ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 33)
Tak
boleh tidur, walaupun Tengku Izraf Akif sudah berkali-kali menyuruhnya tidur,
tetapi mata ini tidak enak untuk terlena malam ini, lalu dia mengambil
keputusan untuk menghubungi mamanya setelah Tengku Izraf Akif keluar dari
biliknya. Diceritakan segala-galanya kepada mamanya itu.
“Sharifah
Madziah ada datang dua hari lepas, ceritakan semua ini. Mak engku tak banyak
bising tetapi anak-anak mak engku macam nak letup bumi ini saja..,” ujar Wan
Aisyah. Hmm, ayat mama boleh tahan juga yer.
“Tadi
pun macam itu juga, mama. Dia dah tak nak tengok muka kita orang lagi, “Sabar,
ada hikmahnya tu,” pujuk mamanya.
“Betul
ke Tengku Burhan tu ayah Zara, mama?”
“Tak
tahu, Sharifah Kamariah dengan Tengku Burhan memang rapat, tetapi rapat sebagai
staf dengan majikannya. Dia orang tak
pernah bercinta pun, tiba-tiba kecoh Sharifah Kamariah mengandung. Bila ditanya
siapa punya angkara, Sharifah Kamariah hanya mendiamkan dirinya. Masuk tiga
bulan Sharifah Kamariah mengandung, dia pergi dari sini dan tinggal bersama
adiknya Sharifah Madziah. Selepas lahirkan Zara, dia datang dan serahkan Zara
kepada mama,”cerita Wan Aisyah dengan panjang lebar sekali.
“Ini Sharifah
Madziah punya pasal, mama!” kata Zara Irdina sedikit marah. Kan senang kalau
Sharifah Madziah duduk diam-diam saja di rumah. Tidak perlu bongkarkan perkara
ini. Tidak perlu datang ke sini dan cerita perkara yang tidak baik ini.
“Tak baik
tuduh orang macam tu, biarkan saja. Zara ada Akif, ada Shah, ada dunia Zara
sendiri, usah pedulikan dia orang tu,” ujar Wan Aisyah membuatkan Zara
bersemangat saja.
“Kasihan
dengan abang akif, mama. Dia dibuang keluarga kerana Zara,” ucap Zara Irdina.
Simpatinya dia kepada suaminya itu. Tetapi dia tidak mampu untuk buat apa-apa
tentang perkara ini.
“Zara,
kena hargai pergorbanan dia kat Zara, jangan biarkan Akif bersedih lagi,” kata
mama lagi.
Bercerita
panjang dengan mama membuatkan satu lagi rahsia terbongkar. Patutlah Tengku
Izraf Akif tidak mahu ke sana lagi, rupanya dia sudah buat perjanjian dengan
Tengku Bakar dan Tengku Basri, dia tidak akan menjejakkan kakinya ke sana lagi
apabila Tengku Bakar mengugut untuk merampas istana dari bonda dan merampas
pucuk pimpinan kepunyaan bonda. Tengku Izraf Akif buat semua itu demi bonda
kesayangannya.
“Mama,
Zara tak balik kenduri nanti, Mama jangan kecil hati yer!”
“Mama,
faham Zara,” hendak pergi macam mana, kalau pergi akan bertembung dengan
keluarga Tengku Cempaka kerana rumah dan istana dekat sangat. Takut kena halau
lagi.
“Bersalin
nanti beritahu mama, boleh mama ajak papa pergi jenguk Zara,”
“Nanti
Zara tanya abang, mama!” sedihnya kali ini. Tak tahu, Tengku Izraf Akif
benarkan atau tak, mama melihat cucu sulongnya ini.
“Tanya
dia elok-elok, nie asyik bergaduh saja. Mama tengok kamu pun penat!”
“He he
he...,”
Senang
hati boleh mendengar suara mama. Walaupun kami tidak mempunyai ikatan darah
tetapi hubungan kami memang terlalu rapat. Amat rapat sekali. Mama beri
kata-kata peransang dan kata-kata semangat untuk dia.
Tengku
Izraf Akif tidur di bilik sebelah rasanya, mungkin Tengku Izraf Akif sendiri
perlukan masa untuk bersendirian. Dia pula memang mahu waktu-waktu begini. Masa
untuk berfikir, dan mencari kekuatan.
