Tepat jangkaan Hashir. Bunyi tadi
adalah bunyi daun pintu biliknya yang sudah pun terkuak. Lembaga yang sedang
tersengih depan pintu mengundang kemarahannya. Tak cukup dengan mama, kini
perempuan yang seorang lagi itu pula yang datang. Harap-harap janganlah dia ke
sana untuk menyambung ceritera hajat mama.
“Hello!”
Hashir
tidak memberi respon.
“Hash,
boleh pinjam laptop tak?” soal Adelia yang terus melangkah masuk tanpa menanti
kebenaran lisan darinya.
“Hoi,
Kak Lia! Kan Hash dah cakap jangan masuk bilik Hash sesuka hati. Ketuk dulu.
Mana tau Hash tengah bogel ke..” marah Hashir.
Langkah
Adelia mati. Dia merenung tepat ke mata Hashir. Adakah kenyataan yang
disuarakan adiknya tadi satu ugutan? Hashir mahu mengugutnya dengan istilah
bogel? Adakah adiknya itu tahu erti malu? Sejak bila Hashir yang dikenali dari
kecil dengan gelaran muka tembok, reti untuk diserkup malu dengannya?
Hashir kulit
mukanya tebal. Self-esteemnya terlebih tinggi. Kalau badan ala-ala Brad Pitt
tak apalah juga. Lengan pun kurus. Dia tak maskular langsung. Kalau masuk
pertandingan Maskulin, alamatnya tempat tercorotlah posisinya.
“Oh,
please! Bogel? Seriously, Hash? Aku yang tolong mak tukar lampin kau masa kau
kecil. As if I care? Macam aku tak pernah tengok kau punyalah kan sebelum ni,”
luah Adelia lantang, menyindir.
Hashir berang.
“Hei,
masa tu, Hash baby lagi. Mana sama dengan sekarang. Sekarang, orang dah tau
malu. Sekarang ni zaman Hash dah akil
balighlah. Boleh tak jangan nak ungkit-ungkit masa orang kecik?” balas Hashir.
Adelia
melangkah ke laptop Sony Vaio touch screen Hashir atas meja tulis putih di
sebelah kanan bilik adiknya. Laptop itu sendiri berwarna putih. Adelia
mempersilakan dirinya sendiri duduk atas kerusi empuk Hashir yang juga berwarna
putih selepas menekan punat power laptop.
Hashir berubah
sedikit. Hanya sedikit. Perangainya masih sama. Adelia perasan perubahan minat
adiknya kepada warna putih. Kalau dulunya semua harta milik Hashir kalau boleh
mestilah berwarna hitam, sekarangnya serba-serbi berwarna putih. Tetapi, dia
tidaklah memberi perhatian sangat. Warna apa yang Hashir minat tak penting
baginya. Asalkan Hashir tak buat kerja-kerja haram yang boleh menjatuhkan air
muka keluarga dan menjahanamkan masa depannya, Adelia tak kisah.
Kepala Adelia
ditoleh ke belakang, memandang Hashir yang sedang bersila atas katil. Dia tak
tahu apa yang mengubah mood Hashir. Marah benar nampaknya. Nafasnya kedengaran
kencang. Dia hanya nak pinjam laptop. Bukannya Hashir tak pernah pinjam
barangan Adelia sebelum ini.
“Hah, marah!”
tegur Adelia.
Telinga adiknya
merah seperti buah delima masak. Ah, itu normal! Tiap kali Hashir marah,
telinganya akan jadi merah. Hangat hatinya diresap naik ke cuping telinga.
Adelia tidak dapat menjelaskannya secara saintifik tetapi memang itulah cara
dia mengetahui sama ada adiknya marah atau tidak sejak kecil. Cuping telinga
adalah indicator utama Hashir. Tak perlu hendak bertanya. Kalau telinga Hashir
bertukar merah, tandanya hatinya sedang menggelegak.
Adakah dia takut?
Sudah pasti tidak. Hashir memang perengus. Kemarahannya juga adalah perkara
normal dan tidak signifikan pada Adelia. Kalau diambil berat, makin berlemak
jadinya. Dia hanya perlu pura-pura tidak kisah. Hashir akan bertenang dengan
sendirinya tanpa perlu dipujuk rayu.
“Look,
Hash... Kau tu mana tau malu-malu. Kau tu dasar muka tak malu. Masa umur tujuh
tahun, kau still berkeliaran dalam rumah berbogel sampaikan mama terpaksa rotan
kau. Lupa?”
