Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,096
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 29

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 29)

Sudah dua bulan kami kita tinggal di sini. Jadi, dia sudah memahami tugas dan tanggungjawab suaminya. Pagi-pagi lagi sudah ke ladang, petang dengan kerja-kerja amalnya dan segala hal lagi yang berkaitan dengan masyarakatnya. Dia suka bantu orang.

“Dina nak ke mana hari ni?” soal Tengku Izraf Akif apabila pulang makan tengah hari. Tengok isterinya sudah berpakaian cantik.

“Nak ke rumah anak-anak yatim kat bandar!” dia penaung persatuan kaum wanita di sini. Lantikan yang diberikan setelah tahu dia isteri Tengku Izraf Akif.

“Kurangkan sikit kerja-kerja amal tu boleh tak?” usul Tengku Izraf Akif. Bimbang lah tu.

“Baru empat bulan lah, boleh lagi ke hulur ke hilir!” jawab Zara Irdina mengerti dengan maksud suaminya.

“Tak payah lah pergi hari ini, teman abang kat rumah!” pinta Tengku Izraf Akif. Tanggungjawabnya sebagai suami itu yang dia pentingkan. Memang dia milik masyarakat tetapi Zara Irdina dan anaknya yang amat penting.

“Tak boleh, Dina dah janji lah dan Mak Utih dan Kak Ramlah!”

“Kita pergi sekali hari ni,”

“Ha, elok juga, abang tak pernah pergi kan ke rumah anak-anak yatim?” soal Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengelengkan kepalanya. Hari ini baru nak pergi.

Kami sudah buat macam-macam kerja amal di sini. Bukan balasan yang dipinta sebab kami buat dengan hati yang ikhlas. Tetapi kadang-kadang terfikir juga, bagaimana dengan ahli keluarga kami yang kami tinggalkan. Bonda setiap hari mengadu betapa dia rindukan anak lelakinya ini. Aku pula rindukan mama dan papa aku. Majlis kenduri Syazana dan Syahir pun tinggal 3 bulan saja lagi. Mama dan papa sibuk dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.

Setiap hari Zara Irdina akan menelefon keluarganya bercerita tentang perkembangan dia dan suaminya di sini. Cuma tempat saja tidak diberitahu, yang lain dia bercerita segala-galanya walaupun Tengku Izraf Akif melarang dia dari menghubungi ahli keluarganya tetapi dia tidak kisah pun dengan larangan itu. Hak aku kan?

“kita orang baru balik dari rumah anak-anak yatim, bonda!” beritahu Zara Irdina, telefon ini berbunyi ketika mereka hampir sampai di rumah. Malam ini Tengku Izraf Akif mahu memasak untuknya. Encik suaminya ini pakar memasak jugak ni. Sebab dia pernah tinggal di sekolah asrama dan tinggal di rumah sewa semasa belajar di universiti. Jadi, dia sudah berdikari. Boleh masak, boleh basuh kain baju sendiri. Kiranya tengah sarat nanti, boleh lah suruh dia buat semua itu.

“Bantu lah selagi kita berdaya, dia orang serba kekurangan, kekurangan kasih sayang dan harta benda,” balas bonda. Lama berbual dengan Tengku Cempaka sehinggakan Tengku Izraf Akif siap memasak pun dia tidak sedar. Lamanya bergayut.

“Berhenti makan dulu boleh tak?” usul Tengku Izraf Akif sambil merampas telefon. Sekadar bertanya khabar dengan bondanya selepas itu terus tutup telefon.

‘Tak solat asar lagi!

“Elok lah amalkan semua tu, dah dekat enam setengah pun tak solat,” ditariknya hidung Zara Irdina.

Lepas solat terus terlena. Bila sedar dah pukul 7 petang. Itu pun sebab ada orang sapu mukanya dengan air. Sejuk!

“Tak payah lah buat benda-benda amal ni, abang tengok Dina letih bila balik kat rumah!”

“Bukan letih lah, tertidur!”

“Tak payah ke hulu ke hilir lagi. Penat abang tengok!”

