Bab 6
“NAK bagi
Hawa hadiah apa abang? Dia dah berjaya dapat 9A dalam
SPM baru-baru ni,” ujar Puan Anom pada suatu malam.
Ketika itu
dia mereka baru sahaja berbaring. Malam masih awal. Encik Anuar sengaja tidur
awal. Esok dia akan terbang ke Singapura.
“Apa-apa aje.Awak
fikirkanlah,Nom.”
“Saya chattingdengan
Pian tadi,dia cadangkan berilaptopkat Hawa. Laptopmemang
berguna kalau dia dah jadi studentkat U nanti.”
“Bagus jugak
tu,” jawab Encik Anuar sambil menarikcomforterbercorak bunga-bunga kecil
itu.
“Dia dah
memohon kat U mana?”
“Katanya
banyak tempat dia pohon. Tak tahulah yang mana dapat. UiTM pun dia mintak
jugak.”
Encik Anuar
mengangguk. Dia menguap beberapa kali. “Mengantuklah. Saya tidur dulu,” ujar
Encik Anuar
berpaling
membelakangi isterinya.
Puan Anom
mengangguk sahaja. Hati Puan Anom puas kerana Encik Anuar setuju untuk
menghadiahkan laptopkepada Hawa. Dia harap Hawa Fatihah akan
menerima pemberian
ikhlasnya itu.Memang dia sayangkan Hawa.Lebih- lebih lagi dia tidak memiliki
anak perempuan. Hanya Sufian seorang anaknya.
“Macam mana
kalau kita hadiahkan dia kereta kancil?” kata Encik
Anuar tiba-tiba sambil berkalih, memandang ke wajah isterinya.
“Eh,
ingatkan awak dah tidur!” Encik Anuar tersenyum.
“Tahun ni
rezeki kita bertambah. Apa salahnya berbuat baik pada anak yatim. Kasihan nasib
Hawa tu. Ayah dah meninggal, emak kandung pula tak tahu kat mana.”
Puan Anom
menganggukkan kepalanya beberapa kali. “Mujur jugak dia masih ada nenek.”
“Tapi
kalau apa-apa jadi pada Mak Timah, saya takkan izinkan Hawa keluar
daripada rumah ni. Selama ni kita dah anggap dia macam anak. Kalau boleh biar
dia keluar dari rumah ni setelah disunting orang.”
“Betul tu
bang. Saya pun sayangkan dia. Baik dan berbudi bahasa budaknya. Ilmu agama pun
ada. Rupa cantik. Saya rasa Hawa tu memang full packagelah
kalau nak buat menantu!”
Encik Anuar
merenung Puan Anom, dahinya berkerut. Ah, sudah! Berkenan nak buat menantu
pulak ke? Tak
adalah aku
terfikir sampai ke situ. Kalau boleh biar Pian kahwin dengan orang lain, bukan
dengan Hawa. Nanti orang kata, pi mai pi mai tang tu jugak.
“Apa maksud
awak ni? Nak dijodohkan dengan Pian
ke?”
Puan Anom
tertawa kecil.
“Taklah
bang! Kan Pian dengan Hawa tu macam adik- beradik.Takkanlah saya nak jodohkan
mereka berdua pulak. Maksud saya, dia tu memang sempurna untuk menjadi seorang
isteri solehah. Semoga dia mendapat jodoh dalam kalangan orang
yang baik-baik. Dapatlah kita dua orang menantu,” kata Puan Anom
sambil tergelak-gelak lagi.
Encik Anuar
menarik nafas lega. “Ya, betullah tu!”
“Tidurlah.
Esok kita kena keluar pagi-pagi,” gesa Puan Anom sambil menutup
lampu.
Encik Anuar
tidak menjawab, menarik comforterlalu memejamkan matanya.
HAWA Fatihah berlari-lari anak
apabila melihat posmen yang berhenti di hadapan rumah banglo itu lalu
memasukkan beberapa pucuk surat ke dalam peti surat.Dia terus membuka peti
surat itu, lalu mengeluarkan surat yang baru tiba.
Salahsatusuratituditujukankepadanya.Diamembukanya
dengan rasa tidak sabar apabila terlihat logo UiTM di kepala sampul surat.
Segera isinya dikeluarkan. Dia membacanya dengan terburu-buru.Dia
mengeluh perlahan-lahan sambil berjalan longlai menghala ke dalam
rumah.
