ANAK RAJA
TENGKU CEMPAKA (BAB 9)
“Balik lah
tidur kat rumah, kalau bonda cari macam mana?” kata Zara Irdina. Tengku Izraf
Akif tidak kisah pun dengan kata-kata itu.
“Zara,
berbual dengan siapa tu?” soal Wan Aisyah.
“Akif,
mama..,” senang hati boleh cakap macam tu. Geram!!! Tetapi Tengku Izraf Akif
menutup mulut Zara Irdina dengan tapak tangan kanannya.
“Bising
lah kau ni, nak tidur pun tak boleh. Kau nak ke aku buat perut kau ada anak
aku?” gertak Tengku Izraf Akif. Dia tahu Zara Irdina takut sangat tentang
perkara ini.
“Tak nak!”
“Kalau tak
nak, diam!” kata Tengku Izraf Akif sambil menjeling tajam.
"Pergilah
balik, nanti kalau bonda cari mcm mana?" Ujar Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak
dengar saja. Malah dia sengaja meletakkan pipinya di sebelah pipi isterinya
itu.
"Best lah boleh buat mcm-mcm kat kau lepas
ni.. Boleh pegang pipi, mulut, tangan dan semuanya sekali dah jadi milik aku.
Ingat hati, jiwa dan raga kau adalah kepunyaan aku sekarang," balas Tengku
Akif. Tidak kisah pun dgn arahan isterinya.
Peritnya
jadi anak tidak sah taraf. Orang hina, orang kutuk, orang keji. Macam lah aku
tak ada maruah dan harga diri saja.
“Memang
lah itu yang tertulis di antara kita, tetapi kita nie kahwin rahsia lah.,” kata
Zara Irdina. Risau Zara Irdina semakin
menjadi-jadi dengan sikap Tengku Izraf Akif malam ini. Buatnya mama tolak pintu
bilik tu, macam mana?
“Kahwin tu
yang penting, rahsia tu belakang kira lah!” balas Tengku Izraf Akif sudah mula
mahu menganggu isterinya. Zara Irdina meronta menghentakkan kedua belah kakinya
di atas katil.
“Huwaaaa...
Akif jahat!” ucapnya kuat. Sudah terlupa keadaan sekeliling.
“Woiii..
tampar nak?” kata Tengku Izraf Akif.
“Zara,
kenapa?” tanya Wan Aisyah lagi. Zara
Irdina terdiam. Tengku Izraf Akif hanya menjeling.
“Padan
muka!”
“Zara,
kenapa nak?” panggil mama lagi. Terus Zara Irdina bangun menutup mengunci pintu
biliknya.
“Hah, tak
kunci??”
“Tak!”
“Buka lah,
biar mama tengok perangai anak daranya yang sebenar tu.. anak daranya yang lari
berkahwin dengan anak raja..,” ujarnya sambil ketawa saja. Zara Irdina
mengambil bunga di dalam pasu lalu menglontarkan ke arah suaminya. Geram.
“Sebab
anak raja lah yang aku kahwin dengan kau, tahu tak?”
“Yer?”
“Yup!”
Tengku
Izraf Akif bangun dan datang ke arah Zara Irdina dan terus menarik tangan kanan
Zara Irdina.
“Cakap
sekali lagi..,”
“Apa?”
“Sebab aku
anak raja????? Apa tadi??”
“He he he
he..,” ketawanya perlahan. Tengku Izraf Akif menarik Zara Irdina masuk ke dalam
pelukannya.
Pintu
ditolak dari luar. Tentu mama!
“Zara!”
“Ya, mama!”
“Tak
pernah-pernah kunci pintu, kenapa kunci pintu pulak ni..,” soal mama membuatkan
Zara Irdina gelabah seorang diri. Tengku Izraf Akif tenang saja.
“Pergilah
sembunyi..,” arah Zara Irdina.
“Tak nak
lah aku..,”
“Pergi
arrr...,” bisik Zara Irdina lagi. Tengku Izraf Akif, buat selamba badak saja.
Biarkan.
Terus
dirangkulnya Zara Irdina dan diangkat ke atas katil.
“Jangan
lah!” tepis Zara Irdina.
“Zara
Irdina!” panggil mama lagi.