“Suka lah dengan aktiviti ini, best. Boleh bergaul dengan orang ramai!” Diambilnya badan Zara Irdina dan disandarkan ke dadanya.

“Lepas ni lah buat!”

“Lepas ni lagi lah tak boleh buat sebab nak kena jaga anak,”

“Betul juga!”

“Betul tu tak mengapa, satu lagi takut tak sempat anak besar, berisi pula. Abang kan nak anak ramai,” perli Zara Irdina. Tengku Izraf Akif mengelengkan kepalanya. Nak lawan cakap aku nombor satu.

“Cepat pergi mandi, selepas tu kita pergi makan!” gesa Tengku Izraf Akif.

Memang nak mandi pun. Dia bangun tapi sempat memandang wajah Tengku Izraf Akif.

“Rasa macam tak berbaloi pula kita buat semua ini, sebab kita dah tak tunaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita. ALLAH suruh pentingkan ahli keluarga sendiri dari orang luar,” terus dia masuk ke dalam bilik air.

“Dina kalau tak cari pasal dengan abang tak boleh ke?” soal Tengku Izraf Akif. Mana aku dengar, aku kan dalam bilik air. He he he

Hari ini tak solat di masjid, di rumah saja. Pelik nih. Selesai isyak, Tengku izraf Akif siap berkemas. Segak dia hari ini. Suka tengok dia dalam pakaian kemas seperti malam ini.

“malam nie kenapa tak bersama rakyat?” soal Zara Irdina.

“Malam ini ada hal lagi penting dalam hidup saya!” jawabnya.

“He he he..,”

“Dina tunggu di sini, nanti bila semua dah ready, abang jemput Dina kat sini!”

“Kalau tidur, kejut kan yer!” katanya.

“Tak ada masalah tu,” balas Tengku Izraf Akif.

Setengah jam berlalu, Tengku Izraf Akif muncul semula. Dihulurkan tangannya kepada Zara Irdina dan Zara Irdina menyambutnya. Mereka berjalan keluar dari rumah. Depan rumah di atas bangku sudah terhidang makanan yang dimasaknya tadi.

“Boleh duduk bersila kan?” soal Tengku Izraf Akif.

“Kenapa?”

“Takut terhalang dengan perut Dina tu lah!”

“Ha ha ha..,” terus dia duduk bersila di sebelah suaminya. Nasi arab bersama masak kurma kambing dan yang istimewanya ada Puding diraja. Kecur air liurnya memandang hidangan tersebut.

“Ayahanda buat untuk anakanda nih!” ucapnya sambil memegang perut Zara Irdina. Keluar juga sebutan ayahanda dan anakanda itu yer. Kita yang asalnya hanya rakyat, nak sebut ayahanda, anakanda tu pun rasa kekok. Berselera dia makan. Teringat bonda, kerana ini adalah kesukaan bonda yang jauh di mata. Bonda yang tak sabar untuk melihat mereka berdua pulang semula ke sana.

“Terima kasih sebab masak special untuk kita berdua!”

“Sama-sama. Esok nak makan apa, cakap saja lah, abang boleh masak kan!”

“Rasanya bukan nak makan apa-apa lah, tetapi teringin nak pergi bercuti kat tempat peranginan pulak!”

“Pulak? Nak ke mana?”

“Kita pergi Genting nak esok pagi!” sudah mengaturkan rancangan dengan Tengku Mawar dan Papa, mahu makan angin di sana esok hari. Tengku Mawar akan membawa Tengku Cempaka, dan Papa akan membawa mama ke sana. Tengku Izraf Akif tak tahu, mama pun tak tahu dan Tengku Cempaka pun tak tahu. Ini rancangan mereka bertiga.

“Lain kali lah pergi!”

“Tak boleh, nak pergi esok juga, mengidam nih!”

“Aku kan memang lah ini kali pertama ada pengalaman macam ini, tapi mengidam kau nie memang pelik. Nak makan angin pulak!”

“Jom lah!” ajak Zara Irdina lagi. Tak pergi nanti tak tahu lah apa nak jadi.

