Home Novel Cinta Ex Aku Gila!
Ex Aku Gila!
liza nur
13/11/2013 02:26:23
91,122
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Beli Sekarang
Bab 4

Bab 4

“We continue to like Tidor for its growth prospect and comitted management. However, at this juncture, we believe the stock is overvalued and upside potential is fairly limited. Based on 3% potential downside to the current price, we recommend hold for the stock,” luah Sufi. Matanya meliar ke kanan dan kiri, memandang tiap fund manager yang berada dalam bilik mesyuarat.

“Okay. Thanks, Sufi,” ucap salah seorang fund manager yang sudah senior.

“Ada apa-apa update lagi? Economist?”

“Nothing much. US just released its unemployment data. Slight improvement on month on month basis,” luah Asri.

“Tolong hantar copy report data tu melalui email ya,” pinta salah seorang fund manager.

“Noted,” balas Asri.

“Dah lambat ni. Market dah nak buka. Thanks so much, people,” luah fund manager tadi. Dia dan rakan-rakannya bangun dan melangkah laju ke pintu.

“Okay, happy trading!” ucap salah senior Sufi, investment analyst seperti dirinya sendiri.

Research adalah rutin harian dia dan rakan-rakannya yang lain. Selewat-lewatnya jam tujuh pagi mereka sudah tercangak depan komputer dan skrin bloomberg, mencari idea-idea baru untuk dibentangkan kepada fund managers. Semua surat khabar diselak, mencari kalau-kalau ada berita sensasi yang boleh menaikkan atau menurunkan harga saham syarikat-syarikat tertentu. Setiap seorang dari mereka mempunyai sektor yang tersendiri. Dia ditugaskan menjaga saham-saham sektor pertanian dan penerbangan.

Tepat jam lapan suku. Mereka semua akan berada di dalam bilik mesyuarat bersama semua fund manager yang akan memberi arahan kepada dealer dalam urusan jual beli saham. Mereka akan memberikan nasihat tentang potensi sesebuah syarikat dan memberi saranan sama ada saham syarikat itu perlu dijual, dibeli ataupun dipegang. Mesyuarat akan turut disertai oleh pakar-pakar ekonomi yang melihat makro dan mikro sesebuah negara yang barangkali akan mempengaruhi pergerakan harga-harga saham syarikat di negara tersebut. Contohnya, peperangan di negara A barangkali menyebabkan pelabur asing di negara A menarik balik pelaburan mereka dan harga saham jatuh merundum.

Lebih kurang jam sembilan, fund managers akan kembali ke dealing room atau lokasi yang mereka panggil sebagai ‘akuarium’ yang merupakan satu bilik kaca. Dindingnya lutsinar tetapi kalis suara. Jadi, mereka tidak akan tahu sama ada fund manager mengambil keputusan untuk membeli atau menjual saham seperti saranan mereka. Mereka tidak perlu peduli. Tugasan mereka hanya memberi nasihat. Fund manager yang perlu membuat keputusan dan mengarahkan dealer untuk membeli atau menjual saham-saham tersebut.

Rutin selepas mesyuarat dengan fund manager, adalah meneruskan kajian tentang saham-saham dibawah pantauan mereka. Mereka barangkali duduk di tempat, menyiapkan financial model untuk mengira harga yang patut bagi saham sesebuah syarikat. Mungkin juga di depan skrin bloomberg untuk melihat update terbaru atau mendapatkan data-data terkini untuk melakukan valuation.

Ada juga analyst yang memilih untuk keluar untuk berjumpa sendiri key management sesebuah syarikat untuk mendapatkan update terbaru yang akan merubah harga saham. Contohnya, memenangi projek baru yang akan menambah jumlah pendapatan syarikat dan akan membuatkan pelabur berminat untuk memiliki saham berkenaan. Jadi, ada kebarangkalian harga saham akan naik. Strategi mereka adalah jual sebelum harga jatuh dan beli sebelum harga naik. Namun, kekadang ia sesuatu kerja yang sukar, umpama ahli nujum dengan crystal ball memandangkan pasaran saham dipenuhi spekulasi.

Selain dari maklumat yang diperolehi dari syarikat tertentu, analis juga selalu sibuk di talian telefon, berbicara dengan analis-analis syarikat lain untuk berkongsi maklumat dan membina hubungan baik dengan broker luar untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang pasaran saham. Semua itu adalah rutin harian Sufi setelah lima tahun bergelar investment analyst. Rutin yang sukar difahami sesetengah orang.

