Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Singa Miss Selamba (UPDATE)
BAB 34

“HAA… macam mana malam pertama hampa berdua?” usik Mak Uda Harlina sambil menjungkit sebelah keningnya tanda nakal.

Iqram yang sedang menghirup minuman panasnya terus tersembur. Pedih tekaknya gara-gara tersedak. Dia terbatuk-batuk kecil sambil menggosok perlahan dadanya. Manakala Maira pula sudah membuntang besar demi mendengar soalan itu. Merah padam pipinya menahan malu. Mukanya pula sudah cemberut.

Encik Azmil sudah tersengih. Geli hatinya demi melihat ekspresi wajah pasangan suami isteri itu. “Hang nilah, Lina… awat tanya soalan lagu tu? Kesian tau! Tak pasal-pasal budak Iqram tu tersedak sebab terkejut,” tegurnya.

Puan Fadillah tergelak. “Malam pertama mereka semestinya beri sebuah makna yang mendalam kan?” Giliran dia pula yang mengusik anak menantunya itu.

“Mak!” Maira spontan menjerit. “Hisy, mak dengan mak uda ni sama aje tau! Buat malu Mai aje,” bentaknya. Malam pertama yang bermakna? Ha ha ha… malam pertama malapetaka tau! Sepanjang malam aku tidur dalam bilik air. Sakit pinggang aku tau!

Iqram tersenyum penuh makna. Figura Maira dikerling nakal. “Ha’ah mak, malam pertama yang begitu bermakna buat kami berdua.” Dia mencelah. Sengaja hendak menyindir isterinya itu. Sangat-sangat bermakna. Ada orang tukan siap sembunyi dalam tandas lagi. Takut punya pasal, kutuk hatinya.

Maira tercengang. Dia menjeling tajam figura Iqram. Erk, kau perli aku ke? Cis, tak guna!

“Haa… baguihlah! Cepat-cepat bagi kamu cucu na. Dah lama rumah ni tak dengaq suara baby menangis.” Tiba-tiba Mak Uda Harlina mencelah.

Maira terkesima. “Mak uda!” Cucu? Huhh, kirim salam ajelah! No!

Iqram pamer senyum penuh makna. Dia menoleh ke arah Maira. Garis senyum nakal meniti di bibir. “Insya-ALLAH, mak uda. Nanti kami ‘hadiahkan’ baby untuk keluarga kita ya,” jawabnya nakal.

Mak Uda Harlina menjerit suka. “Yess!”

Seisi keluarga tertawa lucu demi melihat gelagat Mak Uda Harlina. Dia pula yang terlebih, sedangkan pasangan suami isteri itu berlagak selamba sahaja.

Maira mencebik. Dia tayang muka tak ada perasaan. Malas hendak melayan telatah miang Iqram. Menyampah!

MAIRA berjalan ke katil, lalu melabuhkan duduk di situ. Demi mengingati perbualannya bersama keluarga sewaktu di meja makan tadi, spontan dia berdecit geram. “Habislah kau, Maira! Satu rumah ni dah mula sukakan Iqram!” bentaknya dengan mulut terjuih-juih ke depan bersama muka cemberutnya.

Sebaris ayat yang terluncur keluar dari mulut Mak Uda Harlina spontan mengetuk gegendang telinganya. “Cepat-cepat bagi kami cucu na. Dah lama rumah ni tak dengaq suara baby menangis.”

Argh, Maira menjerit nyaring! Dia genggam buku lima. Api kemarahannya semakin bercambah. Namun rasa sakit hatinya semakin meluap-luap tatkala Iqram turut sama menyokong kata-kata Mak Uda Harlina.

“Insya-ALLAH, mak uda. Nanti kami ‘hadiahkan’ baby untuk keluarga kita ya,”

Maira mencebik. “Gila ke apa? Aku nak ada anak dengan Mr. singa? Sorry naik lori ajelah!” Sekali lagi dia membentak.

Tiba-tiba, sesuatu terlintas di fikirannya. Matanya terus terbeliak luas, diapit dengan mulutnya yang sudah ternganga besar. “Aku nak tidur kat mana malam ni? Takkanlah aku nak tidur dalam bilik air lagi? Lama-lama, patah dualah pinggang aku! Dia sedap-sedap tidur atas katil aku, aku pulak kena tidur dalam tab mandi. Tak adil!” bentaknya.

Dia terdiam sejenak. Bola matanya meliar ke sana sini. Memehari suasana di sekitar biliknya. Terdetik satu idea di kotak fikirannya. Sekali gus mengudang segaris senyum lebar di bibir. Keningnya terjungkit sebelah. “He he he… siap kau, Iqram Fattah!” Dia tergelak jahat.

BARU sahaja kakinya mencecah masuk ke muka pintu, mata Iqram terus terbuntang luas. Mulutnya ternganga besar. Sungguh, dia rasa terkejut dengan apa yang baru sahaja disaksikan dengan dua matanya kala ini. “Maira?” jerkahnya dengan suara lantang.

