Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,109
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 36

Sebelum tidur dia berfikir juga kata-kata suaminya. Bila terfikir ini adalah anak sulong Tengku Izraf Akif, dan ini adalah harapan Tengku Izraf Akif, rasanya memang perlu dia berada di sisi suaminya ketika bersalin nanti. Bukannya mengikut keinginan hati untuk bersalin di rumah mama. Antara mama, bonda dan suami yang penting tentu suami. Bukan kerana dosa atau pahala, tetapi kerana ini adalah anak pertama antara kami berdua.

Patutlah kena marah selalu dengan Tengku Izraf Akif. Aduhai, aku kan dari tak jadi isteri dia, suka lawan cakap dia. Dan perangai itu terbawa-bawa sampai sekarang.

“Jom, kita pergi bersenam, asyik tengok tv saja pagi-pagi macam ni,” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan isterinya.

“Nak ke mana?”

“Bersenam lah, mudah nanti nak bersalin!”

“Tak pergi ladang?”

“Awal lagi!” baru pukul 6.30 pagi. Selalunya pergi pukul 7.30 pagi. Lagi sejam. Dia pula hari ini ada majlis cukur jambul cucu Alang Timah pukul 9.30 pagi. Banyak acara yang dia pergi dalam kampung ini, dia tidak meminta kebenaran dari Tengku Izraf Akif. Dan suaminya itu membenarkan dia pergi kecuali keluar dari kampung ini, baru kena minta kebenaran.

Mereka berjalan di gigian pantai. Membiarkan pasir dan air laut bermanja dengan mereka berdua. Tengku Izraf Akif merangkul pinggang isterinya sambil berjalan.

“mama kata kita berbual macam pasangan kekasih, tak macam suami isteri..,”

“He he he...,”

“Nak kena belajar panggil abang selalu tak boleh ber aku dan kau lagi,”

“Tak payah lah ikut orang, kita bahagia dengan cara kita sendiri,”

“Cuba abang panggil sayang dekat dina, macam suami isteri yang lain,” tegur Zara Irdina. Kan orang suka panggil sayang lah, yang lah, darling, manja lah kat pasangan masing-masing, apa salahnya panggil aku macam tu.

“Geli tengkuk panggil macam tu,” ujar Tengku Izraf Akif turut tersenyum. Kalau dia panggil macam tu, aku rasa aku bermimpi kut.

Zara Irdina merungkaikan tangan suaminya yang berada di pinggangnya, dia berdiri di hadapan Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah tangan suaminya.

“Nak tanya boleh?”

“Sebelum nak tanya tu, apa keputusan semalam? Nak pergi bersalin di rumah mama dan bonda juga ke? Kalau Dina nak pergi, abang tak akan menghalangnya,” Bonda minta begitu, Mama pun mahu begitu, selepas dua bulan Shah lahir baru aku boleh tengok Shah.

“Biarlah Shah lahir ketika papanya ada di sisi,” jawab Zara Irdina. Terpaksa menghampakan perasaan mama dan bonda demi untuk menjaga hati suaminya sendiri.

“Kenapa pulak? Tinggal dengan mama dan bonda boleh juga dia orang jagakan Dina nanti,”

“Abang pula?”

“Isteri di rumah tak ada, lepak lah kut!” jawab Tengku Izraf Akif. Aku isteri dia, mesti lah berada di sisi dia.

“He he he..,”

“Nak tanya apa tadi?” soal Tengku Izraf Akif. Mengambil kasutnya lalu diletakkan di atas pasir. Ditariknya tangan Zara Irdina duduk di atas kasutnya. Dia pula duduk di atas pasir saja. Ditariknya Zara Irdina tidur di atas bahunya.

“Abang bahagia tinggal di sini?” soal Zara Irdina. Di sini kampung, di sini tak ada kemodenan. Masyarakat di sini, mencari hasil pendapatan dengan kerja-kerja kampung saja. Buat bendang, menoreh getah. Kerja di ladang nenas, kerja di ladang kambing kepunyaan suaminya dan bercucuk tanam. Ada apa di sini? Cara hidup mereka berbeza dengan cara hidup aku dan dia dulu.

“Kenapa tanya macam tu? Dina tak suka tinggal di sini?”

“Suka, suka sangat, sebab orang di sini baik-baik dan mereka menghormati Dina, sayangkan Dina dan anggap Dina macam ahli keluarga mereka sendiri,” jawabnya jujur.

“Habis, kenapa tanya soalan macam tu?”

“Abang tinggal kan dunia abang, di sini tak ada ragbi, tak ada tenis, dan tak ada futsal sukan kesukaan abang tu. Abang tinggalkan dunia indah abang dan menetap di sini, apakah abang terpaksa atau apa yer?” soal Zara Irdina. Dia sudah tinggalkan pakaian kameja, tali leher dan alam pejabat, dunia syarikat sudah jauh darinya. Di sini dia hanya petani moden. Ada apa di sini?

