“Dia rebound kau lepas kau sakit hati
dengan Edora. Dia keputusan yang paling teruk yang pernah kau buat.”“No. Hubungan kami
bukan rebound. Aku pilih Sufi sebab aku nakkan Sufi. Bukan sebab aku marahkan
Edora,” cetus Hashir sewaktu Azhan mempersoalkan tentang keputusannya dulu.
Azhan
menggelengkan kepala.
“Kau
yang tak faham perasaan sendiri,” tempelak Azhan.
“Apa
pulak tak fahamnya? Hati aku, aku yang rasa. Bengong sangat kalau aku tak tau
apa aku rasa,” balas Hashir.
“Kau
ni dah gila tau tak, Hash? Apa yang susah sangat kau nak lepaskan si Sufi tu?
Dia tu bukan baik sangatlah, bro. Cantik pun tidak. Kau dengan dia couple tak
sampai dua bulan pun...”
“Enam
puluh dua hari!” tegas Hashir membetulkan tanggapan Azhan. Hubungan mereka
melangkaui dua bulan.
“Dan...siapa
cakap aku tak boleh lepaskan dia? Aku nakkan dia sebagai tiket supaya aku tak
payah kahwin dengan Natalia. Of course, aku tak cintakan Sufi lagi. Dia tu ex
aku yang paling gila. Satu-satunya ex aku yang berani minta putus dengan aku.
Selama aku couple, aku yang selalu minta putus,” tambahnya.
“Kau
ni memang kaki temberanglah. Siapa aje awek kau sebelum Sufi? Edora kan?
Setakat dua ex tu, mana boleh kau guna ayat kau yang selalu minta putus. Kau
pernah minta putus sekali dengan Edora. Sufi minta putus dengan kau. So, equallah.
Tak payah kau nak jadikan alasan dia minta putus sebab tu kau tak boleh lupakan
dia,” balas Azhan.
Azhan tidak suka
apabila Hashir membangkitkan cerita tentang Sufi. Perkara yang lepas,
biarkanlah berlalu. Apa yang diharapkan lagi? Takkanlah ludah sendiri hendak
dijilat kembali. Adalah Hashir tidak malu? Dulu, dia yang beriya-iya mengatakan
yang dia sudah bencikan Sufi. Pandang muka Sufi pun dia tak mahu.
“Kau ni pelik! Aku
tak faham! Senang benar dulu kau nak lepaskan Edora, nak lupakan Edora. Dengan
Sufi, macam-macam alasan kau. Masalahnya pada kau, bukan Sufi. Dia dah lupa pun
kat kau,” ungkit Azhan.
“Bukan
sebab aku tak boleh,” sangkal Hashir.
“Habis?” soal
Azhan yang datang bersama keluhan.
Sebab aku... Aku
yang tak nak lepaskan Fi,” ucap Hashir, bersungguh.
Mata
Azhan membulat.
“Habis?
Kau nak buat apa? Kau nak kahwin dengan Sufi? Kau ingat dia nak kahwin dengan
kau?”
Hashir
tertawa.
“Kalau
dah jodoh...”
“Kau
gila!” tuduh Azhan.
“Baru
tau ke?” soal Hashir sambil meletakkan not dua puluh ringgit atas meja untuk
minuman mereka.
“Dengar, Hash.
Kalau betul kau cintakan Sufi, tak apalah juga kalau kau nak balik pada dia.
Tapi, kalau setakat nak balas dendam, aku tak setuju. Aku akan beritahu Lia
kalau kau berani nak tipu Aunty Amira,” ugut Azhan.
Entah mengapa, dia
pula cuba menegakkan keadilan bagi pihak Sufi. Hatinya berasap tiap kali dia
mendengar Hashir mempermainkan gadis itu. Hashir tak serik-serik menyusahkan
hidup Sufi. Walhal Sufi sudah lama melepaskan Hashir. Barangkali dia sudah ada
pengganti baru.
“Penyibuklah kau
ni! Aku tak pernah bocorkan apa-apa rahsia kau pada Kak Lia! Kau asyik menyibuk
hal aku. Lepas satu, satu! Semua nak report!”
Azhan tercengang.
Mulutnya terkunci, tidak terkata apa-apa. Kalau Hashir dah naik minyak, tak ada
gunanya mencelah. Tak ada ayat manis yang mampu memujuk hatinya yang sekeras
kelikil.
“Sampai bila kau
nak faham? Apa yang aku buat, tak ada kena mengena dengan family aku. Reti?”
luah Hashir.
Hashir terus
bangun dari kerusi, mencapai kunci kereta dan terus melangkah laju ke keretanya
tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kawan baiknya merangkap bakal abang
iparnya, Azhan.
“Kau
nak ke mana?” soal Azhan.
