Bab 11
KAK Ecah
mengambil surat khabar yang baru dihantar. Sejak dahulu memang Laura Jane
melanggan empat naskhah surat khabar, tiga dalam Bahasa Malaysia dan satu
berbahasa Inggeris. Jika tiada shootingatau urusan lain di
luar rumah,
dia akan menghabiskan masa dengan membelek akhbar. Selalunya dia akan lebih
tertarik denganberita-berita hiburan tanahair
berbanding hal-hal politik atau kebobrokan dunia sekarang.
Jika ada
berita tentang kariernya atau gosip
daripadasebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara, dia akan
meminta Kak Ecah membuat potongan akhbar dan menyimpannya dalam fail. Sudah
banyak fail-fail potongan akhbar itu disimpan di dalam perpustakaan
di tingkat bawah rumah Laura Jane. Di Perpustakaan itu dilengkapi dengan
komputer dan kemudahan internet.
Semasa Kak
Ecah hendak masuk ke rumah, Ben datang dengan keretanya. Kak Ecah membuka pintu
pagar. Ben memandu masuk ke ruang porchyang boleh memuatkan
tiga buah kereta.
“Laura dah
bangun?” tanya Ben sambil melangkah masuk.
“Belum.
Senyap aje kat atas tu. Saya pun tak berani nak panggil.”
“Seminggu
dua ni mooddia tak berapa baik. Pantang salah sikit dia cepat
melenting.”
Bukan
seminggu dua ni saja, tapi memang dah begitu perangainya. Pantang salah, silap
cakap dia akan melenting, rungut Kak Ecah dalam hati. Aku ni dah masak dengan
perangai dia!
“Akak ada
buat potongan akhar dua tiga hari lepas?” Kak Ecah
menggeleng. Kadang-kadang dia mengumpul
surat khabar
untuk tempoh seminggu barulah melakukan pengasingan. Sambil membuat keratan,
sempat juga dia membaca berita-berita atau gosip tentang Laura Jane.
“Dia bad
moodtu pasal kenyataan Encik Rawal baru- baru ni dalam majalah dan
surat khabar,” kata Ben.
“Apa
katanya?” tanya Kak Ecah memerhati sahaja ke arah Ben yang mencapai akhbar yang
baru diletakkannya di atas meja.
“Laura tidak
akan diambil berlakon lagi dalam filem terbarunya. Sebab filem baru ni adalah
kisah gadis remaja.
Filem
muzikal, komedi romantik. 100 peratus pelakon adalah bintang remaja.”
“Oh, dia
terasa hatilah?” Ben mengangkat bahu.
“Encik
Rawal offerdia berlakon drama bersiri terbitan RTM. Wataknya
sebagai seorang ibu yang membela lapan orang anak setelah kematian suami.Watak
wanita kampung. Dia tak suka. Entah kenapa kalau cerita pasal kampung- kampung
ni dia memang benci,” cerita Ben lagi.
“Jadi dia
tak terima tawaran tu?”
“Tu lah,
saya nak pujuk dia supaya terima. Kalau tak terima tawaran tu, dia langsung tak
ada kerja sepanjang tiga empat bulan ni. Nanti dia lagi tambah tension.
Duk fikir benda yang bukan-bukan.”
“Betul jugak
tu,” balas Kak Ecah.
Ben
berjalan lambat-lambat menghala ke perpustakaan lalu membuka pintu.
“Kalau dia
bangun nanti, beritahu dia saya katlibrary.” Kak Ecah mengangguk.
“Kak,
buatkan saya Nescafe. Kalau ada apa-apamakanan tu bawak sekali, boleh?”
“Boleh.
Kebetulan Kak Ecah ada buat mi goreng tadi.” Ben tersenyum senang. Dia terus
masuk ke dalam
perpustakaan
lantas menuju ke arah sebuah meja yang terletak di tengah ruang. Kerusi
berpusing berwarna hitam kulit terletak di belakang meja. Dia situ juga
terletak sebuah komputer peribadi dengan skrin LCD. Di kiri kanan dinding
terdapat rak yang dipenuhi denganbuku-buku, tersusun dengan teratur.
