Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,105
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 8

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 8)

Dua puluh tahun memendam perasaan untuk memiliki cinta hatinya ini. Mujur lah ada taktik gila itu, kalau tidak sampai bila pun dia tidak akan dapat memiliki Zara Irdina. Terpaksa sangat. Zara Irdina ditimpa masalah besar kali ini, kalau dia yang tidak membantu, dia tidak ada di sisi Zara Irdina, siapa lagi yang Zara Irdina harapkan selain dia?

“Kau memang ada perasaan kat aku pun selama ini tetapi sengaja gatal nak tunjuk ego kau tu,” tempelaknya ketika masuk ke dalam keretanyanya. Hari ini dah kena balik ke rumah, takut rahsia terbongkar kalau cuti banyak hari ini di sini.

“Mana ada!” nafi Zara Irdina. Ditariknya pintu kereta lalu dia masuk duduk di sebelah Tengku Izraf Akif. Boleh kah kami berahsia? Kalau macam ini lah sikap Tengku Izraf Akif, rasanya rahsia ini akan pecah tak sampai pun enam bulan.

“Ooo, nie terpaksa lah kahwin dengan aku?”

“Kau nak buat benda tak senonoh, aku tak nak lah dapat anak haram kalau termegandung nanti. Kau tu memang tak boleh harap pun..,”

“Aku akan jaga kau lah, tak akan aku persiakan hidup kau tu,”

“Janji ni???”

“Tengok lah nanti..,”

Zara Irdina memandang ke arah wajah suaminya di sebelah. Kami kahwin?? Macam tak percaya lagi nih? Secepat kilat aku menerima dia untuk menjadi suami aku, sedang baru seminggu aku berkahwin dan bercerai.

Bila fikirkan kata-kata kesat Akmal dan Tengku Azlin dalam Fb, dalam twitter tentang dirinya, dan semua orang di taman asyik kutuk tentang dirinya dengan Tengku Izraf Akif, jalan selamat lebih baik berkahwin saja dengan Tengku Izraf Akif. Habis cerita, betul tak?

Buat tak buat sama saja. Lebih baik buat saja.

Surat khabar Sinar Harian dicapainya. Muka depan surat khabar ada gambarnya bersama Tengku Izraf Akif. Aik, masuk paper muka depan kami berdua hari ini.

“Zara Irdina mengandungkan anak luar nikah kerabat diraja..,” bacanya kuat kerana mahu suaminya mendengar kenyataan akhbar hari ini.

“Akmal akan menyaman Tengku Izraf Akif kerana merosakkan perkahwinannya dengan Zara Irdina..,” sambungnya lagi.

“Hah?” jerit Tengku Izraf Akif sambil memberhentikan keretanya di tepi jalan. Apa dah jadi ni? Dia mengambil sinar harian di tangan isterinya, lalu membacanya satu persatu. Selesai membacanya dia memberikan kembali kepada Zara Irdina.

Zara Irdina melihat wajah suaminya yang tenang saja. Tidak kalut pun. Marah pun tidak. Mengamuk pun tidak.

“nak saman kita apa kes ni?” ucap Zara Irdina. Itu belum tahu kami dah kahwin. Lagilah Akmal dan Tengku Azlin pengsan berkali-kali.

“Assalamualaikum, Encik Hakim. Selesaikan masalah saya yang dalam paper tu. Buat lah apa cara pun, asalkan cerita nie berhenti di sini saja. Boleh kan?” kata Tengku Izraf Akif di telefonnya. Encik Hakim adalah peguamnya sendiri.

“Macam mana, nie semua Tengku punya pasal lah kan? Buat lagi cerita mengarut tu?”

“Jodoh lah, bukan sebab rampas ke apa ke? Jodoh kau dengan aku. Itu yang sebenarnya.Kalau tak ada jodoh, tak ada makna lah!”

“Senang lah cakap!”

“Dah dapat kahwin dengan kau dah, yang lain tu buat-buat lah pekak badak, buat-buat lah tak nampak. Lagi pun nie kau punya pasal, kalau dari awal kau terima aku, kahwin dengan aku, dah tak ada cerita Tengku Azlin dan Akmal tu..,” ujarnya sambil tersenyum. Aku berlakon saja bercinta dengan Tengku Azlin tu sebab nak sakitkan hati Zara Irdina. Bukan nak sungguh pun dengan Tengku Azlin yang mengada-ngada itu.

