Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
84,467
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Bab 9

ENCIK Anuar dan isterinya tergesa-gesa keluar tanpasempatbersarapan.PakLatifsudahmenunggu di dalam kereta.MakTimah menghantar pemergian majikannya di muka pintu.Tidak sempat menegur Puan Anom yang menonong laju mengikut Encik Anuar.

MakTimah menutup pintu lalu kembali semula ke ruang. Di atas meja makan besar itu tersedia roti bakar dan seteko Nescafe panas. Dia termenung sendiri. Siapalah yang minum kopi seteko penuh ni? rungutnya sendiri.Akhirnya dia duduk, menuang kopi ke dalam cawan yang tersedia. Dia minum seorang diri.

Terasa sudah lama tidak melihat wajah Hawa Fatihah. Kehadiran gadis itu di sisinya amat dirindui. Sebulan lalu Hawa Fatihah menelefon Mak Timah. Dia memerlukan duit untuk membeli komputer riba. MakTimah memasukkan duit sebanyak RM2,000 ke dalam akaunnya. Selepas itu Hawa Fatihah terus tidak menghubunginya lagi. Mungkin sibuk dengan pelajaran, Mak Timah memujuk hatinya sendiri.

Mak Timah cuba menghabiskan kopi di dalam cawan. Terasa kopi itu amat pahit melalui tekaknya.Hidupnya berasa begitu sepi sejak Hawa Fatihah menyambung pelajaran.

Begitulah pahitnya hidup tanpa insan yang disayangi, bak kopi kekurangan gula dan susu.

MakTimah memerhati sesekeliling,objek kaku membeku. Dia sering bersendirian di rumah itu. Encik Anuar dan Puan Anom sentiasa sibuk di luar. Hari minggu begini pun jarang sekalipasanganitududukberehatdirumah.Sufianpulasudah lama tidak pulang. Khabarnya dia menghabiskan masa cuti musim panas dengan bercuti ke beberapa negara Eropah.

Beruntungnya anak orang kaya lagi berada, fikir Mak

Timah. Dapat melancong ke luar negara, melihat tempat orang. Pun dia tetap bersyukur, cucunya nan seorang dapat melanjutkan pelajaran walaupun hanya belajar di dalam negeri. Di mana pun berada, jika ilmu yang bermanfaat itu tidak disalahguna, pasti akan mendapat keuntungan juga. Seperti kata orang, benih yang baik tidak memilih tanah. Akan tumbuh pohon yang subur memberi faedah kepada orang lain. Mak Timah menanam harapan, semoga suatu hari nanti Hawa Fatihah akan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama dan bangsa.

SELESAI meetingdengan bakal pelanggannya, Encik Anuar kembali ke hotel. Puan Anom sengaja mengikutnya datang ke Kuantan kerana merindui pantainya yang bersih dan angin laut yang segar. Mereka menginap di Hotel Hyatt, pesisir Teluk Cempedak.

“Macam mana meetingtadi?” tanya Puan Anom sambil memerhati Encik Anuar yang menghuraikan tali lehernya.

“Nampaknya mereka berminat nak beli sistem Alto- Link kita.”

Alto-Link adalah satu jenis sistem yang dibangunkan di dalam komputer peribadi yang boleh saling berhubung antara satu komputer dengan komputer dalam satu-satuorganisasi, syarikat ataupun koperasi. Ia mengandungi sistem untuk memeriksa data-data, kewangan, maklumat dan sebagainya. Jika digunakan oleh sesuatu koperasi, sistem ini berupaya untuk memeriksa setiap kegiatan ahli koperasi, seperti memeriksa sama ada ahli sudah memasukkan wang keahlian, mengemas kini data-data,menerima ahli baru dan sebagainya.

Pengendali sistem hanya perlu menekan kekunci, tidak perlu membuka membuka fail ataupun mengisi borang ataupun ke sana sini mencari maklumat dalam fail bercetak. Kerja jauh lebih mudah, semua ada di dalam sistem.

Sudah 10 tahun Encik Anuar menjalankan perniagaan menjual sistem itu, dan sudah banyak syarikat dan koperasi yang menjadi pelanggannya. Setiap kali ada masalah atau troubleshooting,juruteknik syarikat EncikAnuar akan datang membantu, membuat penyelenggaraan dan lain-lain. Encik Anuar mempunyai ramai kakitangan, di bahagian marketingtetapi apabila bakal pelanggan mereka adalah sebuah syarikat besar, dia lebih suka datang sendiri membuat presentation.

