SEBAIK
tiba di meja Sonia, langkah Iqram terus mati. “Sonia, masuk bilik saya
sekarang!” tegurnya dengan suara serius. Langsung tidak tercalit seulas
senyuman di bibir. Wajah itu kelihatan sungguh serius.
Sonia
tersentak. “Err… baik, bos!” jawabnya dengan suara terketar-ketar.
Serentak
itu, Iqram berjalan masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan Sonia sendirian di
mejanya.
Gulp!
Sonia meneguk liur. Dia keresahan. Seraya itu, dia bangun lalu berjalan masuk
ke bilik Iqram.
“Err…
Encik Iqram?” tegur Sonia takut-takut.
Iqram
yang sedang membelek whatsapp di telefon bimbitnya, seraya mendongak memandang
figura Sonia. “Hmm… masuk!” arahnya dengan suara tegas.
Sonia
terus berjalan ke meja Iqram, lalu melabuhkan duduk di kerusi.
Figura
Sonia ditenung tajam. “Awak tahu, apa sebabnya saya panggil awak masuk bilik
saya?” tanya Iqram serius.
Sonia
menggeleng.
Iqram
pamer senyum sinis. “Kenapa awak sebarkan fitnah tentang saya dan Maira kat
satu pejabat? Awak sedar tak, perbuatan awak tu salah tau! Saya boleh kenakan
tindakan tatatertib ke atas awak, Sonia!” tegas Iqram dengan suara menengking.
Sungguh, dia geram dengan perbuatan setiausahanya itu.
Sonia
jadi serba tak kena. “Saya minta maaf, Encik Iqram. Saya… saya…”
“Atas
alasan apa, awak bertindak macam tu, Sonia? Bagi saya sebab yang musabab, saya
nak tahu!” celah Iqram sebelum sempat Sonia menghabiskan bicara.
“Err…”
Sonia jadi gugup. Otaknya ligat diproses bagi mencari alasan. Namun, dia gagal.
“Saya… saya…”
“Awak
apa, Sonia?” tengking Iqram.
Tengkingan
itu serta-merta membuat Sonia terdiam membisu.
Iqram
mendengus geram. “Awak betul-betul dah melampau, Sonia! Awak sanggup menjaja
cerita yang bukan-bukan pasal kami, sedangkan awak tahu ia sama sekali tak
benar. Saya kecewa dengan perbuatan awak. Saya tak sangka, awak sanggup tikam
saya daripada belakang,” bidasnya dengan suara keras.
Sonia
menggigit bawah bibirnya. “Saya minta maaf, Encik Iqram.” Hanya ucapan itu
sahaja yang mampu diluahkan dari bibirnya.
Iqram
merenung tajam figura Sonia. “Saya bagi amaran, Sonia,” Jari telunjuknya
tertuding tepat ke muka setiausahanya. “Jangan pernah buat benda bodoh tu lagi.
Saya tak akan teragak-agak untuk kenakan tindakan disiplin ke atas awak. Kali
ni, saya lepaskan awak. Tapi kalau awak buat juga, saya tak akan lepaskan awak
lagi,” ugutnya dengan suara tegas.
Sonia
mengangkat tangannya, bak sedang berikrar. “Saya janji, Encik Iqram!” janjinya
beria-ia.
Iqram
pamer senyum sinis. “Awak boleh keluar sekarang!” arahnya.
Sonia
terus bangun, lalu berjalan ke muka pintu. Namun langkahnya mati apabila
terdengar suara Iqram menegurnya.
“Saya
tak nak pisang berbuah dua kali, Sonia. Sebab saya tak akan teragak-agak untuk
pecat awak. Faham?” herdik Iqram.
Sonia
terpana. “Baik, Encik Iqram!” jawabnya.
“Bagus!
Awak boleh keluar sekarang.”
Cepat-cepat
Sonia membolos keluar dari bilik itu.
Iqram
bersandar ke belakang. “Kau fikir, aku akan biarkan kau buat sesuka hati ke?
Kau silap besarlah, Sonia!” herdiknya geram.
Tiba-tiba,
wajah Maira muncul di mata. Sekali gus, dia tersenyum lebar. Rasa rindu
mengetuk sanubari. “Hmm…” Terbit satu idea di benak fikiran. Serta-merta dia
bangun lalu berjalan keluar dari biliknya.
“MAIRA?” jerkah Iqram sedikit kuat.
Maira
yang sedang menghirup minuman panasnya, terus tersembur. Apa lagi, dia pun
terus melatah. “Oii, nenek!” latahnya tanpa sedar.