“Hmmm..”

“Cakaplah, Dina nak tahu semua ini dari mulut abang sendiri,”

“Ayahanda dan bonda meninggal dalam kemalangan ketika abang berumur 4 tahun. Kenangan antara kami tak banyak, sebab abang masih kecil, ada perkara yang abang ingat, ada perkara yang abang terlupa. Waktu itu tak tahu apa-apa tentang semua ini, “ cerita Tengku Izraf Akif.

Zara Irdina memegang tangan suaminya erat.

“rumah tu tempat lahir abang, sebelum mereka berdua berpindah masuk ke istana, ahli keluarga tak tahu ayahanda ada rumah ni, ada tanah-tanah kat sini, tetapi masa ayahanda hidup dia kerap datang ke sini, sebab itu orang di sini kenal dia. Selepas ayahanda meninggal, istana telah diambil oleh saudara ayahanda, sebab ayahanda tak sempat nak wasiat istana dan harta-harta tu kat abang tetapi ayahanda ada buat wasiat tentang rumah dan tanah-tanah di sini” sambungnya lagi. Patutlah Tengku Cempaka tak tahu kami berada di sini.

“Abang tahu dari mana tentang semua ini?” Dia kan asyik mengejar aku saja.

“Masa abang berumur 18 tahun, ada peguam cari abang di universiti tempat kita belajar dan beritahu tentang semua ini. Sejak itu abang kerap datang, jengguk rumah, jengguk tanah-tanah yang terbiar yang ayahanda tinggalkan. Tetapi abang tak datang ke sini sebab,Dina ingat tak, abang pernah lamar Dina waktu tu? Kalau Dina terima lamaran abang, sahih kita sudah berada di sini waktu itu,” ceritanya lagi. Zara Irdina tersenyum. Itu lamaran kali pertama yang diterima oleh Zara Irdina. Waktu itu rasa pelik sangat, sebab masih belajar, dan umur pun masih mentah tetapi sudah dilamar oleh Tengku Izraf Shah.

“Umur muda lagi, buat apa nak kahwin waktu kita sedang belajar!” balas Zara Irdina. Aku memang tak mahu kahwin dengan dia sebab dia kerabat diraja. Aku pula anak orang biasa saja.

“Kalau kita kahwin tentu Shah dah besar pun!” gurau Tengku Izraf Akif.

“Iyer lah tu!”

“Abang sayangkan tempat ini, pesan ayahanda kalau nak tahu hati rakyat, nak tahu susah senang rakyat, kena tinggal dalam lingkungan dia orang, baru kita tahu dunia mereka dan faham keinginan mereka,” sambung Tengku Izraf Akif lagi. Dia ada matlamat hidup yang tinggi rupanya. Bukan seperti aku pun. Faham lah aku kenapa dia tinggalkan semuanya di sana untuk menetap di sini, kerana hatinya adalah untuk masyarakat di sini.

“Satu lagi kalau nak tahu, seorang permaisuri tak akan tinggalkan raja di istana seorang diri biar apa pun terjadi,”

“Tu permaisuri, bukan Dina!”

“Dina tu permaisuri hati abang!” ujarnya sambil mencium pipi kanan Zara Irdina.

“Jangan lah, raja tak kan nak buat benda nie dia tempat terbuka!”

“Dina nak tahu tak, lelaki kan kalau buat macam ni,” cium pula pipi kiri Zara irdina.

“apa?”

“Buat macam ni?” dahi dan terus mencium bibir isterinya. Zara irdina menepis perlahan.

“Tandanya lelaki tu memang sayang sangat kat perempuan tu,”

“Sayang kena ucap, baru lah tahu!”

“Kalau ucap kat mulut tapi tak sayang pun tak ada makna. Semua orang boleh ucap kata sayang tu, tapi tak buat macam aku pun!” dipegangnya tangan Zara Irdina. Tengku Izraf Akif bangun terlebih dahulu, barulah Zara Irdina bangun dan mengimbas bajunya yang terkena pasir.

Tengku Izraf Akif memimpin tangan isterinya pulang. Sudah hampir pukul 7.30 pagi, dia ada kerja yang perlu dilaksanakan. Harap setahun dua nanti dia boleh buka syarikat di sini untuk menguruskan hal import eksport daging kambing dan buah nenasnya ke luar negara. Itu rancangannya. Dia akan membangunkan daerah ini tidak lama lagi. Biarlah anak muda daerah ini yang mempunyai lulusan universiti berkhidmat di sini saja. Tak perlu lagi merantau mencari sumber rezeki di negeri orang. Biar di sini saja.

“Tengah hari nanti nak makan apa, Dina masak untuk abang!”

“Masak yang ringkas-ringkas sudah!”

“Okey, lepas pergi majlis cukur jambul tu, dina balik masak!”