“Hmm..,”

“Boleh tak kekanda buat macam tu kat adinda nih?” belajar jugak lah panggil dinda dan kanda ini, sebab nak pujuk hati dia. Tengku Izraf Akif tersenyum senang hati.

Senyuman itu tandanya dah berjaya lah tu. Nanti nak mesej nak cakap rancangan kita berjaya. Kita jumpa di sana. Bilik biarlah Tengku Mawar yang uruskan. Dia akan online kan duit dari sini saja. Semua kan mudah sekarang ini.

Tetapi pagi ini macam-macam pula yang berlaku. Kambing kena curi hampir sepuluh ekor. Hujan pula turun dengan lebatnya. Hendak keluar dari kawasan ini memang susah kalau masa hujan begini. Rasa macam tak boleh pergi saja hari ini.

Tengah hari baru lah Tengku Izraf Akif pulang dari ladangnya. Anak-anak pohon nenas hanyut dibawa air yang menuruni bukit. Habis kebun tanamannya. Tengok muka pun tak berapa nak berseri saja.

“Hah, dah berkemas semua pakaian kita?”

“Tak!” tadi ingat macam tak jadi dah nak pergi ke sana.

“Tak mengapa, tunggu kejap, abang kemaskan pakaian Dina!”

“Nak pergi jugak ke?” soal Zara Irdina. Berat hati juga nak pergi dalam keadaan macam ini.

“Jadilah, jom!”

Kami sampai lewat 4 jam dari Papa dan Tengku Mawar yang sudah lama sampai di Tanah Rata. Kedatanganya disambut oleh Papa dan Tengku Mawar. Aku boleh baca hatinya semalam. Ooo.. ini lah rancangannya yer. Nak kenakan aku lah tu.

“Akif, bayar semua duit bilik untuk kita orang yer!” beritahu Tengku Mawar sambil berpegangan tangan dengan Zara Irdina.

“Suruh Cik Puan nie bayar!” kata Tengku Izraf Akif.

“Nak bayar semalam, tetapi kak mawar cakap suruh abang yang bayar!”

“Pandai kau orang yer, nak kenakan aku!” balas Tengku Izraf Akif. Kalau lah mereka ini tentu bonda dan mama juga ada. Matanya melilau mencari, dan matanya dapat menarik tubuh badan bondanya yang sedang mendapatkan mereka di sini.

“Akif!” panggilnya sambil memeluk Tengku Izraf Akif.

“Bonda!” balasnya dikucupnya tangan kanan bondanya itu.

“Dah boleh nampak perut tu,” balas Tengku Cempaka sambil memeluk Zara Irdina pula. Kali ini giliran Zara Irdina pula mencari wajah mamanya. Nampak wajah mama berseri-seri di belakang sana, dia hanya tersenyum kerana masih di dalam pelukan Tengku Cempaka.

Bukan mama, Shahir dengan Syazana pun ada. Adiknya yang bongsu pun ada. Ramainya yang datang.

“Aku ambil bilik, dua bilik saja, orang lelaki tinggal satu bilik, yang perempuan pula satu bilik, kita kongsi bilik yer,” beritahu Tengku Mawar. Bilik paling besar yang diambilnya, boleh muat 5 orang satu bilik.

“Wooi, aku nak sebilik dengan isteri aku, pergi tempah lagi lah bilik tu!” balas Tengku Izraf Akif.

“Bilik penuh, Tengku. Cuba berjimat sikit,” balas Tengku Mawar. Tinggal sebilik ramai-ramai kan best, boleh berbual panjang. Boleh berbual sampai terlena ke apa, sudah tak ada masalah.

“Kalau aku tahu, aku tak datang ke sini hari ini,” keluh Tengku Izraf Akif.

“Dina nak datang jugak macam mana pun, sebab mengidam!” jawab Zara Irdina.

“Banyak lah mengidam kau tu,”

“Mengidam nie macam-macam lah, kau tu kena ikut kehendak Zara dan anak kau, itu tandanya kau sayangkan Zara dan anak kau,” balas Tengku Mawar lagi.