Dia yakin kedatangannya ke Kuantan tidak sia-sia.Projek itu akan menghasilkan wang yang lumayan dan perkhidmatan akan berjalan dalam masa yang panjang. Sistem itu akan sentiasa diperbaharui.Dia memiliki juruanalisa dan juruteknik yang mahir.

Encik Anuar sendiri pernah bekerja sebagai juruanalisa sistem sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri.

“Abang, jom kita keluar makan malam kat Beserah. Saya teringat nak makan sotong bakar,” ujar Puan Anom separuh merengek sambil memandang pada Encik Anuar yang sudah pun membuka baju kemejanya lalu berbaring di atas katil.

“Saya nak tidur kejap. Lepas Maghrib nanti kita pergi ya,” balas Encik Anuar, tersenyum malas ke arah Puan Anom kemudian memejamkan mata. Tidak lama kemudian terdengar dengkur kecil terbit dari bibirnya.

Hmm...letih betul dia, bisik hati Puan Anom memandang simpati pada suaminya itu.

MALAM itu mereka berdua menikmati sotong dan ikan bakar di Beserah. Mereka makan di gerai yang banyak terdapat di sepanjang jalan itu. Puan Anom makan dengan berselera sekali, sudah lama tidak menikmati sotong bakar yang dicicah dengan sambal kicap. Sotong yang manis dan lembut itu benar-benar menambat selera.

“Apa kata dalam perjalanan balik ke KL esok,kita singgah di Jengka. Jumpa Hawa.”

Encik Anuar yang sedang mengunyah nasi berlauk ikan bakar mengangguk dengan cepat setelah mendengar usul Puan Anom.

“Boleh jugak. Lama tak jumpa. Tapi kesian dengan Mak Timah. Kalau dia tahu kita pergi tengok cucu dia tak ajak dia sekali, kecil hatinya.”

“Yalah kesian jugak. Tapi kita kan tak rancang pun nak pergi ke Jengka. Kebetulan dalam perjalanan balik kita singgah. Lagipun dah dekat. Nantilah bila free, kita ajak dia sekali,” balas Puan Anom.

Hawa Fatihah terkejut melihat kedatangan Encik Anuar dan Puan Anom. Kebetulan hari itu hari Sabtu, tiada kuliah ataupun kelas. Semasa pasangan itu tiba lebih kurang pukul 10.00 pagi dia baru sahaja menyiapkanassignmentdi bilik. Encik Anuar dan Puan Anom bertolak awal pagi dari Kuantan.

Hawa Fatihah terjenguk-jenguk ke dalam kereta tidak terlihat seraut wajah neneknya. Pak Latif setia bersama pasangan suami itu, memandu kereta BMW 5 siries warna hitam yang menjadi kebanggaan orang berduit.

“Maaflah tak ajak nenek sekali,” kata EncikAnuar.

“Mama dan papa dari Kuantan ada urusan bisnes.”

“Tak apa, papa, mama. Hawa tak kisah. Lagipun cuti semester tak lama lagi. Hawa nak balik jumpa nenek.”

“Baguslah. Jom kita keluar pergi makan tengah hari kat pusat bandar.Hawa tentu dah tahu mana tempat makan yang sedap, kan?” ujar Puan Anom seperti memujuk.

“Hmm...tak awal sangat ke mama? Baru pukul 10.00 lebih ni.”

“Kita keluarlah bersiar-siar dulu. Kat sini ada tempat menarik untuk dilawati?” tanya Encik Anuar.

“Tak adalah papa. Sini keliling hutan. Kadang-kadangcoverage handphonepun tak ada. Kalau pergi ke Temerloh tu okey jugak, boleh pergi berehat kat esplanade.”

“Eh, bagus jugak. Boleh makan ikan patin kat gerai tepi sungai,” sampuk Puan Anom.

“Hisy, awak ni Nom, kemaruk betul! Semalam nak makan sotong bakar sekarang nak makan ikan patin pulak. Awak mengidam ke?”

“Hisy! Apa cakap gitu. Malulah dengan Hawa ni,” kata Puan Anom sambil mencubit lengan suaminya.

Encik Anuar mengelak sambil ketawa. Hawa Fatihah tersenyum manis, sudah lama tidak melihat kemesraan pasangan itu.

“Ehh...apa salahnya mama. Mama kan muda lagi. Hawa boleh dapat adik.Tentu Abang Pian pun suka!”

“Malulah kalau mengandung, dah tua.”

