Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 5

Shall we start now?

Adriana melakar segaris senyum di ulas bibirnya yang kemerahan. Semulajadi merah. Gincunya tadi tidak sempat dicalit. Semuanya gara-gara panggilan kekasih hati dan gesaan temannya Farah.

Pantas dia mencapai sebuah kerusi rendah berwarna biru lalu melabuh punggung ke atasnya. Beg sandangnya sudah diperosokkan ke bawah kaunter sekejap tadi. Dia tidak lagi mempedulikan beg sandangnya itu. Bukan ada apa-apa yang berharga pun di dalamnya.

Memang dia tidak pernah membawa apa-apapun selain beg duit yang berisi barang-barang yang wajib. Kad pengenalan dan lesen memandu. Juga wang saku yang tidak sampai sepuluh ringgit pun jumlahnya. Selain itu gincu, pelembab bibir beserta deodorantadalah tiga barang lain yang wajib dibawanya ke mana-mana.

Sewaktu menjalani kursus kejururawatan dulu, dia bukan sahaja belajar tentang teori perubatan dan perawatan pesakit semata-mata. Aspek psikologi juga merupakan bahagian terpenting dalam kursus kejururawatan.

Menurut seorang penceramah kursusnya dulu, seseorang jururawat itu selain mempunyai paras rupa yang menarik, harus juga berketrampilan bagus. Seri wajah dan wangian tubuh badan adalah faktor utama dalam prosedur menjaga dan merawat.

 

Bukankah haruman adalah aspek penting dalam perawatan aromatheraphy? Begitu jugalah konsep wangian tubuh badan jururawat yang dapat serba sedikit menyumbang ke arah usaha menenangkan perasaan si pesakit. Jika tidak, tempoh penyembuhan pesakit berkemungkinan akan menjadi lewat. Atau paling malang tidak akan sembuh langsung jika jururawat yang menjaganya berbau satu macam. Pasti melemaskan pesakit.

Betul ke?

Ia bukanlah teori saintifik yang boleh diukur keketepatannya dengan jumlah dan nombor. Ia lebih subjektif. Tetapi logiknya memang ada. Kelakarnya...

Pergerakan Adriana pantas seperti biasa. Dia harus bersegera mengambil laporan untuk merancang segala tugas yang akan dilakukannya hari itu. Kesihatan dan nyawa pesakit berlumba-lumba dengan detik waktu yang begitu terhad.

Semuanya harus dilakukan mengikut jadual dan masa yang telah ditetapkan. Persalinan pesakit, pemberian ubatan, pertukaran ubatan, penggantian alat perubatan dan pemeriksaan monitor kesihatan.

 

Well dear...” Kak Puzi memandang wajahnya.

You got 14 patients now. Two in OT and four yet to clerk in...” Kak Puzi bersuara keletihan. Pastinya wad itu penuh dengan pesakit semasa giliran tugas Kak Puzi sepanjang awal pagi tadi.

Wajah wanita yang sedang sarat membawa kandungannya hampir menjangkau enam bulan itu lesu sekali. Kasihan pula dia melihat wajah Kak Puzi. Selain wanita itu, ada dua orang lagi staff-nursedi wad itu yang sedang menunggu waktu untuk melahirkan anak.

Pastinya nanti ketiadaan kedua-dua jururawat itu akan menambahkan kesibukan mereka yang masih bujang ini. Cuti mereka juga pasti akan dibekukan gara-gara kekurangan kakitangan nanti.

Kalaulah ada ramai kaum lelaki yang berminat untuk menjadi jururawat, tentu limitasi ini boleh diatasi. Tapi siapalah dari kalangan kaum lelaki yang berminat untuk menjadi jururawat? Masih boleh dibilang dengan jari.

Kerjaya sebagai jururawat seperti sudah terlalu sinonim dengan wanita. Memanglah pun. Di mana-mana klinik, hospital atau pusat perubatan pastinya jururawat terdiri dari golongan wanita.

Huh, typical-minded and typical environment…

Sedang dirinya sendiripun bukan mudah untuk dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi jururawat. Papa, terutamanya Mama tidak pernah bangga dengan kerjaya yang dipilihnya ini. Restu, entahlah...

Tak apalah...

“Dik Na, tadi Dr. Firas cari awak la. Dia tanya pasal...”

