Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,100
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 25

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 25)

“Tak nak makan?” soal Tengku Izraf Akif apabila melihat Zara Irdina hanya memesan minuman. Jus jambu batu saja.

“Nak termuntah!” jawabnya. Rasa mual itu datang pula pagi. Entah lah, kalau stress, mual ini lah yang akan terlebih dahulu dari rasa sakit kepala. Tetapi mual ini tentunya kerana sedih sangat. Jauh dari tempat berkasih sayang membuatkan hatinya masih bersedih. Kasih sayang seorang kekasih, seorang suami, tak akan sama dengan kasih sayang keluarga kita.

“Buat dah!” Diletakkan sudu terus disentuh dahi Zara Irdina. Tak panas pun! Alah barangkali. Zara Irdina memegang tangan suaminya yang berada di atas dahinya.

“Dina kan mengandung, sebab tu macam nie..,” pujuk Tengku Izraf Akif. Tahu lah kau nie bersedih hati tetapi tolong lah jangan menangis di sini. Aku tak sanggup melihat titisan air mata kau atas pergorbanan cinta kau yang satu itu.

“Alahan lah ni..,” ucap Zara Irdina turut memujuk hatinya sendiri. Dia sudah meninggalkan segala-galanya untuk kami, jadi aku tak sanggup melihat dia menangis bersama ku atas nama cinta kami.

Semua ini kerana cinta. Atas nama cinta yang membawa kami di sini. Dia sanggup melakukan satu dosa untuk mendapatkan aku. Aku tahu dia menyentuh ku tempoh hari kerana cintanya terhadapku. Kerana cinta juga lah dia mengajak aku kahwin lari, kerana dia takut aku tinggalkan dia setelah aku tahu cinta kami tidak direstui. Dan kerana cinta jugak lah dia meninggalkan bonda kesayangannya itu. Kerana cinta kami dia telah melukakan sekeping hati seorang ibu.

Habis tidak cukup lagikah pergorbanannya untuk aku yang sejak kecil dipinggirkan oleh ibu kandung sendiri?

Zara Irdina menghirup minumannya. Mee goreng disuap perlahan-lahan, manakala suaminya sedang melihatnya dengan sebuah senyuman. Aku lebih rela kehilangan segalanya dari kehilangan dia dalam hidup ku. Aku rela tinggalkan syarikat, tinggalkan istana dan hilang harta demi untuk cinta kami. Walaupun aku berat hati untuk meninggalkan bonda tetapi keputusan telah pun dibuat. Aku nekad demi cinta ku.

Memang aku dan dia sudah dihalau dari halaman kami, dari tempat kami bermanja dan berkasih sayang tetapi aku pergi bukanlah kerana disingkirkan dari situ. Apa aku kisah walaupun dihalau oleh kaum kerabat bonda sebab bonda merestui perkahwinan kami berdua. Malah bonda mahu kami berdua terus tinggal di situ. Jadi kalau aku nak, aku boleh terus menetap di disitu bersama bonda.

Sebenarnya sudah sampai masanya untuk aku pergi dari situ kerana ada perkara yang lebih penting untuk aku lakukan. Itu yang sebenarnya.

“Letih ke? Kalau macam tu kita singgah lah kat hotel mana-mana dulu, berehat. Nanti dah okey baru kita bertolak,” tuturnya. Nampak sangat dia susah hati apabila melihat keadaan aku begini.

“Biasa lah. Dina okey lah!” tepis Zara Irdina. Nak kena makan jugak lah sebab tak nak suami kita susah hati. Aku kena melawan segala perasaan yang datang.

“Lapar lah!”

“Hah?”

“kita orang nak makan. Baby dah lapar ni..,”

“Nak makan apa, abang tolong ambilkan!”

“Mee goreng udang!” jawab Zara Irdina, sebab tengok mee goreng dia sedap sangat.

“Okey lah, tuan puteri!”

“He he he..,”

Selesai makan, perjalanan kembali diteruskan. Selamat tinggal bumi Pahang, ada jodoh kita berjumpa lagi.

Rupanya kami hanya meninggalkan daerah kami dan berhijrah ke Pulau Tioman. Dekat saja lah. Ingatkan nak bawa pergi luar negara, rupanya ke pulau saja. Buat apa ke sini? Tengku Izraf Akif ini ada saudara mara yang lain lagi ke? Selama ini tak pernah dengar pun ada saudara mara yang lain? Tiba-tiba ke Pulau Tioman. Berbagai persoalan bermain di fikirannya. Hati Zara Irdina berbunga riang. Tak jauh sangat dengan mama dan papa. Jadi, angin boleh salam rindu kami kepada keluarga kami nanti. He he he..