Walaupun
gembira tetapi hatinya sedikit kecewa. Dia belum mendapat tawaran dari
universiti lain yang dipohon. Ternyata jawapan dari UiTM mendahului.
“Tapi...kenapa
jauh sangat macam ni! Kalau UKM kan dekat dengan rumah,” rungut Hawa Fatihah
tidak puas hati.
Dia terus
menuju ke bilik tidur yang dikongsi dengan Mak Timah. Surat itu direnungnya
lagi dengan rasa hati tidak keruan.
“Surat apa
tu?” tanya Mak Timah ingin tahu. “Surat tawaran dari UiTM nek.”
“Hah, dah
dapat ya? Syukur Alhamdulillah.”
“Jangan
bersyukur dulu nek! Memanglah dapat, tapi jauh. UiTM Jengka!”
“Jengka? Eh.
Dekat dengan kampung kita tu,” kata Mak Timah tanpa sedar. Sudah lama dia tidak
pulang ke kampung.
Dahulu
semasa Hawa Fatihah masih kecil, dia kerap juga pulang sekurang-kurangnya sebulan
sekali. Bila Encik Anuar sekeluarga pulang ke rumah Haji Manap,dia dan Hawa
Fatihah ikut serta. Mak Timah akan balik ke rumahnya, bermalam di sana.
Sempatlah dia membersihkan rumah serta kawasan sekitar. Selalunya Encik Anuar
bercuti sekejap sahaja paling lama pun dua hari. Terpaksalah dia turutkan
sahaja tidak dapat berlama-lama di kampung.
Sejak Haji
Manap dan Hajjah Manja meninggal dunia, Encik Anuar tidak pernah pulang lagi ke
kampung. Kebun getah dan rumah diserahkan kepada bapa saudaranya untuk
diuruskan. Setahun sekali pun Encik Anuar sekeluarga susah hendak pulang. Hari
raya selalunya diraikan di rumah sendiri. Apatah lagi
kebanyakan kawan-kawan semua ada di Kuala Lumpur. Saudara maranya pun
ramai yang bekerja dan mendiami ibu kota ini. Lalu Mak Timah juga bagaikan
sudah melupakan kampung halamannya.
Dia yakin
rumahnya pasti sudah roboh dan tanahnya
ditumbuhi semak-samun.Silap-silap sudahpun menjadi hutan. Namun dia
tidak menyesal meninggalkan segalanya. Di sini hidupnya tenteram. Selagi
terdaya dia akan membuat kerja dengan sebaik mungkin. Dia belum tua benar,
masih kuat kudrat dan tulang empat keratnya. Umur Mak Timah hampir mencecah 59
tahun. Dia bersyukur, TUHAN memberikan dia anugerah tidak ternilai. Kesihatan
yang baik, tidak pernah jatuh sakit yang teruk-teruk. Enam bulan
sekali dia akan membuat pemeriksaan kesihatan.
“Betul jugak
ya nek. Dah lama sangat kita tak balik kampung. Hawa ingat lagi, dulu
masa kecik-kecik selalu jugak balik.”
“Dah roboh
agaknya rumah nenek tu! Ataupun penuh dipanjat dek pokok ulan.”
“Macam rumah
hantu ya nek!” kata Hawa Fatihah sambil tergelak kecil.
Mak Timah
hanya menggigit bibir. Dia teringat pada kenangan
silam yang sukar dikikis daripada ingatan. Hatinya agak sedih dan air
matanya hampir-hampirmenitis. Dia terus bangun menuju ke bilik air, tidak
mahu Hawa Fatihah melihat kesedihannya.
Sebenarnya
dia rindukan kampung halaman. Dia rindu pada kehidupan masa lalu semasa Said
masih ada. Dan dia juga masih terkenang-kenangkan menantu yang hilang
entah ke mana.Lalu rasa geram tiba-tiba muncul lagi di hati kecilnya
nan sekeping. Rantai dan gelang tangan pusaka ibunya dicuri tanpa rasa
bersalah.
“Entah macam
mana hidup kau sekarang Laila...”
Mak Timah
bercakap sendiri sambil membuka air paip. Dia membilas mukanya
sendiri seolah-olah ingin menyejukkan hati yang terasa membara.
