Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,115
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 6)

Ditolaknya Tengku Izraf Akif sehingga jatuh ke katil. Terdengar suara Tengku Izraf Akif mengaduh kesakitan.

“Gila ke apa ni? Kau memang tempah bala!” jerit Zara Irdina ke arah Tengku Izraf Akif. Macam mana aku boleh ada di bilik aku sendiri? Dan dia? Tak kan lah dia hantar aku dan terus tidur di sini? Mana mama? Mana papa? Hu hu hu..,

“Jangan bising lah, tau mama dan papa nanti macam mana?”

“Oo.. kau ceroboh masuk bilik aku kan?” marah Zara Irdina. Hilang demam panas tadi. Tadi suhu badannya terlalu panas. Ketika Tengku Izraf Akif menghantarnya pulang, dia pengsan. Mama benarkan Tengku Akif menghantarnya sampai ke bilik dan Tengku Izraf Akif terus balik ke rumahnya tetapi selang dua jam, dia datang melalui jendela antara bilik mereka berdua. Susah hati memikirkan keadaan diri Zara irdina, membuatkan dia mengambil keputusan untuk menunggu di bilik Zara Irdina. Dia yang menjaga Zara Irdina tadi sehingga terlena di sisi Zara Irdina.

Tak sengaja lah, tertidur kat sebelah kau.

“Ceroboh apanya, cakap elok sikit-sikit yer..,”

“Habis nie apa?”

“Nasib baik aku tidur saja sebelah kau, kalau aku buat lebih dari itu pun, kau bukannya sedar!” balas Tengku Izraf Akif. Lama Zara Irdina terfikir sendiri. Akmal pun tak pernah tengok keadaan aku seperti saat ini. Tanpa tudung di kepala dan hanya memakai baju tidur yang nipis saja.

Tetapi antara aku dan Akif sekarang, Akif sudah melihat aku dalam keadaan begini.

“Kau nak apa sebenarnya ni?” marah Zara Irdina semakin menjadi-jadi.

“Ha.. ha.. ha..,” ketawa Tengku Izraf Akif sambil menghampiri Zara Irdina yang sedang tersandar di dinding biliknya. Ditariknya tangan Zara Irdina dekat denganya. Sengaja dipeluknya Zara Irdina erat-erat.

“Lepas lah!” ronta Zara Irdina, tetapi tak berdaya.

“Aku dah cakap kan, kalau cara baik aku tak boleh, aku buat cara kasar lah. Selagi kau tak kahwin dengan aku, aku sanggup buat apa saja, untuk dapatkan kau lah!” gertak Tengku Izraf Akif sambil cuba mengucup leher Zara Irdina tetapi Zara Irdina menepisnya.

“Jangan lah Akif..,” rayu Zara Irdina hiba. Tengku Izraf Akif mengenggam kedua belah tangan Zara Irdina dengan erat. Zara Irdina cuba melawan tetapi tidak berdaya.

“Kau pilih, sama ada kita lakukan zina atau halal kan hubungan kita?” ugut Tengku Izraf Akif. Terpaksa, sebab Zara Irdina asyik menolak cintanya, dan dia tidak ada cara lain untuk mendapatkan Zara Irdina lagi. Dua puluh tahun dia cuba menawan hati Zara Irdina, tetapi Zara Irdina asyik mencari alasan saja untuk menolak dirinya, dan ini lah taktik yang terakhir. Dia tahu dia berdosa kerana melakukan semua ini, tetapi dia memang sudah habis fikir. Ini saja yang ada.

“Aku tak nak, dah lah aku anak haram, nanti tak pasal-pasal mengandung anak haram kau pula,” ucap Zara Irdina menagih simpati. Tengku Izraf Akif tersenyum nakal. Boleh pun kau fikir yer.

“Nak anak haram ke halal? Nak cara sah atau tak? Aku hanya selangkah saja lagi, semuanya jadi milik aku malam ini, Zara Irdina!” bengis jawapan itu. Zara Irdina hilang akal, buatnya Tengku Izraf Akif betul-betul merampas kehormatannya bagaimana? Tetapi betul ke Akif tergamak melakukan semua ini kepadanya?

Tak mungkin lah.