“Tu, rumah kita!” kata Tengku Izraf Akif sambil menunjukkan ke arah sebuah rumah besar yang semuanya berukiran kayu. Cantik! Rumah yang tidak jauh dengan pantai dan laut. Jauh di belakang rumah, kelihatan bukit tinggi yang terpacak teguh kelihatan. Kawasan rumah pula luas dan dikelilingi oleh bermacam jenis pokok-pokok tumbuhan. Senang hati memandangnya. Zara Irdina tersenyum dengan rasa puas hati yang amat sangat.

“Tuan Puteri, tak suka ke tempat ini?” soal Tengku Izraf Akif apabila melihat isterinya hanya mendiamkan diri. Kalau tak suka kita balik tinggal di istana lah.

“suka sangat!” jawab Zara Irdina sambil memegang lengan kanan Tengku Izraf Akif.

“Ingat tak suka, kalau tak suka kena masuk istana lah!”

“Hey, tak nak, tak nak.. nak tinggal di sini,” tak mahu lah tinggal di istana yang banyak sangat protokolnya itu.

“Tapi kalau nak hidup macam dalam istana pun boleh jugak. Abang boleh carikan dayang-dayang untuk Dina kat sini..,”

“Apa?” terbeliak mata Zara Irdina. Lagi lah tak nak!

“Carikan dayang-dayang lah, dayang untuk memasak, untuk kemas rumah dan layan anak raja!” oo.. teringat juga lah kat istana dia tu.

“Cuih, lagi lah tak suka!”

“Ha ha ha...,”

Tengku Izraf Akif meninggalkan Zara Irdina bersendirian kerana mahu mengangkut barang-barang yang di bawa oleh mereka berdua. Zara Irdina hanya melihat suaminya membawa masuk segala beg yang mereka bawa bersama.

“Ini rumah siapa?” soal Zara Irdina apabila Tengku Izraf Akif melintas di hadapannya dan terus berdiri dekat dengannya.

“Rumah kita lah!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik tangan Zara Irdina duduk di atas bangku panjang di bawah pohon rambutan yang rendang.

“Tak pernah cakap pun ada rumah ni..,”

“Tak kan semua benda abang nak kena cakap kat Dina..,”

“Dina nie isteri abang tau, bukan kawan abang masa zaman sekolah dulu!”

“Aik, tahu pun. Jadi isteri abang, jangan mengada-gada..,” pesan Tengku Izraf Akif, aku mengada-ngada ke? Rasanya tidak. Dia yang lebih-lebih nie.

“Bila masa lah kita buat perangai macam tu?” Perangai gedik kut yang dia maksudkan. Tengku Izraf Akif merangkul bahu Zara Irdina dengan kedua belah tangannya.

“Ini rumah aruah ayahanda dan bonda. Abangkan seorang saja anak dia orang, jadi segala yang dia orang jadi milik abang seorang saja. Itu sebabnya aku nak suruh kau beranak banyak sikit, tak lah jadi macam kita nanti,” ujar Tengku Izraf Akif sengaja meletakkan hidungnya dekat dengan hidung Zara Irdina.

“Pandai abang berahsia yer, tak pernah cakap pun semua ini kat Dina?” Tak tahu menahu langsung bab-bab ini. Tiba-tiba saja semua ini.

“Tak payah cakap nanti Dina akan tahu jugak,” kita akan tinggal bersama-sama, nanti semua itu akan menjadi milik kau juga.

“Lepas ni nak kerja apa?” soal Zara Irdina. Dia sudah lepaskan jawatannya di syarikat kepunyaan Tengku Cempaka, aku pula dah ambil keputusan untuk berhenti awal lagi dari dia. Lepas ini nak kerja apa untuk menyara kehidupan kami anak beranak.

“Hmmm...”

“Kerja lah dengan bonda tu, sayang lah tinggalkan syarikat,” kami bukan pergi jauh pun.

“Abang tak akan pulang ke sana lagi lah, Dina!”

“Kenapa?” tak boleh lah aku berjumpa dengan keluarga aku lagi.

“Orang dah halau kita, dah benci kita, buat apa lah kita ke sana lagi,”

“Tapi bonda tak benci kita lah!”

“Selagi Tengku Bakar tak minta maaf dengan abang, dengan Dina, abang tak ajak jejak kan kaki abang di sana lagi...,”

Memang hatiku juga tersentuh, kerana dihina dan dicaci tetapi tidak lah berdendam seperti dia. Aku boleh menerima cacian dan penghinaan itu tetapi rupanya dia menyimpan dalam hati.

