BUZZ…Bunyi itu menyebabkan Adriani pantas
berpaling sebaik sahaja menutup pintu bilik. Kedua-dua belah tangannya pula
penuh memegang dua biji gelas bulat. Satu berisi Nata deCoco untuk adik
kembarnya itu.
Di atas timbunan kiub-kiub itu terdapat
beberapa hirisan buah honey dew.Satu lagi penuh berisi puding laici
untuk dirinya sendiri. Segera dia letakkan gelas bulat berisi Nata deCoco di
atas meja. Hampir dengan Adriana yang masih ralit membelek CLEO.
Hish, Adriana ni... langsung tak
dipedulikannya mesej-mesej yang masuk sejak dia turun ke dapur tadi.
“Tengok tu, dah BUZZ dah…” tegur Adriani
sambil mencuit bahu adiknya.
Cuitan di bahunya itu membuatkan Adriana
tersentak. Tidak perasan pula dia bila si kakak kembarnya itu masuk.Itulah, berangan jer… dia ketawa sendiri
dalam hati.
“Kak Ni tak bawakan Nata Dik Na ke?”
lenggang lenggok Adriani ke meja komputer dipandangnya dengan rasa hairan. Keningnya
bercantum.
Adriani juga kerut dahi. Sudahlah
dibawakan dari dapur. Dah letak pun dekat dia, masih juga tak perasan. Adriana memang begitu. Manja benar. Cari barang
selalu dengan muncung. Mana hendak nampak walau
barang di depan batang hidung sekalipun.
Lalu Adriani tepuk dahinya perlahan
dan sengaja berkata, “Lupalah yang…”
“Kak Ni ni…”
Adriana menarik muncung panjang setengah
inci.Merajuk kerana si kakak
lupa memenuhi permintaannya. Terpaksalah
juga dia turun ke dapur nampak gayanya. Malasnya rasa…
Hendak dipanggilnya Bibik, rasanya sudah
tidur. Tidak tega pula dia menjadi puteri raja kayangan yang segala keperluan
dan kehendaknya dilakukan orang suruhan.
Adriani membaca mesej yang sudah
tergantung lama tanpa balasan itu.
CcHantu: kenapa
ikan parang iye, tak ada ikan lain ke?
“Kenapa tak replymesej CcHantu ni?
Nanti dia ingat Dik Na
tak nak layan dia. Kan dah rugi sorang kawan?”
“Malaslah Dik Na nak layan diorang
tu. Semuanya takbest...”
gumamnya dengan
dahi yang berkerut sejak tadi.
“Tengok abang janggut tadi tu.
Orang tanya sikit je pun nak marah-marah. Ceh!” kata Adriana lagi dengan rasa
bengang yang masih berbaki. Mukanya pun masih panjang.
Memang hatinya masih terasa sakit
dengan reaksi salah seorang chatter yang menggunakan nama samaran Abang Janggut tadi. Garang dan
sombong. Perasan dia bagus. Hati Adriana terus mencebik.
“Dahnya yang Dik Na pergi tanya
kat dia, ‘abang janggut… kenapa nama abang janggut, abang janggut?”
Adriana spontan tertawa lucu
dengan intonasi kakak kembarnya itu. Wajah Adriani dia kerling sekilas.
“Janggut panjang tak pernah basuh
yek?” Adrianimeniru lagi gaya dialog skrin komputer Adriana sambil melirik ke
wajah putih bersih adiknya itu.
“Lah, tak boleh ke?” Adriana
pandang kembarnya terus dengan kening yang terangkat.
“Soalan senang gila macam tu,
budak tadika pun boleh jawab.Takkan itupun dia nak marah kot? Kang orang bagi soalan SPM baru tahu!
Ceh!” protes Adriana dengan mulut yang sengaja diherotkannya.
“Mestilah orang marah cik adik oi!” balas
Adriani sambil ketawa kecil.