“Aku tak nak jadi isteri kau lah, Akif!” ujar Zara Irdina. Tengku Izraf Akif menolak tubuh Zara Irdina jatuh ke katil dan cuba untuk menarik butang baju Zara Irdina. Hah, ini bukan Akif yang aku kenali rupanya. Akif ini sudah dirasuk barangkali, dan ternyata Akif sanggup melakukan apa saja malam ini untuk menghancurkan masa depan aku.

“Kau ingat aku apa Zara? Aku dah cakap kan...,”

“Akif, nak buat semua ni, kau kahwin dengan aku!” tutur Zara Irdina ketakutan. Aku tak mampu nak lawan dengan Akif lagi, lebih baik menyerah. Tengku Izraf Akif ketawa dalam hati. Ya, itu yang aku nak dengar sangat dari mulut kau Zara Irdina. Dilepaskan Zara Irdina dan ditariknya kain cadar menyelimuti badan Zara Irdina. Tinggal muka dan kepala saja. Air mata Zara Irdina mengalir membasahi pipinya. Takut dan gementar masih ada dalam hatinya. Takut yang amat sangat.

Tengku Izraf Akif terus pulang ke rumah. Tidak memujuk pun Zara Irdina yang sedang ketakutan. Malah pergi begitu saja. Biarlah Zara Irdina hendak sakit hati, geram atau apa saja, dia tidak pedulikan. Zara Irdina menangis sendirian mengenangkan perbuatan Tengku Izraf Akif sebentar tadi.

Sampainya hati buat aku macam nih? Tiba-tiba datang perasaan marah, perasaan benci kepada Tengku Izraf Akif. Marah teramat sangat kepada kawan rapatnya sejak dari kecil lagi. Sanggup nak rampas kesucian aku hanya kerana aku menolak cintanya.

Dia tidak tidur sampai ke subuh hari, selepas solat subuh barulah matanya mahu terlena, dan dia dikejutkan oleh mama yang masuk bersama dengan jambangan bunga mawar. Haruman bunga mawar masuk ke dalam lubang hidung.

“Dah mandi?” soal Wan Aisyah sambil menghulurkan jambangan bunga di atas ribaannya. Zara Irdina terus menyandarkan badannya di tepi katil. Siapa pula yang beri bunga pagi-pagi nih?

“Yup, kenapa mama?” memang dah mandi pun sebelum solat subuh tadi. Malah pakaian pun sudah bertukar.

“Zara!” panggil Tengku Cempaka yang masuk ke dalam biliknya. Terkejut Zara Irdina melihat wajah Tengku Cempaka. Tengku Cempaka duduk di sebelah Zara Irdina. Apa dah jadi nih?

Tengku Cempaka menarik tangan kanan Zara Irdina, dan memegang jari manis Zara Irdina. Disarungkan cincin ke jari manis Zara Irdina lalu dikucupnya dahi Zara Irdina dengan sepenuh kasih sayang. Zara Irdina masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku pagi ini.

“Bonda, suruh minah tu pakai tudung, pakai elok-elok sikit, saya nak masuk lah!” jerit Tengku Izraf Akif dari luar bilik. Dia pun ada juga. Marah dan benci masih ada lagi dalam hati ini bila mendengar suara itu.

“Tak sabar lah, kau ni Akif!” balas bonda. Wan Aisyah mencari tudung lalu diberikan kepada Zara Irdina. Semalam dah tengok segalanya, hari ni nak pakai tudung pulak. Menyampah sungguh lah!

Wan Aisyah ke arah pintu, lalu menarik tembol pintu dan membiarkan Tengku Izraf Akif bersama kakaknya Tengku Mawar masuk ke dalam bilik. Bonda bangun dari sebelah Zara Irdina dan memberi laluan kepada Tengku Izraf Akif untuk duduk di sebelah tunangnya. Memandang wajah bersih Tengku Izraf Akif hatinya marah dan benci hilang tiba-tiba. Semudah itu? Peliknya perasaan.

Majlis secara beradat akan dilakukan secepat mungkin. Tengku Izraf Akif memegang tangan kanan Zara Irdina. Cincin perkahwinan milik ibunya tersarung indah di jari Zara Irdina. Cantik sangat!

“Kau ingat lagi aku pernah buat apa kat jari manis kau nih?” soal Tengku Izraf Akif kepada Zara Irdina. Zara Irdina mengangguk. Kesan lembamnya telah lama hilang tetapi masih terasa gigitan itu. Tengku Izraf Akif pernah mengigit jari manisnya ketika dia berusia 17 tahun, sebagai tanda cincin pertunangan katanya.