“Tujuh
tahun. You gotta be kidding me, Kak Lia? Nak ungkit sejarah sembilan belas
tahun lepas? Diam, boleh! Orang tengah panas dengan mama! Jangan nak tambah
beban otak orang ni, boleh?” balas Hashir.
Waktu itu, dia
belum panjang akal. Baginya, normallah kalau kanak-kanak belum akil baligh
tidak tahu malu. Semua orang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan berbogel,
tidak disaluti walau seurat benang. Manusia diajar dan dilatih dengan sifat
malu selaras dengan pertumbuhan usia mereka.
“Ah,
panas apa pulak kau?! Orang muka tak malu macam kau buat apa nak terasa, nak
bebal-bebal. Akak masih ingat. Azhan pernah cerita pasal girlfriend ketiga
Hash, Sufi. Hash berdiri dua jam depan pintu kereta dia sebab nak paksa dia
jadi kawan Hash. Take that, lil brother! Itu adalah ciri-ciri orang tak tahu
malu!” ungkit Adelia. Dia menekan icon Google Chrome yang tidak ditutup
adiknya.
Muncul log in
terakhir adiknya di akaun facebook. Tetapi Hashir tidak berada di pagenya
sendiri. Dia berada di page seorang gadis yang mempunyai akaun public. Jadi,
semua orang boleh melihat gambar dan status-status peribadinya.
“Hash tak pernah
cakap Sufi ni penulis lirik lagu? Azhan cakap dia ni akauntan,” luah Adelia
dalam nada terkejut.
Ada keluhan yang
dilepaskan. Dia terus terjun turun dari katilnya dan berlari ke laptopnya.
Tanpa sepatah bicara, Hashir merampas dulu mouse di tangan Adelia. Page
facebook Sufi ditutupnya. Dia membukakan tab baru untuk kegunaan Adelia.
“Quit being nosy,
Kak Lia!”
Adelia menjeling.
“Jadi, kenapa
kalau dia part-time penulis lirik? Apa masalahnya? Dia memang mengarang dari
masa umur dia tujuh belas tahun. Lagi satu, dia kerja dalam bidang investment.
Dia bukan akauntan,” luah Hashir, membetulkan tanggapan Adelia.
Adelia tersenyum
sinis.
“Apa masalahnya?
Hash tanya akak apa masalahnya? Masalah dah depan mata macam ni, Hash masih tak
nampak-nampak?”
“What?”
Hashir bingung.
“Kenapa Hash stalk
Sufi? She’s your ex. Dia bukan girlfriend Hash lagi. Azhan cakap Hash berpisah dengan
dia tiga tahun lepas, semasa Kak Lia masih study kat India. Dah tiga tahun,
Hash. Grow up!”
“Azhan cakap tu...
Azhan cakap ni.. Inilah masalahnya bila kakak kandung sendiri dating dengan
kawan baik kita,” rungut Hashir.
“This is bloody
sick, Hash. Dah berapa lama Hash stalk dia? Dah macam seriel killer kau ni.”
“Hash bukan
stalker. Hash hanya nak tahu apa jadi dengan dia sekarang. Come on! Takkan Kak
Lia ingat Hash tak boleh lupakan dia? Kami hanya date untuk enam puluh dua
hari. Dalam tempoh tu, lima kali dia minta clash dengan Hash. Takkan Hash nak
stalk perempuan macam tu?” ungkit Hashir, menidakkan dakwaan Adelia.
“Okay, rasa macam
lagi serius dari sangkaan awal akak. Hash masih ingat berapa lama Hash dengan
dia dating dan berapa kali dia minta putus? Sejak bila Hash peduli pasal
perempuan? Kak Lia tau teman wanita Hash sebelum tu, nama pun Hash dah tak
ingat,” gertu Adelia, seakan tidak percaya.
Mata Adelia tidak
berkelip, memandang Hashir yang tampak resah. Dia tahu ego adiknya lebih tinggi
dari ketinggian 180 cm yang dimilikinya. Hashir ego untuk mengakui perasaan
sendiri. Padanlah semua calon-calon pilihan mama mereka ditolak mentah-mentah.
Rupa-rupanya dia masih tidak melepaskan sejarah enam puluh dua harinya bersama
gadis yang bernama Sufi itu.