Ben
melabuhkan punggung, mulai menyelak helaian akhbar sehelai demi sehelai.
Kemudian berhenti di muka surat yang memaparkan berita tentang Laura Jane.
Laura Jane
memaki hamun seorang jurugambar bebas. Ben tersentak. Dia membaca berita yang
tertulis
sehingga
habis. Peristiwa di coffee houseitu kembali terakam. Segala
yang mereka bualkan turut dipetik di situ. Jelas sekali perbualan mereka berdua
dirakam. Kepalanya tergeleng- geleng.Tidak sangka peristiwa malam itu termuat
di akhbar. Ben pantas membelek tiga akhbar lain. Juga memuatkan berita yang
sama tetapi dengan tajuk yang berlainan.
‘Pelakon
terkenal Laura Jane, bergaduh dengan wartawan.’
Isinya masih
sama, perihal Laura Jane mengeluarkankata-kata kesat terhadap jurugambar
bebas itu di sebuahcoffee housedi ibu kota.Terpampang wajah Laura
Jane yang sedang berang. Ada juga gambar kecil ketika dia sedang menghembus
hingus. Nampak hodoh dan memalukan. “Ada apa-apa berita hangat?”
Suara Laura
Jane terdengar jelas dari ambang pintu perpustakaan yang baru ditolak dari
luar.
Ben
mengangkat mukanya memandang tenang ke arah pintu. Laura Jane masih berbaju tidur
warna pink. Baju tidur daripada kain satin itu menampakkan tubuh Laura Jane
yang seksi.
“Err...berita
biasa aje,” jawab Ben tergagap-gagap dan bagaikan terpukau pertama
kali melihat Laura Jane berpakaian seseksi itu.
Dia segera
melipat akhbar. Berita hangat itu tidak akan sampai ke pengetahuan Laura Jane.
Dia tidak mahu wanita itu mengamuk. Dia akan meminta Kak Ecah menyorokkan surat
khabar itu atau terus membakarnya.
“Ada gosip
tentang I?” tanya Laura Jane. Ben menggeleng.
“You belum
mandi ke? I ada hal nak bincang dengan you
ni.”
“Hal apa?
Kalau soal kerja I tak nak dengar.”
Awal-awal lagi
dia sudah memberikan amaran. Laura Jane masih terus berdiri di ambang pintu
menanti jawapan Ben.
“Tak. Ni hal
kita berdua,” jawab Ben tersenyum kecil. Dia bangun, berdiri di hadapan Laura
Jane sambil
memeluk
pinggang Laura Jane yang ramping. Dahi wanita itu diciumnya dengan lembut.
“I...I nak
kahwin dengan you,” kata Ben sambil membelai lembut rambut Laura Jane.
Tubuh wanita
itu dipeluknya kemas.Laura Jane meronta- ronta.
“Hei, I
belum mandi! Rimaslah kena peluk macam ni!” Ben mengangguk, melepaskan Laura
Jane. “Okey...okey, pergi mandi dan wangi-wangi dulu,” katanya
sambil mengenyitkan mata.
Laura Jane
tergelak kecil mendengar kata-kata Ben yang penuh godaan itu.
Dia menggeleng-geleng. Namun hatinya girang bukan main.Tanpa
berlengah dia terus bergerak naik ke tingkat atas untuk mandi
dan bersiap-siap.
Tidak lama
kemudian Kak Ecah masuk membawa Nescafe dan sepiring mi goreng. Dia
meletakkannya di hadapan Ben.
Ben melipat
surat khabar itu lalu menyerahkannya pada Kak Ecah.
“Tolong
bakar aje surat khabar hari ni.Saya tak nak Laura baca berita tentang dia.
Teruk! Betul-betul teruk. Kalau dia baca pasti dia akan mengamuk.
Saya nak ajak dia keluar, pergi kedai emas. Beli cincin.”
“Beli
cincin?” tanya Kak Ecah dengan berkerut. “Ya, kami rancang nak bertunang,”
beritahu Ben. Kak Ecah tersengih.
