Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,110
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 33

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 33)

Tak boleh tidur, walaupun Tengku Izraf Akif sudah berkali-kali menyuruhnya tidur, tetapi mata ini tidak enak untuk terlena malam ini, lalu dia mengambil keputusan untuk menghubungi mamanya setelah Tengku Izraf Akif keluar dari biliknya. Diceritakan segala-galanya kepada mamanya itu.

“Sharifah Madziah ada datang dua hari lepas, ceritakan semua ini. Mak engku tak banyak bising tetapi anak-anak mak engku macam nak letup bumi ini saja..,” ujar Wan Aisyah. Hmm, ayat mama boleh tahan juga yer.

“Tadi pun macam itu juga, mama. Dia dah tak nak tengok muka kita orang lagi, “Sabar, ada hikmahnya tu,” pujuk mamanya.

“Betul ke Tengku Burhan tu ayah Zara, mama?”

“Tak tahu, Sharifah Kamariah dengan Tengku Burhan memang rapat, tetapi rapat sebagai staf dengan majikannya. Dia orang tak pernah bercinta pun, tiba-tiba kecoh Sharifah Kamariah mengandung. Bila ditanya siapa punya angkara, Sharifah Kamariah hanya mendiamkan dirinya. Masuk tiga bulan Sharifah Kamariah mengandung, dia pergi dari sini dan tinggal bersama adiknya Sharifah Madziah. Selepas lahirkan Zara, dia datang dan serahkan Zara kepada mama,”cerita Wan Aisyah dengan panjang lebar sekali.

“Ini Sharifah Madziah punya pasal, mama!” kata Zara Irdina sedikit marah. Kan senang kalau Sharifah Madziah duduk diam-diam saja di rumah. Tidak perlu bongkarkan perkara ini. Tidak perlu datang ke sini dan cerita perkara yang tidak baik ini.

“Tak baik tuduh orang macam tu, biarkan saja. Zara ada Akif, ada Shah, ada dunia Zara sendiri, usah pedulikan dia orang tu,” ujar Wan Aisyah membuatkan Zara bersemangat saja.

“Kasihan dengan abang akif, mama. Dia dibuang keluarga kerana Zara,” ucap Zara Irdina. Simpatinya dia kepada suaminya itu. Tetapi dia tidak mampu untuk buat apa-apa tentang perkara ini.

“Zara, kena hargai pergorbanan dia kat Zara, jangan biarkan Akif bersedih lagi,” kata mama lagi.

Bercerita panjang dengan mama membuatkan satu lagi rahsia terbongkar. Patutlah Tengku Izraf Akif tidak mahu ke sana lagi, rupanya dia sudah buat perjanjian dengan Tengku Bakar dan Tengku Basri, dia tidak akan menjejakkan kakinya ke sana lagi apabila Tengku Bakar mengugut untuk merampas istana dari bonda dan merampas pucuk pimpinan kepunyaan bonda. Tengku Izraf Akif buat semua itu demi bonda kesayangannya.

“Mama, Zara tak balik kenduri nanti, Mama jangan kecil hati yer!”

“Mama, faham Zara,” hendak pergi macam mana, kalau pergi akan bertembung dengan keluarga Tengku Cempaka kerana rumah dan istana dekat sangat. Takut kena halau lagi.

“Bersalin nanti beritahu mama, boleh mama ajak papa pergi jenguk Zara,”

“Nanti Zara tanya abang, mama!” sedihnya kali ini. Tak tahu, Tengku Izraf Akif benarkan atau tak, mama melihat cucu sulongnya ini.

“Tanya dia elok-elok, nie asyik bergaduh saja. Mama tengok kamu pun penat!”

“He he he...,”

Senang hati boleh mendengar suara mama. Walaupun kami tidak mempunyai ikatan darah tetapi hubungan kami memang terlalu rapat. Amat rapat sekali. Mama beri kata-kata peransang dan kata-kata semangat untuk dia.

Tengku Izraf Akif tidur di bilik sebelah rasanya, mungkin Tengku Izraf Akif sendiri perlukan masa untuk bersendirian. Dia pula memang mahu waktu-waktu begini. Masa untuk berfikir, dan mencari kekuatan. Itu yang dia mahukan dan rasanya Akif pun sama juga. Kerana saling memahami kami faham kehendak diri masing-masing.

