Home Novel Keluarga SUAMIKU HEROKU (Sayang You Kerana Dia)
CHAPTER 24

Alamak... budak ni kalau dah menangis tersedu-sedu macam ni sampai tak keluar suara, mesti ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Navin terus menelan liur mendengar esakan Adriana di hujung talian.

Tempoh hari, beginilah juga Adriana menangis. Rupanya dimarahi Mama kerana bil telefon bimbitnya mencecah satu ribu. Dan lagi tangisannya susah reda kerana pipinya merah dan hampir bengkak ditampar Adriani.

Tapi esakan Adriana tempoh hari tidaklah sehebat dan sepanjang raungannya kali ini. Sedu-sedan Adriana buat Navin terdiam terus. Tidak dapat mencari ruang untuk mencelah dan memujuk gadis itu.

Hendak ditanyakan apa sebabnya Adriana menangis pun tidak berpeluang lagi. Akhirnya Navin diam sahaja dengan telefon bimbit yang terlekap di telinga. Rasanya sudah hampir setengah jam Adriana menangis dan dia hanya mendengarnya sahaja.

Lalu apa lagi yang mampu Navin lakukan? Adriana jauh nun di KL dan dia di JB ini. Kalau memang Adriana ada di sisinya, mudah sahaja untuk dia pujuk gadisnya itu. Jadi, mahu tidak mahu dan dengan hati yang cukup gusar Navin layan saja tangisan Adriana.

Kalau Adriana dapat tenangkan diri dengan cara begitu, Navin akan ikutkan sahaja. Selagi semua yang terbuku dalam dada Adriana tidak terluah melalui sedu-sedan tangisnya, tidak akan ada gunanya untuk Navin memujuk.

Beberapa ketika yang sudah berlalu, Adriana kemudian sudah sunyi di hujung sana. Cuma sedunya kedengaran sesekali. Jarang-jarang. Jangan-jangan sudah tertidur?

Dear...?”Navin panggil Adriana perlahan.

“Hmm...?

“Are you okay, dear?” Okay, ini masanya untuk mereka berbicara.

Memang tangisan Adriana sudah mereda, cuma sesekali sedu itu berbunyi. Adriana rasa terlalu letih saat itu. Matanya juga sudah terpejam.

“Do you want to tell me what has happened, dear?” tanya Navin dengan lembut. Bimbang Adriana menangis lagi. Navin sudah berbaring selesa di atas katil bujangnya. Bantal dia tinggikan sedikit lalu berbaring dengan telefon bimbit masih di telinga.

Volum televisyen juga sudah dia kecilkan agar tidak mengganggu konsentrasi perbualannya dengan Adriana. Jam loceng di bawah bantal dia capai. Wah, sudah hampir 12 malam. Apa yang telah terjadi agaknya?

Dalam hati Navin cuma ada satu telahan yang kuat. Mesti tentang keluarganya lagi. Adriana bukan perempuan ciwek yang sikit-sikit menangis. Hanya Mama dan keluarganya sahaja yang boleh mengalirkan airmata gadisnya itu.

Dear...”

Serta-merta Navin tegak dari baringnya bila mendengar suara Adriana yang perlahan dan lemah, “Ya dear...?Nak cakap sesuatu dengan I...? I am listening, you know I always am...”

Dear, yousayangkan Itak...?” dan sedunya kembali tersambung.

Cepat-cepat Navin shh... kan seolah memujuk anak kecil supaya tidak menangis lagi. Soalan Adriana itu dia jawab dengan nada yang paling lembut, harap-harap Adriana akan terpujuk.

Youtahu macam mana Isayangkan youkan dear?”jawabnya dengan penuh perasaan.

“Janji youtak akan tinggalkan I, no matter what?” sedunya sesekali mencelah bicara.

Navin telan liur. Apa kena pulak dengan perempuan ni? Memanglah Adriana itu kadang-kadang jadi jiwang. Selalu cakap tentang sayang, tentang perasaan, tentang bulan dan bintang.

Tetapi jiwangnya itu sebelum ini lebih bernada ceria atau mengada-ngadanya kerana Adriana tidak suka dipanggil jiwang. Adriana kata yang jiwang tu kembarnya Adriani, bukan dia. Dia lebih suka jadi brutal, tapi penyayang. Itu kata Adriana dulu.

Tapi saat ini ada satu keanehan dalam nada kata-kata yang dilafazkan gadis itu. Navin sendiri dapat mengesan betapa dalamnya perasaan dan harapan pada kata-kata itu.

“Kenapa ni dear? Youbuat Itakut pulak macam ni... cuba youcakap dengan Isiapa buat youmenangis ni?”