“Pasal apa?” Adriana pantas memintas kata-kata Kak Wan, seorang lagi seniornya di wad itu.

 

Dia tidak angkat wajah memandang kak Wan yang sudah berdiri di hadapan kaunter. Betul-betul di hadapannya. Demi mendengar sahaja nama itu itu disebut, limfanya seperti sudah membengkak di dalam. Mujur saja tidak mengeluarkan mukus beracun. Kalau tidak, nauzubillah...

Tidak tahu bagaimana harus diterangkan dengan ayat panjang lebar tentang tahap bengang dan meluatnya dengan sikap Dr. Firas, salah seorang Medical Registrardi dalam hospital itu.

Dr. Firas juga dilabelkan sebagai kononnya doktor lelaki paling kacak oleh para jururawat dan kakitangan itu. Kalau setakat kacak, ada juga toleransi dalam dirinya. Tapi ini label yang paling kacak. Yang paling? Itu yang dia tidak boleh tahan tu.

Pada Adriana, tidak ada satu apapun yang menarik pada diri doktor itu untuk dikagumi seperti yang digembar-gemburkan.Entah di mana silap agaknya pada retina-retina yang memandang itu. Harus diperbetulkan gamaknya.

Ah, lantaklah. Mata orang lain yang memandang, mesti tidak akan sama dengan pandangan matanya yang sudah dipengaruhi oleh penglihatan hati. Dia tidak mahu ambil pusing. Tidak ada faedahpun.

Kalaupun pendapatnya diminta, Adriana akan berkata bahawa pada diri Dr. Firas itu tidak ada satu kualitipun yang wajar menjadi pesona. Belajar saja tinggi, rupa saja tampan, tetapi kalau papa kedana dengan akhlak dan peribadi pun tidak ada guna. Serves no meaning at all,cebik hati Adriana dengan rasa meluat amat.

“Dr. Firas kata dia nak tanya Dik Na pasal…”

“Lah, dia kan doktor?” celah Adriana pantas. Separa mencebik.

Tidak sempat juga jururawat yang Adriana panggil Kak Wan itu menyudahkan katanya. Menggeleng kepala perempuan itu jadinya.

“Belajar tinggi tu! Jauh nu ha seberang laut lagi menuntut ilmu. Buku-buku perubatan yang dia dah khatam pun seratus lima puluh biji lori tayar sepuluh pun belum tentu muat. Agaknya kena hire long trailerberpuluh biji.Silap-silap kena pakai kontena! Bukan dia lebih pandai ke? Apa sangat yang dia nak tanya pada jurururawat macam saya ni?”

 

Kak Puzi dan Kak Wan hampir sahaja tergelak dengan semburan bicara pedas maha sinis yang terhambur keluar dari mulut petah gadis manis itu. Macam machine gun.

 

Mereka tahu ada sesuatu yang telah menyemarakkan api amarah dalam kawah hati Adriana. Walaupun bangunan hospital itu tersergam begitu besar namun perihal Dr Firas dan SN Adriana merupakan antara gosip dan topik kegemaran sebahagian warganya.

 

Walaupun begitu, Kak Wan memberi isyarat pada temannya itu agar tidak lagi melanjutkan perbualan mereka. Sudah terang lagi bersuluh, Adriana memang sangat-sangat alergic dengan nama Dr. Firas.

Setiap kali nama itu disebut, moodAdriana pantas berubah. Tidak perlu angin untuk menggoyangkan pokok. Tidak juga perlu ribut untuk menerbangkan bumbung. Sebutlah nama Dr. Firas. Ia lebih menakutkan berbanding Taufan Melur dan Taufan Katrina. Malah nama Dr. Firas pasti akan menjadi remoteuntuk menentu-hala moodAdriana pada bila-bila masa.

Bukan mereka tidak sedar bahawa selama ini jururawat manis yang jauh lebih muda daripada mereka itu memang tidak betah mendengar apa-apa tentang pegawai perubatan yang digelar ‘Handsome Doctor’ itu.

Melupakan seketika tentang cerita Dr. Firas, Puzi pun terus menyampaikan laporannya. Adriana akan mengambil alih shiftmereka pagi itu. Adriana pula mendengar penuh tekun dan teliti. Sesekali menyemak dan menanda di atas helaian kertas yang sedang dipegangnya.