Nasib
baik Iqram sempat mengelak. Kalau tak, percuma sahaja kena tepung tawar. Dia
berdecit, lalu menjeling. “Awak ni, sabar aje tau! Nasib baik saya tak kena
tepung tawar!” bebelnya geram.
Maira
menyengih. “Padan muka bos! Siapa suruh buat saya terkejut? Kalau tegur saya
baik-baik, tak boleh ke?” bebelnya.
Iqram
mencebik. “Eleh… Sikit-sikit nak terkejut. Awak ni lemah semangat tau!”
sindirnya dengan muka selamba.
Membuntang
terus mata Maira demi mendengar sindiran itu. “Hisy, bos ni!” bentaknya.
Iqram
tidak membalas, dia hanya tersengih. “Err… Maira, jom kita keluar makan tengah
hari?” ajaknya beria-ia.
Maira
tercengang. “Haa… bos ajak saya keluar makan tengah hari?” Erk, betul ke apa
yang aku dengar ni? Telinga aku belum pekak kan? Biar betik?
Iqram
mengangguk laju. “Ya, saya ajak awak keluar makan tengah hari.” Beria-ia dia
membalas.
Maira
terdiam. “Err…”
“Awak
ikut saya ya? Kita makan tengah hari sama-sama,” celah Iqram.
“Tapi…”
“Tak
ada tapi-tapi, Maira! Ini satu arahan!” Iqram segera memotong sebelum sempat
Maira menghabiskan bicara.
Maira
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia agak keberatan hendak memenuhi
permintaan itu. “Saya bukan tak nak ikut bos pergi makan tengah hari. Tapi,
saya tak berapa selesalah. Lagipun, bos kan tahu apa yang dah berlaku kat
pejabat. Kalau saya keluar dengan bos, nanti apa pulak orang lain cakap?” Dia
cuba menolak dengan cara lembut.
Iqram
berdecit geram. “Ala… biar ajelah orang nak cakap apapun pasal kita. Lagipun,
kita bukannya buat perkara sumbang mahram pun. Kita cuma keluar makan tengah
hari sama-sama aje. Tu pun di khalayak ramai,” balasnya beria-ia.
“Tapi…”
“Awak
takut staf-staf saya mengata pasal kita ke?” celah Iqram.
Maira
mengangguk.
Iqram
tersenyum. “Mulut orang ni bukannya kita boleh tutup, Maira. Makin kita cuba
tutup, makin laju dia bersuara. Nak tak nak, kita kena biarkan aje. Esok lusa
bila mereka dah penat, tahulah mereka diam,” balasnya dengan suara tegas.
Maira
mengeluh. “Yalah… saya setuju dengan kata-kata bos tu. Tapi buat masa ni, kita
tak payah keluarlah! Saya tak nak orang terus mengata pasal kita, bos!”
balasnya, beria-ia cuba menolak.
Iqram
mendengus. “Dah, saya tak nak dengar apa-apa alasan lagi! Pokoknya, awak kena
ikut saya keluar makan tengah hari. Faham?” tegasnya.
Maira
terkedu. “Tapi…” Dia cuba membantah, namun Iqram segera mencelah.
“Tak
ada tapi-tapi lagi!” Seraya itu, Iqram terus bangun lalu berjalan pergi
meninggalkan Maira sendirian di meja.
Maira
menarik muka cemberut. Hisy, suka paksa orang tau! Bencilah! bentak hatinya
geram.
JAM digital di sudut tengah meja
dikerling. Angka di jam itu sudah berubah ke 12.30 tengah hari. Maira tersenyum
lebar. “Hmm… masa untuk makan tengah hari,” desisnya sendirian.
Serentak
itu, dia mengemas mejanya. Fail-fail yang menimbun di tengah meja, disusun
supaya kelihatan lebih cantik. Sesudah puas hati dengan susunan fail di atas
meja, dia bingkas mencapai beg tangannya lalu menyisipnya ke bahu. Dia terus
bangun lalu bersedia untuk melangkah pergi.
Baru
sahaja hendak memulakan langkah, tiba-tiba kedengaran satu suara menegurnya.
“Awak dah siap ke, Maira?” tegur suara itu.
Maira
tersentak kecil. Serta-merta dia menoleh ke tepi. Dia tersenyum kelat apabila
melihat figura Iqram. Dia kan ajak aku keluar makan tengah hari. Erk, macam
mana aku boleh terlupa ni? desisnya sendirian. “Err… kita nak pergi mana, bos?”
tanyanya sedikit gugup.