“Baguslah
tu! Ni lah berita gembira yang semua orang tunggu,” kata Kak Ecah segera
berlalu membawa surat khabar itu ke dapur.
Betulkah
semua orang tunggu berita perkahwinan dia dan Laura? Ben hanya berbisik dalam
hatinya sahaja.
Sebaik
sahaja Laura Jane turun dari tingkat atas, Ben terus menarik tangannya keluar
dari rumah. Laura Jane mengikut sahaja. Ben membawa Laura Jane ke Habib Jewel.
Laura Jane tersengih panjang.
“Pilih
cincin. Berapa pun harganya I bayar,” bisik Ben mesra sambil menggenggam erat
tangannya.
“Lepas ni
kita balik Ipoh, rumah ibu bapa I.”
“Oh,
Ben! Happynya I hari ni!” kata Laura Jane terharu, air matanya
tampak berlinangan dan hampir jatuh.
Tanpa segan
silu dia memeluk Ben di hadapan khalayak ramai. Kemudian dia melepaskan pelukan
itu dengan cepat. Dalam hati dipagut bimbang. Aksinya yang berlebihan akan menarik
perhatian. Lebih malang lagi jika jurugambar bebas yang pernah dimakinya
di coffee houseitu muncul dan mengambil gambarnya sedang
berpelukan di hadapan kedai emas itu. Imejnya pasti tercalar.
Ben tergelak
kecil.
“Ya, sayang.
I mahu you happy.Kegembiraan you adalah kegembiraan I jugak,”
balas Ben sambil menggenggam tangan Laura Jane dengan erat.
“Ben, I love
you,”bisik Laura Jane ke telinga Ben.
“I love you
too, Laura.”
Rumah
keluarga Ben di Ipoh besar dan cantik, terletak di pinggir bandar. Rumah banglo
setingkat itu mempunyai kawasan halaman yang luas dengan hamparan rumput yang
menghijau. Terdapat dua beranda, di hadapan serta di bahagian sisi rumah.
Lantainya berturap marmar biru.
Ben mengajak
Laura Jane ke beranda bahagian sisi rumah kerana ibunya suka duduk berehat di
situ. Suasana di bahagian sisi rumah itu lebih sejuk dan damai.Ada pohon
mempelam rendang berdekatan.
Di bahagian
hadapan rumah menghala ke matahari naik, jadi, suasana agak panas. Mereka tiba
lebih kurang jam1.30 petang. Ibu Ben, Puan Rosna baru lepas makan tengah hari.
Bapanya Encik Mujib Khan keluar, bersolat Zohor di masjid.
“Assalamualaikum, mummy,”tegur
Ben sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Puan Rosna
memandang ke arah mereka, terus bangun dan tersenyum ke arah mereka berdua.
“Waalaikumussalam.
Ben, tak beritahu pun nak balik,” kata Puan Rosna sambil memeluk anak lelakinya
itu.
“Apa khabar
mak cik?” tegur Laura Jane.
“Baik.
Masuklah Cik Laura,” balas Puan Rosna sambil mengajak Laura Jane masuk ke bahagian
dalam.
Di tengah
rumah yang menjadi ruang tamu kedua, menempatkan kerusi kayu jati. Laura Jane
duduk di salah satu kerusi.
Ben masuk ke bahagian dalam mengekori ibunya. Puan Rosna masuk untuk menukar
pakaian yang nampak lebih cerah dan kemas. Ben kelihatan sungguh rapat dengan
ibunya. Dia duduk di sebelah ibunya, langsung tidak berganjak.
“Baru kali
ini Cik Laura datang ke sini, padahal dah lama jugak Ben bekerja dengan Cik
Laura,” kata Puan Rosna ramah.
“Ada hal apa
di Ipoh? Ada shootingfilem ke?” soal Puan Rosna.
“Tak adalah
mummy. Saja ajak Laura ke sini, berkenalan dengan mummydan daddy.”
Puan Rosna
tersenyum kemudian memanggil pembantu rumahnya supaya menyediakan minuman.