Selesai subuh pagi hari ini, dia terus berjalan di tepian pantai seorang diri, kerana Tengku Izraf Akif pergi bersolat di masjid pagi ini dan belum pulang lagi. Mungkin bertanya khabar orang kampung barangkali. Itu rutin harian suaminya, jadi dia amat memahaminya.

Pagi ini mahu mengambil semangat pantai. Pantai yang tetap utuh biar pun dipukul ombak yang kuat. Pantai yang tetap setia biar apa pun yang terjadi. Tidak seperti aku yang asyik menyalahkan Tengku Izraf Akif saja sedangkan dia sudah banyak berkorban untuk memberikan aku sebuah kebahagiaan.

Angin pantai datang menyapa diri dan perutnya yang besar itu. Aku mahu jadi aku yang kuat. Bukan yang lemah lagi. Aku sudah tahu apa matlamat aku sekarang. Biarlah apa orang nak kata tetapi aku mahu melawan ombak untuk mencapai kebahagiaan dan cita-cita, aku tidak mahu mudah mengalah, tidak mahu menjadi lemah seperti semalam lagi.

“Assalamualaikum!” sapa Tengku Izraf Akif dari jauh. Dia mengalih pandangan melihat encik suaminya sedang berjalan ke arahnya. Songkok di kepala masih belum ditanggalkan lagi. Kain pelekat bersama baju kurung melayu memang menyerlahkan lagi sikap anak raja yang seorang ini. Dia tetap berdarah raja walaupun bermain dengan lumpur atau apa saja. Itu tidak dapat dinafikan.

“Waalaikummussalam!” jawabnya masih berdiri dan tidak berganjak dari tempatnya. Pagi ini rasa semangat diri semakin kuat. Lebih kuat dari matahari yang baru menampakkan dirinya.

“Tak takut ke ada kat sini sorang-sorang?” soal Tengku Izraf Akif. Pagi masih awal dan tidak ada orang ketika ini di pantai. Di tengah laut sana, ada kapal nelayan sedang mencari sumber rezeki untuk hari ini.

“He he he..,” dia hanya tersenyum. Tengku Izraf Akif sudah hampir di sebelahnya dan turun berdiri sepertinya.

“Terima kasih kerana memberikan aku sebuah cinta yang cukup bermakna,” ucap Zara Irdina sambil merangkul lengan suaminya.

“Aku yang perlu ucap terima kasih kerana kau sanggup menerima cinta ku,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina tersenyum. Wajah comel ini yang membuatkan dia jatuh cinta dan kenal erti rindu.

“Apa lagi yer...,” kata Zara Irdina cuba mengingatkan kata-kata yang mahu diucapkan kepada suaminya. Terlupa bila melihat wajahnya yang sentiasa segak di mataku.

“Suka tengok kau macam nie, rasanya aku dah dapat Zara Irdina pujaan hati aku dulu. Yang kuat, yang kental, yang tidak mudah mengalah dengan dugaan kehidupan,” ungkap Tengku Izraf Akif sambil mencuit hidung isterinya.

“Yup, aku sudah tahu matlamat aku sekarang, di samping berada di sisi kau,” Aku mahu membina kehidupan aku bersama dia. Aku tidak mahu ingatkan orang-orang yang telah menyingkirkan aku di dalam kehidupan mereka.

“Bagus tu, kita sebenarnya tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Yang aku tahu, aku nak berusaha dapatkan anak ramai dengan kau nanti...,”

“Mula lah tu...,” aku tahu dia sebenarnya mahu aku melupakan cerita duka yang menimpa diri kami, jadi dia sekadar bergurau.

“Yang tu dalam perancangan aku, aku boleh kawal kau, tetapi yang lain mana lah kita tahu akal fikiran, hati dan sikap mereka ke atas kita,” sambungnya lagi. Zara Irdina mengangguk.

“Hari nie kita pergi beli baju baby nak, kita pergi scan tengok betul ke lelaki?” baju baby dan kelengkapannya tak beli pun lagi. Sebab dia sibuk. Aku nak pergi sendiri dia tak benarkan.