“Cari
bini,” jawab Hashir sambil memecut kereta Mercedeznya. Lima belas minit usia
perjalanannya pada had laju 180 km per jam. Dia memberhentikan kereta di depan
sebuah rumah teres tiga tingkat.
Door
bell depan dibunyikan. Akma berlari ke pintu depan dengan donat yang dibelinya
dari Dunkin Donut, gerai yang digemari. Inti donat yang dibelinya juga adalah
dari perisa yang digemarinya sejak dulu, jem blueberry dan bersalut gula halus.
Daun pintu depan
ditarik Akma. Dia memandang ke arah pagar. Tak ada orang menanti di depan sana.
“Boo!”
“Aaaahhh!”
jerit Akma sewaktu dikejutkan dengan seorang lelaki yang sedang menyembunyikan
diri di sebalik pintu. Donat di tangannya terjatuh ke atas lantai rumah yang
baru disapu.
“Kenapa
tak pasang alarm dekat pagar depan tu? Kalau perompak nak masuk rumah ni senang
aje. Dahlah pagar tu pendek macam si Sufi, dua minit pun aku dah dapat panjat,”
bebel Hashir.
Menyirap
darah Akma melihat donat yang diidam-idam untuk dikunyah sejak tadi terjatuh
atas lantai. Sudahlah dia hanya membeli satu. Tak dapat dia melepaskan
kempunannya.
“Kau
ni siapa hah?! Kurang ajar betul! Walaupun aku setuju yang tembok pagar tu sama
pendek dengan Sufi, tak ada siapa yang gila sangat nak panjat. Bukannya ada
harta berharga dalam rumah low cost ni. Kau ni betullah menyusahkan orang! Habis,
donat aku! Kempunan aku nak makan!” jerkah Akma.
“Alah,
donat aje pun,” balas Hashir.
Akma
menjegilkan bola mata.
“Donat
aje? Ni bukan sekadar donat, tau! Ni donat blueberry yang paling sedap! Hee!
Biadap!” jerkah Akma.
Hashir
tidak membalas. Dia langsung tidak kisah dengan tanggapan Akma. Ia bukan
pertama kali dia dimarahi hawa. Hashir sudah menelan jutaan cemuhan tiap hari
kerana kelakuan buruknya.
“Mana
Sufi?” soal Hashir.
Akma
memandang Hashir, dari atas ke bawah dan kemudian ke atas semula. Siapa pula
lelaki ini? Dia terlupa hendak bertanya tadi. Otaknya dihantui insiden donatnya
sehinggakan terlupa untuk menyelidik. Bahaya juga. Manalah tahu lelaki yang
sedang berdiri di hadapannya sekarang pembunuh, perompak atau perogol.
“Kau
siapa?”
Hashir
mengangkat kening.
‘Fulamak!
Macam muka pelakon Criminal Mind!’ cetus hati Akma.
“Kenapa
kau nak tanya aku siapa? Kenapa kau sibuk sangat nak tau aku siapa? Apa
kena-mengena aku siapa dengan kau? Kalaupun kau tau aku siapa, kau boleh dapat
apa? Ada aku tanya kau siapa? Tak ada, kan?” soal Hashir semula.
“Eee...”
ucap Akma dalam nada geram. Dia melangkah ke anak tangga bawah dan mendongak ke
atas.
“Sufi!
Ada lelaki gila nak jumpa kau!” jerit Akma. Seperti biasa, Akma tidak
memerlukan mikrofon atau speaker untuk membuat pengumuman kepada Sufi. Suaranya
sudah cukup kuat. Dia yakin Sufi akan mendengar suaranya dengan terang dan
jelas. Tambahan pula telinga kawan serumahnya itu memang terlebih peka.
Sufi
yang ketika itu sedang mengenakan anting-anting dikejutkan dengan panggilan
lantang Akma. Dia mengangkat sedikit kain skirt labuhnya dan berlari turun ke
tingkat bawah dalam keadaan kalang-kabut.
“Awal
pula mamat ni sampai,” rungut Sufi sambil melihat jam tangannya. Dia tidak
sangka yang Izam akan datang seawal itu.
“Alamak, beg kat
atas,” luah Sufi lagi apabila dia tersedar yang dia tertinggal tas tangannya di
atas.
“Cepatlah, Fi!”
jerit Akma sekali lagi apabila Sufi hendak berpatah balik ke atas, mahu
mengambil begnya yang tertinggal.
“Tunggulah kejap,”
pinta Sufi.
“Turun sekarang!”
gesa Akma sambil menghentak kaki. Bebal lagaknya. Rasa marah sudah membuak
dalam dada.
“Okay,” jawab Sufi
sepatah, meneruskan langkah ke bawah. Entah apa yang digesakan Akma. Barangkali
Sufi patut menyuruh Izam menunggu di dalam kereta dulu sebelum dia naik ke atas
semula untuk mengambil begnya dari atas katil. Pasti Akma tak selesa dengan
kehadiran lelaki itu di depan rumah mereka.