“Dah makan
ke, Ben?”
“Dah mummy.Kami
makan kat luar tadi,” kata Ben sambil memeluk bahu ibunya.
Puan Rosna
tersenyum senang membiarkan Ben memeluk bahunya dengan mesra.
“Sunyi rumah
ni, mak cik. Tinggal berapa orang kat sini?”
“Tiga orang
aje. Mak cik, pak cik dan pembantu rumah,” beritahu Puan Rosnah.
“Anak-anak ramai
sebenarnya, tapi semua dah kahwin. Kalau musim raya ataupun kenduri, penuhlah
rumah.Tinggal Ben saja yang tak kahwin lagi. Dia ni anak bongsu,” kata Puan
Rosna sambil menjeling Ben yang sedang tersenyum.
“Entah bila
nak kahwin tak tahulah!” Puan Rosna melepas keluhan.
Ben hanya
tersengih memandang Laura Jane. Wajah Laura Jane tiba-tiba bertukar
serius. Jelas Puan Rosna belum tahu tujuan kedatangan mereka. Malah wanita itu
langsung tidak tahu hubungan antara dia dengan Ben selama ini. Agaknya wanita
ini tidak membaca surat khabar, bisik Laura Jane dengan
hati mendongkol.
“Mummy,Ben
dah ada calon,” bisik Ben apabila dia mengesan wajah Laura Jane yang cemberut.
“Dah ada
calon? Baguslah! Siapa? Kalau tak adamummycarikan.”
“Depan mummyni
lah! Bakal menantu mummy,” jawab Ben terus tersengih lagi.
Puan Rosna
nampak sangat terkejut.Wajahnya berubah. Dia merenung Laura Jane dengan
pandangan tidak percaya kemudian merenung wajah anaknya pula. Dia terdiam
beberapa ketika. Kemudian menghadiahkan secebis senyuman penuh paksaan ke arah
Laura Jane.
“Bergurau ke
serius ni?” “Seriuslah!” jawab Ben.
Dia terdiam
sekali lagi. Tiba-tiba dia teringatkan pembantu rumahnya.
“Hisy,
lambat betullah buat air!”
Dia terus
bangun dengan wajah menahan marah.
“Biar mummypergi
tengok sekejap. Duduklah ya Cik Laura, buat macam rumah sendiri.”
Dia terus
bangun, berjalan laju menghala ke dapur. Dari arah dapur, Laura Jane dan Ben
terdengar dia berleter memarahi pembantu rumahnya.Riuh rendah suaranya,semua
yang dibuat tidak berkenan di hati. Segalanya diungkit.
Entah
mengapa dia harus naik marah begitu sekalisemata-mata kerana air lambat
disediakan, soal Laura Jane sendiri.
Suara
pembantu rumahnya langsung tidak kedengaran walaupun sepatah. Sejurus kemudian
pembantu rumah keluar dari dapur membawa sejug minuman sejuk bersama sepiring
roti ban beriti kelapa.
Puan Rosna
tidak keluar lagi. Suaranya juga tidak kedengaran meleteri si pembantu rumah.
Semuanya sepi.
“Silakan minum,”
kata pembantu rumah itu dengan santun
sebelum berlalu pergi.
Laura Jane
dan Ben saling berpandangan. Mereka tidak berkata apa-apa sejak tadi.
Laura Jane tidak senang duduk.
“Jom minum,
sayang!” kata Ben perlahan seolah- olah takut ibunya terdengar perkataan
‘sayang’ yang baru diungkapkannya.
Ben meneguk
sedikit minumannya kemudian dia pergi ke bahagian dapur. Dia keluar semula dan
memberitahu Laura Jane ibunya sedang Solat Zohor.
Di luar
terdengar bunyi motosikal.
“DaddyI
dah balik,” kata Ben sambil memerhati ke arah pintu yang terbuka luas.
Tidak lama
kemudian muncul seorang lelaki berusia awal 60-an. Rambutnya sudah
putih dan wajahnya agak gelap. Dia mengenakan kupiah.
“Ben, kau
balik rupanya.”
