ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 47)
“Itu lah nakal sangat di depan anak-anak!” rungut Tengku
Izraf Akif. Aik, siapa yang nakal ini? Aku atau dia? Bukan dia ke tadi?
“Jangan manja kan sangat anak-anak abang tu?” rungut Zara
Irdina kembali. Aku dulu kakak sulong, jadi sudah diajar berdikari. Seperti dia
juga walaupun bongsu dalam keluarga Tengku Cempaka, tetapi sudah belajar
berdikari sejak zaman kanak-kanak lagi.
“Kita sependapat yang ini. Abang cadang nak belikan
basikal, biar Shah pergi ke sekolah dengan basikal saja. Lagipun rumah dengan
sekolah tak jauh!” Jangan dihantar dan tidak perlu dijemput. Biar dia belajar
dan bercampur gaul dengan anak-anak orang lain. Biar dia tahu erti kesusahan.
“Bagus. Kita dulu pun sudah pergi ke sekolah tanpa perlu
dihantar oleh orang tua. Sudah tiba masanya kita biarkan Shah dengan orang
ramai dari asyik berkepit dengan mama dan papanya saja!”sokong Zara Irdina.
Anak lelaki tidak perlu dimanjai, kalau perempuan lain juga orangnya.
Apabila nampak si abang sudah ada basikal, si tengah
minta benda yang sama. Jadi kena beli dua, sorang satu. Biarkan mereka berdua
naik basikal di hadapan rumah terlebih dahulu, bila sudah cekap boleh naik ke
sekolah atau ke rumah jiran.
Malah Tengku Izraf Akif turut membawa ke dua anaknya ke
ladang kelapa sawitnya, ke kebun getah, dan melihat ratusan kambingnya merumput
di padang yang luas. Biar mereka berdua bermain dengan lumpur supaya mereka
tidak kotor dengan suami ini.
“Anak-anak lelaki tidak perlu berkepit dengan kita,
bebaskan dia orang seperti layang-layang, hanya talinya saja berada di tangan
kita!” ucap Tengku Izraf Akif sambil melihat ke tiga anak-anaknya bermain pasir
di pantai yang tidak jauh dari rumah mereka.
“Shah dan Iddin memang tak ada masalah tetapi Afiq
berbeza dengan ke dua orang abangnya,” ujar Zara Irdina. Tengku Afiq yang
pembersih. Tidak mahu ke ladang atau bermain lumpur seperti ke dua abangnya.
Hanya di rumah dan asyik melukis saja. Ikut perangai siapa? Tengku Izraf Akif
orang yang lasak, melukis tidak pandai sama sekali. Zara Irdina juga bukan
orang seni.
“Jangan paksa anak-anak, Dina. Dia orang ada cita-cita
sendiri!” tegur Tengku Izraf Akif. Bondaku orang seni. Pandai melukis. Tengku
Afiq mewarisi minat bonda kandungku.
“Tak sabar nak dapat baby perempuan. Orang asyik bertanya
bila Cik Puan nak dapat baby perempuan? Mama, papa, adik-adik semuanya berharap
kita dapat baby perempuan,” gurau Zara Irdina. Tak ada rezeki lagi walaupun
sudah berusaha kali ini.
“Ke situ pula soalannya,” dalih Tengku Izraf Akif. Sejak
akhir-akhir ini di mulut itu asyik bercakap hendak baby perempuan saja.
“Ambil anak angkat, senang sikit!” cadang Tengku Izraf
Akif. Kami kan anak angkat. Jadi, apa salah ambil anak angkat.
Susah jadi anak angkat. Kita pernah mengalami sendiri dan
perlu kuat mental untuk berhadapi sebarang kemungkinan. Tengok apa yang kita
hadapi sekarang. Tengku Izraf Akif dengan masalahnya, Zara Irdina dengan
masalahnya. Kedua-duanya belum selesai lagi.
“Nak mengandung sendiri, tak nak ambil anak angkat!”
“Kita pun dulu anak angkat juga, tak ada masalah pun!”
“Dina nak lahirkan sendiri anak Dina tu,” tegas Zara
Irdina. Tengku Izraf Akif hanya
mengangguk saja.
“Apa yang ALLAH beri terima saja, kena belajar erti
redha,” nasihat Tengku Izraf Akif.
“Harapan tu memang ada, tetapi kalau tak ada rezeki, Dina
terima saja,” ujar Zara Irdina sambil tersenyum. Kalau dapat syukur alhamdulillah,
andainya tiada, tentu ada hikmahnya.
“Papa, mulai esok Shah pergi sekolah naik basikal yer!”
beritahu Tengku Iskandar Shah kepada Tengku Izraf Akif. Dia hanya mengangguk.
“Iddin nak naik basikal juga, papa!” datang pula Tengku
Izzudin memberitahu hal yang sama. Tiru abang si adik yang seorang ini.
“Iddin naik di rumah dulu, tunggu besar sikit macam abang
shah baru naik basikal ke sekolah!” tegas Tengku Izraf Akif. Terus tarik muka masam anaknya yang tengah
ini.