“Zam?”
panggil Sufi sewaktu hampir tiba di depan pintu.
Mata
Sufi membulat tatkala wajah itu muncul di depannya. Dia tidak menyangka Hashir
akan datang lagi. Sangkanya, pertemuan di pejabat tadi sudah cukup untuk
menoktahkan langkah Hashir. Sufi fikirkan tadi Izam yang sampai lebih awal ke rumahnya
dari waktu yang dijanjikan.
“Hash,”
panggil Sufi dalam nada terkejut.
Hashir
tersenyum sementara Sufi mengeluh.
“Kau
mungkin dah lupakan aku. Kau mungkin tak nak jumpa aku lagi. Atau mungkin kau
dah benci nak dengar suara aku pun. Tapi, kau hanya ada dua pilihan untuk
hilangkan aku dari pandangan kau, Fi,” luah Hashir.
Sufi
mengeluh.
“Anything,
Hash. Name it! As long as aku tak payah tengok muka kau lagi,” luah Sufi dalam
nada marah.
“Satu,
kau bunuh aku,” luah Hashir dalam nada tenang.
“Kau
dah gila?!” marah Sufi. Benci apabila Hashir bercakap soal bunuh. Dia bukan
pembunuh upahan. Kalau Hashir berminat untuk mati awal, dia perlu berikhtiar
dengan cara lain. Antaranya adalah memecut seperti pelesit yang selalu
dilakukannya tetapi kali ini dengan memejamkan mata.
“Satu
lagi pilihan kau, tolong aku, Fi. Aku perlukan pertolongan kau. Aku janji lepas
kau tolong aku, aku takkan kacau hidup kau lagi,” pohon Hashir.
“Tolong
apa? Tolong bunuh kau?” soal Sufi.
“Kau
pekak ke, gila? Bunuh tadi option pertama. Tu bukan tolong. Tu menjahanamkan,”
balas Hashir.
“Nak
orang tolong lepas tu nak marah-marah pulak,” balas Sufi, menyampah dengan
kesombongan Hashir.
“Kau
nak tolong ke tak nak?” soal Hashir.
Sufi
meraba belakang pintu, berdekatan rak kasut hitam. Di situ terbaring kayu
besbol milik Akma.
“Aku
pilih opsyen yang pertama,” jawab Sufi.
Hashir
tersentak.
“Kau
nak bunuh aku?” soal Hashir.
Sufi
mengangguk.
“Serius?”
Sufi
mengangguk lagi.
“Kau
yang cakap aku hanya ada dua pilihan,” ungkit Sufi.
“Habis,
pilihlah nombor dua,” suruh Hashir sambil cuba merampas kayu besbos yang
digenggam Sufi.
“Isy!”
jerit Sufi geram sewaktu Hashir berjaya merampas kayu besbol tadi dan
mencampakkannya ke luar rumah. Ia hampir-hampir terkena bumper Kancil kesayangan
Akma.
Akma
hampir terjerit. Dia menutup mulutnya dengan tapak tangan.
“Kalau
macam tu, baik kau bagi aku satu pilihan aje. Dah kau bagi dua, bila aku dah
pilih, kau tak bagi. Kau ni dah kenapa?” balas Sufi.
“Fine,
kau tak ada pilihan. Kau kena tolong aku. Aku tarik balik pilihan tadi,” luah
Hashir, berubah fikiran.
“Mana
boleh macam tu!” luah Sufi dalam nada bebal.
“Tolong
ajelah. Bukan susah sangat pun.”
Sufi
mengeluh.
“Tolong
apa?”
“Ikut
aku, aku akan jelaskan semuanya pada kau. Tolong ikut aku, Fi,” rayu Hashir,
mengharap.
“Aku
dah janji dengan...”
“Ni
soal hidup dan mati,” tegas Hashir.
Sufi
terdiam sekejap.
“Jom!”
ajak Hashir.
Sufi
mengekori langkah Hashir, menuju ke arah keretanya yang dipakir di laman depan.
Dia masuk ke dalam.
“Tak
boleh ke kita cakap kat sini aje?” soal Sufi.
“Tolonglah,
Fi. Kalau aku ada pilihan lain, aku takkan bawa kau dari sini. Aku perlukan
kau. Anggaplah ni untuk balas apa yang kau dah buat pada aku dulu,” ucap
Hashir, mengungkit.
“Boleh
tak kau berhenti salahkan aku pasal apa yang jadi dulu! Benda tu dah lepas,
Hash. Dah tiga tahun. Bohong sangat kalau lelaki yang perasan bagus macam kau
tak boleh lupakan hal kita dulu,” cetus
Sufi.