“Nak pergi rumah siapa pulak hari ni?

“Mak Alang, yang rumah dia dekat dengan rumah Pak Utih!”

“Masuk lima bulan, tak payah jalan banyak sangat!”

“Mana boleh, saya kan cik puan kat sini!”

Kalau aku tak pergi nanti apa pulak kata orang kampung. Orang lain pun mengandung juga tetapi tidak dikawal oleh suami dia orang sampai macam ini sekali. Aku nie nak buat apa pun tak boleh.

“Orang nak kena mengandung banyak kali lagi selepas ini. Bukan sekali saja!” beritahunya. Aku memang nak ada anak ramai. Sebab aku pun seorang diri saja kan?

“Cukup 3 saja, semua putera, itu yang abang nak,” jawab Tengku Izraf Akif. Yang berkompang hendak anak ramai tu, 3 saja? Ingatkana 8 orang ke, 10 orang ke, baru ramai. Ini tiga???

“Yang kata nak anak ramai tu, 3 saja?” soal Zara Irdina. Selepas itu lelaki semua pulak. Aku nak ambil anak perempuan juga.

“Yup. Lepas tu besarkan dia orang dengan kasih sayang dan didikan agama,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Dia nie, aku mengandung ke dia yang mengandung?

Baru hendak menyambung kata-katanya, tetapi semuanya telah pun keluar. Kerja sendiri tetapi dia masih mengikuti masa seperti kerja di pejabat juga. Kalau fikir balik macam tak percaya, Pengarah syarikat besar, sekarang melakukan kerja-kerja yang bergelumang dengan tanah, dengan lumpur dengan bau kambing dan segala macam lagi. Akif, Akif. Aku tahu dia akan berjaya, kerana dia seorang lelaki yang tak akan berputus asa selagi dia tidak mencapai cita-citanya itu.

Dia pergi sekejap saja, dalam masa dua jam begitu, tetapi setiap kali ke majlis kenduri, dia akan dibekalkan dengan nasi dan lauk pauk kenduri. Sejak tinggal di sini, orang kampung ada saja barang yang akan dihantar ke rumahnya. Sayur-sayur dan buah-buahan tempatan selalunya tidak perlu dibeli kerana ada saja orang kampung yang datang menghantar ke rumahnya. Dia tahu suaminya banyak membantu orang di sini. Ada saja orang yang datang meminta bantuan wang ringgit kepada suaminya tetapi suaminya tidak lokek untuk memberinya. Mungkin sebab itu, orang kampung baik dengan Tengku Izraf Akif.

Petang nanti, Kak Senah dan suaminya mengajak dia menghantar Asraff, yang baru berumur 16 tahun ke sekolah asrama di bandar. Mereka suami isteri orang susah dan tidak mempunyai kereta untuk menghantar anak ke sana. Yang ini rasanya elok dia suruh Encik Suami saja pergi. Dia pergi, macam tak manis lah pulak. Walaupun niat untuk menolong tetap ada.

“Abang ada apa petang ni?” soalnya ketika Tengku Izraf Akif selesai makan dan sedang membasuh tangan.

“Petang nanti abang nak guna kereta, nak keluar dengan Faizal cari barang di Pekan, kenapa?”jawab Tengku Izraf Akif.

“Ler.. Dina dah janji nak hantar anak Kak Senah ke sekolah asrama petang nanti,”

“Dina nak hantar? Pelik bunyi tu..,”

“Cadang nak suruh abang yang hantarkan petang nanti,” jelas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif sibuk membasuh pinggan yang digunakan. Petang nanti, nak pergi jumpa pegawai pertanian. Sudah pun dibuat temujanjinya semalam. Kalau sempat nak singgah bank keluarkan duit untuk bayar gaji pekerja.

“Mail Teksi ada kan...,” belum pun sempat habis beri cadangan, Zara Irdina terlebih dahulu memotong percakapannya.

“Abang, nak hantar dengan kereta kita bukan dengan teksi pun!” orang nak tumpang kereta kita suruh pergi dengan teksi pula.

“Tahu,” Dia mencari telefonnya. Terus didail nombor Mail Teksi.

“Mail, datang rumah aku kejap, aku tunggu kau di sini!” beritahu Tengku Izraf Akif. Dia sudah berjanji dengan orang dan tak baik memungkiri janji. Kalau tak ada kerja petang ini, memang dia sudah menghantar anak kak senah ke sekolah asrama.

“Nak buat apa dengan Mail?”

“Suruh Mail hantarkan dia orang dengan menggunakan kereta kita, abang boleh guna motosikal pergi dengan Faizal kejap nanti,” terang Tengku Izraf Akif.

Selesai pun masalah. Kalau aku buntu dah tadi nak fikirkan cara untuk menyelesaikan hal ini. Sedangkan dia sekejap saja dapat menyelesaikan masalah kecil ini.

Previous: SINOPSIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.