“Tak baik berdendam lah. Kita akui kesalahan kita dan sebenarnya kita bersalah kerana melanggar peraturan orang istana. Abang sepatutnya memilih isteri dari kalangan kerabat bangsawan jugak..,” uji Zara Irdina. Aku sedar siapa aku.

“Pandai lah cakap. Dina dah curi hati abang, dah sentuh jiwa abang, mana boleh kahwin dengan perempuan lain lagi..,”

“Curi hati abang, tak lah. Kita orang baik-baik, bukan pencuri pun!”balas Zara Irdina. Tengku Izraf Akif meletakkan tangan Zara Irdina di atas dadanya. Dekat dengan jantungnya.

“Apa pulak ni?” tanya Zara Irdina yang tidak mengerti akan sikap suaminya.

“Dua puluh tahun aku pendam perasaan, dan rasanya berbaloi lah sekarang dengan perkahwinan kita, dengan boleh buat Dina mengandung lagi, rasa puas hati sangat sekarang. Jadi tak sia-sia abang buat semua ini untuk seorang perempuan yang bernama Zara Irdina,” kata Tengku Izraf Akif sambil memeluk erat Zara Irdina.

“Anak ada dalam perut kita lah, jadi tolong lah cakap bahasa yang indah-indah sikit. Anak nie dah boleh dengar perbualan mama dan papanya!” pesan Zara Irdina.

“Shah, esok jadi seperti ayahanda, jadi lelaki yang boleh melindungi perempuan yang Shah cintai dan sayangi. Jangan jadi lembik seperti bonda!” Tak kan nak suruh anak panggil gelaran macam itu kut. Aku yang rakyat jelata ini rasa janggal lah pulak.

“Mama dan papa cukuplah!” tegur Zara Irdina.

“Apa salahnya sesekali panggil macam tu. Lagipun dia anak abang lah!” Anak abang itu sengaja ditekankan dengan tegas dan keras sekali. Zara Irdina tidak kecil hati pun dengan sikap suaminya.

Abang tak boleh beri kasih sayang seorang ibu, atau pun kasih sayang seorang ayah. Tetapi terima lah kasih sayang abang sebagai seorang teman, kekasih dan suami untuk Zara Irdina seorang saja. Itu kasih sayang seorang lelaki itu seorang perempuan yang amat dia sayangi selama ini.

“Selamat datang Tuan Puteri, izinkan hamba untuk menghiburkan hati tuan puteri nanti. Izinkan hamba untuk memberi sepenuh kasih sayang untuk tuan puteri yang hamba sayangi selami ini..,” lafaz Tengku Izraf Akif.

“Jangan buat lawak, boleh tak?” walaupun rasa lucu dengan bait-bait ayat tersebut tetapi sebenarnya hati Zara Irdina tersentuh dengan bicara yang diucapkan oleh suaminya.

“Hamba tahu hamba sebatang kara, hamba tak boleh beri kasih sayang seperti Ibu tuan puteri iaitu Wan Aisyah, hamba juga tak mampu memberi kasih sayang seorang ayah seperti Wan Yusuf, tetapi.... haaaa.. lupa pulak ayat-ayat seterusnya..,” lupa kerana mata Zara Irdina bertentangan dengan matanya membuatkan lidahnya kelu dan terkedu.

“Ha ha ha...” pecah ketawa Zara Irdina di buatnya.

“He he he..,” Tengku Izraf Akif turut mengekek. Rasa bahagia sekali.

“Tengku Izraf Akif, tanggungjawab Tengku Izraf Akif semakin berat sekarang. Bukan Zara Irdina saja yang perlu tengku kisahkan sekarang, tetapi...,” terus diletakkan bibirnya di atas bibir isterinya.

“Faham, tuan puteri!”

“Elok lah tu, sekarang nak masuk dalam rumah lah, boleh?” kata Zara Irdina dan terus bangun dari situ. Tengku Izraf Akif turut bangun juga.

“Marilah abang dukungkan Dina, sebelum perut tu bonyot ke depan!”

“Ha ha ha.. Dina nak suruh abang dukung waktu perut besar macam tu, tetapi sekarang tak payah lah, Dina boleh jalan sendiri lah!” kata Zara Irdina.

Aku peduli ke kata-kata kau selama ini. Ada aku kisah? Ada aku turutkan kata-kata kau? Tak ada kan? Jadi, sekarang aku nak dukung kau masuk ke rumah baru kita.

Selamat datang sayang. Semuga ALLAH memayungi kita berdua dengan kasih sayang dari NYA. AMIN.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.