Bab 31

BAB 31

AKHIRNYA kami sampai di hadapan sebuah restoran yang terletak di tepi sebuah tasik. Teringat pula kenangan aku dengan Luqman semasa dekat tasik dulu. Aku mengerling ke arah Luqman yang sedang menyarungkan jaket hitam dan kaca mata hitam. Hairan aku, dah kenapa nak pakai spek hitam bagai? Dah macam detektif pulak aku tengok.

"Dah kenapa abang pakai spek mata hitam? Dah macam detektif pulak Aly tengok..."

Dia menoleh memandang ke arah aku sambil membetulkan spek mata hitamnya itu. Aku menjongketkan kening memandangnya. Acah-acah handsome pula dah.

"Saja. Sekali sekala kena bergaya. Dah lama abang beli spek ni, dah beli tapi tak pakai kan membazir namanya."

Aku memutarkan bebola mata. Ada saja jawapan dia. Tak pernah tak mengalah.

"Hmm... yelah. Jomlah, perut Aly dah lapar..."

Serentak kami keluar dari perut kereta dan beriringan jalan masuk ke dalam restoran itu. Suasana restoran itu sangat romantis dengan lampu-lampu yang menyala malap kemudian dihiasi dengan bunga-bunga ros yang masih segar dan berbau wangi. Luqman memilih tempat duduk yang agak jauh ke dalam dari orang ramai, betul-betul tepi cermin tingkap.

Aku terpinga-pinga memandang ke arahnya saat dia menarikkan kerusi dan kemudian tersenyum ke arah aku.

"Wahai sayangku, duduklah. Nak abang dudukkan ke apa?"

Laju aku menggelengkan kepala lantas melabuhkan punggung di atas kerusi yang ditarikkan tadi. Perbuatan dia tadi sangat luar jangkaan aku. Tak pernah-pernah dia buat macam tu, jadi aku peliklah.

Romantik pula dia hari ni...

*****

SEPINGGAN lamb chop dan segelas air chocolate milkshake menjadi pilihan menu santapan aku malam ini. Luqman pula memesan sepinggan meatball with brown sauce dengan segelas air jus tembikai susu. Ketika aku menyuap suapan pertama dalam mulutku, aku terasa Luqman sedang memerhatikan aku lama tanpa rasa sedikit pun mahu bergerak, menjamah makanannya itu.

"Alyna..."

Aku mendongakkan kepala perlahan, jantung aku sudah berdegup kencang. Masa macam nilah nak gugup. Asal depan dia aje mesti jantung berdebar-debar lagi-lagi kalau dia panggil nama aku.

"Ya?" sahut aku dengan nada sedikit terketar.

"Abang tak sangka yang Alyna sekarang ada depan mata abang semula. Abang takut yang abang takkan jumpa Alyna lagi. Abang rasa bodoh bila abang tinggalkan Aly," ujarnya dengan nada yang perlahan.

Ayatnya membuatkan hati aku terasa sedih. Aku pun takut kalau aku tak dapat jumpa dia lagi dan meluahkan perasaan yang selama ini aku simpankan untuk dia.

"Aly, abang janji abang akan jaga dan lindungi Aly sepenuh nyawa abang. Abang takkan tinggalkan Aly macam tu lagi. Maafkan abang..."

Lama dia merenung anak mata aku dan aku menganggukkan kepala sambil melorekkan senyuman kecil untuknya.

"Aly maafkan abang. Aly tahu ada sebab kenapa abang buat macam tu. Mungkin sebab Aly ke kan? Aly tak paksa untuk abang ceritakan semuanya. Ambillah masa abang tapi abang kena janji yang abang akan ceritakan semuanya kenapa abang tinggalkan Aly selama tujuh bulan tu."

Dia tersenyum sambil menganggukkan kepala.

"Abang bertuah sangat sebab dapat Aly yang boleh memahami abang. Aly lah satu-satunya orang yang mampu memahami abang walaupun abang pernah sakitkan hati Aly."

Aku hanya tersenyum, buat sekian kalinya kami bertentangan mata sebelum menyambung menjamu makanan kami tadi.

*****

SEUSAI menikmati santapan tadi, kami berjalan-jalan sekitar taman tasik itu ditemani dengan bulan yang bercahaya terang serta bintang-bintang yang bekerlipan. Aku mengerling ke arah Luqman yang sedang berpeluk tubuh. Dia nampak segak dengan mengenakan kot hitam, kaca mata hitamnya tadi sudah pun tergantung di tengah baju kemeja dipakainya.