Ada rakan-rakannya di luar sana yang menggelarkan dia sebagai anti sosial memandangkan dia terceruk di dalam bilik untuk menulis lirik lagu yang diberikan kepadanya selepas waktu kerja. Tetapi, mereka tidak tahu kerja utamanya menuntut dia menjadi pekerja sosial yang aktif. Dia perlu berbaik dengan pelbagai jenis orang. Hidupnya kaya dengan gelagat manusia yang mempunyai berjuta ragam. Dia diajar untuk membaca air muka orang, meneliti tiap informasi dan menyelidik sama ada ia boleh dipercayai atau tidak. Anti sosial? Ah, ia sesuatu yang mustahil dalam bidang kerja sepertinya!

“Ke mana lepas ni?” soal manager Sufi, Anita sewaktu Sufi sedang bergegas keluar dari pintu bilik mesyuarat.

Sufi berhenti menapak.

“Hari ni ada meeting dengan management syarikat CPO. Nak tau update terbaru tentang expansion plan mereka di Indonesia,” jawab Sufi.

“Okay. Lepas tu ke mana? Ada broker ajak lunch. Nak pergi tak? Mana tau kot-kot ada info sensasi,” soal Anita.

“Tak apalah. Mungkin saya lambat sikit nanti,” balas Sufi.

Anita tersenyum.

“Dia sentiasa energetic, kan?” ucap Anita selepas Sufi berlalu, meloloskan diri dari pintu depan pejabat.

“Kalau tak, macam mana dia nak ada dua kerja. Tulis lirik tu dah kontra sangat dengan kerja kita sekarang kan?” balas Salwa.

Anita mengangguk.

Sufi melangkah keluar dari lif bersama ipad dan handbegnya. Itu teman rapat Sufi tiap kali dia terpaksa menghadiri meeting di luar. Untuk memudahkan kerjanya, dia akan menghantar terus nota yang diambil semasa meeting kepada fund managers sejurus selepas habis. Dia tak perlu lagi menyalinnya ke atas kertas dan kemudian menaipnya masuk ke dalam desktop sebelum dihantar kepada pengurus-pengurusnya. Berita yang sudah suam tidak berguna untuk pasaran saham.

“Sufi!” panggil suatu suara.

Sufi terpaku.

“Fi!” jerit suara itu lagi, kali ini lebih kuat. Barangkali bimbang kalau-kalau Sufi tidak mendengar panggilannya tadi.

“Hash?” luah Sufi dalam nada terkejut.

Tiga tahun lamanya, dia tidak mendengar suara itu. Tiga tahun lamanya, dia tidak ketemu dengan wajah itu. Terasa bagaikan semalam, perpisahan antara mereka berlaku. Perpisahan yang membuatkan dia menangis selama lebih dua minggu. Hampir semua bukit di kawasan Selangor didaki. Hampir semua hutan di Selangor diredah. Setelah tubuhnya kepenatan, barulah dia mampu tidur lena. Barulah nama itu beransur kabur dari kotak fikirannya.

“Aku benci kau, Sufi! Aku benci kau sangat-sangat! Aku tak nak jumpa kau lagi! Kau jangan muncul depan aku lagi!”

Bicara itu yang mengakhiri pertemuan mereka tiga tahun yang dulu, sebelum Hashir memecut kereta Mercedesnya. Tak sekalipun dia endah apabila Sufi meminta maaf. Panggilan Sufi tidak dijawab. Pada tika itu, Sufi jadi yakin yang Hashir sudah memadamkan namanya dalam hidup lelaki itu.

“Sufi...” panggil suara itu. Kali ini nadanya lebih perlahan, kedengaran bagaikan memujuk.

Sufi melajukan langkah.

“Fi, stop! Kau ni dah kenapa, gila?!” jeritan itu bergema di gegendang telinganya, mengekori langkah lajunya.

Tika itu barulah Sufi yakin yang dirinya tidak berkhayal. Hanya Hashir yang akan bersuara sebegitu dengannya. Nada suara lembut tidak kena dengan karektor kasar Hashir yang suka mengherdik dan menghinanya.

Sufi mematikan langkahan kakinya dan menoleh. Memang Hashir ada di situ untuk menemuinya. Dia berpatah balik.

“Hash?” ucapnya.

Hashir tersengih.

“Kau pekak tadi?” soal Hashir dalam nada sinis.

Sufi terkedu.

“How are you?” soal Hashir. Wajahnya selamba. Seakan-akan tidak ada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini. Dia tampak simple dengan t-shirt putih dan seluar pendek separas lutut.

“Okay. Alhamdulillah,” balas Sufi.

“Kau tu sebenarnya tak okay, gila! Kau tu dah jadi pekak! Agaknya badak pun tak pekak macam kau. Terjerit-jerit aku panggil kau dari tadi. Kesian... TUHAN bagi telinga, tak tahu nak guna!”