Televisyen yang terpasang itu terus Navin matikan. Kali ini Navin sudah duduk dengan kaki di atas lantai simen bilik. Badannya mula berpeluh walau tidak berbaju. Seluar paras lututnya dia tarik sampai ke paha. Tidak senang duduk dia selagi Adriana tidak beritahu apa sebenarnya yang telah terjadi malam itu. Atau siangnya tadi? Hingga Adriana menangis sebegitu rupa dan membuatkan dirinya turut trauma mendengar tangisan itu.

Dear, youjanji ye... janji you akan selalu sayangkan I?Janji dear, youtakkan tinggalkan I. Janji dearkita kahwin?”

Ish....



Semalaman itu Navin tidak dapat melelapkan mata. Semua kata-kata Adriana tengah malam tadi masih terdengar-dengar di ruang telinga. Malah tangisan dan sedu-sedan Adriani sepanjang malam tadi juga masih berirama di telinga Navin.

Aduhai, benarkah itu yang terjadi? Patutlah Adriana menangis macam dunia hendak kiamat. Sukar untuk Navin percaya Mama sanggup bertindak begitu. Orang Melayu...

Keluhan panjangnya terhela. Navin baring lurus memandang siling dan kipas berpusing yang sesekali berkeriuk bunyinya. Kipas itu memang sudah uzur benar. Sebab itu Navin tidak berani buka lebih dari kelajuan 2, takut bilah kipas itu terlerai dan jatuh menimpanya.

Akhirnya Navin terus bangun dan melangkah keluar dari bilik tidurnya. Terasa panas semacam pula saat itu. Tambahan lagi bila memikirkan semula cerita yang telah Adriana perdengarkan kepadanya. Hatinya semakin kacau-bilau.

Singlet putih tidak berlengan yang tersidai di kepala kerusi makan dia capai. Lalu disarungkan ke tubuhnya. Pintu rumah dia buka kuncinya. Seraya hembusan angin malam menerpa ke muka. Dingin.

Kotak rokok di meja sudutsebelah pintu dia capai. Tanpa menyarung selipar di kaki pintu, Navin melangkah perlahan ke arah pangkin kayu di bawah pokok pelam. Duduk berjuntai kaki di situ sambil menikmati sedutan demi sedutan rokok yang terbakar.

Suasana sekeliling gelap pekat. Tiada sebarang bunyi melainkan keriuhana sayup-sayup cengkerik dan unggas malam yang nyaring. Sebatang rokok yang disedutnya dalam itu menyala memberi warna cahaya dalam kepekatan malam.

Dia hampir kehilangan Adriana hari ini tanpa dia sedari. Kalau Adriana turutkan jua kehendak orang tuanya, Navin akan tinggal seorang di dalam dunia ini. Sepi tanpa Adriananya. Sepi tanpa cinta.

Kalau Adriana lembut hati seperti Adriani, Navin pasti sudah terasa bahang sengsaranya. Tapi apakah yang telah Adriana putuskan hari ini itu adalah yang terbaik? Adakah mengingkari keputusan orang tua itu wajar? Apakah tidak jatuh dosa kepada mereka sebagai anak yang tidak mematuhi kata ibubapa?

Navin hela nafas yang terasa tersekat-sekat. Kepalanya juga sudah terasa berat. Sekurang-kurangnya keputusan nekad Adriana terus mempertahankan cinta mereka. Sekurang-kurangnya Navin tahu Adriana betul-betul tulus dan ikhlas mengasihinya hingga tekad ingkar dengan kehendak Mamanya.

Tetapi dia? Dia masih begini. Berdiam dan membisu. Masih tiada jawapan pasti yang dapat dia berikan untuk soalan-soalan Adriana. Amma macam mana? Amma boleh terima Itak? Bila Ikena jumpa Amma? Amma kasi tak kita kahwin?

Ah, seksanya bila semua soalan Adriana yang penuh harapan itu terpaksa dia biarkan sepi menanti. Navin belum berani memutuskan hatinya. Amma atau Adriana? Kenapa dia masih celaru begini meskipun Adriana sudah memilih jalannya?

Sebatang rokok yang tadi dinyalakan sudah hampir sampai ke hujungnya. Navin tarik sedutan terakhir tanpa mahu membazir.

“Oh, tak nak membazir ye? Nyawa you yang terbazir tu tak rasa rugi ke?” tiba-tiba bicara Adriana yang selalu itu singgah di pendengaran. Aduhai, Adriana...

Oh Tuhan, berikanlah petunjuk kepadaku agar bisa aku damaikan gelora ini. Permudahkanlah segala urusan dan perjalanan hidupku agar mampu aku bahagiakan setiap hati...

Tidak mengapalah, selagi Navin rasa hatinya belum tetap dan cekal, dia akan terus memainkan peranannya untuk mendamaikan setiap keping hati. Dan Adriana? Tanggungjawabnya kepada gadis itu lebih tinggi kini bila Adriana sudah sanggup meninggalkan semua yang dimilik demi dirinya.

Previous: CHAPTER 23
Next: CHAPTER 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.