“Ada apa yang kecoh sangat kat bawah tu Kak
Ni?” soal Adriana sebaik menutup daun pintu bilik mereka. Bergalur rasa cuak di
dalam hatinya. Dilihatnya Kak Ni sedang duduk di atas kerusi kecil mengadap
cermin muka yang seluas alam itu.
Sebaik sahaja sampai di bilik asramanya
pagi tadi selepas habis shif malam, Kak
Ni telefon dia. Kak Ni suruh dia balik rumah segera petang itu. Bila Adriana
tanya mengapa, Kak Ni cuma ulang perkataan yang sama,“Balik ajelah dulu... Mama yang suruh... emergency.”
Emergency?Ada yang sakit pulak ke? Bermacam persoalan
mengasak minda. Namun dia balik juga
walaupun badannya letih sangat. Tapi sempat jugalah dia melelapkan mata sejam
dua tadi sebelum berkemas apa yang patut. Esok hari Ahad, dia memang tidak kerja.
Elok juga kalau bermalam di rumah.
Kalau sudah Mama yang menyuruhnya pulang,
tentu akan ada sedikit waktu Mama yang boleh dia curi untuk sesi pujuk rayunya
itu. Minggu lepas dia sudah buat sesi pengenalan merangkap pujuk rayu yang
tidak formal dengan abang Feysal. Abang nampak okay sahaja walaupun bermuka
surat jugalah nasihat abangnya itu yang harus dia dengar.
Hmm... malam ini dia hendak mengulit Mama
pula. Kalau hati Mama itu ibarat beras Jasmine, mesti sudah agak lembut
sekarang ini.
“Kak Ni!” panggilnya bila Adriani masih
membisu seribu bahasa. Apasal pulak budak seorang ni? Dah bisu ke?
“Kak Ni...” dia menghampiri Kak Ni, “Kat
bawah tu nak buat birthdaysiapa? Papa dapat titleDato’ ke?”
soalnya berseloroh.
Tadi bila sampai, dia lihat halaman rumah
sudah begitu indah dengan dua-tiga buah kanopi, lengkap dengan hiasan dan
bunga-bunga bagai. Tema peachlagi! Rasa macam pernah nampak gaya
perhiasan macam tu. Kat mana ye?
Bibik pula sibuk ke sana sini, tiba-tiba
pulak tidak mempedulikannya tadi. Selalunya dialah orang pertama yang akan bagi
seribu kucupan ke pipi Adriana setiap kali dia menjejak pintu rumah. Bayang
Mama dan Papa juga pula tidak kelihatan di mana-mana. Sempat juga dia kuak
pintu bilik orang tuanya sebelum masuk ke bilik. Kosong. Padanlah pun... kereta
mereka pun tidak kelihatan di garaj.
“Kerja ke tadi?” tanya Adriani tanpa
memberi jawapan yang tepat untuk soalan gadis itu yang masih terpinga-pinga
memandang ke laman bawah menerusi jendela bilik.
“Hish, cantik betul. Macam nak buat kenduri
kahwin pulak?” soal Adriana lagi sambil beredar jauh dari jendela. Lalu dia
duduk di hujung katil sambil menjuntai kaki. Lebih hampir dengan kedudukan
Adriani yang kini sudah duduk menghadapnya.
Adriani tenung wajah keanak-anakkan
adiknya itu. Bagaimana harus dia sampaikan khabar ini? Bolehkah Adriana terima
semua ini sebagaimana dia menerimanya dengan juraian airmata dalam hatinya?
“Pergilah mandi dulu...”
“Tak nak lah... Kak Ni belum jawap lagi
soalan Dik Na tadi. Nak buat majlis apa kat bawah tu?”
Adriani renung adik kembarnya tidak
berkerdip sampai Adriana rasa pelik. Tambah lagi dengan seri wajah Adriani yang
sudah tidak bercahaya itu.