Maira terkejut demi mendengar jerkahan Iqram. Dia yang sedang melekatkan pita pelekat di katil, serentak menoleh ke arah figura suaminya. “Hmm?” Dia membalas acuh tak acuh. Lalu, dia meneruskan kerjanya melekat pita pelekat berwarna merah terang itu ke tengah katil. Dari birai hingga ke hujung katil, habis penuh dengan pita pelekat.

Mencicit Iqram berjalan ke katil. Dia bercekak pinggang. Mukanya sudah merah menyala, jelas marah dengan tindakan gila Maira. “Awak buat apa ni hah? Yang awak pergi lekatkan pita pelekat atas katil kita tu, kenapa?” Dia mengherdik dengan suara keras.

Demi mendengar soalan itu, spontan Maira berdiri tegak di hadapan figura Iqram. Dia pamer senyum sinis. “Biarlah! Suka hati sayalah nak buat apapun. Ni kan bilik saya, bukan bilik awak!” Dia membalas dengan muka selamba. “Haa satu lagi,” Dia menuding jari ke sudut kanan katil. “Kat sebelah kanan tu ruang saya, dan…” Jarinya tertuding pula ke sudut kiri katil. “Kat sebelah kiri tu pula ruang awak.” Tambahnya lagi.

Iqram tercengang. Dia mendengus geram. “Eh, awak dah lupa ke, sayang? Sebaik sahaja lafaz akad nikah terucap di bibir saya, bilik ni serta-merta jadi bilik kita! Dan tak ada istilah katil ni akan dibahagikan dua! Kita berdua akan sama-sama tidur atas katil ni!” bidasnya dengan suara tegas. Tidak mahu mengalah dengan isterinya itu. Budak keras kepala macam ni, kena ajar dengan keras kepala jugak! Hah, tak pasal-pasal katil ni penuh dengan pinta pelekat. Gila sungguh!

“Ah, peduli apa saya! Bilik ni bilik saya, bukan bilik awak! Jadi, awak tak ada hak dalam bilik ni! Saya tak nak tidur rapat dengan awak tau! Sebab tulah saya lekat pita pelekat tu supaya tangan awak tu tak merayap ke merata-rata tempat!” Maira membidas, tidak mahu mengaku kalah.

“No! Bilik ni bukan bilik awak seorang aje, tapi bilik kita! Suka hati sayalah nak buat apapun! Awak kan dah jadi isteri saya yang sah!” Sekali lagi Iqram membidas keras.

Maira tayang muka tak bersalah. “Tak!”

“Ya!” bidas Iqram pula.

“Tak!”

“Ya!”

Iqram mula hilang sabar dengan tingkah laku Maira. Dia nikan, memang nak kena ni! Siap kau, aku cabut pita pelekat ni! “Awak betul-betul buat saya hilang sabar, Maira! Siap awak!” Dia berjalan ke arah hujung katil, lalu mencabut pita pelekat yang sudah pun terlekat kemas di hujung katil.

Maira terkesima. “Eh, apa ni?” Dia bingkas melekatkan kembali pita pelekat itu ke hujung katil. Sedaya upaya menahan Iqram dari cuba mencabut pita pelekat itu.

Iqram mendengus. “Saya tak peduli! Awak suka ke tak, saya tetap akan cabut pita pelekat ni! Awak betul-betul dah gila, Maira! Benda macam ni tak pernah dibuat orang tau! Ada apa-apa yang tak kena ke kat otak awak tu?” bebelnya.

Maira menjeling. “Eh, suka hati sayalah! Saya tetap tak akan benarkan awak cabut pita pelekat ni, Iqram Fattah!”

“Pokoknya, awak tetap kena ikut semua kemahuan saya! Saya tak suka awak buat kerja gila macam ni, Maira Qaisarah!” bentak Iqram dengan suara keras.

Maira pamer senyum sinis. “Tak nak, saya tetap tak akan ikut semua kemahuan awak! Saya tetap akan pasang pita pelekat ni atas katil!” bidasnya.

Iqram mendengus geram. “Fine! Huh, buatlah kerja gila ni! Malas saya nak bertekak dengan awak! Buat bazir air liur aje bertikam lidah dengan si kepala batu macam awak ni tau!” Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menuruti kemahuan Maira. Malas dia hendak berlawak kata dengan isterinya itu. Dapat sakit hati aje!

Maira senyum kemenangan. “Yess!” jeritnya. Buat pertama kali dalam hidup, aku berjaya menundukan singa jantan ni! Yehha!

“Tapi…” Iqram pamer senyum penuh makna. Wajahnya nakal.

Maira tersentak kecil. Erk, ada tapi-tapi jugak ke? “Tapi apa?”

Sebelah keningnya terjungkit ke atas. “Awak suka ke tak, awak tetap kena tidur dengan saya atas katil ni. Faham?” balas Iqram penuh makna.

“Okey!” Maira menjawab dengan selamba sotongnya. Langsung tidak memikirkan kesan daripada jawapannya itu.

“Hmm… bagus!” Serentak itu, Iqram berjalan masuk ke dalam bilik air.

Figura Iqram hanya diperhati melalui ekor mata sahaja. Apabila bayang suaminya itu sudah menghilang di sebalik dinding, Maira terus menjerit suka. Padan dengan muka kau, Mr. singa! Puas hati aku!

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.