He he he.. Tengku Izraf Akif tersenyum saja. Dia menghantar segala barang kepunyaan Zara Irdina ke dalam bilik yang ditempah oleh Tengku Mawar, sebelum berpisah bilik, sempat lagi dia mengucup dahi Zara Irdina.

“ada orang tak boleh tidur lena lah malam ini,” usik Tengku Mawar.

“Kau tu, suami mana?”

“Malam nie sampai lah tu..,”

“Anak-anak tinggal ke?”

“Ada di rumah nenda dia orang, aku datang dengan bonda tadi!”

“anak dah tiga, masih manja dengan suami!” balas Tengku Izraf Akif. Tengku Mawar muncungkan bibirnya.

“Dina, kau jangan ikut perangai kak mawar, nanti ada 10 orang, kau bawa semua!”

“Dah lah tu, kita orang banyak kerja lagi nak buat ni!” kata Zara Irdina menyorong badan suaminya keluar dari bilik mereka.

Asyik berbual saja, makan dan berbual, sampai ke lewat malam. Itulah kerja mereka.

“Cakap lah, Akif dan Zara tinggal di mana?” gesa Wan Aisyah. Semua orang asyik tanya soalan ini tetapi Zara Irdina hanya diam saja. Ini rahsia mereka berdua dan kepercayaan yang Tengku Akif berikan tak akan dimusnahkan begitu saja. Dia sudah berjanji dengan suaminya, dan dia tak akan memungkiri janji tersebut.

“Tak usah tanya lah, mama. Mama bukan tak tahu perangai Kak Zara ini, banyak rahsia dia dengan abang akif, mana kita tahu pun!” sampuk Syazana. Zara Irdina tersenyum mendengar. Walaupun yang bertanya itu adalah mamanya, dia akan bersuara.

“Akif nie lagi tak tercapai impiannya, dia tak akan berputus asa. Tengok lah apa yang dia telah buat dekat Zara, sampai kecoh satu kampung dibuatnya,” kata Tengku Cempaka pula.

“Agak-agak bonda, dia orang nie pergi ke gua mana?” uji Tengku Mawar.

“Istana ayahanda Akif dah menjadi kepunyaan orang lain. Kalau tak salah bonda, istana tu sudah dimiliki oleh ayah saudara Akif. Jadi tak mungkin lah dia orang ini balik ke sana. Zara ni bukan suka tinggal di istana pun!” teka Tengku Cempaka.

“Mana best kena kontrol, bonda!” jawab Zara Irdina sambil menarik bantal.

“Kat mana kau orang tinggal?” tanya Wan Aisyah.

“Sila dapatkan jawapan dari abang akif sendiri yer!” balas Zara Irdina. Dipejamkan mata rapat-rapat.

“Kenduri Zana nanti balik tak? Tu nak bersalin nanti kat mana? Lima bulan lagi kan?” bertubi-tubi soalan dari Wan Aisyah. Risau pula dengan keadaan mereka berdua. Tak pernah bincang soal bersalin ini sebab hari itu Akif cakap dia nak jaga sendiri aku dan Iskandar Shah. Mungkin itu lah hasratnya.

“Pujuk dia Dina, supaya balik bersalin di rumah mama nanti, dekat sikit bonda nak pergi melawat!” pinta Tengku Cempaka. Aik, yang ini rasa pelik, kenapa suruh bersalin di rumah mama, tidak di rumah bonda? Sebab aku tak suka tinggal di istana ke?

“Tengok lah macam mana nanti.”

“Mama dan bonda nak Zara bersalin dekat dengan kami. Biar kami yang jaga Iskandar Shah nanti,” tegas pula suara Wan Aisyah.

“Nanti lah Zara pujuk abang!” putus Zara Irdina. Harapan mereka terlalu besar untuk melihat Iskandar Shah rupanya. Faham saja lah papa Shah ini bagaimana orangnya.

Tiga hari dua malam mereka menghabiskan masa di sini, cukuplah bonda boleh lepaskan rindu kepada anak lelakinya yang seorang ini. Asalkan bonda bahagia, dia sanggup lakukan apa saja. Lagipun dia pun nak sangat jumpa ahli keluarganya.

