Aku rasa pelik, Dayah.”
Berkerut
dahi Hidayah. “Pelik? Kenapa pulak? Kepala aku ni ada tanduk ke?” Dia menayang
memek muka hairan.
Maira
menjeling. “Tak ada kena-mengena dengan kaulah, nenek!” bidasnya dengan suara
geram.
“Habis
tu, kenapa dengan kau? Kau ada masalah ke?” desak Hidayah dengan muka hairan.
“Mr.
singa tu…”
“Kenapa
dengan Encik Iqram? Haa… kau buat apa pulak kali ni, Mai?” Hidayah membalas
dengan kelam-kabut. Aduh, dia ni memang spoil
tau! Kalau tak cari pasal dengan Mr. singa tu, memang tak sah kan?
Maira
mengherot bibir. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. “Semalam, kereta aku rosak.
Kebetulan, Encik Iqram baru aje keluar dari pejabat, dia nak balik. Bila dia
tengok aku terkial-kial cuba hidupkan enjen kereta, dia pun datanglah. Puas dia
cuba untuk hidupkan enjen kereta aku, tapi gagal jugak.” Dia mula bercerita.
Hidayah
ternganga. “Lepas tu, apa yang berlaku?” Tidak sabar rasanya hendak mendengar
cerita selanjutnya dari gadis itu.
“Err…
dia tolong hantar aku balik rumah.” Maira membalas dengan teragak-agak.
Membuntang
mata Hidayah. Terkejut dengan cerita Maira. Spontan, dia tersenyum lebar. “Dia
hantar kau balik rumah?”
Maira
mengangguk. “Bukan setakat tu aje tau, dia minta tolong kawan dia repair kereta aku. Siap tolong bayar kos
upah kat kawan dia lagi. Bila aku nak bayar balik kos upah tu, terus dia
menolak.”
Garis
senyum di bibir Hidayah semakin lebar. “Wah, perkembangan baik ni!”
Berkali-kali dia menjungkit keningnya.
Maira
tercengang. “Haa… perkembangan baik?” Dahinya berkedut sejuta.
“Kau
nak tahu sesuatu tak? Aku rasa, hubungan kau dengan Encik Iqram akan berkembang
mekar suatu hari nanti tau,” balas Hidayah beria-ia.
Maira
ternganga. “Berkembang suatu hari nanti?” Dia semakin hairan.
Hidayah
mengangguk laju. “Hmm… bukan hubungan antara majikan dan pekerja.”
“Habis
tu, hubungan apa?” Maira masih lagi tidak mampu menangkap bahasa kiasan
Hidayah.
Hidayah
menepuk dahi. “Hisy, kau ni lambat pick
up la! Hubungan hati, faham? Pendek kata, kau dengan dia bakal jalinkan
hubungan cinta suatu hari nanti. Haa... lepas tu, upgradejadi pasangan suami isteri. Wah, dapatlah aku merasa nasi
minyak kau, Mai!” Dia membalas beria-ia.
Maira
terus membuntang mata. “Apa? Ha ha ha… pandai kau buat lawak, ya? Aku dengan
Encik Iqram akan jadi pasangan suami isteri? Nonsene! Perkara macam ni tak akan sesekali berlaku pada kami.
Lagipun, aku langsung tak ada hati kat dia tau. Dahlah garang macam singa
jantan. Haa… memang padanlah nama Mr. singa tu dengan dia tau!”
“Jangan
cakap sebarangan, Mai. Kalau masin mulut aku ni, macam mana? Alamatnya, kau
akan bergelar isteri kepada Encik Iqram. Mr. singa dan Miss selamba! Wah,
pasangan yang ideal. Seorang garang macam singa jantan, seorang lagi selamba
badak macam tak ada perasaan. Memang sesuai sangat, bagai pinang dibelah dua.”
Hidayah membalas beria-ia.
Maira
ketawa. “Bagai pinang dibelah dua? Tolong jangan nak buat lawak, Dayah. Serius,
tak kelakar tau! Macam ikan yu dengan nemo adalah. Encik Iqram tukan… sekali
dia naik angin, macam ikan yu telan manusia kat tengah lautan tau. Hisy, tak
naklah aku bersuamikan lelaki macam dia. Omputeh
say, not my taste!”Dia membuat aksi geli-geleman di hadapan Hidayah.