Biarpun pendengarannya tertumpu kepada butir-butir penerangan Kak Puzi, sebelah lagi bahagian mindanya masih tidak dapat melupakan peristiwa dia diherdik di depan kaunter wad oleh Dr. Firas minggu lalu.

Peristiwa itu masih berbekas dan berbara dalam hatinya. Mana mungkin dia dapat melupakan sikap dan perilaku paling tidak bertamadun seorang lelaki yang menyandang tanggungjawab dan gelaran seorang doktor perubatan.

Aku akan ingat dari saat itu dan akan kekal sampai bila-bila pun biarpun jarum jam di dunia ini sudah tidak berdenting lagi, tempik hatinya. Forever!

“Eh, macam mana awak kerja ni Adriana?! Awak bagi folder yang salah pada saya!” suara Dr Firas memetir sambil menghempaskan dengan kasar sebuah dokumen pesakit di atas kaunter. Di hadapan batang hidungnya yang mancung itu.

Adriana terpaku bila diserang mendadak begitu. Tanpa hujung pangkal atau mukadimah yang jelas. Dia benar-benar tidak memahami butir bicara Dr. Firas itu. Sepasang matanya hanya mampu terkedip dan terkebil-kebil memandang wajah bengis lelaki itu.

 

“Salah folder?” dia mengulang perkataan doktor lelaki itu dengan kening yang hampir bercantum.

“Do I have to repeat?” sergah doktor lelaki itu dengan mata yang bulat.

“Saya minta folder untuk patient Bed 8! You know I have to study the patient’s history before I could decide which alternative is best to be applied to him?”

Garu kepala dengan hujung sebatang jari. Salah folder? Patient bed 8? Apa bendalah yang doktor ni cakap… aku yang bangang ke dia yang bengap? Agaknya doktor konon handsome ni dah tertelan ubat terlebih dos?

Baru sahaja dia hendak buka mulut untuk bertanya lebih lanjut bila Dr. Firas terus sahaja menghamburkan kata-kata yang lebih kasar. Lebih menyakitkan sekeping hatinya yang kecil itu.

“Perempuan kalau bekerja macam ni lah! Lain yang disuruh lain yang dibuat! Akal letak di mana pun tak tahu.”

 

Hah?!

 

Kening yang tadinya hampir-hampir bercantum serta merta terpisah. Kulit muka Adriana tegang bak kulit lembu yang sedang diikat untuk dijadikan kulit gendang dan kompang tatkala mendengar kata-kata tidak bertamadun dari lelaki itu.

Ini sudah lebih mamat ni! Masuk sempadan peribadi nampak?

 

Sekali lagi mulutnya baru hendak terbuka, bila seorang jururawat menghamburkan dirinya masuk. Hampir saja melanggar kaunter. Dr. Firas terperanjat lalu menepi dengan wajah yang kehairanan.

“Doktor…!” Jamilah, jururawat yang bekerja shift sebelumnya itu memanggil Dr. Firas dengan suaranya termengah-mengah.

“Hah, awak ni kenapa?” sergah Dr. Firas. Mukanya masih mencuka.

“Doktor, saya minta maaf…” masih mencungap mencari nafas.

“Saya tak sempat nak beritahu SN Adriana yang Doktor minta folder patient untuk bed 8. Saya ada emergency, terpaksa balik tadi…”

Mengah Jamilah masih belum mereda. Namun bicaranya tetap laju bak bertih digoreng. Berebut-rebut untuk keluar. Adriana mematung diri biarpun dia sudah mula memahami butir dan punca kekalutan itu. Mulutnya diherotkan sedikit. Idea untuk ‘ada lori ada bas’ berlegar-legar di ruang mindanya.

Hmm… sah memang nak kena mamat seketul ni.Nanti, nanti...

 

“Tak sempat bagi pesanan pada Adriana. Saya cuma pesan pada pelatih untuk letakkan folder tu atas meja Doktor. Tapi di rumah tadi saya baru sedar saya ambil salah folder untuk doktor.”

Tercengang doktor lelaki konon paling kacak itu mendengar huraian Jamilah.Sudahnya berdiri terpaku dan kelu. Barangkali lidahnya telah putus dek malu kerana tiada sepatah pun perkataan yang terkeluar dari mulutnya yang sedikit ternganga itu. Adriana hanya mencebik dengan jelingan yang maha tajam.