“Introkena lah sweet my dear.Kalau
asyik nak pekena orang, siapa yang nak chatdengan awak?”Adriani mengusik
dalam nasihatnya.
Dia geleng kepala dengan tawa yang masih
bersisa. Adiknya yang menuju ke muka pintu itu dipandangnya sejenak. Hmm...
masih tak nampak-nampak juga dia gelas yang berisi penuh dengan Nata deCoco
atas meja itu. Ah, biarkan...
Wajah Adriana pula selamba saja. Seolah
tidak ambil pusingpun apa yang dituturkan oleh kakak kembarnya itu tadi.
“Eh, nak ke mana pulak tu?” tanya Adriani.
Kura-kura dalam perahu. Pura-pura tidak tahu.
“CcHantuni macam mana? Kak Ni nak buat apa
dengan dia ni?” Adriani mengadah pandang sambil menghalakan jari telunjuknya ke
skrin komputer.
“Buatlah apa-apapun yang Kak Ni suka.
Jangan buat bodoh dah le... kang habislah Kak Ni nye degree,”balas
Adriana juga dengan selamba. Pun ada nada nakal.
Adriani tarik nafas. Geram dengan sikap
acuh tak acuh kembarnya itu.
Menyedari kakaknya itu masih tidak
berpuashati dengan alasannya, dia menyambung lagi, “Kak Ni yang nak layan dia
sangat tadi. Hah layan je le… layan jangan tak layan, rugi. ”
Adriana mengikik lalu meneruskan langkahnya
menuju ke dapur di tingkat bawah banglo yang tersergam indah di atas kawasan
mewah Bukit Antarabangsa itu. Tujuannya
untuk pergi mengambil lagi kiub-kiub Nata deCoco.
Dia sudah tidak mahu lagi meneruskan chit-chat
malam itu. Semua kawan chatter-nya tidak serasi dengan citarasa
perbualan dirinya. Biarlah Kak Ni yang teruskan kalau dia suka.
“Semuanya skima gila. Asl please?
Asyik-asyik asl, boring gile,” dia mengomel sepanjang langkah menuruni
anak-anak tangga yang bersalut permaidani kotak-kotak warna oren dan kuning.
Citarasa Mama d’Hitler, hati Adriana mengomel.
Adriani yang termangu-mangu memandang
skrin komputer dapat melihat mesej baru yang telah dihantar oleh rakan chatter
baru adik kembarnya itu. Dia menoleh sekilas ke pintu bilik, namun kelibat
gadis itu masih belum kelihatan.
Kepalanya yang tidak gatal itu spontan digaru-garu. Tidak tahu apa yang
harus dia buat. Hendak dibiarkan, rasa kasihan. Hendak dilayan...
Takkan nak layan lagi kot…?
Kesian mamat ni kena tipu… desis hatinya.
Plingg!
CcHantu:
Hi ikan parang?Awak
ada lagi ke tu?
Tidak sampai hati pula dia melihat skrin
komputer dan pesanan yang telah ditaip oleh CcHantu itu untuk dibiarkan sepi begitu sahaja.Jemarinya
lantas meniti di atas satu persatu bebutang kekunci dengan pantas.
Ikanparang: Ops, sorry... ya masih ada.
Dia menekan kekunci Enter untuk menghantar mesej
balasannya.Setelah itu
dia pantas menaip semula.
Ikanparang: Sebab ikan parang banyak tulang. Kenapa
nama awak cc hantu? Awak hantu apa?
Skrin memaparkan CcHantuis typing
message. Dia tersenyum. Pantasnya, bisik hati Adriani. Terus datang minat
untuk meneruskan chattingdengannya. Seronok pula dia terus menyamar
menjadi ikan parang alias Adriana begitu.
Pintu bilik terkuak. Ikan parang sebenar
yang boleh berjalan dan memakai baju malam labuh berwarna jingga lembut itu
melangkah masuk bersama segelas besar Nata deCoconya. Ikan parang yang makan
Nata deCoco.
