“Dear…”
Coleslaw di dalam pinggannya hanya dia kuis-kuis. Bosan
begitu, dia meratakan pula sos tomato yang merah di atas paha ayam yang gemuk
itu. Ada sahaja yang dia mainkan dalam pinggannya.
Entah apa sudah jadi pada seleranya
hari itu. Selalunya dia bersemangat bila meratah daging ayam McD kegemarannya.
Tapi hari itu seleranya terbantut bila nama Firas tiba-tiba terlintas di benak.
Saat-saat inilah pula lembaga
itu melintas di fikiran. Spoil mood saja,
cemuh Adriana di dalam hati.
“Hmm…” Navin sedang mengunyah potato wedges.
“Dear, you dengarlah cerita I ni…”
“Ceritalah, selama ni ada ke I pernah
tak dengar cerita you tu dear oi…” ujar Navin sambil menuangkan
sos cili ke atas BigMacnya pula. Sengaja dia meniru nada percakapan
Adriana.
Mendengarkan lenggok nada Navin itu,
Adriana mengerling. Dia tahu Navin memang suka menyakat. Setiap patah kata dan
tingkahnya pasti menjadi bahan untuk Navin menyakatnya kembali.
“Ada seorang doktor kat wad I
tu kan, alamak sikit punya berlagak dear. Menyampah I. Tiap-tiap
kali pun nak cari gaduh dengan I dear,sampai I rasa malas nak
pergi kerja dah kalau time shift dia,” adunya dengan nada dan mimik
wajah yang geram.
Kalau dibandingkan Firas dengan
Navin, pastinya perbezaan mereka bukan sekadar putih dan hitam. Tetapi laksana warna
merah dan biru. Seorang penyayang, seorang lagi membuatnya haru biru. Seorang
matang, seorang lagi ego macam badak sumbu!
Pun setiap kali membuat
perbandingan, dia tentu sahaja membezakan ciri-ciri fizikal sebagai simbol
peribadi keduanya sebagaimana artikel yang pernah dibacanya dulu. Lagi-lagi
artikel itu juga yang menjadi rujukannya.
Kalau dari paras Navin yang berwajah
bujur, bertelinga panjang, berhidung sederhana mancung serta matanya cerah
bercahaya, kekasihnya itu disifatkan seorang kekasih yang penyayang. Betul!
Betul! Betul! Memang itulah juga hakikatnya.
Namun bila melihat rupa paras doktor
yang dikatakan kacak dengan kulitnya yang cerah dan tingginya yang mempersona
itu, Adriana akan membelek bahagian yang lain pula. Mencari modal lain untuk
kritikan.
Wajah Firas yang berbentuk agak
bulat dan sedikit tajam ke dagunya menggambarkan kombinasi sifat yang pandai
merancang dan juga mengeksploitasi orang lain. Mungkin itulah agaknya bahagian
baik yang tersembunyi dalam diri doktor itu.
Like I care... Adriana cebik dalam hati.
Namun
mulut Firas yang kecil sama seperti mulut Navin. Tandanya kedua-dua lelaki itu
berkongsi hati yang baik.Pandai
menghormati perasaan orang lain. Firas? Baik hati? Menghormati perasaan orang
lain? Oh tidak... tentu ada ralat dalam teori itu. Adriana masih mahu
menyangkal.
Jawapan yang tepat ialah Firas memang
tidak pandai menghormati perasaan orang lain. Terutama sekali perasaannya.
Mungkin satu pembedahan plastik diperlukan ke atas lelaki itu. Biar wajahnya
akan terus mencerminkan peribadinya itu.
Firas sepatutnya memiliki mulut besar.
Baru sesuai dengan sifat yang peramah tetapi suka mencari masalah. Fikir
Adriana dalam hati yang membahang geram.
Seketika kemudian Adriana tersedar dariapada
hasutan hati. Cepat-cepat dia beristighfar. Sedar sebagaimana manusia biasa,
dia tidak berhak mempertikai dan memperkecilkan setiap kejadian Allah Yang Maha
Besar.