“Kau nak apa ni?” bisik Zara Irdina perlahan. Hanya dia dan Tengku Izraf Akif yang terdengar. Aku nak dengar perkataan maaf dari bibir kau lah, Akif.

“Saat itu kau dah jadi milik aku tau,” kata Tengku Izraf Akif perlahan. Zara Irdina hilang arah kerana ramai mata memandang ke arahnya. Terharu ada, tergaman ada. Aku kena belajar menerima dia dalam hidup aku, memang aku sayangkan dia, sebab selama ini dia yang sering melindungi aku tetapi tidak pernah menyangka aku akan bertunang dan bakal menjadi isterinya. Semuanya seperti mimpi saja, sedangkan baru seminggu lepas aku bergelar janda orang.

“Tengku Izraf Akif, sebagai lelaki kau kena melamar aku lah, bukan dengan cara begini..,” ujar Zara Irdina sambil memandang wajah mama dan bonda. Tengku Mawar ketawa tanda senang hati.

“Hah?”

“Tak kan ajak aku kahwin macam nie saja, tak melamar pun. Lelaki apa nih?” balas Zara Irdina. Apa lagi yang aku tinggal setelah peristiwa semalam, lebih baik aku kahwin dengan dia, sebab dia dah berjaya sentuh aku. Ada lagi lelaki lain nak kat aku setelah perbuatan Akif semalam. Tak ada dah aku rasa.

“Apa lagi yang tak kena atau nak macam semalam?” ungkit Tengku Izraf Akif. Zara Irdina menumbuk bahu kanan bakal suaminya itu. He he he. Wan Aisyah mengelengkan kepala manakala Tengku Cempaka menarik muka masamnya. Semalam sudah berlaku sesuatu kah, sampaikan Zara Irdina menjadi lembut seperti hari ini. Tentu anak lelakinya ini telah bertindak di luar batasan. Akif, Akif, mesti kau berkasar dengan Zara Irdina.

“Orang nak letak syarat juga lah..,”

“Oo, syarat macam Puteri Gunung Ledang tu?”

“Ha, ah, aku nak ayer mata kau tu tujuh gelas, macam mana?” ujar Zara Irdina sambil tersenyum. Kali pertama melihat senyuman manis itu setelah seminggu mendiamkan diri. Lega rasa di dalam hati. Lelaki di hadapannya ini tidak pernah menangis walaupun sekali. Kalau menangis, boleh kemarau sepanjang hayat agaknya.

Tengku Izraf Akif terus bangun dari katil dan tiba-tiba duduk di hadapan Zara Irdina.

“Zara Irdina, sudikah kau menjadi permaisuri hati ku?” ujar Tengku Izraf Akif sambil melutut di hadapan Zara Irdina.

“Hmmm...,”lama juga dia berfikir, sedangkan jawapan sudah ada di dalam hati Tengku Izraf Akif.

“Malas nak lamar kau elok-elok kau bukannya nak menghargai pun!. Kalau tak kerana semalam, mesti kau masih nak lari dari aku kan?” ujar Tengku Izraf Akif terus bangun.

“Akif..,” jerit Tengku Cempaka.

“Apa?” balas Tengku Izraf Akif.

“Akif buat apa kat Zara?” soal Tengku Cempaka.

“Bonda tanya bakal menantu bonda yang degil ini. Tanya dia sendiri...,”

“Kalau macam nie, esok kau orang kahwin, risau lah bonda dengan kau tu, Akif!”

Jangan bonda, Zara ada banyak lagi nak kena selesaikan. Sudah lah tunang dalam masa terdekat ini saja. Beri masa Zara bernafas dulu lah bonda. Zara Irdina memandang ke arah Tengku Izraf Akif, tetapi tunangnya itu buat tidak tahu saja.

“Maaf pasal semalam.. tetapi ingat, kau tu hanya untuk aku saja lah!” bisik Tengku Izraf Akif apabila Wan Aisyah menarik tangan Tengku Cempaka keluar dari bilik. Tengku Mawar masih berdiri di depan pintu.

“Maaf tu yang penting..”

“Isteri wajib maafkan kesilapan suaminya, tapi kau tu memang kena ajar macam tu pun. Susah sangat kau tu!” ditolaknya kepala Zara Irdina sebelum dia melangkah keluar.

Tak sporting langsung tunang aku nih.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.