Hashir mengejek seperti selalu, menonjol sifatnya yang asal. Sifat yang dibenci Sufi. Dia selalu merasakan dirinya diperolok-olokkan apabila diejek Hashir untuk tiap kesilapan kecilnya.

Sufi merenung geram. Lelaki itu langsung tak berubah. Bodoh benar dirinya kerana menyangkakan Hashir akan berubah setelah bertahun-tahun tidak ketemu lelaki itu. Hashir yang berdiri di depannya sekarang masih Hashir yang dulu. Tak ada sekelumit perubahan yang ditemuinya pada diri Hashir. Hah, nasib baik hubungan mereka tidak berpanjangan! Kalau tidak, alamatnya makan hati berulam jantung setiap hari.

“Kau okay aje, kan? Dengan apa yang kau dah buat aku, sekarang kau hidup tenang macam tak ada apa-apa. Kau langsung tak rasa berdosa buat aku macam tu dulu, kan? Perempuan... Kau tinggalkan aku walaupun kau tau aku separuh gila cintakan kau dulu,” ungkit Hashir.

“Hash nak apa?” soal Sufi, celaru. Kalau Hashir datang ke situ setakat untuk menghinanya, baik Hashir pulang saja. Dia tak ada masa untuk melayani kerenah lelaki gila itu. Banyak lagi perkara yang berfaedah boleh dibuat.

“Aku nak kau, gila,” jawab Hashir.

Sufi tergamam.

“Hei, siapa yang dah gila ni sebenarnya! Cermin dulu diri sebelum tuduh orang. Dulu, Hash cakap Hash benci sangat kat Fi. Hash cakap tak nak jumpa Fi lagi,” ungkit Sufi, mengingatkan Hashir.

“Ikut Hash,” arah Hashir.

“Hash, jangan! Sufi tak nak!” marah Sufi sewaktu Hashir memaksa dia masuk ke ruangan sebelah pemandu.

“Masuk!” suruh Hashir.

“For once, Hash... Jangan paksa Fi buat apa Hash nak! Fi tak nak ikut Hash. Don’t you play dumb! Hash ni ex Fi, bukan kekasih! Kalau kekasih sekalipun, Hash tak layak nak paksa-paksa Fi buat apa Fi tak nak. Reti?!” tegas Sufi.

“I don’t care!” balas Hashir.

“I do care!” balas Sufi.

“Kenapa degil sangat ni?” soal Hashir.

“Hash, Fi dah ada orang lain. Hash dah tak ada dalam hidup Fi. Jangan memandai nak control hidup Fi. Terimalah kenyataan, Hash. Jangan kacau Fi lagi!” ucap Sufi secara terang-terangan, mengharap sebuah pengertian.

Hashir tergamam. Ada genangan jernih yang berkocak dalam matanya. Entah dari mana ia datang. Mungkinkah kerana cinta? Mustahil! Dia tidak cintakan Sufi lagi. Mungkin rasa itu hadir kerana ego dan maruah yang rasa tercalar kerana Sufi sudah ada pengganti dirinya sedangkan dia belum ketemu pengganti Sufi. Jiwa Hashir rasa kosong. Rasa geram dan marah bercampur-baur dalam dirinya.

“Okay,” ucap Hashir sepatah. Dia melepaskan Sufi dan berundur ke belakang semula. Kata-kata Sufi tadi membina tembok pemisah.

“Dulu, Hash cakap Hash benci Sufi. Jadi, jangan cari Sufi lagi. Pergilah, Hash. Hash kaya, berpelajaran. Hash sendiri cakap kan? Banyak lagi perempuan nak kat Hash. Hash tak perlukan Fi.”

Hashir terdiam.

“Ingat tak? Walaupun Fi yang minta putus, tapi Fi menyesal. Fi cari Hash nak minta maaf. Fi nak jernihkan keadaan. Hash ingat tak apa Hash cakap pada Fi?” luah Sufi mengingatkan Hashir tentang pengakhiran cinta gila mereka.

Mereka masing-masing tidak keruan waktu itu. Mereka memulakan kisah cinta mereka sewaktu Sufi baru berpisah dengan si kaki pukul, Shahrin dan Hashir pula berpisah dengan si mata duitan, Edora. Hubungan tak tentu hala mereka hanya bertahan selama enam puluh dua hari. Hubungan yang cukup pendek pada pandangan orang tetapi penyeksaan yang cukup panjang bagi Sufi.

“Fi kena pergi. Fi banyak kerja,” luah Sufi sambil melangkah meninggalkan Hashir yang masih tertegak bagaikan orang dungu.

“Fi!” jerit Hashir tetapi tidak dihiraukan Sufi.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.