Allah menjadikan semua makhluk dengan
keunikan dan sifat tersendiri. Adalah tujuan setiap ciptaan-Nya itu di muka
bumi ini. Untuk keseimbangan ekologi? Adriana sengih dalam hati.
Kalau Firas itu dicipta untuk keseimbangan
ekologi, rasanya baik diberi makan pada buaya saja kot? Entah-entah buaya pun
tidak selera hendak datang dekat dengan Firas itu. Apatah lagi nak dijadikan
darah daging dek buaya...
“Aik, sampai hari-hari gaduh ni, apa kes?
Ada hari ini dalam sejarah ke dengan dia?”
“Eh, hari ini dalam sejarah apa bendanya?
Sebelum ni kenal pun tak dengan mamat tu. Entah datang dari planet mana, pelik
semacam. Asyik nak marah Ije kerja dia. Berlagak sangat macam dia
sorang je yang pandai...”
“Tulah pasal, mesti ada benda hari ini
dalam sejarah tu... kalau tak kenapa muka you sorang je yang dia
menyampah dear...”
Ternaik sedikit hujung kening kanan
Adriana mendengar kata-kata Navin itu. Navin ni kadang-kadang bila bercakap,
kalau tidak kena dengan mood boleh sakit hati dibuatnya. Cakap tidak
pernah guna penapis! Gerutunya dalam hati.
Navin tertawa kemudian beralah, “Kenapa you
kata dia berlagak dear? Tak baik you buruk-burukkan orang tau,
Tuhan marah. You buruk-burukkan dia, samalah macam you burukkan ciptaan
Tuhan kan…”
Segera dia luruskan pandangannya ke wajah Navin
yang sedang membuka mulut luas-luas, sedia untuk menelan BigMac yang
dipegangnya. Sos cili menitis sedikit ketika dia menggigit burger itu. Penuh
selera sungguh Navin mengunyah burger sambil mengerling wajah mencuka gadis
itu.
Geram sungguh Adriana mendengar
bicara itu. Begitulah Navin. Positif saja pemikirannya. Semua perkara baik saja
di dalam hidup ini. Tidak pernah sekalipun cuba untuk memikirkan bahawa
sesekali menjangkakan yang negatif juga penting untuk keseimbangan.
Keseimbangan lagi?
Yalah, keseimbangan ekologi!
“Lah, betul apa I cakap ni,”
dia tenung wajah Navin dengan geram.
“Apa faedah pun kalau I saja-saja
nak buruk-burukkan dia? Buat
sakit kerongkong Iadalah. Dia tu yang berlagak sangat, buat kerja pun kadang-kadang
tak betul, entah betul dia lulus medic entah tidak,” daging ayam di
dalam pinggannya ditujah dengan garpu, melampiaskan rasa geram dalam hati.
“I tegur sikit, melenting. I betulkan
sikit, dia mengamuk. Dia
cakap apa tau dear? Eh, I tahulah, tak payah you pulak
yang nak ajar I. You ingat I ni siapa?” wajah Adriana
serius ketika mengulang kata-kata dan nada
Firas.
“Ceh!”
“Dah memangnya lah. Yang you
nak pergi ajar dia tu kenapa pulak dear… dia tu kan doktor?” Navin
tersenyum tipis.
“Oh, dia doktor. I ni
siapalah ye? Jururawat je. You ni kan dear, selalu nak bela orang
lain tau!” Adriana memuncungkan mulutnya sambil mencubit-cubit drumstick di
pinggan.
Navin ketawa kerana dugaannya tepat
sekali. Adriana pasti muncung dengan jawapannya itu. Sudah kenal sangat.
“Tak adalah, maksud I… dia tu kan doktor. He
should know better what, everything regarding medication and treatment.”
“Aduhlah, you ni kan dear. Memanglah betul dia tu doktor. Tapi doktor
pun manusia juga kan, kadang-kadang tersilaplah, terlupalah... kan tanggungjawab
I untuk tolong dia, nasihatkan dia ke tunjukkan dia ke, salah? Habis nak
biar je patient tu mati depan mata I kalau dia tersilap cucuk ke
apa? Salah bagi ubat apa bagai?”
