Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
74,942
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Bab 6

“NAK bagi Hawa hadiah apa abang? Dia dah berjaya dapat 9A dalam SPM baru-baru ni,” ujar Puan Anom pada suatu malam.

Ketika itu dia mereka baru sahaja berbaring. Malam masih awal. Encik Anuar sengaja tidur awal. Esok dia akan terbang ke Singapura.

“Apa-apa aje.Awak fikirkanlah,Nom.”

“Saya chattingdengan Pian tadi,dia cadangkan berilaptopkat Hawa. Laptopmemang berguna kalau dia dah jadi studentkat U nanti.”

“Bagus jugak tu,” jawab Encik Anuar sambil menarikcomforterbercorak bunga-bunga kecil itu.

“Dia dah memohon kat U mana?”

“Katanya banyak tempat dia pohon. Tak tahulah yang mana dapat. UiTM pun dia mintak jugak.”

Encik Anuar mengangguk. Dia menguap beberapa kali. “Mengantuklah. Saya tidur dulu,” ujar Encik Anuar

berpaling membelakangi isterinya.

Puan Anom mengangguk sahaja. Hati Puan Anom puas kerana Encik Anuar setuju untuk menghadiahkan laptopkepada Hawa. Dia harap Hawa Fatihah akan menerima pemberian ikhlasnya itu.Memang dia sayangkan Hawa.Lebih- lebih lagi dia tidak memiliki anak perempuan. Hanya Sufian seorang anaknya.

“Macam mana kalau kita hadiahkan dia kereta kancil?” kata Encik Anuar tiba-tiba sambil berkalih, memandang ke wajah isterinya.

“Eh, ingatkan awak dah tidur!” Encik Anuar tersenyum.

“Tahun ni rezeki kita bertambah. Apa salahnya berbuat baik pada anak yatim. Kasihan nasib Hawa tu. Ayah dah meninggal, emak kandung pula tak tahu kat mana.”

Puan Anom menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Mujur jugak dia masih ada nenek.”

“Tapi kalau apa-apa jadi pada Mak Timah, saya takkan izinkan Hawa keluar daripada rumah ni. Selama ni kita dah anggap dia macam anak. Kalau boleh biar dia keluar dari rumah ni setelah disunting orang.”

“Betul tu bang. Saya pun sayangkan dia. Baik dan berbudi bahasa budaknya. Ilmu agama pun ada. Rupa cantik. Saya rasa Hawa tu memang full packagelah kalau nak buat menantu!”

Encik Anuar merenung Puan Anom, dahinya berkerut. Ah, sudah! Berkenan nak buat menantu pulak ke? Tak

adalah aku terfikir sampai ke situ. Kalau boleh biar Pian kahwin dengan orang lain, bukan dengan Hawa. Nanti orang kata, pi mai pi mai tang tu jugak.

“Apa maksud awak ni? Nak dijodohkan dengan Pian

ke?”

Puan Anom tertawa kecil.

“Taklah bang! Kan Pian dengan Hawa tu macam adik- beradik.Takkanlah saya nak jodohkan mereka berdua pulak. Maksud saya, dia tu memang sempurna untuk menjadi seorang isteri solehah. Semoga dia mendapat jodoh dalam kalangan orang yang baik-baik. Dapatlah kita dua orang menantu,” kata Puan Anom sambil tergelak-gelak lagi.

Encik Anuar menarik nafas lega. “Ya, betullah tu!”

“Tidurlah. Esok kita kena keluar pagi-pagi,” gesa Puan Anom sambil menutup lampu.

Encik Anuar tidak menjawab, menarik comforterlalu memejamkan matanya.

HAWA Fatihah berlari-lari anak apabila melihat posmen yang berhenti di hadapan rumah banglo itu lalu memasukkan beberapa pucuk surat ke dalam peti surat.Dia terus membuka peti surat itu, lalu mengeluarkan surat yang baru tiba.

Salahsatusuratituditujukankepadanya.Diamembukanya dengan rasa tidak sabar apabila terlihat logo UiTM di kepala sampul surat. Segera isinya dikeluarkan. Dia membacanya dengan terburu-buru.Dia mengeluh perlahan-lahan sambil berjalan longlai menghala ke dalam rumah.