"Cantikkan bulan dengan bintang malam ni..." Sengaja aku memecahkan suasana yang sunyi dengan memuji ciptaan-Nya. Memang cantik. Terang sungguh cahaya bulan itu malam ini. Bintang-bintang pula di sekelilingnya berkelipan cantik.

Kami berhenti di hadapan tasik sambil mendongak memandang bulan dan bintang yang dikatakan oleh tadi.

"Tapi malam ini ada yang lagi cantik bagi abang. Kalau dulu abang suka puji bulan dan bintang cantik tapi ada satu lagi makhluk ciptaan-Nya yang lebih cantik."

Aku menoleh memandang ke arahnya tetapi dia masih memakukan pandangannya ke arah bulan dan bintang itu.

"Maksud abang?" soal aku, mata masih lagi memandangnya.

"Malam ni, kegembiraan yang selama ini hilang kembali semula dalam hidup abang. Walaupun sekarang waktu malam dan suasana gelap tapi bagi abang suasana sekarang sangat cerah dan cantik."

Aku terdiam tanpa sebarang niat untuk memberikan respons. Dia memusingkan tubuhnya menghadap aku dan aku ternampak ada sesuatu di tangannya.

"Apa yang abang maksudkan adalah Nur Alyna. Nur Alyna berikan mencerahkan hidup abang dengan kegembiraan yang selama ini abang tak pernah rasakan selama abang hidup. Dulu hidup abang yang hanya hitam dan putih kini sudah diwarnai dengan warna pelangi."

Ketika itu aku tak tahu mahu balas apa, aku sangat terharu dan kolam air mataku sudah bertakung. Entah kenapa nak menangis pun aku sendiri tak tahu. Sedaya upaya aku menahan dari mengalirkan air mata. Luqman masih lagi merenung aku lama dengan wajah seriusnya.

Dia menggelengkan kepala sambil mengesat air mata yang sudah pun terjun dari kolam air mataku.

"Jangan menangis. Abang tak nak tengok Aly menangis lagi. Walaupun abang tak ada selama kita berpisah, tapi abang tahu yang air mata Aly selalu mengalirkan disebabkan menanggung kesakitan yang berpuncanya dari abang," ujarnya. Aku tak mampu berkata apa-apa, mulutku seolah-olah terkunci.

"Aly, abang sayang dan cintakan Aly. Sudi tak Aly jadi pasangan sehidup semati abang?"

Aku tergamam tatkala mendengar ayatnya dan pada masa yang sama sebentuk cincin disuakan ke arah aku.

"Abang tak paksa Aly untuk berkahwin dengan abang sekarang tapi abang nak jalankan sebuah hubungan yang lebih dari sebelum ini. Abang beri Aly ruang untuk realisasikan impian Aly. Abang akan tunggu Aly sampai Aly bersedia untuk hidup dengan abang sebagai suami isteri."

Semakin deras air mata aku apabila mendengar ayatnya. Sungguh aku emosi malam ini.

"Aly...Aly..." Terketar-ketar aku mahu bersuara. Beberapa kali aku menyeka air mataku tetapi ia tetap berdegil mahu mengalir.

"Aly sudi... Aly sudi jadi pasangan sehidup semati abang..." Akhirnya aku mampu mengeluarkan ayat itu. Luqman tersenyum dan pada masa yang sama air matanya turut gugur setitik demi setitik.

"Baru abang tahu macam mana rasanya sebuah kebahagiaan itu, walaupun belum berkahwin tapi ayat yang Aly ungkapkan dekat abang sangat membahagiakan diri abang ini. Dulu, abang selalu cakap yang abang tak layak rasakan semua perasaan ini tapi selepas abang berjumpa dengan Aly, abang belajar semua perasaan itu. Abang janji, abang takkan sia-siakan Aly. Cukuplah sekali abang dah sakitkan hati Aly. Abang tak nak Aly menangis kerana abang lagi. Abang tak nak Aly sakit kerana abang. Cukuplah sekali..." Laju air matanya menitik saat mengungkapkan ayat itu. Perlahan dia menarik jari manisku dan menyarungkan sebentuk cincin silver yang mempunyai batu-batu permata kecil.

"Cincin ini abang hadiahkan untuk Aly sempena hari pertama kita menjalani hubungan istimewa..." Aku mengemamkan bibir sambil tersenyum kecil, kepala dianggukkan.

"I love you, abang," ucapku tanpa segan-silu.

"I love you more, sayang..." Aku tersenyum lebar saat mendengar ungkapan ayat itu.


Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.