“Aku pula??”

“Ha lah..,”

Sama-sama tersenyum sebab dalam hal ini sama-sama salah pun. Tahu hati masing-masing tetapi sanggup mainkan cinta sendiri. ALLAH, ampunkan dosa-dosa kami selama ini. Amin.

Telefon Zara Irdina berbunyi pula. Nama Badri terpancar di skrin telefon.

“Macam mana, dah jumpa Sharifah Kamariah?” soal Zara Irdina.

“Belum lagi lah, dia orang dah berpindah tempat tinggal. Tetapi saya akan cuba dapatkan alamat Sharifah Marziah, adik kepada Sharifah Kamariah..,” jawab Badri membuatkan Zara Irdina tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

“Syukur alhamdulillah..,”

“Tetapi dari apa yang dimaklumi oleh jiran-jiran di situ, dia orang cakap Sharifah Kamariah gila, Zara!”

“Apa??” terkejut Zara Irdina mendengarnya. Janganlah ibu gila pula. Zara nak ibu sihat lah. Kelopak mata terasa panas. Kalau sebut tentang ibu kandungnya, hatinya cepat sensitif, cepat terasa dan mudah tersentuh. Bagaimana keadaan ibu? Betul kah keadaan ibu seperti apa yang orang cakapkan selama ini tetapi apa pun keadaan, dia tetap ibu yang menglahirkan aku. Walaupun dia tak menjaga dan membesarkan aku, tetapi syurga ku tetap di bawah kakinya.

“Sabar lah, Zara!”

“Dapatkan alamat Sharifah Marziah, saya nak berjumpa dengannya nanti!”

“Insha ALLAH, nanti saya beritahu awak yer!”

“Terima kasih, Badri!”

Huwaa, hilang mood happy tadi. Sekarang rasa sedih sangat bila fikirkan tentang ibu kandungnya itu yang entah berada di mana gerangannya.

“Laa.. kenapa pula?”

“Sedih...,”

“Sedih menangis lah, nie bahu nie ada untuk tuangkan kesedihan Dina lah!” kata Tengku Izraf Akif sambil menepuk bahunya sendiri. Spontan itu Zara Irdina meletakkan mukanya di bahu suaminya itu. Memang sedih pun. Siapa pun aku, walaupun aku dibuang oleh ibu kandung sendiri tetapi aku tetap sayangkan ibu ku itu. Tidak ada sekelumit perasaan pun untuk membenci dia.

“Hu hu hu...,”

“Sebab itu lah aku ajak kahwin, sebab tak nak buat benda haram macam nie selalu. Kalau kita tak kahwin, aku berdosa sentuh kau, pegang kau. Aku memang cintakan kau sejak aku kenal apa itu erti cinta lagi dan sebab itu aku mintak hak aku untuk jadi suami kau..,” jelas Tengku Izraf Akif membuatkan Zara Irdina tidak jadi menangis.

“Orang sedih boleh pula cakap benda-benda macam ni..,” air mata di pipinya di kesatnya perlahan. Tak romantik langsung Tengku Izraf Akif ni.

“Sensitif apa pun tak tau lah. Tak faham aku dengan orang perempuan nih,” kata Tengku Izraf Akif lagi. Anak raja gondang ini memang lah, tak ada hati dan perasaan langsung.

“Yer lah tu!” geramnya.

Tengku Izraf Akif mencubit pipi isterinya dengan manja. Tak boleh tengok kau menangis, Dina. Hati aku pun terasa jugak, sebab itu aku tak nak kau menangis.

“Jangan arr...,” tepis Zara Irdina. Sebab aku sudah sah menjadi hak kau, jadi kau buat macam-macam kat aku yer..,

Berpisah di stesen bas kerana Zara Irdina meninggalkan keretanya di situ. Masing-masing membawa haluan sendiri. Pulang dengan sendiri saja. Mujur lah ketika sampai, mama dan papa tiada di rumah. Begitu juga dengan Syazana dan Ayuni, masih belum pulang dari tempat kerja barangkali. Jadi, boleh lah cepat-cepat simpan hadiah-hadiah perkahwinan yang diberikan oleh kawan-kawannya dulu di dalam almari.

