Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,183
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 34

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 34)

Hubungan kami semakin rapat sejak kami hanya saling mengharap antara satu sama lain. Aku hanya ada dia saja. Dan dia hanya mempunyai aku sekarang setelah dibuang keluarga. Untuk dia, aku sanggup berkorban apa saja, sebagaimana dia sanggup berkorban untuk aku. Aku mahu dia bahagia sebagaimana dia membahagiakan aku.

Majlis perkahwinan Syazana dan Shahir telah pun berlangsung dua minggu yang lalu. Aku tidak pergi walaupun Tengku Izraf Akif mendesak ku pergi. Dia memahami perasaan ku, tentu aku mahu ada di sisi Syazana dan mama, tetapi aku pula memilih untuk bersama dia.

“Nanti mama cakap, abang kawal Dina pula!”

“Yang tu betul, memang abang kawal Dina,”

“Bab-bab lain memang abang mengaku, abang kawal Dina, tetapi yang ini abang benarkan,”

“Abang faham tak Dina tak larat nak bawa perut ke hulu ke hilir sekarang ni, lagi pun tak best tanpa abang dengan kami,”

“Ikut suka hati lah, tetapi jangan salahkan abang kalau papa, mama dan pengantin kita tu marah Dina nanti,”

Papa dan mama tak ada masalah pun. Sebulan selepas Syazana berkahwin, Ayuni dapat tawaran belajar di Sabah. Jadi mama dan papa mengambil keputusan untuk ikut anak-anak tinggal di Sabah. Masa papa dan mama nak bertolak ke Sabah, kami berdua berjumpa dengan papa dan mama di Lapangan Terbang. Papa dan mama tenang saja, tak menangis pun. Senyum saja.

“Perut akak besar dah ni,” usik Ayuni sewaktu memeluk Zara Irdina.

“Baru lapan bulan!” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Shah tersenyum saja melihat gelagat isteri dan adik iparnya.

“Shah, mak usu pergi dulu, insha ALLAH, nanti kita jumpa yer!” gurau Ayuni sambil meletakkan telinganya di perut kakak sulongnya. Zara Irdina menepuk bahu Ayuni dengan manja.

“Akif, jaga diri, jaga Zara dan anak-anak!” pesan papa.

Pelik juga dengan keputusan papa dan mama, tiba-tiba tinggalkan rumahku syurgaku secara tiba-tiba saja. Bila di soal, papa menjawab dia mahu berhijrah juga tetapi nampak tadi mama berbual panjang dengan Tengku Izraf Shah.

“Kau cakap apa dengan mama tadi?” soal Zara Irdina ketika mereka bertolak meninggalkan lapangan terbang.

“Mama, tanya bila tarikh kau bersalin. Aku cakaplah bulan depan, 7 haribulan!”

“Macam tipu saja!”

“Tak ada makna nak tipu kau..,”

“Betul ni?”

“Mentang-mentang aku pernah tipu kau, kau tak percaya kat aku lah ni,”

“Nampak pelik tadi,”

“Ooo.. mama pesan tadi, suruh jangan fikir macam-macam, takut susah nak bersalin pula nanti,”

“Habis, aku fikir siapa?”

“Fikir aku lah, aku nie suami kau!”

“Bagi tau cepat, mama cakap apa?”

“Tak nak cakap dah. Boring!”

“Oo.. mentang-mentang badan kita dah tak cantik, perut dah jadi macam ni, dah boring lah yer,”

“Nak peluk pun susah, terhalang dengan perut besar kau tu,” Zara Irdina menumbuk lengan suaminya dengan kuat sekali. Peduli apa aku. Tengku Izraf Akif tidak sempat mengelak apa tah lagi mahu menepisnya.

“Apa kau, tumbuk suami kau sendiri..,”

“Nie nampak!” kata Zara Irdina sambil menunjuk penumbuk dia ke muka Tengku Izraf Akif.

“Ha ha ha...,”

“Aku rasa kau kahwin dengan aku sebab nafsu, sebab nak dapat anak, bukan sayang kat aku, dan cinta kat aku pun.” Ucap Zara Irdina. Kecil hati tahap dewa dah ni.

“kena ada nafsu baru boleh buat perut kau tu macam tu,” sambungnya sambil ketawa lagi.

“Huh!”

“Shah lahir nie kita ke Sabah, jumpa mama dan papa!”

“Hah?”

“Kita bawa Shah jumpa nenek dan datuk dia nanti, itu yang aku cakap kat mama. Aku jawab tengok kau macam mana, sebab kau kan tak sabar nak mengandung lagi..,”

“Cuih!”

“Nak pergi tak?”

“Kalau kau pergi, aku pergi!”

“Insha ALLAH, kita pergi melawat dia orang nanti!”

Zara Irdina kembali tersenyum. Tidak bersedih lagi. Lagipun dia sudah belajar untuk menerima apa saja yang datang dalam hidup mereka berdua. Datang lah ombak, datang lah taufan dia sudah bersiap sedia untuk menghadapinya.

“Cuba fikir positif kat suami, ini tak, asyik fikir yang bukan-bukan saja!”

“He he he..,”

“Apa gelak-gelak?”

“Tak kan nak menangis kut,”

“Buat kerja lain selain dari menangis, kalau menangis segak tu, berbaloi ler jugak, nie..

“Kenapa?”

“Muka macm cenkodok saja!”

“Sedap apa cenkodok!”

Sudah tiada sesiapa lagi dalam hidup kami. Mama sudah berpindah. Bonda pun sudah membenci. Takdir lah ni. Aku jadi anak yatim piatu semasa umur 5 tahun. Dan Dina pula anak luar nikah. Takdir kan? Insha ALLAH, masa depan kami bahagia nanti.

“Agak-agak mama pergi sebab bergaduh dengan bonda kut!” ucap Zara Irdina yang masih lagi berfikir, walaupun sudah lewat malam. Ler, tak habis lagi fikir.

“Kau memang suka fikir yer.”

“Tiba-tiba saja..,”

“Tak ada dia orang bergaduh pun. Mama bukan tahu hal bonda dengan kita!” balas Tengku Izraf Akif. Kau tu yang tak tahu tentang ini.

“Entah lah. Harap-harap yang terbaik untuk mama, papa dan adik-adik!”

“Semuga yang terbaik juga untuk kita sekeluarga,”

“Kenapa suka nama Tengku Iskandar Shah?” soal Zara Irdina sambil meletakkan teh panas di hadapan suaminya. Teh ni anak raja yang buatkan. Dia cuma tuang saja.

“He he he..,”

“Nama ini memang sudah ada dari awal kan?”

“Semua nama anak kita dah ada nama lah. Yang kedua dengan yang ketiga pun dah ada lah!”

“Apa?” terkejut Zara Irdina mendengar.

“Betul, sudah ada!”

“Anak tak ada lagi, nama sudah ada!”

“Kita boleh merancang!”

“Nama baby perempuan tak ada ke?”

“Yang itu tak ada!”

“Kenapa? Kau tak suka anak perempuan ke?”

“Suka, tapi nak anak lelaki!” harap 3 tu adalah anak perempuan sama. Aku nak anak perempuan yang comel. Suka sangat anak perempuan.

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.