“Boleh,
kalau kau tolong aku yang satu ini. Lepas kau tolong aku, aku akan lupakan
semuanya,” janji Hashir.
“Fine,”
balas Sufi. Dia masuk ke ruangan sebelah pemandu, duduk di sebelah Hashir yang
terus memecut keretanya.
Deras
kereta yang dipandu Hashir bergerak. Melangkau had limitasi 150 km per jam. Dia
tidak sekalipun menoleh memandang Sufi. Matanya tertala ke depan. Hanya ke
depan. Manakala Sufi tidak senang duduk, asyik-asyik memandangnya. Manalah
tidak risau, Sufi perempuan. Kalau Hashir cuba membunuhnya barangkali dia tak
punya kudrat untuk melawan. Jasad kakunya barangkali akan dibuang dalam lombong
lama ataupun dalam semak-samun.
“Kau
nak bawa aku ke mana?” soal Sufi.
“Ingat
tak, dua minggu pertama kita keluar..?” soal Hashir kembali.
Sufi
menarik muka masam.
“Tak.”
“Biar
aku ingatkan... Kau asyik tanya aku, tentang keluarga, fasal mak dan bapak aku.
Aku cakap belum masa aku bercakap soal keluarga. Dalam bulan kedua kita keluar,
kau merungut yang aku tak pernah nak bawa kau jumpa family aku. Sekarang aku
akan bawa kau,” luah Hashir sambil menguntum senyuman sinis.
“Hash,
jangan main-main boleh tak? Aku dah janji dengan boyfriend aku! Kami nak keluar
tengok movie dengan bakal mak mertua aku! Nanti kalau aku tak pergi, apa pula
mereka fikir.”
“Aku
tak peduli! Aku yang ada dalam hidup kau dulu sebelum dia, Fi. Aku boyfriend
kau sebelum dia. Macam mana kau tergamak nak dahulukan orang lain sebelum
aku?!” marah Hashir.
“Ex-boyfriend.
Bukan boyfriend. Ex-boyfriend aku yang paling gila! See... Inilah sebabnya aku
selalu minta clash dengan kau dulu. Self-centered, tak peduli perasaan orang
lain!” tuduh Sufi.
“Cakaplah
apa kau nak cakap. Tapi, takkan ada orang lain yang boleh cintakan kau lebih
dari aku, Fi. Tak ada!” tegas Hashir.
“Jangan
overconfident sangat, boleh? Kau tak kenal pun boyfriend aku sekarang. Orang macam
kau ni hanya cintakan diri sendiri! Bukan aku! Hati dingin kau tu tak reti nak
sayangkan orang.”
“Kau
terlalu buta untuk faham cinta aku, Fi. Too bad, sekarang aku dah tak cintakan
kau lagi macam dulu. Mungkin sekarang kau boleh bezakan bila aku cinta dan bila
aku benci,” balas Hashir.
“Oh,
macam tu! Too bad, Hash. Sebenarnya, tak ada beza pun,” jawab Sufi dengan
selamba.
Hashir
tergamam sekejap.
Sufi
menjeling, memberi pandangan menyampah. Dia tidak suka apabila Hashir merasakan
dia raja segala. Seolah-olah dia boleh melakukan apa saja mengikut kehendaknya.
Seolah-olah dia saja yang betul.
“Kalau
kau tak berhentikan kereta ni, aku akan terjun keluar. Kau akan dituduh sebagai
pembunuh!” ugut Sufi.
“Terjunlah!”
suruh Hashir.
“Hash?!”
jerit Sufi.
“Aku
dah cakap, aku takkan kacau kau lagi kalau kau tolong aku. Ini syaratnya. Kau
mesti tolong aku sampai hal ni settle.”
“Tolong
pergi rumah kau? Kau nak buat apa suruh aku jumpa family kau? Mereka tak kenal
aku pun. Kau nak apa sebenarnya?” soal Sufi.
“Tolong
jadi girlfriend aku depan mama aku. Aku nak dia percaya yang aku cintakan kau
seorang,” jawab Hashir.
Sufi
tercengang.
“Aku?
Kau nak suruh perempuan yang benci kau mengaku dia girlfriend kau?” luah Sufi
sambil menuding jari telunjuk ke mukanya sendiri.
Hashir
menganggukkan kepala.
“No
way!”
“Tak
ada apa yang mustahil dalam dunia ni,” balas Hashir.
“Berhenti!”
jerit Sufi.
“Tak
nak!” jerit Hashir kembali.
“Kalau
kau tak berhenti, aku terjun!” ugut Sufi.
Hashir
menunjukkan muka selamba.
“Kalau
kau terjun pun, aku tak berhenti,” balas Hashir.
“Gila!”
jerkah Sufi.
Hashir
tersengih.
“Aku
ingat kau dah lama tau,” balasnya.
Air
mata Sufi terasa seperti hendak merembes keluar.