“Dik Na...” Adriani bangkit lalu duduk
juga di hujung katil itu. Di sebelah Adriana. Dia tarik jemari putih nan halus
itu ke ribanya. Adriana jadi terpinga-pinga dengan tingkah laku itu.
“Kak Ni? Kak Ni kenapa?” dia lihat ada
sebutir air jernih turun di pipi itu. Kak Ni menangis? Kenapa?
“Dik Na, Kak Ni dah pernah bagi tau dulu
kan... Mama akan buat yang terbaik untuk kita...”
“Buat yang terbaik? Untuk kita? Apa?”
“Dik Na...”
“Kak Ni, sudahlah... jangan nak buat drama
pulak sekarang ni. Dik Na penat tahu tak,” Adriana sudah hilang sabar. Sudah
bosan dengan sikap slow-motionKak Ni itu.
“Yang Kak Ni nak menangis-nangis tak de
lagu macam ni, kenapa? What is going on here exactly?”
Setitis airmata jatuh lagi di pipi itu.
Adriani masih membisu dalam sendunya. Tidak tahu hendak kata apa. Sudah dapat
meneka apa yang berlaku hari itu. Malam
itu. Wajah Adriana terus dia renung meskipun sedikit kabur dengan genangan
airmata di tubir.
Bertikam renungan begitu dalam jagka waktu
yang begitu singkat sudah cukup untuk membuatkan terpaku. Beku. Matanya
membulat dengan nafas yang tertahan beberapa detik sebelum matanya terasa
panas.
Okay, so this is the day? Mama’s great
evening?
Kalau ini adalah hari itu maknanya dia
sudah terlewat untuk menghalang semua ini dari berlaku.
Adriana masih duduk membatu di atas sofa.
Bukan sofa cendawannya yang biasa. Entah di manalah orang-orang ini sorokkan
sofa cendawan bulatnya itu?
Hatinya sudah mendidih ke tahap suhu
gunung berapi lagi. Wajah basah Adriani yang jelita selepas disolek oleh
juruandam yang baru beredar tadi tidak sanggup dia pandang lagi. Memang dia
tidak pandang lagi wajah Kak Ni setelah sedar akan kenyataan yang sebenar.
Sampai hati Kak Ni bersekongkol dengan Mama
dan Papa untuk melukakan hatinya. Sampai hati Kak Ni!
“Dik Na, sudahlah...” Adriani cuba menitis air
pujuk ke dalam bara hati kembarnya itu walaupun diri sendiri begitu terseksa
menyengkang airmatanya.
“Kenapa Kak Ni buat macam ni? Macam mana Kak Ni
boleh terima je semua ni?” nada kesal Adriana jelas kedengaran. Memang dia
kecil hati mulanya dengan sikap Kak Ni. Dan sekarang kecil hati itu sudah
bertukar menjadi marah. Takut-takut dia jadi benci pula dengan kembarnya itu.
“Ini keputusan dan kehendak Mama, Dik Na... macam
mana Kak Ni boleh menolaknya? Dia kan Mama kita...”
“Finekalau Kak Ni sanggup terima keputusan Mama ni.
Tapi kenapa nak tarik Dik Na sekali? Kan Dik Na dah cakap Dik Na nak kahwin
dengan Navin aje! Kalau Mama dan Papa tak faham, tak apa! Tapi kenapa Kak Ni
pun sama? Sanggup tipu Dik Na macam ni!” dia lontarkan segala rasa tidak puasan
hatinya.
“Kak Ni tak ada pilihan. Ini semua pun
bukan Kak Ni tahu pun. Memang Kak Ni tahu Mama dah rancang nak buat majlis
pertunangan kita, tapi Mama tak pernah pun bagi tahu Kak Ni bila, kat mana.
Malam semalam driver officeMama datang ambil Kak Ni kat hostel.Bila
Kak Ni sampai rumah...” Adriani tidak sanggup menyudahkan kata. Dipanggung
wajah ke siling bilik agar tiada air mata yang tumpah. Kalau tumpah akan
rosaklah solekan di wajahnya. Dan kalau itu terlihat oleh Mama...
