“Firas!”
Terdengar namanya dilaungkan oleh
seseorang. Cepat-cepat dia menghulurkan beberapa keping wang biru kertas kepada
gadis di kaunter. Bayaran untuk sepinggan bihun goreng dengan segelas besar air
nescafe panas.
Sambil itu dia menjengah pandang.
Tertoleh-toleh, mencari si pemanggil. Pencariannya menyeluruhi segenap ruang
kafe.
“Eh,
Wan!” laungnya kembali ketika menyambut huluran wang baki dari casher.
“Tea time?” tapi dia kerut kening
melihat hidangan di dalam tray yang dipegang oleh Firas.
“Not exactly… tak sempat lunch
tadi. Ada emergency case.
Sekarang perut dah tak boleh tahan beb. Lapar gila. Join me?” pelawanya
kepada Irwan sambil mengunjukkan sebuah meja yang kosong.
Dr. Irwan mengekorinya dengan tawa pendek,
“Aku baru je sudah. Ingat nak balik tadi, tapi nampak kau tengah bayar
makanan.”
“Temankanlah aku makan kejap. Boringlah
makan tak ada kawan,” pinta Firas lagi sambil meniup asap dari minumannya yang
masih panas.
“Sebab tu aku suruh kau cari seorang girlfriend.
Kalau female doctor kau tak boleh tolerate, nurse kat sini pun not
bad apa… lawa-lawa. Pick one. Seorang je tau, kalau lebih aku takut
tak tertanggung dek badan kau tu.”
Tawa Irwan terhambur bila melihat Firas
spontan tersedak. Dia buang pandang ke sekeliling kafe. Seperti biasa penuh dengan
keramaian. Kakitangan dan juga orang ramai yang datang ke hospital.
“Kau ingat anak ayam ke bunga melur kat
gerai India tu yang boleh nak di pick one. Sedap mulut je engkau cakap
heh?” Firas memprotes teman baiknya sejak dari universiti itu.
“Eh betullah. Kau ingat kau muda lagi ke?
Aku, anak pun dah nak masuk empat orang. Ke engkau ni ada problemtu…
tu…?” Irwan tersengih dengan sebelah kening terangkat-angkat. Menyakat.
“Amboi, mulut kau betul tak gosok gigi
pagi tadi nih. Aku normallah,” tukas Firas sambil mengerling temannya itu.
Kepalanya tergeleng sekali dua dengan senum tipis di bibir.
Seteguk air nescafe yang dihirup
memanaskan tekaknya yang sejak tadi kesejukan dalam penghawa dingin hospital.
Terasa segar sedikit tekak dan perutnya yang sejak tadi minta diisi.
“Serious?”
“Wan!?”
“Okay!” Irwan angkat tangan. Tanda
meminta maaf. Tahu jenaka dan usikannya menyentuh sensitiviti mana-mana lelaki,
hatta dirinya sekalipun.
“Oh ya, apa jadi dengan engkau punya plan
semalam. Jadi? Dah declare?”
Masih lagi Irwan ingat bagaimana beria temannya
itu berlatih gaya seperti hendak berbicara sesuatu yang serius di depan
seseorang semalam. Pelik juga dia melihat lelaki itu. Tidak ada angin, tidak
ada ribut tiba-tiba seketul logam besi jadi ranting bonsai.
Seingatnya sejak mengenali Firas di kampus
perubatan dulu, hingga melanjutkan pengajian ke luar negara lelaki itu seorang
yang anti perempuan. Sejauh yang mindanya boleh ingat, ini kali pertama Firas
melakukan stuntpelik begini.
Berlatih membaca skrip ala-ala permohonan
maaf.Tetapi kenapa dan siapa,
Irwan tidak tahu pula.Rahsia,
kata Firas. Firas cuma mahu dia mengadili skrip itu. Walhal dalam hatinya Irwan
sudah gelak separuh mati.
Tetapi menyedari Firas tidak pernah
mempercayai manusia lain seperti dirinya, dia jadi kasihan pula. Mahu tidak
mahu dia terus tercongong di bilik Firas mendengar latihan skrip pelik itu.
Firas hanya menggeleng. Wajahnya merona.
Mungkin segan bila isu itu dibincangkan. Bihun goreng yang belum diusik itu
direnung sahaja. Seleranya terbantut pula. Cuma air nescafe di dalam gelasnya sudah
luak satu pertiga diminum.