Walaupun gembira tetapi hatinya sedikit kecewa. Dia belum mendapat tawaran dari universiti lain yang dipohon. Ternyata jawapan dari UiTM mendahului.

“Tapi...kenapa jauh sangat macam ni! Kalau UKM kan dekat dengan rumah,” rungut Hawa Fatihah tidak puas hati.

Dia terus menuju ke bilik tidur yang dikongsi dengan Mak Timah. Surat itu direnungnya lagi dengan rasa hati tidak keruan.

“Surat apa tu?” tanya Mak Timah ingin tahu. “Surat tawaran dari UiTM nek.”

“Hah, dah dapat ya? Syukur Alhamdulillah.”

“Jangan bersyukur dulu nek! Memanglah dapat, tapi jauh. UiTM Jengka!”

“Jengka? Eh. Dekat dengan kampung kita tu,” kata Mak Timah tanpa sedar. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung.

Dahulu semasa Hawa Fatihah masih kecil, dia kerap juga pulang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Bila Encik Anuar sekeluarga pulang ke rumah Haji Manap,dia dan Hawa Fatihah ikut serta. Mak Timah akan balik ke rumahnya, bermalam di sana. Sempatlah dia membersihkan rumah serta kawasan sekitar. Selalunya Encik Anuar bercuti sekejap sahaja paling lama pun dua hari. Terpaksalah dia turutkan sahaja tidak dapat berlama-lama di kampung.

Sejak Haji Manap dan Hajjah Manja meninggal dunia, Encik Anuar tidak pernah pulang lagi ke kampung. Kebun getah dan rumah diserahkan kepada bapa saudaranya untuk diuruskan. Setahun sekali pun Encik Anuar sekeluarga susah hendak pulang. Hari raya selalunya diraikan di rumah sendiri. Apatah lagi kebanyakan kawan-kawan semua ada di Kuala Lumpur. Saudara maranya pun ramai yang bekerja dan mendiami ibu kota ini. Lalu Mak Timah juga bagaikan sudah melupakan kampung halamannya.

Dia yakin rumahnya pasti sudah roboh dan tanahnya ditumbuhi semak-samun.Silap-silap sudahpun menjadi hutan. Namun dia tidak menyesal meninggalkan segalanya. Di sini hidupnya tenteram. Selagi terdaya dia akan membuat kerja dengan sebaik mungkin. Dia belum tua benar, masih kuat kudrat dan tulang empat keratnya. Umur Mak Timah hampir mencecah 59 tahun. Dia bersyukur, TUHAN memberikan dia anugerah tidak ternilai. Kesihatan yang baik, tidak pernah jatuh sakit yang teruk-teruk. Enam bulan sekali dia akan membuat pemeriksaan kesihatan.

“Betul jugak ya nek. Dah lama sangat kita tak balik kampung. Hawa ingat lagi, dulu masa kecik-kecik selalu jugak balik.”

“Dah roboh agaknya rumah nenek tu! Ataupun penuh dipanjat dek pokok ulan.”

“Macam rumah hantu ya nek!” kata Hawa Fatihah sambil tergelak kecil.

Mak Timah hanya menggigit bibir. Dia teringat pada kenangan silam yang sukar dikikis daripada ingatan. Hatinya agak sedih dan air matanya hampir-hampirmenitis. Dia terus bangun menuju ke bilik air, tidak mahu Hawa Fatihah melihat kesedihannya.

Sebenarnya dia rindukan kampung halaman. Dia rindu pada kehidupan masa lalu semasa Said masih ada. Dan dia juga masih terkenang-kenangkan menantu yang hilang entah ke mana.Lalu rasa geram tiba-tiba muncul lagi di hati kecilnya nan sekeping. Rantai dan gelang tangan pusaka ibunya dicuri tanpa rasa bersalah.

“Entah macam mana hidup kau sekarang Laila...”

Mak Timah bercakap sendiri sambil membuka air paip. Dia membilas mukanya sendiri seolah-olah ingin menyejukkan hati yang terasa membara.