Sedu-sedan pengaduan Adriani itu langsung
tidak dipedulikan oleh Adriana. Tidak berbekas pun di hatinya yang sedang
diamuk rasa kesal dan amarah itu.
“Kenapa Kak Ni tak cakap dengan Mama yang Dik Na
tak nak bertunang dengan lelaki pilihan dia tu? Kenapa sanggup tipu Dik Na
suruh balik, konon ada emergency. Emergencyapa ni? Emergencynak
tambah harta benda Mama dengan Papa ke?” bentaknya dengan nada yang jengkel.
“Dik Na... cubalah faham. Awak pun tahu Kak Ni
memang alah dengan Mama. Pagi tadi Mama yang suruh Kak Ni telefon awak. Mama
yang suruh Kak Ni cakap macam tu dengan awak, dan Mama memang ada dengan Kak Ni
masa tu. Kak Ni nak buat macam mana lagi...? Tolonglah Dik Na... hati Kak Ni
dah hancur sangat ni. Janganlah tambah lagi... Kak Ni pun derita jugak dengan
keputusan Mama ni tapi Kak Ni tak boleh buat apa-apa...” rintihnya mengharap
pengertian.
Sepasang matanya itu Adriana arahkan
menyorot setiap sudut bilik mereka itu. Patutlah berubah benar keadaan dan rupa
bentuk bilik itu dalam sekelip mata. Segala wall-paperdan toysmereka
sudah tidak ada lagi. Warna dinding pun sudah bertukar menjadi putih krim.
Katilnya dan katil Kak Ni juga entah ke
mana perginya. Yang ada cuma katil kayu mahogani bersaiz King di tengah ruang
yang ditebar dengan cadar berwarna putih krim. Kemudian ada pula lacedan
kudup-kudup bunga mawar merah yang kecil-kecil di sekelilingnya.
Bagaimana fikirannya tidak terjangkau akan
makna semua perubahan ini?! Masin betul mulut Kak Ni. Mama benar-benar
merealisasikan impiannya untuk bermenantukan lelaki-lelaki Syed itu!
“Dik Na...”
Cepat-cepat Adriana letakkan jari
telunjuknya ke bibir sendiri sambil memejamkan matanya. Tanda meminta Adriani
untuk tidak lagi berkata apa-apa. Fikirannya sudah terlalu kusut saat itu. Dia
perlu ruang dan ketenangan yang paling kritikal sekarang untuk memikirkan apa
yang sewajarnya dia lakukan.
Kedua belah siku sudah lama mendarat di
atas paha. Kedua belah tangan pula sudah begitu lama memanggung kepala.
Aduhai... apa yang membuatkan dirinya berfikir bahawa dia mampu untuk
menghalang detik ini dari berlangsung?
“Kenapa
belum bersiap lagi ni Sharifah Adriana Fidzriah? Lepas Maghrib nanti tetamu
semua akan sampai,” Syarifah Adirahana bertanya lantang sambil membetulkan
tiara di atas kepala anak perempuan kembar sulungnya, Sharifah Adriani Fidzriah
itu.
Adriana pandang wajah Mama
yang anggun bersolek dengan sanggul tinggi di kepala. Lepas Maghrib? Dua saat
dari sekarang azan Maghrib akan berkumandang. Maknanya...? Aduh, bagaimana
dapat dia menghalang semua ini?
Dia kerling ke wajah
kembarnya. Rasa geram kembali membara di dalam diri. Sakit sungguh rasa hati
bila dia mengetahui niat sebenar Mama menyuruhnya pulang petang itu. Dan Kak Ni
pun sampai hati membohongi dia. Kalaulah dia tahu, demi Tuhan dia tidak akan
pulang!
Tadipun bila dia ketahui hal
itu, Adriana sudah bingkas menarik beg sandangnya. Dia mahu keluar sesegera
mungkin dari rumah itu sebelum Mama pulang. Sebelum Mama paksa dan heret dia ke
tengah majlis. Tidak sangka Mama benar-benar mengotakan hasratnya walaupun
Adriana cuba untuk tidak mengambil berat tentang amaran itu dua bulan lepas.