Berkerut
dahi Iqram demi mendengar soalan itu. “Aik, takkanlah awak dah lupa kot? Kita
kan nak keluar makan tengah hari sama-sama,” Dia mengecilkan bola matanya.
“Awak ni sengaja buat-buat tak ingat, kan?”
Terasa
panas wajah Maira demi mendengar sindiran itu. Dia menyengih. “Err…”
Tergagap-gagap dia hendak menjawab soalan cepumas itu.
“Dah,
tak payah nak banyak bunyi lagi! Jom kita pergi makan tengah hari!” celah Iqram
sebelum sempat Maira meneruskan bicara.
“Eh,”
Cepat-cepat Maira bersuara. “Kalau kita tak payah keluar makan tengah hari
sama-sama, tak boleh ke?” katanya beria-ia.
Bulat
biji mata Iqram. “No! Awak tetap kena
keluar makan tengah hari dengan saya, Maira Qaisarah!” tegasnya dengan suara
serius.
Maira
berdecit. “Tapi…” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Iqram
mendengus. “Tak ada tapi-tapi lagi!” potong Iqram. “Jom!” Dia segera menarik
tangan Maira, lalu berjalan menuju ke lobi.
Maira
tergamam. Eh, dia pegang tangan aku? Aduh, dia ni memang sengaja bikin panas
tau! Kalaulah mata-mata staf di jabatan ni pandang, tak ke haru jadinya? desis
hatinya keresahan.
LANGKAH Maira dan Iqram mati di depan
pintu lif. Masing-masing diam membatu. Langsung tidak terlintas di fikiran
untuk memulakan kata. Tiba-tiba, daun pintu lif terkuak. Muncul figura Erika di
dalam.
Demi
melihat figura Maira dan Iqram, mata Erika terus membuntang. Segaris senyum
penuh makna terukir di bibir. “Eh, Am dan Maira nak pergi mana ni?” tanyanya
dengan muka ingin tahu.
“Err…
kami nak…” Belum sempat Maira menghabiskan ayatnya, cepat-cepat Iqram memintas.
“Kami
nak pergi dating,kak.” Iqram membalas
dengan muka selamba.
Maira
terkedu. Terasa panas di wajahnya apabila mendengar jawapan itu. Serta-merta
dia menoleh ke arah Iqram. Dia mahu bertanya apa sebabnya lelaki itu
mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa, namun lidahnya seakan-akan terbelit untuk
melontarkan kata. Dia mendengus geram kerana tidak berupaya untuk membetulkan
keadaan sebenar. Argh!
Garis
senyum penuh makna semakin lebar di bibir Erika. “Oh, nak pergi berdating ya? Wah, seronoknya!” usiknya.
Iqram
tergelak. “Akak ni… ada-ada aje tau!” Dia jadi malu-malu meow apabila mendengar usikan itu.
Maira
mencebik. Erk, dia ni memang pelakon hebat kan? Dahlah aku digosipkan dengan
dia kat pejabat. Lepas tu, tak pasal-pasal aku pergi serang Sonia si setiausaha
gedik tu. Dan dengan selamba badaknya, Mr. singa ni cakap nak keluar dating dengan aku? Mengaku depan Cik
Erika pulak tu! Aduh, choi betullah!
bentak hatinya geram.
“Ehem-ehem!”
Erika berdehem.
Sekali
gus, mematikan lamunan Erika dan Iqram.
“Okeylah,
akak nak masuk bilik dulu. Ada kerja yang perlu diselesaikan,” kata Erika. “So, selamat berdating ya,” usiknya lalu ketawa besar.
Merah
padam muka Maira demi mendengar usikan itu. Membuntang terus biji matanya. Haa…
selamat berdating? Oh, aku tak
tersalah dengar kan? Sukar dia hendak percaya dengan apa yang baru terkeluar
dari bibir Erika. Berdating dengan
Mr. singa? Ah, gila ke apa? Sorry,
tak hingin aku!
Iqram
tergelak. “Okey kak, terima kasih ya,” balasnya dengan muka selamba.
“Sama-sama,
dik.” Serentak itu, Erika berjalan pergi meninggalkan figura Maira dan Iqram
sendirian di depan lif.
Iqram menekan punat lif untuk ke tingkat
bawah. Dalam masa beberapa saat, lif itu kembali terbuka semula. “Jom!” ajaknya
seraya terus menarik tangan Maira untuk masuk ke dalam perut lif.
Maira yang terpinga-pinga
dengan tindakan ketuanya itu, hanya menurut tanpa banyak bicara.