Mak Timah terus mengucurkan air ke wajahnya. Dia sengaja mengangkat wuduk walaupun kala itu bukan waktu solat. Dia ingin membersihkan hatinya yang tiba-tibadigoda amarah.Dia sepatutnya redha dengan segala yang telah terjadi. Seharusnya dia tidak hairan dengan wang dan harta. Harta yang hilang sudah berganti.

Dia memiliki duit yang disimpannya sekian tahun.Ada lebih kurang RM80 ribu. Duit itu adalah duit gajinya selama bekerja dengan Encik Anuar. Duit yang tidak pernah dia usik. Dia mengamanahkan kepada EncikAnuar untuk memasukkan duit gajinya setiap bulan ke dalam akuan. Duit itu akan digunakan untuk masa depan Hawa Fatihah. Segala pengorbanannya hanya untuk cucu tersayang.

MakTimah mensyukuri nikmat yangALLAH anugerahkan kepadanya selama ini. Dia merasakan Hawa Fatihah rezeki paling besar yang pernah ALLAH berikan kepadanya. Sejak kehadiran cucunya itu, hidup Mak Timah berubah. Berubah menjadi lebih baik hari demi hari. Rezeki Hawa Fatihah juga sentiasa melimpah ruah. Dia memang terhutang budi pada pasangan suami isteri itu. Mereka terlalu baik pada dirinya dan Hawa Fatihah.

Persekolahan Hawa Fatihah ditanggung oleh Encik Anuar. Tidak pernah sekalipun MakTimah membeli segala keperluan cucunya itu. Kali ini Mak Timah berhasrat akan dapat menanggung keperluan cucunya yang akan menyambung pelajaran ke UiTM. Sudah cukup segala budi Encik Anuar yang terlalu banyak menghulurkan bantuan.Selama-lamanya tidak akan terbalas budi mereka berdua.

Tiba-tiba dari luar terdengar bunyi hon kereta yang agak kuat. Mak Timah segera keluar dari bilik mandi. Hawa Fatihah yang turut mendengar hon itu tercengang. Mereka saling berpandangan kemudian sama-sama bergerak keluar ke ruang tamu. Di hadapan pagar sebuah kereta berhenti. Mak Timah terjenguk-jenguk. Hawa Fatihah membuka pintu.

Di luar kelihatan seraut wajah Puan Anom. Hawa Fatihah keharainan mengapa Puan Anom pulang padawaktu-waktu begini. Dia tersenyum melihat Hawa Fatihah yang berdiri di muka pintu.

“Tengok, cantik tak kereta Kancil warna merah tu?” “Cantik. Kenapa mama bawak kereta Kancil pulak? Mana

kereta mama?”

“Bukan kereta mama,” jawab Puan Anom sambil tersenyum panjang.

“Habis...kereta siapa?”

“Hawa punyalah!” kata Puan Anom sambil menghulurkan kunci kereta.

Hawa Fatihah terperanjat. Dia berdiri kaku. Terharu bercampur gembira.

“Tapi...tapi Hawa tak ada lesen.”

“Semoga dengan adanya kereta hadiah daripada mama dan papa ni, Hawa akan bersemangat untuk belajar kereta,” kata Puan Anom lagi.

Hawa Fatihah tersengih lebar. Hatinya gembira tidak terkata. Pucuk dicita ulam yang datang. Siapa yang tidak gembira. Dia akan memiliki kereta sendiri. Kereta Kancil itu akan memudahkan pergerakannya berulang alik antara Kuala Lumpur dan Jengka. Rupa-rupanya segala yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.

Hawa Fatihah tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru sebagai penghuni kampus. Biarpun jauh dari ibu kota tetapi itu bukan lagi satu masalah besar. Tanpa sedar Hawa Fatihah memeluk Puan Anom.

“Terima kasih mama!” katanya sebak dan penuh syahdu. Walaupun wanita ini bukan ibuku, tapi dia terlalu baik.

Aku sayangkan dia. Dia melebihi ibu kandungku sendiri yang tidak pernah menyayangi ataupun menginginkan diriku. Hawa Fatihahtersedu-sedan lalu air matanya mengalir perlahan.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.