Bila melihat Adriani, tidak
dinafikan kembarnya itu sungguh jelita bila sudah bersiap ala puteri begitu.
Baju chiffon warna krim dengan laceala warna peach itu
menambahkan kelembutan di wajah Adriani. No wonderdi bawah tadi
semuanya bertemakan peach!Kalung mutiara di lehernya pula menambahkan
keanggunan seorang gadis rupawan dari kalangan hartawan.
Seandainya dia turut bersiap,
dia memang tidak boleh dibezakan dengan kakak kembarnya itu. Mata bundar yang
sama. Hidung mancung yang serupa. Ulas bibir nipis yang semulajadi kemerahan
itu juga serupa.
Cuma pipinya lebih gebu dan
berisi sedikit berbanding kembarnya itu. Namun perbezaan tipis seperti itu
tidak mungkin membuatkan mereka berbeza di mata orang yang memandang. Mereka
terlalu seiras dalam segala sudut. Cuma perangai sahaja yang berbeza.
Adriana masih dalam jeans dan
T-shirt yang dipakainya sejak pulang dari asrama jururawat awal petang tadi.
Berkeras untuk tidak menurut kemahuan Mama dan Papanya. Biarlah apapun yang
akan terjadi…
“Dik Na tak nak bertunang
dengan Syed Muzaffar, Mama,” tegasnya tanpa teragak-agak.
Pantas Syarifah Adirahan berpaling memandang
wajah tuan punya diri yang berkata tadi, “Say it again?” nada Syarifah
Adirahana bergetar.
“Dik Na tak mahu ditunangkan dengan Syed
Asyraf.”
“Habis, kamu nak bertunang
dengan siapa?” Mama jegil biji mata. jemarinya yang tadi sibuk membetulkan baju
dan tiara Adriani kini terhenti. Berdirinya sudah tinggi dan tegak memandang
Adriana.
“Dengan budak India tak tentu
arah dan asal usul tu!?” suara Syarifah Adirahana sudah mula meninggi.
Pedih sangat hati Adriana
mendengar cemuhan Mama. Mama memang... keras lebih dari besi waja! Tak apa...
Adriana juga bukankah anak Mama? Adriana juga keras, macam Mama kan?
Melihat senario itu, Adriani perlahan
menunduk, menyembunyikan airmata. Ini sudah dia duga. Kalaulah dia berdaya, dia juga tidak akan
menurut kehendak Mama dan Papanya. Namun apakan daya. Adriani tidak memiliki
kekuatan adik kembarnya.
“Ma, macam mana Dik Na nak
bertunang dengan siapa tu... kenal pun tidak?”
“Nak kenal buat apa? Mama dan
Papa dah kenal sangat dengan keluarga dia tu, orang baik-baik. Dah tentu-tentu
dari kalangan kita. Nak kenal apanya lagi?” tukas Mama dengan mata bulat
mencerlung.
Rasa macam tidak percaya dia
mendengar kata-kata itu. Aduh, benarkah semua yang berlaku ini? Kalau Mama rasa
dia sudah kenal sangat dengan lelaki itu dan keluarganya, Mama sahajalah yang
bertunang dengan Syed Asraf itu! Boleh tidak kalau dia berkata begitu kepada
Mama sekarang?
“Ma, ini soal masa depan dan
kehidupan Dik Na. Kehidupan Kak Ni... Tolonglah Ma, biarlah kami pilih apa yang
kami inginkan dalam hidup kami Ma… yang kami fikir terbaik untuk kami Ma...”
nadanya sudah merendah.
“Mama lakukan apa yang terbaik
untuk kamu Adriana. Mama melakukan ini semua untuk kebahagiaan dan masa depan
kamu! Kenapa kamu tak pernah nak faham?!” Syarifah Adirahana mengertap
bibir.