“Hish ye ke? Biar betul dear....?
Isk isk isk…” Navin tergeleng-geleng persis orang sedang beratip. Masih dengan
tujuan untuk mengusik.
“You kerja kat hospital mana
ni dear? Nanti I bagi tahu semua orang tak payah pi hospital you...”
dia menyakat lagi.
Adriana sudah membuntangkan matanya
dan belum pun sempat dia hendak memprotes, Navin sudah mendahulukan usikannya
lagi.“Tapi kan dear, I rasa jangankan dia, I pun kalau kerja
dengan you mesti jadi tunggang langgang lagi dahsyat agaknya,” dia
kemudian tertawa besar.
Memang dia suka mengusik Adriana
agar muka masam itu kembali bersinar dengan senyuman manis yang menenangkan
hatinya. Biar sebulat dan
semanis orang-orang kuning Digi yang merata-rata tu.
“Hah? Kenapa pulak? You nak salahkah
I pulak ke?” Adriana sudah membuntangkan
matanya
“Tak adalah... I rasa dia bukannya
cuai ke tak tahu ke tu. I rasalah kan dear…” Navin buat muka
pelik sambil menyandarkan belakangnya ke dada kerusi sebelum buat muka serius
dan menyambung katanya, “dia tu gelabah kot… ya lah, ada nurse peringkat
Miss World sebelah, tak boleh tahan jiwa dia tu agaknya dear.”
Sepantas kilat Adriana ketuk jari-jari
Navin dengan sudunya sambil mengelipkan mata berkali-kali dengan laju.
Navin ketawa berdekah melihat wajah
Adriana yang merona kemerahan. Konon segan dipuji begitu, padahal suka.
“I tak kisahlah kalau setakat dia
nak admire dengan girlfriend I yang cantik ni. Tapi lebih-lebih, no
way!” Navin ketawa lagi sambil mengerling Adriana yang tersengih-sengih menyuap
potato wages ke mulutnya.
“You ni kan dear!Tak ada maknanya
nak lebih-lebih. Ini menyampah sangat kalau tengok muka dia. Handsome je boleh harap,
tapi attitude negatif!” gumam Adriana sambil menunjukkan ibu jari dan
telunjuknya yang dibentukkan menjadi kosong.
Seperti selalu Navin akan tertawa dengan
cerita dan telatah Adriana. Lucu.
“Ketawa pulak! Betul dear,nantikan
siapa yang kahwin dengan mamat tu kan, sure malang gila kan dear?
Percayalah cakap Ini…” dia terangguk-angguk sendiri.
“Jangan dear… you
kutuk-kutuk dia, besok you terjatuh cinta dengan dia baru youtahu.
Hah, baru dengan Isekalitahu sama jadinya nanti. Tak pasal-pasalI
pulak yang jointAlleycats nampaknya, menangis berlagu…”
Wajah nakal Navin dia jeling. “I dear?”
jari telunjuknya diarah ke puncak hidung mancungnya itu.
“I jatuh cinta kat mamat bodoh
sombong tu? Tak ada maknanya… nak jadi kekasih ge-lap pun tak layak! Malanglah
siapa yang hendakkan dia tu!” dia tekankan perkataan gelap itu.
Besar tawa Navin dengan kritikan gadis
itu. Adriana kalau sudah kutuk orang tidak ingat dunia langsung. “Tapi kan dear,
I rasa you pun dah jadi perempuan malang?” bibir Navin herot kiri
kanan.
“Hah?”
“Yelah, you tak perasan ke dear? Bila kita jalan berdua kan, ramai yang toleh
sampai boleh pusing 360 darjah. Diorang kata apa tau dear? Alahai minah
ni... sikit punya cun, tapi buta colour…” Navin tahan senyum.
“Apasal pulak? Itak pandai match
baju ke dear?”
Navin kunyah lagi BigMac perlahan-lahan.