Ini handsome…?Tak ada makna…

Ini doktor paling berkarisma? Lagi tak ada guna...

Bibir menyungging sinis bila hati yang di dalam menghambur cemuhan. Wajah Dr. Firas dia pandang dengan mata yang sengaja dia kelip-kelipkan. Ya, memang sengaja. Biar bertambah lagi rasa tidak keruan yang sudah mula merenik di wajah yang kononnya paling kacak itu. Heh, Adriana merengus dalam hati.

“Minta maaf Dr. Firas, saya tak sengaja. Saya panik sangat, dah tak ingat apa-apa lagi dah waktu tu. Anak saya kena epilepsy….”

Perlahan Dr. Firas berkalih memandang wajah Adriana. Ada riak serba-salah yang sedaya upaya disembunyikan oleh lelaki itu. Alah, lelaki! Dan Adriana pun dengan selamba menikamkan renungan sepasang mata itu. Ingin sahaja dia memulangkan semula paku buah keras kepada lelaki bongkak itu.

Namun jauh di sudut hati perempuan Adriana,masih ada ruang kemaafan darinya kalau Dr. Firas menghulur permintaan. Memang dia tidak pernah lokek dengan maaf selama ini pun.

 

Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan aku. Eh, mana ada perempun yang menjadi Nabi. Tak akan pernah adanya pun... hati Adriana berjenaka sendiri

Cuma Dr. Firas alias Dr. Handsome yang Sombong itu saja masih berat mulut.Ego! Memang betullah, it is too hard fo men to say sorry.

Grrrr!!!

Dia belum tahu siapa aku nampaknya ni!?

Aku pelajar dan jururawat pelatih paling cemerlang dalam sejarah PPRM ini tau! Terkenal sebagai seorang yang paling teliti dan berhati-hati. Tidak pernah cuai dalam menjalankan tugas. Semua orang tahu tentang itu. Aku ada kredit dalam kerjaya ini!

Dia mendengus. Geram. Para doktor di hospital itu pun telah mengakui kelebihan yang ada dalam dirinya. Benar, dia bukanlah berstatus Doktor. Dia hanya seorang jururawat. SN, Staff Nurse.

Namun semua doktor dan pegawai perubatan di hospital itu sudah sedia maklum akan pengetahuan dan ketelitian Adriana di dalam tugasnya. Superb! Amat membanggakan. Beyond expectation.

Siapa berani kata dia masuk lif tekan sendiri? Kecualilah kalau dalam lif itu cuma ada dia seorang sahaja. Kalau tidak ditekan sendiri bila pula akansampai ke destinasinya? Lagipun semua yang dibicarakan tentang dirinya itu memang benar belaka. Itu semua adalah label yang diberikan oleh para doktor PPRM. Bukan dia sendiri yang mengalungkan puji-pujian itu ke lehernya.

 

Kerjaya ini dia pilih awal dulupun kerana minat. Cintanya kepada kerjaya ini yang begitu mendalam dan berbekas. Biarpun dia sendiri sukar untuk menjelaskan walau satu alasan mengapa jururawat lebih cocok dengan dirinya berbanding menjadi seorang doktor.Macam Kak Ni...

Interest! Yes,definitely it is all about interest. Nothing else matter. Bukan kerana tidak ada kursus lain yang layak dengannya. Dengan keputusan SPM yang straightA’s itu boleh sahaja kalau dia mahu ikuti apa-apa bidang dan di mana-mana jua pun.

 

Duit, orang tidak akan percaya pada alasannya itu. Segala akaun peribadinya sudah maksimum diisi Papa dan Mama. Kalau setakat sebuah apartmen mewah pun dia dan Kak Ni sudah ada seorang sebuah.

Kereta yang dia ada sekarang pun bukan kereta yang asalnya mahu Mama belikan untuk dia. Cuma dia sahaja menolak BMW yang Mama sudah bayar depositnya itu. BMW? Alahai, padanya itu kereta generasi orang tuanya sahaja. Segan pula untuk dia pandu kereta itu ke hospital. Takut jadi bahan kata. Paling takut kalau hilang kawan. Lebih baik dia tidak ada BMW itu!