“Ya daddy.
Daddyapa khabar?” “Sihat.Alhamdulillah.”
“Ni Laura
Jane, daddy,”kata Ben memperkenalkan Laura Jane pada ayahnya.
“Siapa yang
tak kenal. Tadi ada terbaca dalam surat khabar berita tentang Cik Laura. Betul
ke Cik Laura bergaduh dengan wartawan? Kan tak baik memaki hamun orang tak
tentu pasal.Wartawan jugak yang menaikkan nama Cik Laura. Bukan begitu, Cik
Laura?”
Wajah Laura
Jane merah padam. Dia tidak menyangka soalan itu yang keluar daripada bibir
lelaki yang menjadi bapa kekasihnya. Dan lebih mengejutkan dia tidak tahu pun
berita tentang pergaduhannya muncul di akhbar hari
itu. Sekonyong-konyong dia teringat pernah memarahi dan menjerit ke
arah jurugambar bebas yang merakam setiap aksi dan gerak-gerinya.
Dia merenung
Ben tajam. Rasa marah, kesal, sedih saling berbaur.Dia rasa dikhianati dan
pengkhianat di sebalik semua itu belum
menampakkan wajahnya.
“Semua
berita tu tak benar daddy,” kata Ben dengan cepat.
“Berita tu
tipu? Takkanlah tipu semata-mata. Ada disertakan gambarnya sekali.
Kalau tak ada gambar bolehlah kata berita palsu atau gosip liar,” kata Encik
Mujib Khan lagi dengan penuh yakin.
Encik Mujib
Khan bekas seorang guru besar, sekolah menengah. Dia gemar membahaskan sesuatu
sehingga dia berpuas hati.
“Ya!
Jurugambar tu ada niat buruk pada Laura. Dia asyik ikut, intip Laura. Privasi
hidup Laura diceroboh. Sebab itulah Laura marah. Dia jugak punya hak untuk
hidup macam orang lain.Tapi kalau dah 24 jam kena ikut, tentulah rasa marah dan
rimas,” ujar Ben cuba menerangkan satu per satu kepada bapanya.
Encik Mujib
Khan terdiam mendengar penjelasan Ben. “Mana surat khabar tu, saya nak tengok!”
kata Laura
Jane sambil
memandang tepat ke wajah Encik Mujib Khan. “Ada,” kata Encik Mujib Khan lalu
terus masuk ke
bahagian
ruang tamu utama. Dia meninggalkan surat khabar itu atas meja kopi selepas
membacanya awal pagi tadi.
“Sampai hati
you tak beritahu I pasal berita tu. Tadi I tanya ada berita hangat ataupun
tak,you kata tak adaapa-apa. Cepat-cepat you ajak I pergi beli cincin
tunang kononnya! Sudahlah Ben!You sengaja tak mahu I tahu berita tu? Sengaja
nak malukan I depan daddyyou? Kenapa you buat macam ni pada
I?”
Ben
menggeleng dengan cepat.
“Tak. I tak
niat langsung nak malukan you depan daddy.I pun tak sangka dia baca
surat khabar tu. Sebenarnya, I tak mahu you sedih.Tu aje niat I. Percayalah! I
bukan sengaja nak sorok perkara tu daripada you.”
Dia telah
pun menyuruh Kak Ecah membakar semua surat khabar
itu. Dia memang tidak ingin Laura tahu.Aduh! Kenapa daddyboleh
terbaca pasal Laura Jane? Langsung terus bertanya secara berdepan begitu? Bisik
Ben di dalam hatinya.
“Argh! I tak
percayalah! Agaknya you sengaja nak pujuk I ajak pergi kedai emas tadi tu sebab
nak tutup pasal berita tu lah. Niat you nak ajak I tunang tu pun bukannya
ikhlas. You langsung tak beritahu ibu bapa you pasal hubungan kita. Mereka tu
pasti terkejut kalau tahu kita nak bertunang.”