Itu yang dia mahukan dan rasanya Akif pun sama juga. Kerana saling
memahami kami faham kehendak diri masing-masing.
Selesai
subuh pagi hari ini, dia terus berjalan di tepian pantai seorang diri, kerana
Tengku Izraf Akif pergi bersolat di masjid pagi ini dan belum pulang lagi.
Mungkin bertanya khabar orang kampung barangkali. Itu rutin harian suaminya, jadi
dia amat memahaminya.
Pagi ini
mahu mengambil semangat pantai. Pantai yang tetap utuh biar pun dipukul ombak
yang kuat. Pantai yang tetap setia biar apa pun yang terjadi. Tidak seperti aku
yang asyik menyalahkan Tengku Izraf Akif saja sedangkan dia sudah banyak
berkorban untuk memberikan aku sebuah kebahagiaan.
Angin
pantai datang menyapa diri dan perutnya yang besar itu. Aku mahu jadi aku yang
kuat. Bukan yang lemah lagi. Aku sudah tahu apa matlamat aku sekarang. Biarlah
apa orang nak kata tetapi aku mahu melawan ombak untuk mencapai kebahagiaan dan
cita-cita, aku tidak mahu mudah mengalah, tidak mahu menjadi lemah seperti
semalam lagi.
“Assalamualaikum!”
sapa Tengku Izraf Akif dari jauh. Dia mengalih pandangan melihat encik suaminya
sedang berjalan ke arahnya. Songkok di kepala masih belum ditanggalkan lagi.
Kain pelekat bersama baju kurung melayu memang menyerlahkan lagi sikap anak
raja yang seorang ini. Dia tetap berdarah raja walaupun bermain dengan lumpur
atau apa saja. Itu tidak dapat dinafikan.
“Waalaikummussalam!”
jawabnya masih berdiri dan tidak berganjak dari tempatnya. Pagi ini rasa semangat diri semakin kuat.
Lebih kuat dari matahari yang baru menampakkan dirinya.
“Tak
takut ke ada kat sini sorang-sorang?” soal Tengku Izraf Akif. Pagi masih awal
dan tidak ada orang ketika ini di pantai. Di tengah laut sana, ada kapal
nelayan sedang mencari sumber rezeki untuk hari ini.
“He he
he..,” dia hanya tersenyum. Tengku Izraf Akif sudah hampir di sebelahnya dan
turun berdiri sepertinya.
“Terima
kasih kerana memberikan aku sebuah cinta yang cukup bermakna,” ucap Zara Irdina
sambil merangkul lengan suaminya.
“Aku
yang perlu ucap terima kasih kerana kau sanggup menerima cinta ku,” balas
Tengku Izraf Akif. Zara Irdina tersenyum. Wajah comel ini yang membuatkan dia
jatuh cinta dan kenal erti rindu.
“Apa
lagi yer...,” kata Zara Irdina cuba mengingatkan kata-kata yang mahu diucapkan
kepada suaminya. Terlupa bila melihat wajahnya yang sentiasa segak di mataku.
“Suka
tengok kau macam nie, rasanya aku dah dapat Zara Irdina pujaan hati aku dulu.
Yang kuat, yang kental, yang tidak mudah mengalah dengan dugaan kehidupan,”
ungkap Tengku Izraf Akif sambil mencuit hidung isterinya.
“Yup,
aku sudah tahu matlamat aku sekarang, di samping berada di sisi kau,” Aku mahu
membina kehidupan aku bersama dia. Aku tidak mahu ingatkan orang-orang yang
telah menyingkirkan aku di dalam kehidupan mereka.
“Bagus
tu, kita sebenarnya tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Yang aku
tahu, aku nak berusaha dapatkan anak ramai dengan kau nanti...,”
“Mula lah
tu...,” aku tahu dia sebenarnya mahu aku melupakan cerita duka yang menimpa
diri kami, jadi dia sekadar bergurau.
“Yang tu
dalam perancangan aku, aku boleh kawal kau, tetapi yang lain mana lah kita tahu
akal fikiran, hati dan sikap mereka ke atas kita,” sambungnya lagi. Zara Irdina
mengangguk.
“Hari
nie kita pergi beli baju baby nak, kita pergi scan tengok betul ke lelaki?”
baju baby dan kelengkapannya tak beli pun lagi. Sebab dia sibuk. Aku nak pergi
sendiri dia tak benarkan.