Kerana itulah dia bukan setakat menjalankan tugasnya sebagai seorang jururawat semata-mata. Tidak hanya melakukan tugas di bawah limitasi pengetahuannya yang sedia ada. Adriana seorang yang berpandangan luas. Jauh ke hadapan. Dia seorang yang berani mencuba.

 

Setiap tindakan dan keputusan yang diambil oleh para doktor, ditekuninya. Adriana sentiasa belajar bagaimana untuk meningkatkan ilmu yang ada di dalam dadanya dengan melihat sendiri cara kerja doktor-doktor pakar di hospital itu.

Sedangkan Dr. Kumar dan Dr. Simon yang merupakan pakar dan pensyarah perubatan di situ turut mentauliahkan dia kepercayaan untuk sama-sama membuat analisa dan keputusan terhadap perkara-perkara perubatan yang membabitkan pesakit.

Inikan pula Dr. Firas yang baru sahaja menjadi sebahagian tenaga perubatan di PPRM itu. Amboi, sudah terlalu cepat memperlekehkan kemampuan dan kebolehannya.He’s definitely not judging the books by it’s cover.Omelnya sendirian.

Sebelum ini kehadiran dan kewujudan manusia itu di hospital initidak pernah disedarinya. Malah kehadiran Dr. Firas yang sesekali membuat lawatan untuk pesakit-pesakit klinik di wadnya juga tidak begitu diendahkan. Tidak ada aura mauhupun pesona bintangpun...?

Alah, kalau setakat doktor membuat rondaan dan lawatan, fenomena biasa di setiap hospital dan pusat perubatan. Tidak ada apa yang hebatpun tentang perkara itu. Suatu rutin dan tanggungjawab biasa dalam profesion perubatan.

Namun desas desus tentang seorang doktor terhebat yang baru bertugas di situ mahu tidak mahu menyapa juga daun telinganya.Handsome Doctor,itulah gelaran yang diberi oleh kebanyakan warga PPRM.

Amboi! Gah bunyinya! Kacak sangat ke?Ada sekacak Sunil Shetty atau Kutty ku? Kalau tak, kirim salam. Pun dah tentu kalah kalaudibandingkan dengan Hrithik Roshan, hatinya selalu mencebik begitu.

Nama Dr. Firas selalu disebut-sebut seolah-olah sudah terpateri di hujung lidah kebanyakan jururawat kerana dia bukan lulusan universiti yang menaja hospital itu. Dia itu kan produk luar negara. Jarang graduan luar diterima bertugas di situ. Hanya graduan perubatan tertentu saja dipilih mengendalikan kes-kes medikal dan surgikal di pusat rawatan itu.

Justeru itu, sudah tentulah Dr. Firas itu seorang doktor yang cemerlang dan berkaliber. Berwibawa, bertanggungjawab, berkarisma dan banyak ber lagi. Kalau tidak manakan mungkin dia dilantik sebagai salah seorang pegawai perubatan yang tidak kurang kanannya di pusat perubatan itu.

 

Hmm… but now I really doubt it! Hatinya tidak putus-putus merasa curiga.

Hanya setelah dia bekerja dengan Dr. Firas, ternyata desas desus kecemerlangan doktor itu boleh sahaja dia pertikaikan. Setiap kesangsian danrasa curiga yang selalu mengintai hatinya seolah-olah telahan yang tepat.

Ya, ramalanku benar belaka…

Adriana melihat dengan mata kepalanya sendiri betapa doktor kacak itu seperti tidak teliti dengan tugasnya. Doktor lelaki yang seorang ini tidak cermat dalam tugasnya. Hendak dia katakan cuai, melampau sangat. Atau lelaki itumemang ada sindrom penyakit yang menyebabkan minda dan anggotanya tidak berfungsi dengan sempurna? Prejudisnya berpanjangan.

Sudahlah sombong, ego pula tu!
Sedar kesalahan tapi tak mahu meminta maaf. Ego yang langsung tidak bertempat. Adriana pun ada bukannya tidak ada prinsip hidup.Padanya orang kalau berbudi, dia akanlebih-lebih berbahasa. Orang sekali tak sudi, dia berbilion kali tak hingin nak terima.
Previous: CHAPTER 4
Next: CHAPTER 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.