Kalaulah Dik Na tahu dia samakan adiknya
itu dengan ikan parang, mahu dia kena tidur di sofa bawah malam ini, detik hati
Adriani.Memang betul-betul hantu Nata deCoco, hati Adriani tersenyum melihat
adiknya itu.
“Nah, sambung ni. Kak Ni nak tidur,”
suruhnya lagi kepada Adriana.
“Aduhlah, Kak Ni layan lagi ke mamat
hantu tu?” Adriana kerut kening. Tidak faham pula mengapa kakak kembarnya itu
berminat sangat dengan chatteryang menggunakan nama samaran pelik itu.
“Alah, layanlah sekejap Dik Na,
kasihan memberawak ni.Kak Ni nak kena tidur dah ni. Good night dear,” Adriani tidak
peduli.
“Eh, tadi kata nak siapkan assignment?”
Adriani hanya tertawa kecil lalu terus
melabuh badan ke atas katil. Menarik selimutnya hingga ke paras dahi. Sudah terlalu
mengantuk benar. Jam di skrin komputer tadi pun sudah menunjukkan angka 00.15
pagi. Matanya juga sudah pedih amat.
“Kak Ni penat sangat ni, nak tidur
sekejap. Nanti Kak Ni bangunlah. Awak tu jangan tak layan mamat hantu tu
pulak,” getus Adriani sambil tertawa perlahan.
Di hujung tawanya, Adriani terus lena.
Kepenatan menghadiri kuliah perubatan di UKM sepanjang hari. Juga kepenatan
menolong adik kembarnya melayan rakan chatteryang bernama CcHantu itu.
Sebentar tadi Adriani sudah kunci jam
loceng Strawberrynya. Dalam jam dua pagi nanti dia akan bangun semula untuk
buat final touch uppada tugasannya. Waktu itu dia hanya perlu tidur
seketika untuk mendapatkan sedikit tenaga.
Itupun kalau tidak terlajak sampai subuh
nanti. Kalau terlajak juga, dia akan hantar apa yang dia sempat buat tadi
sahajalah jawabnya. Pun Adriani tidak risau, deraf pertama tugasannya yang
telah dia siapkan tadi pun memang dia sudah puas hati.
Maka tinggallah Adriana termangu-mangu
dengan sudu berisi Nata deCoco di mulutnya. Dia membaca semula semua baris yang
ditulis oleh kakaknya dan baris-baris jawapan dari chatter yang menggunakan
nama ccHantu itu.
Kalau
dia hendak meneruskan perbualan pada tahap itu, Adriana kenalah tahu apa yang
telah diperbualkan sebelumnya. Nanti jadi macam sudu bercakap dengan cerek.
Macam bunyi gajah menyanyi dengan beruang pulak. Seraya alis matanya menyenget
seperti Ziana Zain.
Gajah
menyanyi dengan beruang?Ada
ke pepatah macam tu?Adriana tersengih dalam hati. Kalau setakat Tom dengan
Jerry dan Snow White dengan seven dwarf tu dia tahulah.
Jarinya scrolltetikus
sehingga ke message yang awal. Anak matanya yang berwarna coklat hazel
itu pantas membuat speed-reading.Ala-ala persiapan terakhir lagi panik
di luar dewan peperiksaan sewaktu masih di kuliah kejururawatan dulu.
Bukan sekadar waktu di kolej
jururawat dulu, malah waktu di sekolah menengah pun dia memang sudah kalut
malut begitu. Tapi kebiasaannya, dia tetap akan score juga. What to
do, I am born genius!
Bibirnya
menyungging senyum. Sempat juga menangkap beberapa patah perkataan dan baris
ayat dari mesej-mesej antara Kak Ni dan ccHantu awal tadi. Lucu dengan
perkataan-perkataan dan baris-baris ayat kakaknya itu.