“Cium pipi
aku dulu, kalau nak selamat!” ugutnya. Spontan Zara Irdina mencium dahi
suaminya.
“Pipi? Bukan
Dahi lah!” arah Tengku Izraf Akif. Kali ini diciumnya pipi Tengku Izraf Akif.
Secepat itu Tengku Izraf Akif terus ke pintu. Membuka pintu untuk mama dan dia
bersembunyi di sebalik daun pintu.
“Mana Akif”
soal mama sambil mencari-cari anak raja itu di dalam bilik anak daranya.
“Mama ni,
Akif nak datang buat apa?” dalih Zara Irdina.
“Mama
dengar suara dia!” balas Wan Aisyah terus ke jendela yang sudah tertutup
pintunya. Jendela yang selalu terbuka kenapa malam ini tertutup awal pula. Dia
melihat bilik Tengku Izraf Akif di istana sebelah pagar rumahnya. Lampu bilik
itu sedang menyala.
“Mana
ada.. mama ni...,” balas Zara Irdina.
“Hmmm...”
ditutup jendela lalu dikunci kemas. Dia terus keluar dan menarik daun pintu.
Tengku Izraf Akif pula menolaknya perlahan.
“Lain kali
tidur diam-diam, tak payah bising. Ini mulut mengalahkan murai tercabut ekor.,”
katanya sambil menuju ke jendela. Pintu jendela di buka semula. Puas sudah
menganggu isterinya dan dia mahu pulang ke istananya saja.
Zara
Irdina hanya tersenyum senang hati.
“Datang
sini sekejap!” panggil Tengku Izraf Akif sambil mengamit ke arah Zara Irdina.
Zara Irdina patuh. Datang ke arah Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah
tangan suaminya. Tengku Izraf Akif melepaskan pegangan tangannya tetapi kedua
tangannya memegang wajah isterinya. Sepantas itu dikucup dahi isterinya. Lama
sekali!
“Ini
tandanya aku sayangkan kau!”
“Hah?”
“Sayang
lah yang aku kahwin dengan kau. Kalau tak sayang buat apa aku kahwin dengan
kau!”
“Itu
saja??”
“Pergi
selesaikan masalah kau cepat-cepat sebab selepas ini kau kena beranak untuk
aku. Aku nak anak ramai untuk meneruskan keturunan Tengku Izraf Akif bin Tengku
Burhanuddin. Tau tak?” katanya sambil memegang tangan isterinya lagi.
“Ha, ada
ke cakap macam tu kat aku!”
“Kahwin
sebab nak keturunan.. kalau tidak aku boleh memuja kau sampai seribu tahun lagi
lah..,” katanya terus melangkah dari jendela dan memanjat pokok yang menjadi
jambatan untuk mereka berhubung.
Zara
Irdina mengelengkan kepalanya. Itu lah Tengku Izraf Akif yang kenal sejak dulu
lagi. Sejak zaman sekolah, kami berkongsi suka duka bersama. Macam mana lah
kalau tak jatuh cinta, tak ada hati dan perasaan kerana kami sentiasa bersama.
Tipu lah kalau aku kata, aku tak cintakan dia. Sedangkan setiap detik dia ada
di sisi aku.
Zara
Irdina menuju ke katilnya semula. Merebahkan dirinya di atas katil dan terus
terlena. Tidak lagi memikirkan apa-apa. Dia cuma terjaga apabila azan subuh
berkumandang dan apabila matanya terbuka suaminya sudah berada di sebelahnya.
“Bangun,
solat subuh!” kata Tengku Izraf Akif yang baru datang semula ke bilik
isterinya.
“Tak balik
ke semalam?”
“Abang
jawab nanti boleh tak, sekarang Dina pergi mandi, ambil air solat, kita solat
jemaah sekali!” katanya sambil mendukung Zara Irdina dan membawa isteri
kesayangannya ke bilik air.
Aku bakal
menjadi pemimpim nanti dan buat masa sekarang, insan yang mahu aku pimpin ada
lah isteriku dan zuriatku. Kepimpinan ku bakal bermula. Dan permulaannya ada
lah dari keluargaku sendiri.
Akif, akan
jalankan amanah yang ayahanda tinggalkan. Itu janji Akif kepada ayahanda dulu.