“Gilalah, Hash!
Terus mati mood akak nak online. Akak keluar berkebunlah,” luah Adelia sambil
melangkah ke pintu.
“I’m not a stalker!”
jerit Hashir.
“Yeah, whatever!”
sindir Adelia.
Hashir mengeluh.
Dia menghempas daun biliknya kuat-kuat. Langkahnya disusun ke katil semula. Dia
bersandar di kepala katil. Smartphone tiga tahun lepas yang digunakannya
sehingga ke hari ini dicapainya.
Ya, handphone
keluaran Samsung itu sudah tua. Dia selalu diejek kerana masih menggunakannya
sehingga ke saat ini. Sehingga ke hari ini, dia akan dihujani soalan mengapa
dia tidak menukarkan handphonenya. Bukannya Hashir tidak mampu tetapi terlalu
banyak sentimental value antara dia dan handphone tua itu. Gambar lama Sufi
yang ditangkap curi-curi dulu masih ada dalam simpanannya. Gambar yang melurut
benci dalam sanubarinya sehingga kini.
Tiada lagi cinta.
Yang ada hanya dendam kesumat yang membuak-buak. Dia mahu Sufi menderita. Dia
mahu Sufi sakit seperti Sufi menyakitinya dulu. Hatinya tidak puas melihat
kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai Sufi. Kehilangannya seolah-olah
tidak bererti apa-apa.
“Saya tak nak
kawan dengan awaklah. Saya tak kenal awak. Kalau awak ganggu saya, saya akan
call polis,” ugut suara gadis yang diperhatikannya sejak mereka berada di kedai
makan tadi.
“Sebab tak kenal,
saya nak berkenalan,” luah Hashir.
“Isy... awak tak
faham Bahasa Melayu ke? Saya tak nak kenal awak! Awak jangan kacau saya. Saya
tak boleh kawan dengan awak. Saya dah kahwin. Dah ada tiga anak. Nanti laki
saya marah,” bohong Sufi.
“Oh, awak ni dah
kahwin! Baguslah, boleh saya kenal dengan suami dan anak-anak awak sekali. Lagi
ramai kawan saya,” luah Hashir.
“Eee... Awak ni
memang muka tak malu! Awak reti bahasa tak saya cakap saya tak nak kenal awak?!”
jerkah Sufi.
“Memang. Kakak
saya pun selalu cakap saya ni muka tak malu. So? Boleh kita berkenalan?” balas
Hashir.
Hashir tertawa
sendiri tatkala mengenangkan detik pertama dia bertemu dengan Sufi. Dia sendiri
tidak tahu apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengenali diri Sufi. Dalam
puluhan wanita yang ada dalam kedai makan yang sama, matanya terpaku pada Sufi,
si sepet yang hanya setinggi bahunya.
Apa yang membuatkan
dia gilakan Sufi? Dia sendiri tidak tahu. Pada saat itu, dia hanya tahu dia
perlu berkenalan dengan Sufi. Dia takut dia takkan dapat bertemu dengan Sufi
lagi kalau mereka berpisah di situ.
“Kau dah gila?” Soalan
itu ditanyakan Azhan berkali-kali kepadanya sewaktu dia memberitahu Azhan yang
dia menyukai Sufi.
“Kalau kau rasa
menyintai gadis yang baru aku kenali satu kegilaan, ya memang aku dah gila. Aku
gilakan Sufi,” luahnya suatu ketika dulu. Luahan yang membuatkan Azhan tergelak.
Jari-jemarinya
berlari atas keyboard laptop yang tidak dimatikan Adelia sebelum keluar. Dia
masuk ke dalam akaun facebooknya semula. Nama pena Sufi ditaipnya dalam kotak
carian. Dia dan Sufi tidak berkawan di laman sosial itu. Jadi, Sufi tidak
pernah ada dalam senarai kawannya. Dia perlu mencari secara manual. Display
image Sufi diperhatikannya.
Gadis berkulit
kuning langsat itu tersengih lebar dalam display imagenya di laman muka buku.
Matanya yang sepet hanya tampak bagaikan satu garisan apabila dia tersenyum
lebar. Alis matanya tidak lentik dan tidak pula pernah cuba dilentikan
menggunakan mascara. Keningnya tidak terbentuk. Apa yang dicarinya pada wajah
itu? Mengapa wajah itu dirinduinya separuh gila suatu ketika dulu?
