Bab
9
“No,”
lafaz Hashir.
“Yes,”
balas Sufi.
“No!”
jerit Hashir.
Sufi
menunjukkan air muka tidak peduli. Dia tidak kisah. Sama ada Hashir merestuinya
atau tidak, tidak akan mengubah apa-apa. Tiga bulan dari sekarang, dia akan
bergelar isteri kepada Izam.
Mereka akan mengadakan majlis pernikahan
secara kecil-kecilan berbekalkan ongkos yang tidak seberapa. Bagi mereka,
kemeriahan majlis itu nanti bukan terletak pada not ringgit. Cukuplah kalau
mereka ada antara satu sama lain sebagai teman sehidup semati. Bukan kemeriahan
majlis itu yang akan menentukan kebahagiaan mereka.
“Kau
tak boleh kahwin, Sufi. Masalah aku belum selesai!” tegas Hashir, geram melihat
sifat acuh tak acuh Sufi.
“Masalah
kau, Hash. Bukan masalah aku. Jangan cari aku lagi. Aku dah penat nak layan
kau, nak tengok muka kau. Pergilah, Hash!” suruh Sufi.
“Kau
halau aku?” soal Hashir.
Ternyata
kedatangannya hari itu mengundang kemarahan Sufi. Lima belas minit lamanya,
Hashir memaksa Akma memanggil Sufi turun. Gadis itu tak mahu bertemu dengannya.
Menurut Akma tadi, Sufi menyuruh dia meninggalkan kediaman mereka atau dia akan
menghubungi pihak berkuasa.
Mujurlah, sifat
keras kepala Hashir berbaloi jua. Dia enggan beredar selagi Sufi tak mahu
menemuinya. Mahu atau tidak, akhirnya Sufi terpaksa turun ke bawah untuk
menemui ex-boyfriend gilanya itu.
“Betul
tu. Aku halau kau. Kalau kau sedar diri, baik kau baliklah. Jangan muncul depan
aku lagi,” balas Sufi.
Hashir
merengus geram.
“Dulu,
kau yang minta maaf dari aku. Kau cakap kau yang bersalah sebab minta putus.
Kau janji kalau aku beri peluang pada kau sekali lagi, kau takkan minta putus
lagi. Kau lupa?” ungkit Hashir.
“Dan...
kau tak pernah bagi aku peluang, Hash. Tak pernah. Kau lepaskan aku. Kau cakap
kau benci aku. Tiga tahun, Hash. Sekarang, kau balik semata-mata sebab nak aku
tolong kau.”
“Mama
dah suka kau. Apa salahnya kalau kau teruskan drama kau. Sekejap saja. Lepas
kau yakinkan mama, kau boleh nyah dari hidup aku. Aku tak heran pun. Aku takkan
cari kau balik,” gesa Hashir.
Hashir sudah
benar-benar terdesak. Kalau tidak, manakan dia sanggup datang menundukkan
egonya seperti itu, memohon bantuan Sufi. Dia tak boleh berkahwin dengan
Natalia. Segala impian-impiannya akan musnah bagaikan apple snail yang dipijak
tapak kasutnya ketika jungle-trekking. Natalia akan membuatkan kepalanya
pusing. Gadis itu akan menjadi beban.
“Tolonglah,
Hash. Aku rayu pada kau. Aku dah nak kahwin, Hash. Aku dah jumpa dengan lelaki
yang betul-betul cintakan aku dan aku cintakan dia. Tolonglah jangan seksa aku
macam ni,” rayu Sufi.
“Dengar,
Sufi. Kau kenal aku. Aku boleh buat apa saja agarkan hajat aku tercapai. Aku
boleh musnahkan semua impian kau sampaikan lelaki ni tak nak pandang muka kau
sekali pun!” ugut Hashir.
Mata
Sufi berair. Dia tahu kegilaan Hashir. Otak lelaki itu tidak pernah masuk dek
akal. Dia sanggup melakukan apa saja asalkan segala yang dihajatinya tercapai. Sufi
tidak mahu kehilangan cintanya lagi. Bukan mudah untuk berjumpa dengan lelaki
yang sanggup menerimanya dalam apa jua keadaan, menyayangi dan menjaga dirinya
sehingga ke akhir hayat.
Sufi yakin Izam
adalah lelaki itu. Kalau tidak, mustahil lelaki itu sanggup melamar dirinya di
awal usia perkenalan mereka. Izam mencari cinta selepas kahwin dari cinta yang
tak ada destinasi yang pasti. Memang itu seeloknya.
“Sampai
hati kau, Hash,” luah Sufi, terkilan.
“Tak
payah berlagak baik dengan aku. Nak muntah aku dengar, Fi. Aku kenal siapa kau
yang sebenarnya,” balas Hashir.
Sufi
terdiam. Tak cukup lagikah Hashir menghina? Kenapa dalam benar dendam Hashir
terhadap cinta yang kononnya sudah tidak bererti lagi? Kalau cinta mereka dulu
tak ada impaknya lagi pada Hashir, mengapa dia perlu terusan berdendam dan
menyeksa Sufi? Jelas yang dia belum melepaskan Sufi sepenuhnya.
Tiga tahun yang
berlalu bagaikan ayunan tiga kidung masa bagi Hashir. Seakan tak ada apa-apa
yang berubah dalam tempoh itu. Selain daripada dia sudah memiliki masternya,
dia masih Hashir yang dulu. Ego tebal yang dimilikinya dulu tak pernah lekang.
“Kalau
aku halang perkahwinan kau, Sufi, kau akan kehilangan dia untuk selama-lamanya.