“Pergi
shoping boleh. Scan tu tak payah!” tolak Tengku Izraf Akif. Tahu dah lelaki.
“Nak
tahu lelaki ke perempuan?” usik Zara Irdina.
“Lelaki
lah!” yakin Tengku Izraf Akif.
“Tahu
mana lelaki?”
“Tengok
perut kau pun dah tahu!”
“Jangan
main-main!”
“Betul,
tak main-main!”
“Perempuan
kut!”
“He he
he..,” Tengku Izraf Shah tersenyum saja.
Orang dah
pergi scan secara rahsia, memang lelaki pun. Dia saja yang tak tahu. Sebab dia
punya hati kan cukup kuat tentang hal ini. Tetapi ibu yang membawanya dalam
perut sendiri tak tahu anak lelaki ke perempuan. Mana kita tahu sebab ini kan
pengalaman pertama kita. Sedangkan ada orang cakap kalau mengandung anak lelaki
macam lain, mengandung anak perempuan macam lain.
“Minggu
depan kenduri, abang hantar dekat hotel dan suruh papa jemput Dina di situ,”
Aku sudah tidak boleh pergi, kerana Tengku Bakar tak benarkan aku menjejakkan
kaki ke sana lagi. Aku tidak boleh pergi kerana bonda sedang marah kepada kami
berdua.
“Tak
pergi!”
“Hah,
kenapa tak pergi pulak??”
“Sarat
sangat dah, tak mampu nak jalan jauh!”
“Atau
alasan sebab abang tak pergi?”
“Susah
kalau tak ada abang, jadi apa-apa kat sana siapa nak tanggung?”
“Nanti
apa pula kata mama dan papa. Zana tentu kecil hati sebab kakak dia tak dapat
datang nanti,” balas Tengku Izraf Akif. Zara Irdina terdiam. Harap-harap Zana
faham masalah yang sedang menimpa dirinya kala ini.
“Dah
cakap dengan Zana, dia faham!”
“Pergilah,
atas restu abang tak akan jadi masalah di situ!” suruh Tengku Izraf Akif. Zara
Irdina memandang wajah suaminya. Semua yang dia lakukan ada lah kepentingan aku
saja. Dia???
“Saya
kan permaisuri kat sini, tanpa raja, permaisuri tak akan ke mana-mana, di mana
ada raja, di situ lah ada permaisuri..,” balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif
kehilangan kata-kata.
“Lagipun
malas nak berjalan jauh. Dua bulan lagi Shah nie dah tak sabar nak keluar
tengok papa dia!” sambung Zara Irdina. Aku mahu seperti dia, mahu beri dia
bahagia sebagaimana dia memberi kebahagiaan kepada aku.
“Dina
tak perlu ikut abang, Dina boleh buat apa saja, abang beri kebebasan sepenuhnya
kat Dina, asalkan Dina bahagia, faham tak?” kata Zara Irdina. Baik sungguh dia.
“Abang
jangan uji Dina dengan macam-macam sangat, takut naik angin!”
“Apa?”
“Mengandung
macam nie, pastu nak pergi tinggal di rumah mama, suami pula tinggal di sini
seorang diri, lagilah tak kena nanti,” katanya sambil menunjukkan perutnya itu.
“Yup,
itu yang aku nak buat kat kau, nak ikat hati dan kau ku kemas-kemas, nak ajar
kau macam mana seorang lelaki bergelar suami boleh ikat kaki isteri macam kau,
degil, hati batu semuanya ada..,” ucap Tengku Izraf Akif. Satu pukulan kecil
singgah di lengan Tengku Izraf Akif.
“Malas
nak bergaduh. Nak pergi klinik lagi kan? Nak pergi shoping lagi? Abang tak
pergi kebun hari ini?”
“Tak?”
“Kenapa?”
“Isteri
tak benarkan abang pergi..,”
“Tipu
arrr..,”
Bila
masa aku tak benarkan dia pergi?
“Dina
tak halang lah, kalau abang nak keluar pun!”
“Dina tu
ada abang saja sekarang tau tak?”
“Tau, lagipun
Dina boleh jaga diri,”
“Dina
bukan boleh harap sangat!”
Dia yang
terlebih bimbang kut.