“You’re a monster,
Sufi. Satu hari nanti kau akan dapat balasan sebab mainkan perasaan orang macam
aku,” luah Hashir sendirian.Tepat jangkaan Hashir. Bunyi tadi adalah bunyi daun pintu biliknya yang sudah pun terkuak. Lembaga yang sedang tersengih depan pintu mengundang kemarahannya. Tak cukup dengan mama, kini perempuan yang seorang lagi itu pula yang datang. Harap-harap janganlah dia ke sana untuk menyambung ceritera hajat mama.
“Hello!”
Hashir tidak memberi respon.
“Hash, boleh pinjam laptop tak?” soal Adelia yang terus melangkah masuk tanpa menanti kebenaran lisan darinya.
“Hoi, Kak Lia! Kan Hash dah cakap jangan masuk bilik Hash sesuka hati. Ketuk dulu. Mana tau Hash tengah bogel ke..” marah Hashir.
Langkah Adelia mati. Dia merenung tepat ke mata Hashir. Adakah kenyataan yang disuarakan adiknya tadi satu ugutan? Hashir mahu mengugutnya dengan istilah bogel? Adakah adiknya itu tahu erti malu? Sejak bila Hashir yang dikenali dari kecil dengan gelaran muka tembok, reti untuk diserkup malu dengannya?
Hashir kulit mukanya tebal. Self-esteemnya terlebih tinggi. Kalau badan ala-ala Brad Pitt tak apalah juga. Lengan pun kurus. Dia tak maskular langsung. Kalau masuk pertandingan Maskulin, alamatnya tempat tercorotlah posisinya.
“Oh, please! Bogel? Seriously, Hash? Aku yang tolong mak tukar lampin kau masa kau kecil. As if I care? Macam aku tak pernah tengok kau punyalah kan sebelum ni,” luah Adelia lantang, menyindir.
Hashir berang.
“Hei, masa tu, Hash baby lagi. Mana sama dengan sekarang. Sekarang, orang dah tau malu. Sekarang ni zaman Hash dah akil balighlah. Boleh tak jangan nak ungkit-ungkit masa orang kecik?” balas Hashir.
Adelia melangkah ke laptop Sony Vaio touch screen Hashir atas meja tulis putih di sebelah kanan bilik adiknya. Laptop itu sendiri berwarna putih. Adelia mempersilakan dirinya sendiri duduk atas kerusi empuk Hashir yang juga berwarna putih selepas menekan punat power laptop.
Hashir berubah sedikit. Hanya sedikit. Perangainya masih sama. Adelia perasan perubahan minat adiknya kepada warna putih. Kalau dulunya semua harta milik Hashir kalau boleh mestilah berwarna hitam, sekarangnya serba-serbi berwarna putih. Tetapi, dia tidaklah memberi perhatian sangat. Warna apa yang Hashir minat tak penting baginya. Asalkan Hashir tak buat kerja-kerja haram yang boleh menjatuhkan air muka keluarga dan menjahanamkan masa depannya, Adelia tak kisah.
Kepala Adelia ditoleh ke belakang, memandang Hashir yang sedang bersila atas katil. Dia tak tahu apa yang mengubah mood Hashir. Marah benar nampaknya. Nafasnya kedengaran kencang. Dia hanya nak pinjam laptop. Bukannya Hashir tak pernah pinjam barangan Adelia sebelum ini.
“Hah, marah!” tegur Adelia.
Telinga adiknya merah seperti buah delima masak. Ah, itu normal! Tiap kali Hashir marah, telinganya akan jadi merah. Hangat hatinya diresap naik ke cuping telinga. Adelia tidak dapat menjelaskannya secara saintifik tetapi memang itulah cara dia mengetahui sama ada adiknya marah atau tidak sejak kecil. Cuping telinga adalah indicator utama Hashir. Tak perlu hendak bertanya. Kalau telinga Hashir bertukar merah, tandanya hatinya sedang menggelegak.
Adakah dia takut? Sudah pasti tidak. Hashir memang perengus. Kemarahannya juga adalah perkara normal dan tidak signifikan pada Adelia. Kalau diambil berat, makin berlemak jadinya. Dia hanya perlu pura-pura tidak kisah. Hashir akan bertenang dengan sendirinya tanpa perlu dipujuk rayu.