Kembung kedua-dua belah pipinya. Senyuman yang manis tersungging di bibir
tipisnya tatkala roti dan daging yang sudah lumat dikunyah turun ke perut.
Wajah Adriana direnungnya seketika.
Lurus tiang eletrik betullah Minah sorang
ni… hatinya mengikik.
“Ye lah, you punya dear ni
pun bukan ke sikit punya gelap? Tak handsome pulak tu. I pun
kekadang pelik bin hairan jugak, macam manalah youboleh sayang kat I
ni dear…”
“Whatever!” bengang. Baru faham
motif kata-kata pemuda itu.
Navin masih tersenyum dan masih ingin
terus mengusik, “Dear, you tak menyesal ke berboyfriendkan Ini?
Kalau Dr. Firas tu, okaylah kot. Doktor, handsomelagi pulak tu. Tak
tahan...”
Adriana diam sambil menggumam bibirnya.
Kadang-kadang walaupun nada Navin seperti berjenaka, masih juga Adriana dapat
menghidu rasa rendah diri pemuda kesayangannya itu.
“Dear, berapa kali I nak
cakap dengan you? Jangan
pedulikan apa orang lain kata...” protesnya dengan nada sedikit marah.
“Eh, habis kalau I tak pedulikan
apa orang kata, I nak pedulikan siapa pulak yang kata? Kucing kata? Ke nak tunggu Wira Itu
yang berkata-kata? Macam kereta Knight Rider zaman dululah pulak, ” Navin masih ingin terus menggiat.
“Dear...!”Adriana mula
mengertap bibir, tanda-tanda awal petir nak berdentum.
Navin tersenyum, “Hah! Itahu! I
dengar je lah Avatarkata apa ek. Boleh?”
Tidak terkata Adriana jadinya. Navin
memang tidak pernah jemu mengusik dia. Biarpun sesuatu isu itu sememangnya
menghiris hati mereka berdua. Selalu saja Navin akan berjenaka seolah-olah isu
itu tidak terkesan di dinding hatinya.
Wajah Navin yang kembali tekun menghadap
hidangannya itu direnung seketika. Ada satu rasa dalam hatinya. Entah mengapa
dia belas benar bila memandang wajah Navin. Ada sesuatu pada wajah itu yang
membuat hatinya tidak tertafsir akan perasaannya sendiri.
“Dear, I do not love you neither because you
are handsome nor you are black. You are handsome to me because I love you, and
nothing else matter.”
Navin panggung wajah dan membalas renungannya.
Renungan Navin itu membuatkan Adriana semakin sebak. Cepat-cepat dia mengubah nada dan mimik wajahnya. Paha ayam itu dicucuk
dengan garpu lalu dibawa ke depan mukanya.
“Gelap pun gelaplah. Asalkan hati I
suka. I bahagia apa, dengan you dear… kan ayam kan? Kan, kan,
kan?”
Terbahak-bahak Navin tertawa. Tetapi ada
sedikit air yang bergenang di tubir matanya. Adriana memang selalu buat dia
ketawa sampai keluar airmata.
Adriana senyum lagi. Dia bahagia melihat Navin ketawa. Kemudian wajah
Firas melintas pula. Ah, geramnya! Spoiler!Paha ayam di depannya
mukanya itu direnung geram. Nampak serupa benar dengan lelaki itu.
Perlahan-lahan dia mengambil paha ayam itu
lalu diangkat ke depan mukanya. Hmm… nanti kau… aku makan kau! Mulutnya
herot-herot memandang ayam itu.
“Asal you jangan jadi macam doktor
sombong tu, sudahlah. Kalau tidak…” Adriana pandang Navin dan paha ayam itu
silih berganti dengan mimik wajah geramnya.
“Nampak ni? Hah, ini si doktor sombong tu,
sekali I…” terus digigitnya
daging pada paha ayam itu berkali-kali. Seolah sedang melampiaskan rasa
hatinya.
“Hah, puas hati I,dear…” mulutnya
comot.
Navin tertawa berdekah-dekah lagi.