“Laura, I
nak beritahu mummydengan daddylah sebab tu
ajak you ke sini. Janganlah marah macam ni. Kita ni kat rumah daddyI,
tahu? Apa-apa hal, you nak marah, nak maki I tunggu kita balik KL
nanti,” kata Ben dengan suara rendah sambil mendekati Laura Jane dan cuba
menenangkan wanita itu.
Laura
merengus,membuang tangan Ben yang tersangkut di bahunya.
“You tak
jujur dengan I Ben. I kecewa dengan sikap you. I tertanya-tanya betul
ke you cintakan I. Ataupun youberpura-pura saja.”
“Laura,
takkan I buat you macam tu. Pura-puraapanya Laura? Dah lama I kerja dengan
you. Dah berapa tahun pulak kita bercinta.Tolong jangan ragui perasaan I pada
you,” ujar Ben cuba menyakin Laura Jane, namun dia tidak dapat menyakinkan diri
sendiri.
Benarkah
cintanya 100 peratus pada wanita yang lebih berusia daripada dirinya itu?
“Macam mana
I tak ragu kalau sikap you macam ni, Ben! You tak
mahu berterus-terang. Banyak perkara yang you rahsiakan daripada I.”
“Sayang,
tolong percaya pada I. I love you so much.”EncikMujibKhanterdiammendengarsahajapertengkaran
antara Ben
dan Laura Jane. Daripada pertengkaran itu sudah jelas tujuan dan maksud
kepulangan Ben pada hari itu dengan membawa
Laura Jane bersamanya.
Laura Jane
terus terdiam mendengar ungkapan cinta Ben. Walaupun mulai tumbuh
rasa ragu-ragu tetapi dia seperti ingin mempercayai lelaki itu.Dalam
hatinya juga amat mencintai Ben.
Encik Mujib
Khan meletakkan surat khabar di atas meja kayu jati berdekatan dengan Laura
Jane. Laura Jane memandang surat khabar itu. Apakah dia akan membuka dan
membaca berita yang mengaibkan namanya sendiri? Tangannya langsung tidak
tergerak untuk mengambil surat khabar yang baru diletakkan.
“Jadi,kau
balik hari ni sebab nak beritahu pasal rancangan kau orang berdua?” tanya Encik
Mujib Khan meminta kepastian.
Ben hanya
mengangguk sedangkan Laura Jane membisu. “Nak bertunang,
bertunanglah. Sekurang-kurangnya dapat menghindari fitnah. Bertunang
jangan lama-lama.
Segeralah
menikah,” ujar Encik Mujib Khan memutuskan kata.
Puan Rosna
yang mendengar dari arah pintu bilik tidurnya, menarik muka masam. Dia geram
mendengar kata- kata suaminya itu. Dia tidak akan merestui perhubungan antara
Ben dan Laura Jane.Wanita itu lebih tua daripada anak lelaki bongsu
kesayangannya itu. Dia tidak rela mendapat menantu tua walaupun wanita itu
terkenal dan kaya raya. Malah dia lebih rela Ben berkahwin dengan seorang gadis
kampung.
Puan Rosna
langsung tidak keluar semasa Ben dan Laura Jane beredar pergi tidak lama
kemudian. Semasa Ben masuk ke bilik untuk mengkhabarkan kepada ibunya mereka
akan kembali ke kota, Puan Rosna berpura-pura tidur.
“KAK Ecah, saya
nak buat surprise partyuntuk Laura malam esok. Esok
adalah hari lahirnya. Jadi Kak Ecah tolong saya buat persiapan. Saya dah tempah
kek. Saya jugak dah uruskan jemputan. Kita buat jamuan kecil dalam rumah
sahaja. Khas untuk kawan-kawan rapat.”
Kak Ecah
mengangguk. Dia melihat senarai kerja-kerjayang baru ditulis oleh Ben. Dia
mengajak Mimah yang juga pembantu rumah di situ melaksanakan tugas itu.
Rancangan
Ben diatur dengan teliti. Pada hari itu jadual Laura Jane cukup padat. Laura
Jane akan ke RKR ada meetingberkenaan dengan skrip drama
bersiri. Budgetuntuk drama bersiri itu sudah diluluskan oleh
RTM.Pemilihan pelakon juga sudah dibuat. Meetingberlarutan hingga
ke waktu makan tengah hari.Waktu makan tengah hari, Ben membawa Laura Jane ke
sebuah kafe di Bangsar.