“So, menjadi tak?”
Heh, menjadi apanya… dengus Firas
dalam hati.
Memang patutlah temannya itu bertanyapun.
Semalam sebelum balik ke rumah bukan main beria dia berlatih di depan cermin di
biliknya. Tidak sedar telatahnya sedang diperhatikan oleh Irwan.
Mahu tidak mahu dan untuk coverrasa
malu, dia suruh Irwan duduk beberapa minit untuk jadi hakim. Menilai
prestasinya membaca skrip. Tidak semena-mena dia harus berkongsi sedikit rahsia
hatinya itu.
“Apasal?” Irwan bagai memahami
kemelut yang sedang dialami oleh temannya itu.
Nama Firas memang sudah gah dalam
dunia perubatan. Sejak dari zaman pengajian, Firas memang seorang pelajar genius
yang sentiasa lulus setiap subjek dengan cemerlang.
Penglibatannya dalam kajian dan
penyelidikan di dalam serta di luar negara begitu komited. Firas adalah seorang
doktor muda yang berwibawa. Kerana kecemerlangan dan dedikasinya di dalam
bidang ini telah melayakkan Firas ke tahap Registrarkini.
Tetapi di sebalik karismanya itu,
Firas punya kepincangan dalam hidupnya. Rupanya sahaja yang tampan. Dengarnya
sahaja diminati ramai wanita. Tetapi Irwan tahu lelaki itu masih terlalu sukar
mencari seorang teman hidup. Lagi-lagi belum ada yang sesuai katanya.
Entah kriteria apa yang dicaripun
Irwan tidak mampu untuk mengerti. Dipendekkan kata dan cerita, untuk tidak
pening-pening kepala memikirkan faktor penyebab sikap dan sifat itu, Irwan
selalu merujuk temannya itu bersikap terlalu memilih. Cerewet dalam mencari
pasangan hidup.
Fussy!
Entah bagaimana spesifikasinya pun
Irwan sukar menduga. Bukan tidak ada
gadis yang tergila-gilakannya. Dari zaman belajar sehingga ke hari ini ada sahaja
lamaran kasih untuk Firas.
Bukan hendak kata perigi cari
timba.Tetapi pada zaman Nabi dahulupun Siti Khadijah yang melamar Rasulullah.
Hai, gadis-gadis kini sudah mula ikut Sunnah. Tetapi ramai yang menyarung baju
tidak cukup ela. Pakai baju terlupa seluar dan sebagainya.
“Kau tak berani ye?” duganya lagi
bila Firas terus mendiamkan diri.
“Apalah kau ni Firas.Be gentleman lah. Eh, malulah jadi lelaki kalau tak ada
keberanian. Kes kacang macam tu, takkan itupun kau tak berani? Aduhlah,
kasihannya kawan aku sorang ni…” sinis bidasan Irwan meski dalam nada
leluconnya.
“Kau ni pun Wan, pada-padalah. Condemn
aku takat jerung pun boleh bunuh diri…”
Terhambur tawa Irwan dengan kata-kata
Firas itu.
“Oklah, make it short and easy.Kau bagi tau je kat aku siapa
perempuan tu, biar aku settledengan dia.Kalau kau nak, aku boleh
tolong pinangkan terus. Amacam?”
Irwan membetulkan duduk saat serius menuturkan
usul itu. Dia sendiri memang
sudah tahap gembira gila melihat tanda-tanda perubahan sikap Firas. Kali ini kalau
Firas sudah benar-benar ada hasrat untuk menamatkan zaman bujang dan
anti-perempuannya, Irwan bersungguh niat mahu membantu.
“Kalau tak nak, aku pinang untuk diri aku
sendiri je lah jawabnya…”
Malangnya usul Irwan hanya menyebabkan
Firas tersedak kuat. Spontan. Suapan pertama bihun goreng ke dalam mulutnya itu
hampir tersembur keluar bila sahaja mendengar kata-kata si teman.
Biar betul!
“Apasal?”
“Biar betul?!” Firas mencerun pandang
sambil memegang halkum. Terasa pedih di hidung dan di tekak kerana tersedak
gaya begitu.
“Kau tengok muka aku ni,” Irwan arahkan
jari telunjuk ke pipinya.
“Ada macam orang tak betul?” Irwan
jegilkan mata. Wajah kacak Firas yang berdarah kacukan Melayu dan China itu dia
pandang sejenak dengan dahi berkerut.