Mak Timah
terus mengucurkan air ke wajahnya. Dia sengaja mengangkat wuduk walaupun kala
itu bukan waktu solat. Dia ingin membersihkan hatinya yang tiba-tibadigoda
amarah.Dia sepatutnya redha dengan segala yang telah terjadi. Seharusnya dia
tidak hairan dengan wang dan harta. Harta yang hilang sudah berganti.
Dia memiliki
duit yang disimpannya sekian tahun.Ada lebih kurang RM80 ribu. Duit itu adalah
duit gajinya selama bekerja dengan Encik Anuar. Duit yang tidak pernah dia
usik. Dia mengamanahkan kepada EncikAnuar untuk memasukkan duit gajinya setiap
bulan ke dalam akuan. Duit itu akan digunakan untuk masa depan Hawa Fatihah.
Segala pengorbanannya hanya untuk cucu tersayang.
MakTimah
mensyukuri nikmat yangALLAH anugerahkan kepadanya selama ini. Dia merasakan
Hawa Fatihah rezeki paling besar yang pernah ALLAH berikan kepadanya. Sejak
kehadiran cucunya itu, hidup Mak Timah berubah. Berubah menjadi lebih baik hari
demi hari. Rezeki Hawa Fatihah juga sentiasa melimpah ruah. Dia memang
terhutang budi pada pasangan suami isteri itu. Mereka terlalu baik pada dirinya
dan Hawa
Fatihah.
Persekolahan
Hawa Fatihah ditanggung oleh Encik Anuar. Tidak pernah sekalipun MakTimah
membeli segala keperluan cucunya itu. Kali ini Mak Timah berhasrat akan dapat
menanggung keperluan cucunya yang akan menyambung pelajaran ke UiTM. Sudah
cukup segala budi Encik Anuar yang terlalu banyak menghulurkan
bantuan.Selama-lamanya tidak akan terbalas budi mereka berdua.
Tiba-tiba dari
luar terdengar bunyi hon kereta yang agak kuat. Mak Timah segera keluar dari
bilik mandi. Hawa Fatihah yang turut mendengar hon itu tercengang. Mereka
saling berpandangan kemudian sama-sama bergerak keluar ke ruang tamu.
Di hadapan pagar sebuah kereta berhenti. Mak Timah terjenguk-jenguk. Hawa
Fatihah membuka pintu.
Di luar
kelihatan seraut wajah Puan Anom. Hawa Fatihah keharainan mengapa Puan Anom
pulang padawaktu-waktu begini. Dia tersenyum melihat Hawa Fatihah yang
berdiri di muka pintu.
“Tengok,
cantik tak kereta Kancil warna merah tu?” “Cantik. Kenapa mama bawak kereta
Kancil pulak? Mana
kereta
mama?”
“Bukan
kereta mama,” jawab Puan Anom sambil tersenyum panjang.
“Habis...kereta
siapa?”
“Hawa
punyalah!” kata Puan Anom sambil menghulurkan kunci kereta.
Hawa Fatihah
terperanjat. Dia berdiri kaku. Terharu bercampur gembira.
“Tapi...tapi
Hawa tak ada lesen.”
“Semoga
dengan adanya kereta hadiah daripada mama dan papa ni, Hawa akan bersemangat
untuk belajar kereta,” kata Puan Anom lagi.
Hawa Fatihah
tersengih lebar. Hatinya gembira tidak terkata. Pucuk dicita ulam yang datang.
Siapa yang tidak gembira. Dia
akan memiliki kereta sendiri. Kereta Kancil itu akan memudahkan pergerakannya
berulang alik antara Kuala Lumpur dan Jengka. Rupa-rupanya segala
yang berlaku ada rahmat di sebaliknya.
Hawa Fatihah
tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru sebagai penghuni kampus. Biarpun
jauh dari ibu kota tetapi itu bukan lagi satu masalah besar. Tanpa sedar Hawa
Fatihah memeluk Puan Anom.
“Terima
kasih mama!” katanya sebak dan penuh syahdu. Walaupun wanita ini bukan ibuku,
tapi dia terlalu baik.
Aku
sayangkan dia. Dia melebihi ibu kandungku sendiri yang tidak pernah menyayangi
ataupun menginginkan diriku. Hawa Fatihahtersedu-sedan lalu air matanya
mengalir perlahan.