Kau tahu aku sanggup buat apa saja. Kau tak nak jadi musuh aku, Fi. Bukan
sekarang. Aku terdesak,” gesa Hashir.
Wajah
gila Hashir diperhatikan. Di mana kekurangan wajah itu? Wajah yang seiras
Matthew Gray Gubler versi Melayu. Selalunya Hashir tampak garang dan misteri.
Tetapi apabila dia tersenyum, wajahnya akan dimaniskan dengan kehadiran
sepasang lesung pipit di pipi kanan dan kirinya.
Hashir gemar
berbaju t-shirt warna yang lembut seperti putih dan baby blue. Si gila itu benci
pakaian formal, membuatkan dia tak pernah menjadi pekerja kolar putih dalam
tempoh yang lama. Dia selalunya hanya mengenakan jeans ataupun seluar pendek paras
lutut. Itu yang diperhatikan Sufi sejak awal perkenalan mereka dulu. Dia tak
pernah melihat Hashir mengenakan t-shirt warna terang seperti kuning dan
orange, jauh sekali warna gelap seperti hitam dan dark blue.
Tak
ada yang kurang dengan lelaki itu melainkan sifatnya yang kekadang
menjengkelkan. Dia boleh mendapatkan mana-mana wanita lain sebagai teman
wanitanya. Tak perlu berlakon. Mereka pasti sanggup menjadi teman wanitanya
yang sebenar. Jadi, untuk apa memohon bantuan Sufi untuk menjadi kekasih palsunya?
Jauh di sudut
hatinya, Sufi tahu Hashir boleh mendapat wanita yang lebih indah dipandang
mata. Apa motif lelaki itu menjejaknya? Kalau benar Hashir tidak berpuas hati
kerana Sufi sudah temui pengganti, bukankah lebih molek dia mencari kekasih
baru dari menghabiskan masa cuba merosakkan hubungan orang.
“Kau
carilah perempuan lain. Ada banyak perempuan dalam dunia ni, Hash,” luah Sufi,
memberanikan diri menyuarakan saranan.
“Perempuan
lain akan mengharapkan lebih. Kau lain, Fi. Aku takkan tertipu dengan kau, aku
tak hadap nak pandang muka kau lagi. Kau pun dah nak kahwin, kau takkan tuntut
apa-apa dari aku...” jelas Hashir.
Sufi
mengeluh. Entahlah untuk kali yang ke berapa. Dia sendiri sudah terlupa. Selagi
kisah gila ini belum bernoktah, selagi itulah dia akan mengeluh, menyesali
nasib diri. Enam puluh dua hari yang yang dibazirkan bersama lelaki itu
menghukumnya kini. Dia terasa seperti dijerut, sesak untuk bernafas. Kalau
Hashir mengetatkan cerutan itu, barangkali dia akan mati kelemasan.
“Kau
janji kau akan lepaskan aku lepas mama kau batalkan rancangan dia untuk
kahwinkan kau dengan Natalia?” soal Sufi.
Hashir
menganggukkan kepala.
“Definitely.
You are not in my future plan, Fi. Aku tak berminat untuk simpan kau,” luah
Hashir.
Mata
sepet itu. Hidung yang tidak mancung. Bibir yang kecil tapi merah merekah. Wajah
itu adalah wajah yang pernah dirindui dulu. Wajah yang membuatkan dia terfikir
untuk berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Tetapi, itu dulu, sebelum dia
mengerti isi hati gadis itu yang busuk.
Sifat Sufi tidak
sesuci namanya. Dia makhluk tercela, makhluk yang rela merosakkan hati orang
yang ikhlas menyukainya. Hashir takkan mengutuskan rasa cinta ke dalam hidupnya
lagi. Tidak! Dia akan menghumban nama itu keluar dari hatinya selepas semuanya
selesai. Sufi hanya picisan, bukan hadir untuk menghuni di hati buat satu
tempoh yang panjang.
“Okay,”
jawab Sufi.
“Kalau
macam tu, jom ikut aku jumpa mama sekarang. Mama nak ajak kau masak sama-sama,”
ucap Hashir.
“Hash,
hari tak boleh. Pukul lima nanti, aku kena keluar dengan bakal suami aku. Aku
dah janji,” tolak Sufi.
“Cakaplah
dengan dia, kau lambat sikit. Sekarang baru pukul sebelas pagi. Sempat aje aku
hantarkan kau balik sebelum pukul lima petang,” luah Hashir dalam nada acuh tak
acuh. Janji Sufi pada Izam tidak penting di matanya. Dia hanya risaukan masalah
dirinya seorang. Ia lebih penting.
“Nanti
kalau balik lambat..?” soal Sufi.
“Aku
cakap sempat tu sempatlah. Kau ingat Merz aku tak boleh lari laju? Tolong
sikit. Jangan samakan Myvi kau dengan kereta aku,” sindir Hashir.
Sufi
menarik muka masam.
“Meluat
pulak aku tengok. Dah, jom gerak, gila!” gesa Hashir.
“Boleh
tak jangan panggil aku gila?”
Hashir
menunjukkan muka selamba.
“Dah
kau memang gila, nak buat macam mana? Gila! Gila! Gila! Perempuan gila!”
balasnya.
“Mengata
dulang, paku serpih!” balas Sufi semula.
Hashir
tercengang. “Hah?”
“Itulah
akibatnya kalau subjek Bahasa Melayu SPM dapat tujuh. Nama aje orang Melayu,
peribahasa pun tak tau,” ejek Sufi, pedas.