Ben berjaya
memujuk Laura Jane menerima tawaran itu.
Laura Jane
sedar,popularitinya sebagai bintang filem semakin menurun. Tetapi dia tidak
seharusnya putus asa. Sudah hampir 18 tahun dia berada dalam bidang ini. Dia
masih boleh menyerlah sebagai pelakon drama televisyen, jika tidak lagi
diterima sebagai heroin dalam filem. Bayarannya agak lumayan tetapi menuntut
masa yang panjang.
Drama
bersiri itu panjang mengandungi 40 episod untuk musim pertama. Kemudian akan
bersambung lagi musim kedua, 40 episod lagi. Lokasi drama itu dibuat di sebuah
kampung di pinggir kota.
Laura Jane
tidak begitu gembira, kerana watak yang diberikan kepadanya bukanlah watak
glamor. Namun dia setuju untuk menghayati watak yang diberikan. Watak seorang
balu yang bersusah payah membesarkan anak-anakdisulam kisah cinta dengan
seorang ahli perniagaan yang selalu datang membeli kuih jualannya. Namun dia
menolak cinta yang dihulurkan kepadanya demi ingin melihat
kejayaan anak-anak menjadi manusia berguna.
“Puas hati
dengan bayaran yang ditawarkan?” tanya Ben semasa
mereka sedang makan masakan kampung di Cafe Bara.
“Bolehlah,”
jawab Laura Jane sambil menyuap nasi.
Dia jarang
sekali makan nasi di waktu tengah hari.Tetapilauk-pauk kampung di situ
menaikkan selera.Sudah lama tidak menikmati gulai rebung bercampur perut lembu.
Terdapat juga sambal belacan dan kacang botol sebagai ulam.
“Sekurang-kurangnya you busy,ada
kerja. Sementara tunggu filem yang lain.”
“Mungkin
Encik Rawal tak nak ambil I main filem lagi.
Dah beberapa
kali dia bagi hint kat I, katanya I dah tak sesuai jadi
heroin,” kata Laura Jane tenang, bagaikan sudah menerima takdir dirinya.
“Heroin tua,
siapa nak tengok,” kata Laura Jane seperti kecewa.
“Sayang, you
belum tua.” “Nak ambil hati I ya?”
Laura Jane
tersenyum sedikit kemudian kembali serius. “Ah...you yang ambil hati I dulu.
Simpan kat hati you.
Kan dah lama
you curi hati I?” Ben cuba bergurau.
Laura Jane
tergelak akhirnya. “Pandailah you tu.”
Ben tergelak
kecil.
“Lepas ni I
hantar you pergi spa. Manjakan diri you. Rilaks. Nanti dah sibuk berlakon tak
ada masa pulak.”
“Hmm...bagus
jugak idea tu,” ujar Laura Jane setuju. Lebih kurang pukul 3.00 petang, Ben
menghantar Laura
Jane ke spa
kegemaran. Dia berjanji akan mengambil Laura Jane pukul 5.00 petang nanti. Ben
pulang ke rumah Laura Jane untuk melihat persiapan yang dibuat
oleh kedua-duaorang pembantu rumah. Pak Yop ikut membantu.
Ben singgah di
kedai bunga sebelum ke rumah wanita itu, menempah jambangan bunga mawar merah
24 kuntum semuanya
untuk Laura Jane.
Kak Ecah dan
Mimah sibuk dengan kerja. Kek yang ditempah juga sudah diambil oleh Ben
sebentar tadi. Ruang tamu sudah ditukar susun aturnya, jambangan bunga segar
menghiasi sudut ruang. Seikat belon digantung di siling. Ben menjemput Laura
Jane tepat pukul 5.00 petang. Laura Jane kelihatan ceria, wajahnya segar
dihiasi make-uptipis.
“Kita nak ke
mana lagi?” tanya Laura Jane apabila Ben membawanya ke arah yang bertentangan
dengan rumah.