Boleh
tahan juga Kak Ni. Nampak saja nerdtapi... hatinya bersuara kelucuan.
Bukan dia tidak kenal Adriani, kakak kembarnya itu seorang yang lurus dan
skema. Tak sangka pula boleh keluar ayat-ayat gila seperti yang tertera di
skrin itu.
Kalau setakat ayat-ayat jiwang tu,
mungkin Adriana tidak hairan sangat. Kak Ni pun memang minah flora. Ayat-ayat you,
jiwa...Tapi ini sudah
ayat-ayat brutal.Mana
pulak dia belajar benda-benda macam ni? Adriana pelik dalam lucunya.
Plingg!
CcHantu: Bukanlah hantu sebenar… ikan pula bila nak naik ke darat?
Hmm… samada mamat ni memang lahir
sebagai manusia lurus bendul atau sama sepertinya juga yang gila-gila bahasa. Mama
kata dia gila-gila short wire… Adriana mengikik di dalam hati.
Jarinya menari-nari di atas key-board
dengan mulut yang asyik mengunyah Nata deCoco berperisa mangga itu. Saban hari
dia mendengar Mamanya berleter setiap kali Bibik, pembantu rumah mereka meminta
dibelikan Nata deCoco yang baru.
“Hish,
satu hari sampai tiga bekas habis? Dik Na, kamu ni membesar makan nasi tau. Ni
mana belajar makan Nata deCoco macam makanan ruji pulak?”Pn. Syarifah Adirahana
akan berleter dengan kata-kata yang sama setiap kali.
“Alah,
Mama…”
“Abang Syed, nanti awak tolong
daftarkan kat ROC syarikat DIK NA &
KAK NI deCOCO SDN BHD. Operasi utama memproses Nata deCoco, hah baru lah anak
mama ni boleh makan Nata hari-hari,” Mamanya tertawa. Bibik pun tergelak sama.
Cuma Adriani yang muncung bila namanya
dikaitkan dalam senda itu.
“Apa pulak Kak Ni yang kena?” panjang
leher Adriani membalas.
“Yang jadi hantu Nata tu si Dik Na.Nak bubuh nama Kak Ni kenapa pulak? Kak Ni
bukan nak jadi penjual Nata deCoco. Kak Ni nak jadi doktor. Mama juga yang
suruh Kak Ni jadi doktor…” Adriani mencebik manja.
“Hmm… macam ni lah anak Mama…” Pn.
Syarifah Adirahana mengusik.
Pecah tawa seisi rumah itu setiap kali
perihal Nata deCoco menjadi topik perbualan.
Ikanparang: Mana boleh ikan naik ke darat, nanti matilah
ikan. Hantu, hantu keje apa? Hisap darah
orang yek?
CcHantu:
Iyelah… kalau ikan naik ke darat
mesti ikan tak boleh bernafas kan. Kalau ikan mati, kesian hantu tak ada kawan
nanti. Dah mati, kalau hantu nak makan ikan pun rasa tak sanggup, banyak
tulang. Pun dah jadi ikan busuk ke ikan masin? Heh heh... Tak apalah,lebih baik
ikan jangan naik ke darat kan..
CcHantu: Hantu
kerja biasa je.
Amboi!?Ini ikan dua alam lah...
ikan duyung termodifikasi tau.Senyuman di bibir Adriana sudah mula melebar. Lain macam sahaja suhu di
bibirnya terasa saat itu. Jemarinya pantas menari di atas keyboard.
Ikanparang: Apa nama u?
Adriana tahu magnet hatinya sudah mula tertarik
ke arah sesuatu. Atau seseorang? Dia hendak mengenali chatternya yang
seorang ini. Awal perkenalan itu, dia sudah mula mengkagumi ccHantu. Seolah chatter
yang seorang ini sekepala dengannya. Mereka seperti punya persamaan.
Ada chemistry. Hmm…
CcHantu: Navin.