“Look, Hash... Kau tu mana tau malu-malu. Kau tu dasar muka tak malu. Masa umur tujuh tahun, kau still berkeliaran dalam rumah berbogel sampaikan mama terpaksa rotan kau. Lupa?”
“Tujuh tahun. You gotta be kidding me, Kak Lia? Nak ungkit sejarah sembilan belas tahun lepas? Diam, boleh! Orang tengah panas dengan mama! Jangan nak tambah beban otak orang ni, boleh?” balas Hashir.
Waktu itu, dia belum panjang akal. Baginya, normallah kalau kanak-kanak belum akil baligh tidak tahu malu. Semua orang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan berbogel, tidak disaluti walau seurat benang. Manusia diajar dan dilatih dengan sifat malu selaras dengan pertumbuhan usia mereka.
“Ah, panas apa pulak kau?! Orang muka tak malu macam kau buat apa nak terasa, nak bebal-bebal. Akak masih ingat. Azhan pernah cerita pasal girlfriend ketiga Hash, Sufi. Hash berdiri dua jam depan pintu kereta dia sebab nak paksa dia jadi kawan Hash. Take that, lil brother! Itu adalah ciri-ciri orang tak tahu malu!” ungkit Adelia. Dia menekan icon Google Chrome yang tidak ditutup adiknya.
Muncul log in terakhir adiknya di akaun facebook. Tetapi Hashir tidak berada di pagenya sendiri. Dia berada di page seorang gadis yang mempunyai akaun public. Jadi, semua orang boleh melihat gambar dan status-status peribadinya.
“Hash tak pernah cakap Sufi ni penulis lirik lagu? Azhan cakap dia ni akauntan,” luah Adelia dalam nada terkejut.
Ada keluhan yang dilepaskan. Dia terus terjun turun dari katilnya dan berlari ke laptopnya. Tanpa sepatah bicara, Hashir merampas dulu mouse di tangan Adelia. Page facebook Sufi ditutupnya. Dia membukakan tab baru untuk kegunaan Adelia.
“Quit being nosy, Kak Lia!”
Adelia menjeling.
“Jadi, kenapa kalau dia part-time penulis lirik? Apa masalahnya? Dia memang mengarang dari masa umur dia tujuh belas tahun. Lagi satu, dia kerja dalam bidang investment. Dia bukan akauntan,” luah Hashir, membetulkan tanggapan Adelia.
Adelia tersenyum sinis.
“Apa masalahnya? Hash tanya akak apa masalahnya? Masalah dah depan mata macam ni, Hash masih tak nampak-nampak?”
“What?”
Hashir bingung.
“Kenapa Hash stalk Sufi? She’s your ex. Dia bukan girlfriend Hash lagi. Azhan cakap Hash berpisah dengan dia tiga tahun lepas, semasa Kak Lia masih study kat India. Dah tiga tahun, Hash. Grow up!”
“Azhan cakap tu... Azhan cakap ni.. Inilah masalahnya bila kakak kandung sendiri dating dengan kawan baik kita,” rungut Hashir.
“This is bloody sick, Hash. Dah berapa lama Hash stalk dia? Dah macam seriel killer kau ni.”
“Hash bukan stalker. Hash hanya nak tahu apa jadi dengan dia sekarang. Come on! Takkan Kak Lia ingat Hash tak boleh lupakan dia? Kami hanya date untuk enam puluh dua hari. Dalam tempoh tu, lima kali dia minta clash dengan Hash. Takkan Hash nak stalk perempuan macam tu?” ungkit Hashir, menidakkan dakwaan Adelia.
“Okay, rasa macam lagi serius dari sangkaan awal akak. Hash masih ingat berapa lama Hash dengan dia dating dan berapa kali dia minta putus? Sejak bila Hash peduli pasal perempuan? Kak Lia tau teman wanita Hash sebelum tu, nama pun Hash dah tak ingat,” gertu Adelia, seakan tidak percaya.
Mata Adelia tidak berkelip, memandang Hashir yang tampak resah. Dia tahu ego adiknya lebih tinggi dari ketinggian 180 cm yang dimilikinya. Hashir ego untuk mengakui perasaan sendiri. Padanlah semua calon-calon pilihan mama mereka ditolak mentah-mentah. Rupa-rupanya dia masih tidak melepaskan sejarah enam puluh dua harinya bersama gadis yang bernama Sufi itu.
“Gilalah, Hash! Terus mati mood akak nak online. Akak keluar berkebunlah,” luah Adelia sambil melangkah ke pintu.