“Awak belum tua lah sayang,” balas Encik Anuar. “Tengok, rambut pun hitam lagi. Muka tegang. Mana ada

tua. Muda lagi, cantik,” puji Encik Anuar berlebih-lebihan.Kembang kempis hidung Puan Anom. Dia tersenyum

panjang. Namun senyumannya hanya sebentar. Dia sedar umurnya sudah 43 tahun.Terasa takut hendak mengandung pada usia yang sudah lewat begitu. Cukuplah hanya Encik Anuar seorang anaknya. Lagipun Hawa Fatihah seperti anaknya juga.

“Tak payahlah! Hawa dengan Pian dah cukup sebagai anak mama,” kata Puan Anom sambil memaut bahu Hawa Fatihah.

“Pergi bersiap. Mama dan papa tunggu. Kita keluar,” gesa Puan Anom.

“Jomlah naik bilik Hawa, mama,” kata Hawa Fatihah manja.

“Ha, yalah. Saya pergi sekejap ya bang,” ujar Puan Anom memandang lembut pada suaminya kemudian terus berlalu mengikut Hawa Fatihah.

Bilik itu dikongsi Hawa Fatihah dengan seorang rakan sekampus. Tetapi kala itu teman sebiliknya sudah keluar ke perpustakaan. Sementara menunggu Hawa Fatihah bersiap, Puan Anom duduk di hadapan meja tulis. Kebetulan laptopHawa masih terpasang.

Di desktop terpampang gambar Laura Jane. Gambar itu dimuat turun dari laman web. Puan Anom hanya tersenyum sendiri melihat wajah bintang filem anggun itu.Hawa Fatihah sama seperti dirinya yang turut meminati Laura Jane kerana lakonannya yang berkesan dan menyakinkan.

“Lawanya gambar Laura Jane,” komen Puan Anom. “Tapi bila tengok betul-betul Laura Jane seiras dengan

Hawa tau!”

Puan Anom memandang gambar di desktop kemudian memandang pula ke wajah Hawa Fatihah yang sedang bersiap.

“Eh, ya ke?” tanya Hawa Fatihah sambil tergelak-gelakkecil.

Dia menyikat rambut yang panjang mengurai di hadapan cermin. Sepasang baju kurung biru muda sudah tersarung di badan. Hawa Fatihah kelihatan ayu mengenakan baju kurung itu.

“Ya.”

“Kat manalah muka Hawa ni sama dengan Laura Jane pulak? Kelakarlah!” balas Hawa Fatihah sambil tergelak kecil. Sebenarnya hatinya senang sekali dikatakan seiras dengan bintang filem pujaannya.

“Tengoklah hidung dengan mata tu. Kanhampir-hampir sama.”

Hawa Fatihah tersengih.

“Agaknya sebab tu lah Hawa minat sangat dengan dia,” kata Puan Anom mengusik.

“Filem terbaru dia, mama dah tengok? Sejak belajar ni Hawa dah tak ada masa nak tengok wayang. Sibuk sangat. Kuliah, assignment. Studysampai pukul 1.00 pagi tu perkara biasa dah,” cerita Hawa Fatihah.

“Mama dulu belajar macam tu jugak, Hawa.Tapi curi-curijugak pergi tengok wayang, baca novel,” balas Puan Anom.

“Sesekali tu dapat tengok majalah pun jadilah.Filem baru Laura dah tayang.Tak ingat tajuk apa, tapi nampaknya Hawa tak ada can lah nak tengok.”

Puan Anom sekadar mengangguk sahaja. Dia pun sudah jarang menonton wayang sejak sibuk membantu EncikAnuar di syarikat.

“Nantilah kita tengok sama-sama masa Hawa cuti semester. Kita cari CD. Boleh tengok banyak kali.”

Hawa Fatihah mengangguk.

“Jomlah mama. Hawa dah siap ni. Lama pulak papa tunggu nanti.”

Kedua-duanya berjalan keluar, turun ke tingkat bawah di mana Encik Anuar sedang menanti.

“NANTI! Nanti dulu! Jangan ambil gambar I lagi!” jerit Laura Jane ke arah jurugambar yang terus mengekorinya sehingga dia kembali ke ibu kota. Ketika itu dia baru sahaja keluar dari pintu hadapan hotel Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail.

“Ben! Tolong halang dia! Dia asyik ekori I ke mana saja I pergi. Masa I shootingkat kampung dulu pun dia ikut I!” adu Laura Jane pada Ben yang ada di sisinya.

Ben memandang tajam ke arah jurugambar itu. Ben cuba mendekati tetapi dengan cepat lelaki itu segera berpaling, melarikan diri menghala ke medan letak kereta.Ben mengejar tetapi jejaknya hilang begitu sahaja.