“Kau
ni, tak baik mengutuk Encik Iqram tau. Ada ke patut kau samakan bos kita yang
kacak macam pelakon Syarul Ridzwan dengan ikan yu yang besar trang tang tangtu? Dia tak ada darah
keturunan ikan yu tau. Dia cuma garang aje. Mungkin sebab terjangkit dengan
singa jantan kot,” balas Hidayah.
“Ah,
tak kisahlah! Janji, aku tak bersuamikan lelaki macam dia. Sorry derr…” Maira membalas bersama cebikan di bibir.
Hidayah
pamer senyum penuh makna. “Jangan yakin sangat, Mai. Nanti keyakinan tu makan
diri sendiri pulak. Masa tu, nak menangis air mata darah pun tak ada guna
lagi.” Sempat lagi dia menyindir kawan baiknya.
“Hah,
tak ada maknanya! Dahlah, malas aku nak layan kau! Pergilah duduk kat tempat
kat tu,” balas Maira dengan suara geram. Malas hendak melayan telatah Hidayah.
Sungguh menjengkelkan!
Hidayah
terus bangun lalu berjalan pergi bersama sisa tawanya.
Maira
menarik muka cemberut. Aku dengan Mr. singa? Hah, memang taklah. Sorry!
“KAU sibuk ke, Am?” tanya Muiiz di
sebalik daun pintu.
“Kalau
aku cakap sibuk pun, kau tetap masuk jugak kan?” balas Iqram bersama cebikan di
bibir. “Masuklah!”
Muiiz
berjalan masuk ke dalam, lalu dia melangkah ke meja Iqram. Dia melabuhkan duduk
di hadapan kawan baiknya itu. Wajah kacak Iqram direnung sedalam-dalamnya.
Terpamer senyum penuh makna di bibirnya.
Iqram
yang terasa dirinya diperhati, seraya menoleh ke arah Muiiz. Dia berkerut
hairan melihat tingkah laku lelaki itu. “Apahal kau tenung aku macam nak tembus
aje ni?” tanyanya dengan muka hairan.
“Sejak
dua menjak ni, aku perhatikan muka kau nampak agak berseri-seri sikit. Kau ada
pakai apa-apa produk ke?” tanya Muiiz.
Iqram
tergelak. “Apa yang kau merepek ni, Izz? Kau fikir, aku pakai produk Qu Puteh
Qu Puteh, Barulah Putih tu ke? Ha ha ha… lawaklah kau ni!” balasnya.
Muiiz
menyengih. “Manalah tahu, kot-kot kau nak memutihkan lagi muka kau yang sedia
ada putih tu,” balasnya selamba.
Iqram
menggeleng. Geli hati dengan telatah Muiiz. “Merepeklah kau ni, Izz!”
“Okey,
tak apa. Habis tu, apasal muka kau berseri semacam aje ni? Ada apa-apa ke, Am?”
Muiiz sedaya upaya cuba mengorek rahsia hati Iqram.
Bulat
mata Iqram mendengar soalan itu. “Muka aku ni berseri-seri? Berseri-seri, macam
mana tu? Macam lampu lip laptu ke?”
balasnya. Selamba biawak membuat lawak sengal.
Muiiz menjeling. “Hisy,
tak payahlah main-main! Jawab ajelah soalan aku ni!” Dia membebel geram.
Iqram tersenyum. “Aku
rasa, muka aku ni macam biasa aje. Perasan kau aje kot,” balasnya.
Muiiz pamer senyum
penuh makna. “Tak payah nak nafikan, Am. Bibir kau tu… senyum sampai cecah ke
telinga.” Dia merenung wajah Iqram. Bagai sedang menilik sesuatu di wajah itu.
“Selalunya kan, orang macam kau ni, dah terkena sindrom penyakit cinta. Haa…
kau dah jatuh cinta ke, Am?” Dia membalas dengan muka teruja. Kalau betullah
tekaannya, dialah manusia paling gembira sekali. Akhirnya, hati kawan baiknya
terisi juga.
Iqram tercengang. “Haa…
bila masa aku jatuh cinta ni, Izz? Aku jatuh cinta dengan siapa?” Dia menayang
muka hairan.