“Kita pergi
butik ambil evening dress.”
“Mana ada I
tempah dress,” kata Laura Jane sambil mengerut dahi.
Ben tertawa.
“Sebenarnya
I tempahkan untuk you kat butik kegemaran you tu.”
Laura Jane
diam sahaja. Dia bagaikan dapat menghidu sesuatu.
“Apa yang
you rancang ni, sayang?” “Tak ada apa-apalah.”
“I tahu you
rancang sesuatu ni.”
Lebih kurang
pukul 8.00 malam Laura Jane dihantar pulang. Suasana rumah gelap semasa Laura
Jane tiba. Dia memerhati sahaja rumah banglonya yang sepi itu. Ke mana
pula kedua-dua orang pembantu rumahnya?
Ben
mengeluarkan kunci pintu hadapan lalu membukanya. Suasana di dalam rumah gelap
gelita. Laura Jane ingin berkata sesuatu tetapi tidak sempat apabila terdengar
jeritan yang riuh diikuti dengan lampu menyala terang.
“Surprise!!!”
Dia terkejut
sedikit walaupun sejak tadi dia sudah mengagak Ben merancang sesuatu. Dia ingat
hari itu adalah hari lahirnya. Memang dia menanti ucapan daripada lelaki itu
tetapi tidak sangka sebuah majlis kecil tetapi meriah sudah dirancang untuknya.
Semuarakan-rakan rapatnya hadir, termasuk Kak
Dilla wartawan hiburan yang baru dinaikkan pangkat menjadi editor. Dia adalah
kawan baik Laura Jane.
Demi melihat
wajah Kak Dilla,Laura Jane terus mengadu dengan wanita itu.
“I tahu
pasal berita tu,” kata Kak Dilla. “Tolong bersihkan nama I, Kak Dilla.”
“Okey.I akan
tulis nanti.Jangan bimbang,I akan bersihkan nama you. I editor kanan kat situ.
I akan pastikan esok berita gembira keluar tentang you. Jangan bimbang sayang.
Bergembiralah malam ni,” kata Kak Dilla memberikan semangat.
Wajah Laura
Jane kembali berseri.Ketika dia meniup lilin yang menggenapkan usianya
yang ke-36 tahun, dia mendapat tepukan yang gemuruh. Lebih
menggamatkan apabila dengan rasminya Ben menyarungkan cincin ke jari manisnya.
Malam itu Ben sudah pun menjadi tunang Laura Jane.
Esoknya,
hanya satu akhbar sahaja mengeluarkan berita
tentangpertunanganBendanLauraJanelalumenenggelamkan berita buruk beberapa hari
yang lalu. Gambar Laura Jane sungguh cantik berseri di sisi Ben.
Majlis hari
lahirnya juga meriah walaupun kecil, diadakan di rumah sahaja. Dua hari
kemudian sebuah sidang akhbar diadakan. Laura Jane mengumumkan pertunangannya
dengan Ben. Semua wartawan majalah tempatan dan akhbar dijemput menghadiri
perhimpunan itu.
Laura Jane
menjawab semua soalan daripada wartawan yang hadir. Mata Laura Jane memandang
tajam pada semua wartawan yang berkumpul di dewan persidangan hotel itu. Di
muka pintu untuk masuk ke bilik persidangan, Ben mengawasi setiap wartawan dan
jurugambar yang masuk.
Dia tidak
melihat kelibat jurugambar yang amat dimusuhi oleh Laura Jane. Dia bimbang
jurugambar itu akan menimbulkan keributan dengan bertanyasoalan-soalan sensitif.
Kemudian
pada sebelah malam, syarikat produksinya RKR menaja sebuah majlis yang lebih
besar di hotel,meraikan pertunangan antara Ben dan Laura Jane. Pertunangan
pasangan itu berlangsung dalam suasana meriah, harmoni dan bahagia. Berita
buruk tentang dirinya terus lenyap begitu sahaja ditindih berita pertunangan
dalam majlis yang penuh gilang gemilang.