“Ma, Dik Na jangankan kenal,
ada perasaan pun tidak dengan lelaki tu... macam mana Mama boleh kata kami akan
bahagia? Kak Ni, beritahu dengan Mama, Kak Ni pun tak setuju dengan pertunangan
ni kan? Kak Ni?” pantas dia memandang
Adriani yang tertunduk kelu sedari tadi itu.
Namun Adriani tidak berani
menyambut provokasi itu. Hanya mampu menunduk. Tunduk sehingga bisa sahaja
mencium permaidani yang menghampar. Tiada sebutir perkataan pun yang keluar
dari mulutnya biarpun hatinya itu bagai akan pecah memberontak.
Keluhan Adriana terhambur
keras. Ah, apa gunanya dia mengharapkan sokongan dan bantuan Kak Ni lagi?
Adriani tidak akan pernah berani untuk membantah Mama. Hatinya terbakar.
Membahang di kedua-dua pipi merahnya. Bosan dengan sikap ‘ikut-telunjuk’ kakak
kembarnya.
“You are just like Papa. Being under
Mama’s shadow the whole of your life… fine! You choose to be that way, and you
stay that way!”jeritnya kepada Adriani.
“Adriana! Kenapa jadi kurang ajar sangat macam
ni hah? Kamu dah berani nak biadap begitu dengan Mama? Depan Mama?” Syarifah
Adirahana berteriak lantang dengan wajah yang merah terbakar.
“Dik Na tak pernah terniat nak kurang ajar
dengan Mama, dengan Papa atau dengan sesiapa pun. But this...” dadanya
turun naik menahan gelora hati.
“This is just not fairMa!” Adriana memberanikan diri memandang wajah
bengis Mamanya. “Mama tak pernah beri
Dik Na peluang langsung untuk say yes or no to your decision.”
Sekujur badannya menggeletar. Tidak pernah dia
berkasar bahasa sebegitu selama usianya. Sejak dinasihati oleh Kak Sarah dulu
pun dia sudah tidak lagi berkasar dengan Mama. Selalunya dia elak dengan
buat-buat bodoh sahaja.Tapi kali ini dia benar-benar sudah tidak dapat menahan
hati dengan sikap diktator Mamanya itu.
“Adriana!How could you say that to me? I am your mother!”
“Ma, Dik Na tahu Mama ibu kandung Dik
Na. Dik Na tahu you have the whole world of rights on me, Kak Ni and
Abang. But at least Ma… at least,tolonglah faham perasaan kami...”sekujur tubuhnya kedinginan tika
mengucapkan kata-kata itu.
“Perasaan Dik Na, Ma...?” tuturnya perlahan
dengan sekolam airmata yang sudah melimpah basah. Dengan sedu yang ditahan, dia
tenung wajah Mama yang masih menyinga itu.
Kalau diberi pilihan dia tidak mahu
bertindak sebegini laku di hadapan Mama. Tetapi dia sudah tiada daya. Sudah
tidak ada jalan mahupun ikhtiar untuk meyakinkan Mama akan harapan anak-anaknya
ini.
Bukan kerana cintanya terhadap Navin yang
mengajar dia bertindak sebegini. Tetapi inilah acuan yang telah Mama berikan
sejak dia kecil, dan kini Mama salahkan dirinya pula. Mama ajar dia hidup
berdikari sewaktu kecil. Tetapi bila dewasa begini Mama kongkong pula mereka
hingga lemas dan sesak nafasnya.
“This is my life Ma...” suaranya
bergetar saat menuturkan patah-patah kata itu, “... and I am going to decide
what best for me and my life!” celupar sungguh mulutnya.
“Adriana!” mata Syarifah Adirahana membahang
merah. Seolah tidak percaya dengan kedegilan anaknya yang seorang ini.
“Dik Na tak akan bertunang dengan Syed Muzaffar
Asyraf. Titik!” dia bingkas saat usai berkata. Langkahnya dia atur sambil
tangan mengesat airmata.
“Dik Na!!”