Tidak semena-mena
bayangan wajah Maira muncul di ruangan matanya. Iqram tergamam. Erk, macam mana
muka kau boleh tersesat kat kepala otak aku pulak ni?
Demi
melihat telatah Iqram, Muiiz spontan menjerkah lelaki itu. “Oii!”
Iqram
tersentak. Hilang terus lamunannya. “Haa… apa dia, Izz?” Terpinga-pinga dia
memandang wajah Muiiz. Bak baru tersedar dari lena yang panjang.
Garis
senyum penuh makna semakin lebar di bibir Muiiz. Sebelah keningnya terjungkit
ke atas. “Haa… tengok tu, kau siap termenung jauh lagi. Baik kau
berterus-terang dengan aku, Am. Kau dah jatuh cinta kan?” tebaknya.
Iqram
tercengang. “Kalau betul tekaan kau, aku jatuh cinta dengan siapa? Kau sendiri
kan tahu, aku tak berkawan dengan mana-mana perempuan sekarang ni.” Hisy,
pandai-pandai aje mamat ni buat cerita tau. Apa, ingat cerita ni macam dalam
novel melayu ke? Gila betul!
“Ok, let me guees.” Muiiz tersenyum
penuh makna. “Kau dah jatuh cinta pada Maira a.k.a Miss selamba.” Beria-ia dia
membalas. Begitu yakin dengan firasat hatinya.
Ternganga
terus mulut Iqram gara-gara terkejut dengan jawapan itu. “Haa? Kenapa nama Miss
selamba tu boleh terlibat sekali ni?” Dia menayang muka hairan.
“Tak
payah nak berbolak-balik dengan perasaan sendiri, Am. Mata kau tak pernah
menipu walaupun lidah beria-ia menafi kebenaran. Hakikatnya, kau dah jatuh
cinta pada Maira. Walaupun aku baru aje balik dari kursus selama tiga minggu,
tapi dah macam-macam gosip hangat aku dengar tau. Semuanya berkaitan kau dan
Maira. Haa… lagi satu, aku ada terdengar perbualan Maira dan Dayah. Kau hantar
dia balik ke rumah kan? Tak cukup dengan tu, kau siap tolong repair kereta dia lagi. Apa maksud semua
tu, Am? Bukan ke tu petanda cinta?” Muiiz beria-ia membalas.
Iqram
ketawa. “Kau memang dah gila, Izz! Suka sangat tafsir yang bukan-bukan tau.
Takkan nak tolong staf sendiri pun, salah? Dia kan berada dalam kesusahan masa
tu. Takkan aku nak biarkan dia terkial-kial seorang diri kat situ?”
Bersungguh-sungguh dia membalas. Menafi keras kata-kata Muiiz yang tidak masuk
akal itu.
“Yalah
tu?” Muiiz mencebik.
Iqram
berdecit geram. “Yalah!”
“Kalau
kau tak nak mengaku, tak apa. Tapi percayalah cakap aku Am, kau dah jatuh cinta
pada Maira,” balas Muiiz lagi.
“Tak,
aku tak jatuh cinta pada Miss selamba tu, wahai Encik Raqeem Muiiz!” Iqram
menafi keras.
“Okey.”
Muiiz bangun berdiri. “It is up to you!”
Dia pamer senyum penuh makna. “Tapi… kalau kau betul-betul jatuh cinta pada
Maira, akulah orang pertama yang akan melompat kegembiraan!”
Iqram
berkerut hairan. “Kenapa pulak?”
“Sebab
dapat makan nasi minyak kau dengan Maira!” balas Muiiz lalu ketawa besar.
Hatinya puas kerana sudah berjaya mengenakan kawan baiknya itu.
Iqram
terpempan. “Raqeem Muiiz!”
Dengan
selamba badaknya, Muiiz menghayun kaki keluar dari bilik itu.
Iqram
mendengus. “Sabar ajelah dia ni tau!” bebelnya.
Wajah
Maira sekali lagi mengetuk kotak fikirannya. Lelaki itu tersentak kecil.
Bertubi-tubi dia mengetuk dahi. “Hisy, kenapa sejak dua menjak ni muka kau aje
yang ada dalam kepala aku ni, Maira?” Dia membebel sendirian.