“Sebulan sekali kita buat perjumpaan kat sini yer,” kata Tengku Izraf Akif sebelum bertolak tadi. Malah Zara Irdina sempat mendengar suaminya tak akan ke majlis perkahwinan Shahir dan Syazana atas alasan Zara Irdina tengah sarat waktu itu. Macam tak betul saja.

“Dina nak balik jumpa makan kenduri, yang nak kahwin tu adik Dina lah, “ katanya sebaik saja sampai di rumah. Tadi dia tidak mengungkit pun perkara ini.

“Pergilah abang tak menghalang pun!”

“Abang pergi tak?”

“dah cakap tadi kan, abang tak pergi!”

“Kalau gitu abang hantar Dina nanti,”

“Dina balik sendiri, abang suruh orang hantar Dina ke sana!” Kau ni tak fikir ke keadaan aku macam mana waktu itu? Perut ini sudah tujuh bulan lebih, bukan sebesar ini lagi.

“Alang-alang lagi dua bulan nak bersalin, Dina tinggal di sana terus lah!”

“Malam ini sebelum tidur, abang nak Dina fikir kata-kata Dina ni, betul atau tak betul!”

“Abang!!!” panggil Zara Irdina sambil mengigit bibirnya.

“Abang suruh fikir, bukan halang pun!”

“Akif,” panggil Zara Irdina. Aku suka panggil nama ini kalau nak memujuk dia.

“Aku suruh kau fikir kan, fikir dulu, selepas itu baru beri jawapan!”

Sudah banyak hari tak solat di masjid sebab pergi ke Genting, malam ini solat mahgrib dan isyak di masjid, ketika pulang singgah makan malam di rumah Pak utih dan Mak utih kerana permintaan mak utih yang menjemput mereka berdua. Sampai di rumah sudah pukul 11.00 malam. Makan tu sekejap saja tetapi Pak Utih dan Mak utih kan orang yang paling rapat dengan keluarga Tengku Izraf Akif, jadi panjang lah ceritanya.

“Dina fikir yer kata-kata aku!”

“Akif, kita bukan tengah bercinta tau, aku kan kalau boleh nak bersalin di rumah mama aku nanti, nak raikan majlis perkahwinan adik aku, itu masalah ke?”

“Dina, aku cakap suruh kau fikir lah, selepas itu beri keputusan. Apa keputusan kau aku terima dengan senang hati,” sambung Tengku Izraf Akif lagi.

Suka panggil dia dengan nama Akif, apabila aku perlukan seorang kekasih dan teman sejati. Tetapi panggilan abang itu kena sebut, sebab dia suami aku. Dia juga seperti aku, kalau berkau aku itu ada maksud yang tersendiri. Mama sudah perasan aku dengan dia suka bercakap macam tu dua hari lepas, jadi mama sudah pun menegur aku.

Kami bawa haluan sendiri. Aku sejak mengandung asyik makan dan berehat saja, dia pula mungkin basuh kain baju kut. Tak tahu lah. Dia boleh buat kerja rumah sebab dia pernah tinggal sekolah asrama.

“Tengok kahwin dengan aku, kau bawa perut saja, tak payah buat kerja apa pun!” dia muncul semula. Pakai T-shirt dan kain tuala saja. Kalau lah bonda tahu semua ini, tentu bonda kecil hati aku buat anak raja kesayangannya macam ini.

“Nak buat tak benarkan!”

“Tak sampai hati nak suruh buat, dengan bawa perut macam tu, kasihan lah tengok!” itu bahasa kiasan saja, sebenarnya dia pentingkan Tengku Iskandar Shah lebih-lebih.

“Kalau macam ini mengandung kerap pun tak ada masalah lah, lepas enam bulan bersalin, boleh mengandung lagi..,”

“Tak payah buat macam tu, kau ingat kau kilang beranak ke apa ke?” kata Tengku Izraf Akif sambil membawa keluar pakaian kotor dalam beg pakaian.

Dia melihat suaminya hingga hilang dari pandangan matanya.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.