“I’m not a stalker!” jerit Hashir.
“Yeah, whatever!” sindir Adelia.
Hashir mengeluh. Dia menghempas daun biliknya kuat-kuat. Langkahnya disusun ke katil semula. Dia bersandar di kepala katil. Smartphone tiga tahun lepas yang digunakannya sehingga ke hari ini dicapainya.
Ya, handphone keluaran Samsung itu sudah tua. Dia selalu diejek kerana masih menggunakannya sehingga ke saat ini. Sehingga ke hari ini, dia akan dihujani soalan mengapa dia tidak menukarkan handphonenya. Bukannya Hashir tidak mampu tetapi terlalu banyak sentimental value antara dia dan handphone tua itu. Gambar lama Sufi yang ditangkap curi-curi dulu masih ada dalam simpanannya. Gambar yang melurut benci dalam sanubarinya sehingga kini.
Tiada lagi cinta. Yang ada hanya dendam kesumat yang membuak-buak. Dia mahu Sufi menderita. Dia mahu Sufi sakit seperti Sufi menyakitinya dulu. Hatinya tidak puas melihat kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai Sufi. Kehilangannya seolah-olah tidak bererti apa-apa.
“Saya tak nak kawan dengan awaklah. Saya tak kenal awak. Kalau awak ganggu saya, saya akan call polis,” ugut suara gadis yang diperhatikannya sejak mereka berada di kedai makan tadi.
“Sebab tak kenal, saya nak berkenalan,” luah Hashir.
“Isy... awak tak faham Bahasa Melayu ke? Saya tak nak kenal awak! Awak jangan kacau saya. Saya tak boleh kawan dengan awak. Saya dah kahwin. Dah ada tiga anak. Nanti laki saya marah,” bohong Sufi.
“Oh, awak ni dah kahwin! Baguslah, boleh saya kenal dengan suami dan anak-anak awak sekali. Lagi ramai kawan saya,” luah Hashir.
“Eee... Awak ni memang muka tak malu! Awak reti bahasa tak saya cakap saya tak nak kenal awak?!” jerkah Sufi.
“Memang. Kakak saya pun selalu cakap saya ni muka tak malu. So? Boleh kita berkenalan?” balas Hashir.
Hashir tertawa sendiri tatkala mengenangkan detik pertama dia bertemu dengan Sufi. Dia sendiri tidak tahu apa yang membuatkan dia tertarik untuk mengenali diri Sufi. Dalam puluhan wanita yang ada dalam kedai makan yang sama, matanya terpaku pada Sufi, si sepet yang hanya setinggi bahunya.
Apa yang membuatkan dia gilakan Sufi? Dia sendiri tidak tahu. Pada saat itu, dia hanya tahu dia perlu berkenalan dengan Sufi. Dia takut dia takkan dapat bertemu dengan Sufi lagi kalau mereka berpisah di situ.
“Kau dah gila?” Soalan itu ditanyakan Azhan berkali-kali kepadanya sewaktu dia memberitahu Azhan yang dia menyukai Sufi.
“Kalau kau rasa menyintai gadis yang baru aku kenali satu kegilaan, ya memang aku dah gila. Aku gilakan Sufi,” luahnya suatu ketika dulu. Luahan yang membuatkan Azhan tergelak.
Jari-jemarinya berlari atas keyboard laptop yang tidak dimatikan Adelia sebelum keluar. Dia masuk ke dalam akaun facebooknya semula. Nama pena Sufi ditaipnya dalam kotak carian. Dia dan Sufi tidak berkawan di laman sosial itu. Jadi, Sufi tidak pernah ada dalam senarai kawannya. Dia perlu mencari secara manual. Display image Sufi diperhatikannya.
Gadis berkulit kuning langsat itu tersengih lebar dalam display imagenya di laman muka buku. Matanya yang sepet hanya tampak bagaikan satu garisan apabila dia tersenyum lebar. Alis matanya tidak lentik dan tidak pula pernah cuba dilentikan menggunakan mascara. Keningnya tidak terbentuk. Apa yang dicarinya pada wajah itu? Mengapa wajah itu dirinduinya separuh gila suatu ketika dulu?
“You’re a monster, Sufi. Satu hari nanti kau akan dapat balasan sebab mainkan perasaan orang macam aku,” luah Hashir sendirian.