Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,086
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 28

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 28)

Bonda jatuh sakit, beritahu mama sekejap lagi. Malam ini dia tidak mengikut Tengku Izraf Akif ke masjid, dia solat di rumah saja. Tengku Izraf Akif pula selesai solat pergi ke majlis kenduri kesyukuran rumah Pak Razak. Anak Pak Razak dah habis belajar di Universiti dan dapat kerja di Putrajaya. Dan di rumahnya pula sudah dihantar nasi kenduri kepadanya untuk makan malam ini. Cadang nak keluar, entah kan jadi entah kan tidak.

Kasihan bonda yang asyik sebut nama Tengku Izraf Akif saja kata mama. Sampai jatuh demam jadinya. Hmm, macam mana sekarang? Nak ajak balik mesti Tengku Izraf Akif tidak mahu. Tetapi macam mana pula dengan kesihatan bonda? Selepas isyak ada mesej yang masuk dalam handphonenya.

“makan dulu, kalau tak nak makan pun, paksa juga, jangan biarkan Shah kelaparan!” tahu lah tu, mesti balik lewat malam ini. Memang cadang nak makan pun, sebab dia kan makan di rumah kenduri, tak mampu nak tahan kelaparan malam ini. Bau nasi minyak bersama gulai ayam kampung sudah membangkitkan seleranya malam ini. Dia makan sendirian lah jawabnya. Kalau kat rumah tentu boleh makan dengan mama dan papa, dengan adik-beradik, ini kena makan sorang-sorang lah.

Mujur lah ada drama best kat tv, boleh juga menontonnya sambil berbual panjang dengan Syazana adiknya.

“Dah berapa bulan?”

“Dua. Kenapa?”

“Shahir nak buat majlis kahwin cepat lah. Dia kena tukar ke Sabah lima bulan lagi!”

“kahwin lah, selepas itu ikut Shahir ke Sabah,”

“Akak macam mana, boleh datang tak?”

“Insha ALLAH, akak ajak abang akif balik nanti!”

“Tengku tu ke mana kak?”

“Entah, keluar pergi jumpa pompuan kut!”

“Ha ha ha .. akak nih!”

Huwaa, nak balik rumah. Nak balik jumpa mama, jumpa bonda. Nak balik makan kenduri Syazana lagi, boleh kah semua itu? Tunggu sehingga Tengku Izraf Akif pulang. Dekat 10.30 malam, suaminya itu muncul di muka pintu.

“Shah, buat apa tu?” tegur Tengku Izraf Akif sambil duduk di sebelah Zara Irdina. Tanya Shah, kut lah nak cakap, hai sayang ke, hai intan payung ke?? Ni, Shah juga yang dia ingat.

“Jom balik malam nie nak, mengidam lah nak makan Puteri Beradu di istana bonda!” pinta Zara Irdina. Alasan sekarang yang ada hanya mengidam saja lah. Mana ada alasan lain lagi.

“Setakat puteri beradu tu aku pun boleh buat!” senyuman tadi sudah hilang, mesti tak suka dengan permintaan Zara Irdina.

“Bonda buat sedap lah dari kau buat. Jom lah balik!” gesanya.

“Kalau nak balik, balik sendiri!” kata Tengku Izraf Akif.

“Nama pun kau tu suami aku kan??”

“Apa nie, tak sampai seminggu dah nak balik. Kita akan berada di sini bertahun-tahun lamanya!”

“Bonda kau sakit lah, sakit rindu kan kau!” beritahunya berterus terang saja.

“Hmm...,”

Terus Tengku Izraf Akif bangun dan pergi dari situ. Zara Irdina biarkan saja. Kalau ikut sekali, aku memang akan cari pasal lagi lah.

“Jangan cakap sembarangan yer, bonda kita okey saja lah. Kau nie malam-malam buat kerja apa? Asyik call mama, call papa, tak ada kerja lain ke?” jerit Tengku Izraf Akif di muka pintu sambil memegang telefon di telinga kanannya. Hah, pulak? Aku yang buat cerita ke? Bonda tak akan cakap lah kata dia sakit kat kau. Itu pun tak boleh baca ke? Sebab Bonda tak nak anak kesayangan dia tu susah hati.

Jangan jawab Zara, nanti lagi banyak mulut tu bising. Macam bertih jagung. Sakit hati dengan kata-kata itu membuatkan Zara Irdina tidur berasingan malam ini. Lagipun nak mengelak dari terus bergaduh. Aku tak boleh tengok muka dia sekarang. Marah!

Sengaja dia menguncikan pintu biliknya, supaya Tengku Izraf Akif tidak masuk ke dalam biliknya. Tetapi jangan kata nak masuk, nak cari kita pun tidak lah. Dia memang tak kisah pun tentang hati dan perasaan kita. Buang masa, aku pula yang tak boleh nak tidur tanpa dia di sisi aku. Huwaaa, dah pukul 1.00 pagi pun tak boleh nak lena lagi. Apa cerita?