Pakaian-pakaian yang kotor terus dibasuhnya termasuk pakaian suaminya yang sengaja ditinggalkan oleh suaminya itu. Hmm, kata nak berahsia tetapi tinggalkan segala pakaian untuk Zara Irdina mencucinya. Agak-agak berapa hari lah kami boleh berahsia yer... macam tak boleh saja.

Terdengar enjin kereta papa masuk ke halaman rumah. Menyusul kereta Syazana dari belakang.

“Long, pergi cuti ke pergi bulan madu???” soal Syazana sebaik saja Zara Irdina membuka daun pintu. Soalan pertama yang muncul dari bibirnya itu.

“Bulan madu dengan siapa pula ni?”

“Abang Akif lah!” jawab Syazana. Cinta anak raja untuk kakaknya ini sudah makan berpuluh tahun, syukurlah akhirnya mereka bersatu juga. Walaupun dia tahu, kakak angkatnya ini menolak cinta tersebut kerana perbezaan darjat. Dia lebih suka Tengku Izraf Akif menjadi abang iparnya dari lelaki lain. Itu sebabnya apabila Akmal menceraikan Zara Irdina, dia menjerit keriangan, rasa waktu itu bahagia yang amat sangat.

“Baru bertunang, bukannya berkahwin pun!” jawab Zara Irdina. Jangan lah tanya yang bukan-bukan, takut along terlepas cakaplah.

“Nampak muka along lain sangat lah hari nie, berseri-seri seperti orang lepas kahwin saja lah!” tuduh Syazana lagi sambil memeluk erat bahu Zara Irdina. Walaupun dia hanya anak angkat mama, tapi kami semua tetap sayangkan dia!

“Tak lah!” kata Zara Irdina cuba menafikan.

“Kahwin pun tak salah lah, dari Zara buat kerja yang tak elok. Papa percayakan Zara tetapi terus terang papa tak yakin dengan Akif tu..,” sokong Wan Yusuf sambil tersenyum.

“Papa ni..,”

“Kahwin lah Zara, Akif tu dah lama sangat tunggu kamu. Papa merestui perkahwinan Zara dengan Akif..,” Telinga ini sudah tebal dengan umpatan orang tentang Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif. Sekarang, masalah lain pula timbul, kaum kerabat tidak merestui pertunangan ini, malah menyuruh pertunangan ini diputuskan secepatnya mungkin. Zara Irdina tidak layak untuk Tengku Izraf Akif.

“Betul ke papa?” soal Zara Irdina sambil tersenyum bahagia.

“Betul lah.., tunang buat apa lama-lama, tak elok!”balas Wan Yusuf.

“Mama sokong juga kata papa tu!” celah Wan Aisyah pula

Dia orang nie sporting habis lah. Sukanya hati sebab sudah mendapat restu dari papa dan mama.

Makan malam di rumah dihadiri oleh Tengku Izraf Akif dan Tengku Cempaka. Sudah menjadi kebiasaan anak raja sebelah rumah itu makan di rumah ini. Begitu juga dengan Tengku Cempaka. Wan Yusuf dan Wan Aisyah juga kerap keluar masuk ke istana Zara Irdina saja jarang masuk ke istana sana. Tak suka katanya.

Selesai makan malam, Zara Irdina terus masuk ke dalam biliknya sebaik saja Tengku Cempaka dan suaminya itu pulang.

Baru sudah tutup lampu, baru mahu pejamkan mata, apabila pinggangnya dipeluk orang. Siapa pulak ni?

“Pergi lah balik!” suruh Zara Irdina. Payah lah kalau macam ini.

“Kau pilih, nak tidur sini atau aku angkut kau ke bilik aku!” ugut Tengku Izraf Akif sudah mengongsi bantal Zara Irdina. Kepalanya dan kepalanya isterinya hanya sebelah menyebelah saja.

“Enam bulan saja kan? Sabar boleh tak?”

“Tak boleh..,”

“Tidur lah, tapi jangan sentuh aku, jangan buat apa-apa kat aku..,”

“Aku tumpang tidur saja lah, tak buat lah benda-benda lain. Kalau aku nak buat aku dah buat semalam lagi..,”

Hish, kalau lah macam nie selalu, rasanya tak sempat tunggu enam bulan, memang sah dah jadi benda lain dalam hidup aku.

Susah lah kahwin rahsia ni. Tapi siapa suruh?

Tengku Izraf Akif yang suruh!

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.