“Selama ni semua calon kau kata tak
sesuailah, tak serasilah. Gemuklah, tembamlah. Kering, bulat, petak, oblong
siap semua kau komen. Otak udang siap dengan kaki ketam lagi,” bidas Irwan.
“Kalau dah tak suka pun janganlah kutuk
tahap planet Musytari. Banyak sangat spesifikasi pulak. Datang Melayu kau nak mixed-blood.
Datang yang mixed-blood kau
nak Jawa pulak. Macam-macam lah kau…”
Mengah Irwan menyudahkan kritikannya. Biar
Firas sedar diri sikit. Punyalah memilih, tahap anak raja pun boleh kalah.
Kadang-kadang mahu sahaja dia tanya samada Firas itu gay atau tidak.
Tapi tidak tergamak pula dia. Geli
urat tengkuknya bila menghubungkan Firas dengan perkataan gay. Apapun dia
memang tidak perlu bertanya. Tidak ada satupun sikap Firas sejak dia kenal
lelaki itu yang boleh menyamakannya dengan golongan gay.
Masya-Allah... Nauzubillah.
Irwan kemudian hanya menggelengkan
kepala. Menghirup sedikit air minumannya. Pun bibirnya terus melebar sengih.
“Eh mestilah! Aku kan jejaka idaman
Malaya. Alah, kau masa mencari dulu pun lebih kurang jugak kan. Kalau tak mana datangnya mem kat rumah kau tu? Complete
satu pakej kan?” Firas membalas kutukan terhormat temannya itu.
Irwan hanya sengih.“Yelah, aku tahulah kau tu JIM. Tapi obvious
lah! Kali ni kau punya preparation sikit punya dahsyat. This girl
really superb kan?”
Bihun
goreng dari suapan kedua ke dalam mulutnya terus ditelan. Kunyahannya hanya
sekali dua lalu bihun itu terus ditolak memasuki saluran esofagus menuju ke
perutnya yang kosong.
Terkelip-kelip
matanya menentang pandangan serius Irwan. Betul ke apa yang Irwan cakap tu?
Syariah Adriani Fidzriah gadis yang superb?
Dia rasa hendak ketuk kepalanya
sendiri. Ini bukan soal superbatau apa perkara sekalipun. Apa yang dia
lakukan itu hanyalah kerana keinginan dan naluri untuk mengorak langkah
pertama.Menjernihkan semua
kekeruhan perhubungan dalam profesion antara dia dan Adriana.
Konflik
peribadi di antara mereka tidak seharusnya terbawa-bawa sehingga waktu kerja. Itu
pasti akan menjejaskan mutu perkhidmatan mereka. Sudahlah profesion mereka ini berhubung
rapat dengan nyawa manusia.
Kalau sudah doktor dan jururawat sibuk
bertelagah, pesakit bukan sahaja boleh mati kerana penyakit. Tetapi dapat sakit
jantung dan strok apabila melihat betapa tidak profesionalnya doktor dan
jururawat mereka.
Pun biar betul Mamat sorang ni? Nak tolong
aku? Isk, biar betul? Takkan aku harus beritahu Irwan siapa perempuan yang
sedang aku tackle tu?Malu… malu… tak cukup benua nak menyorok nanti!
Dia buat muka sepuluh sen, “Hmm… nanti
dululah Wan.Let me go slow dulu OK?”
“Nak go slowke, tak sanggup nak buang
ego kau yang dah nak berkarat tu?”
Firas tersedak. Keras. Terbatuk-batuk sambil
memegang dada. Aduh! Irwan ni pun mulut memang tak ada remote control.
“Sudah-sudahlahtu Firas. Bawa-bawalah bertaubat sikit,” Irwan tergelak
sendiri.
Masih
juga Firas membatukan diri. Sedaknya sudah mereda. Cuma dadanya masih terasa sakit.
Agaknya bihun yang tidak sempat dikunyahnya tadi itu sudah melompat masuk ke
saluran esofagus dan bersepah di sana-sini.
“If you go slow this time, I bet you’ll get
nowhere.”
Sekali lagi Firas tersedak apabila dihentak
Irwan dengan kata-kata itu. Mahu pitam dia asyik tersedak sahaja dikerjakan dek
temannya itu. Belakangnya kemudian ditepuk kuat oleh Irwan sebelum beredar.
Menyesal pula dia meminta lelaki itu menemankan
dia. Heh!