Dari terus macam nie, baik aku masuk tidur dalam bilik kami. Biarlah dia nak berleter ke apa ke? Apa aku peduli. Pintu bilik ditolak perlahan, melihat suaminya tidur dengan nyenyak sekali membuatkan hatinya tersentuh. Rasa macam nak menangis saja. Sampainya hati.

Terus direbahkan badannya di sebelah Tengku Izraf Akif. Tarik kain cadar sampai ke paras tengkuk lalu dia memejam mata dengan erat. Tengku Izraf Akif terus merangkul Zara Irdina.

“Rindu kat Dina!” bisik Tengku Izraf Akif, diletakkan pipi kanannya di sebelah pipi Zara Irdina. Sebab ini kah yang membuatkan aku tidak boleh terlena tadi. Nasib badan lah. Merajuk pun orang tak pujuk. Kena marah lagi ada lah.

“Rindu kat Dina sangat-sangat!” bisik Tengku Izraf Akif lagi. Zara Irdina tidak menjawab. Diam! Dia macam tiada apa yang berlaku tadi. Seolah tidak sedar dia telah melukakan perasaan aku sebentar tadi.

“Selama ini aku pernah pujuk kau ke kalau bergaduh, kalau bertengkar dengan kau?” tanya Tengku Izraf Akif.

“Tak pernah!”

“Habis tu, nak suruh aku buat apa? Marah sikit pun nak merajuk, nak lari. Apa lah kau nih. Sensitif tak kena gaya langsung!”

“Ikut suka hati orang lah nak merajuk ke apa ke?”

“Dah, tidur lagi baik. Esok aku bawa kau ke klinik, check perut kau tu. Tak kan tunggu besar baru nak pergi,”

“Tunggu tiga bulan baru nak pergi, sekarang tak nak pergi lagi!”

“Itu kau beri arahan dekat orang lain boleh, bukan kat aku. Esok pagi kita pergi!”

“Ikut suka aku lah nak pergi ke tak!”

Masing-masing terus pejamkan mata.

Di mulut cakaplah tak nak pergi, tetapi seawal pagi dia sudah bersiap sedia menunggu Tengku Izraf Akif untuk dibawanya ke klinik. Selesai ke klinik, Tengku Izraf Akif membawanya ke satu tempat.

“Kat sini ada Puteri Beradu yang sedap, nak?” kata Tengku Izraf Akif sambil memegang tangan Zara Irdina.

“Nasi dagang ada tak?” soal Zara Irdina. Aku tak rasa pun nak makan puteri beradu tu. Alasan saja semalam.

“Ada, lebih dari itu pun ada!” jawab Tengku Izraf Akif.

“Tengku, bila balik nih!” girang suara itu menyapa Tengku Izraf Akif.

“Dah banyak hari dah,” jawabnya.

“Ya ALLAH, tengku sampai juga ke kedai kita orang yer!” sambut pula seorang perempuan.

“Dina, ini Ramli dan isterinya Imah. Ramli, Imah, ini buah hati saya!” katanya memperkenalkan antara mereka bertiga. Zara Irdina mengangguk dan membalas senyuman.

“Tengku nak makan apa-apa ke? Boleh kita sediakan!” soal Ramli.

“Buah hati saya nie tengah mengidam, nak makan nasi dagang dan puteri beradu, ada tak?” jawabnya.

“Ada.. ada.. tengku tunggu, kita orang pergi ambil yer!” kata Ramli.

“Mengandung anak sulong nie, kena jaga lah Tengku!” celah Imah pula.

“Terlebih jaga lah ni!” balas Tengku Izraf Akif. Iyer lah tu.

Layanan terlalu istimewa sampaikan duit yang Tengku Izraf Akif bayar pun tak nak diterima oleh mereka suami isteri. Tetapi Tengku Izraf Akif tetap menghulurkan duit kepada mereka berdua.

“Ambil lah, nanti boleh saya bawa buah hati saya kerap ke sini!” pujuk Tengku Izraf Akif. Berat hati pun kena ambil juga lah jawabnya.

“Nak ke mana lagi? Nak pergi shoping ke?” soal Tengku Izraf Akif di dalam kereta. Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Pukul 2.00 petang nanti ada mesyuarat kaum wanita di rumah Mak Utih pula. Dia diwajibkan hadir.

“Nak balik lah!”

“Aku boleh tunaikan segala permintaan kau, tetapi jangan lah ajak balik ke sana lagi. Itu memang tak boleh!” beritahu Tengku Izraf Akif.

“Apakah kerana aku anak luar nikah jadi kau membawa diri sampai macam ni sekali?” soal Zara irdina membuatkan enjin kereta berhenti tiba-tiba.

“Jangan sebut benda yang paling aku tak suka!”