“Pergi shoping boleh. Scan tu tak payah!” tolak Tengku Izraf Akif. Tahu dah lelaki.

“Nak tahu lelaki ke perempuan?” usik Zara Irdina.

“Lelaki lah!” yakin Tengku Izraf Akif.

“Tahu mana lelaki?”

“Tengok perut kau pun dah tahu!”

“Jangan main-main!”

“Betul, tak main-main!”

“Perempuan kut!”

“He he he..,” Tengku Izraf Shah tersenyum saja.

Orang dah pergi scan secara rahsia, memang lelaki pun. Dia saja yang tak tahu. Sebab dia punya hati kan cukup kuat tentang hal ini. Tetapi ibu yang membawanya dalam perut sendiri tak tahu anak lelaki ke perempuan. Mana kita tahu sebab ini kan pengalaman pertama kita. Sedangkan ada orang cakap kalau mengandung anak lelaki macam lain, mengandung anak perempuan macam lain.

“Minggu depan kenduri, abang hantar dekat hotel dan suruh papa jemput Dina di situ,” Aku sudah tidak boleh pergi, kerana Tengku Bakar tak benarkan aku menjejakkan kaki ke sana lagi. Aku tidak boleh pergi kerana bonda sedang marah kepada kami berdua.

“Tak pergi!”

“Hah, kenapa tak pergi pulak??”

“Sarat sangat dah, tak mampu nak jalan jauh!”

“Atau alasan sebab abang tak pergi?”

“Susah kalau tak ada abang, jadi apa-apa kat sana siapa nak tanggung?”

“Nanti apa pula kata mama dan papa. Zana tentu kecil hati sebab kakak dia tak dapat datang nanti,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina terdiam. Harap-harap Zana faham masalah yang sedang menimpa dirinya kala ini.

“Dah cakap dengan Zana, dia faham!”

“Pergilah, atas restu abang tak akan jadi masalah di situ!” suruh Tengku Izraf Akif. Zara Irdina memandang wajah suaminya. Semua yang dia lakukan ada lah kepentingan aku saja. Dia???

“Saya kan permaisuri kat sini, tanpa raja, permaisuri tak akan ke mana-mana, di mana ada raja, di situ lah ada permaisuri..,” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif kehilangan kata-kata.

“Lagipun malas nak berjalan jauh. Dua bulan lagi Shah nie dah tak sabar nak keluar tengok papa dia!” sambung Zara Irdina. Aku mahu seperti dia, mahu beri dia bahagia sebagaimana dia memberi kebahagiaan kepada aku.

“Dina tak perlu ikut abang, Dina boleh buat apa saja, abang beri kebebasan sepenuhnya kat Dina, asalkan Dina bahagia, faham tak?” kata Zara Irdina. Baik sungguh dia.

“Abang jangan uji Dina dengan macam-macam sangat, takut naik angin!”

“Apa?”

“Mengandung macam nie, pastu nak pergi tinggal di rumah mama, suami pula tinggal di sini seorang diri, lagilah tak kena nanti,” katanya sambil menunjukkan perutnya itu.

“Yup, itu yang aku nak buat kat kau, nak ikat hati dan kau ku kemas-kemas, nak ajar kau macam mana seorang lelaki bergelar suami boleh ikat kaki isteri macam kau, degil, hati batu semuanya ada..,” ucap Tengku Izraf Akif. Satu pukulan kecil singgah di lengan Tengku Izraf Akif.

“Malas nak bergaduh. Nak pergi klinik lagi kan? Nak pergi shoping lagi? Abang tak pergi kebun hari ini?”

“Tak?”

“Kenapa?”

“Isteri tak benarkan abang pergi..,”

“Tipu arrr..,”

Bila masa aku tak benarkan dia pergi?

“Dina tak halang lah, kalau abang nak keluar pun!”

“Dina tu ada abang saja sekarang tau tak?”

“Tau, lagipun Dina boleh jaga diri,”

“Dina bukan boleh harap sangat!”

Dia yang terlebih bimbang kut.

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.