“Macam tu pun nak merajuk. Kau tu lelaki, abang pula tu,
tak malu kat Afiq ke?” tegur Tengku Iskandar Shah sambil merangkul bahu Tengku
Izzudin.
“Mama, bila mama nak perut besar? Kita orang dah tak
sabar nak dapat baby baru supaya Afiq tu tak manja sangat dengan mama?” balas
Tengku Izzudin sambil menarik telinga Tengku Afiq, Zara Irdina menepis tangan
Tengku Izzudin dengan perlahan.
“Ooo, kes cemburu yang suruh mama beranak ni?” ujar Zara
Irdina sambil menarik Tengku Afiq duduk diribaannya.
“Afiq tu lelaki mama, lelaki tak sesuai berkepit dengan
mama!” celah Tengku Iskandar Shah pula. Tengku Izraf Akif tersenyum mendengar
perbualan anaknya.
“Mama sayang semua anak-anak mama. Shah, Iddin, Afiq,
semua adalah anak mama,” luhur jawapan yang Zara Irdina lafazkan.
Dalam kehidupan apa pun yang penting adalah kasih sayang.
Andainya tiada kasih sayang akan terpincang ahli keluarga. Tidak kira dalam
kehidupan sesiapa pun, yang mustahak adalah kasih sayang. Selepas itu cara
didikan dan yang penting adalah pegangan agama.
“Abang cadang nak hantar di orang belajar mengaji al
quran di rumah pak lebai mulai malam jumaat ini,” beritahu Tengku Izraf Akif
selesai makan malam. Setiap malam dia akan menemani isterinya mengemas di dapur
dan membasuh pinggan. Selalunya mengambil kesempatan untuk berbual dengan Zara
Irdina.
“Dina boleh ajar mengaji di rumah!” balas Zara Irdina.
“Abang pun boleh kalau nak mengajar dia orang itu,” celah
Tengku Izraf Akif sambil menyusun pinggan yang Zara Irdina siap bersihkan.
“Habis tu, kenapa nak hantar di rumah pak lebai pula?”
soal Zara Irdina. Pak Lebai itu orangnya masih muda lagi, sebaya dengan anak
raja kita ini, tetapi cara kehidupannya seperti orang tua-tua.
“Dina ingat tak, kita belajar mengaji di mana dulu?”
“Rumah Ustaz Wahid yang garang tu, siap rotan tangan
kalau salah bacaannya,” jawab Zara Irdina. Kami belajar mengaji al quran di
tempat yang sama. Terkenang kenangan lama masa kecil-kecil dulu.
“Kita tak gamak nak pukul anak-anak kita kalau salah
membaca, biar pak lebai pukul dia orang kalau salah membacanya,” jelas Tengku
Izraf Akif.
“Kalau macam Shah, penat Pak Lebai tu kena buli dengan
anak abang,” gurau Zara Irdina.
Tetapi papanya dulu, Ustaz Wahid tidak sanggup memikulnya
sebab dia anak yang bijak. Ada saja alasan yang dia berikan kepada Ustaz Wahid
sampaikan Ustaz Wahid mengalah dengan dia. Sekarang giliran anak sulong dia,
harap anak sulong dia boleh kawal adik-adik yang berdua itu, bukannya timbulkan
masalah.
Belajar mengaji di rumah Pak Lebai, pergi sekolah pun
sendiri membuatkan Tengku Iskandar Shah matang dan boleh menjaga dirinya
sendiri tetapi kalau dengan papanya, ada juga perkara yang tidak kena. Ada saja
permintaannya kepada papanya itu.
Pagi ini sebelum pergi ke sekolah, Tengku Izraf Akif siap
memesan kepada anak sulongnya seperti selalu.
“kalau nak balik lewat, atau ada hal di sekolah, call
mama atau papa,” pesan Tengku Izraf Akif sambil memegang ubun kepala anaknya.
“Baik, papa!” balas Tengku Iskandar Shah. Siap mengangguk
lagi.
“Dulu papa selalu balik lewat tetapi tak pernah pun call
bonda,” ucap Zara Irdina melihat anaknya mengayuh basikal bersama kawan-kawan
sekampung dengannya.
“Dulu, tak ada telefon!” alasan Tengku Izraf Akif. Selagi
Zara Irdina tidak pulang dari sekolah, dia akan menunggu Zara Irdina di kantin
sekolah.
“Tipu!”
“Papa dulu ada kerja nak buat!”
“Kerja apa?”
“Pikat anak dara jiran sebelah rumah!”
“Ha, ha, ha..,”
“Kalau anak buat macam tu, jangan mengamuk pula nanti,”
pesan Zara Irdina.
Sebelah rumah kami tak ada istana, tak ada rumah jiran,
jadi macam mana nak memikat anak dara jiran. Rumah kami jauh dari rumah orang.
Rumah dekat dengan bukit, dekat dengan pantai. Rumah siapa tu? Rumah Anak Raja
Tengku Cempaka!