“Tapi betul kan semua ini terjadi kerana status aku? Kau kena halau sebab aku..,”

“Cukup aku kata..,”

“Benda betul kan?” Sikit hari nanti orang di sini akan tahu ketua mereka ini berkahwin dengan puteri yang tak sedar diri. Bagaimana dengan masyarakat di sini setelah tahu aku anak luar nikah? Boleh kah mereka menerima aku nanti? Atau aku juga kena halau dari sini?

“Kalau tak boleh menerima siapa kau dalam hidup aku, kita berpisah, senang cerita!” duga Tengku Izraf Akif. Sudah-sudah lah mengungkit tentang siapa hidup kau tu, kau kena buang perasaan rendah diri itu jauh-jauh.

“Hah?”

“Kalau dah rasa tak boleh pikul tanggungjawab dengan aku, rasa lemah macam nie, baik kita berpisah. Kau kan suka hidup dalam bayang-bayang kau sendiri,” sindir Tengku Izraf Akif. Bukan kau yang salah, jadi kenapa kau pula yang terlebih merasainya.

“Bukan salah aku lah..,” Orang cakap macam-macam tentang ibu. Ibu serahkan diri kerana lelaki yang dia cintai. Setengah pula tuduh ibu pelacur jalanan dan macam-macam lagi. Tetapi hanya ibu yang tahu cerita yang sebenarnya. Hanya ibu saja yang tahu apa yang berlaku ke atas dirinya.

“Tahu pula bukan salah kau, cukup-cukuplah dengan status kau tu, bukan kau yang mengandung anak luar nikah, bukan kau yang melakukan zina pun, kau macam orang lain jugak lah. Lain lah kalau kau berzina dengan jantan lain, curang dengan aku sampai ada anak, itu lain cerita lah, nie kau kahwin dengan aku, mengandung anak yang sah, jadi apa salah kau? Apa masalah kau?” leter Tengku Izraf Akif panjang lebar membuatkan Zara Irdina tidak mampu membalas kata-kata suaminya.

He he he.. ini yang nak dengar sangat. Kita akan mendapat seluruh kekuatan apabila orang yang kita sayang membela maruah dan harga diri kita. Orang lain lantak lah nak kata apa pun. Kita bukan hidup dengan orang tetapi hidup dengan suami kita sendiri, dan pandangan dari suami kita yang paling penting. Betul tak?

Tengku Izraf Akif tersenyum di dalam hati melihat senyuman di wajah isterinya.

“Sudah-sudah lah fikir tentang orang dan pandangan orang kat kita. Buang masa saja semua tu, pergilah sambung belajar ke, belajar buat kek ke apa? Dari melayan perasaan tak tentu arah. Cuba berzikir ke, baca suruh yusuf ke supaya anak yang lahir tu segak macam aku nanti..,” rupanya tak habis lagi leteran darinya. Ingatkan dah habis.

Aku nak cari kerja dalam keadaan macam ini? Buat penat saja lah. Sambung belajar tu boleh juga. Atau pergi buat latihan kat mana-mana, idea yang bagus juga tu. Tengok lah nanti.

“Kalau kerja terpaksa berjauhan dengan kau lah pulak!” Kena dapat kerja di negeri lain, tak pasal terpaksa tinggal berjauhan. Tambah masalah pula nanti. Dengan mengandung, suami pula tinggal berjauhan.

“Tau pun tak boleh nak hidup tanpa aku!”

“Boleh tak kau sara isteri dan anak kau nanti. Nama pun aku ada suami, buat apa lah aku bersusah payah pergi kerja pula. Biarlah suami aku yang sara aku!” Dia tak cukup duit ke untuk tanggung kami anak beranak?

“Cuba buat kerja yang berfaedah, kalau tak nak, tinggal kat rumah elok-elok!”

“Baik lah, tengku!”

“Kau tu isteri aku, maruah dan harga diri kau sama dengan aku, Jangan sebut lagi benda yang paling aku tak suka tu!”

“Macam mana kalau orang sini tahu tentang ini?” masih lagi bertanya.

“Biar lah dia orang tahu, dia orang kena belajar hormat kau, sebab kau isteri ketua dia orang, yang tak nak hormat kau sila pindah dari sini..,” tegas suara itu. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

Ada ke nak suruh orang pula yang pindah. Aku kahwin dengan dia, aku belajar benda baru dari dia, sebab dia banyak buat benda baru dalam hidup dia sekarang. Benda baru yang jauh dari pemikiran aku selama ini.

“Boleh tak janji satu perkara dengan aku?” soal Zara Irdina pula.

“Apa?”

“Jangan bercakap kau nak tinggalkan aku, nak berpisah dengan aku walaupun sekali pun..,”

“Ha ha ha...,”

Aku nak cakap lagi, mana habis lagi nih.

“Bila seorang perempuan dah buat mcm apa yang kau buat, itu maksudnya kau memang menyintai aku sampai akhir hayat kau, aku faham tentang itu,”sambung Tengku Izraf Akif.

Harap jodoh kami berkekalan sampai akhir hayat. Amin.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.