Wajah Laura Jane masam mencuka sepanjang jalan pulang ke rumah. Ben cuba memujuk.

“Biasalah Laura!You sekarang ni tengah topgila.Apa lagi sekarang ni filem baru you tengah ditayangkan.Kutipan pun melonjak hampir satu juta.”

Di hotel itu tadi mereka baru meraikan majlis kejayaan filem yang baru ditayangkan. Pihak media turut dijemput meraikan majlis berprestij itu. Mereka telah mengadakan promosi besar-besaran, yang membantu melonjakkan filem lakonan Laura Jane.

“Tapi...photographerni lain Ben! Dia asyik ekori I. I rimas tau! Masa kat kampung dulu dia pun ada dicelah-celah orang ramai yang tengok I tengah berlakon.”

Laura Jane tidak puas hati apabila Ben meremehkankata-katanya sebagai tidak penting.

“I rasa macam hak peribadi I dirampas tau! Rimas!” luah Laura Jane dengan wajah keruh.

Ben terdiam. Sepatutnya Laura Jane sudah lama tahu bahawa dia adalah hak masyarakat. Sesiapa sahaja boleh mengambil gambarnya, boleh menyimpannya di mana sahaja. Dia juga tidak tidak boleh merungut bila diekori, ditegur dan minta dilayani bila berada di tengah-tengahmasyarakat. Ben tidak membalas kata-kata Laura Jane. Dia tahu jika dia berkata sesuatu, pasti akan lebih menyakitkan hati wanita itu.

Tiba di rumah Laura Jane terus masuk ke kamar tidur. Ben tidak masuk ke rumah kekasihnya itu, hanya menghantar di hadapan pagar dan terus berlalu. Di ruang porchdia lihat kereta Laura Jane ada di situ. Selalunya jika Ben sibuk, Laura Jane akan dihantar oleh drebarnya ke mana sahaja.

LauraJaneterusmenolakdaunpintubilik.Diamencampak beg tangannya ke atas katil. Keningnya bercantum kala melihat sehelai kertas terdampar di atas comforterberwarna putih susu itu. Dia memandang lalu terus terbaca ungkapanhuruf-huruf daripada potongan kertas surat khabar itu.

Masanya sudah tiba. Aku akan buka topeng yang menutup wajah kau yang jelita. Peminat dan masyarakat akan tahu siapa sebenarnya LAURA JANE.

Laura Jane merengus kasar. Geram.

“Kak Ecah!!!” jeritnya dengan sekuat hati.

Kak Ecah tergocoh-gocoh datang. Nafasnya tercungap- cungap selepas memanjat tangga lalu terus menerobos masuk ke dalam bilik tidur Laura Jane.

“Macam mana surat layang ni boleh ada kat atas katil aku?” tanya Laura Jane dengan keras.

“Tak...tak... tahu Cik Laura.”

“Tak tahu? Kau buat apa sepanjang masa duduk dalam rumah ni? Kau tidur ke? Tak sedar orang masuk letak surat layang ni?”

Kemarahan Laura Jane sudah hampir meletuskan laharnya.

“Saya...saya kat belakang tadi. Tapi...tapi pintu depan sentiasa berkunci. Pintu pagar jugak macam tu.”

“Jadi, macam mana surat layang ni boleh ada atas katil aku?” soal Laura Jane sambil merenyukkan surat itu dan dibalingnya ke dinding.

“Ada sesiapa datang hari ni?” Kak Ecah diam sejenak.

“Err...ada katanya nak periksa meter elektrik. Pagi tadi tak ada elektrik sekejap. Kebetulan kontraktor membaiki elektrik ada kat depan rumah ni tadi.”

Laura Jane membeliakkan mata. Dia geram kerana Kak Ecah tidak berhati-hati membenarkan orang asing masuk ke rumah.Benarkah orang yang masuk ke situ adalah kontraktor atau orang yang menyamar?

“Lain kali mintaklah kad pengesahan ataupun kad pengenalan dia sebelum benarkan dia masuk. Sudahlah! Pergi!” Halau Laura Jane sambil menuding jarinya menghala ke pintu.

Dia benar-benar sakit hati hari ini. Tiada sesiapa pun yang akan berjaya memujuknya.Tidak juga Ben, si buah hati yang jauh lebih muda daripadanya. Lelaki keturunan mamak itu baru berusia 30 puluh tahun sedangkan umur Laura Jane, hampir 36.Tidak lama lagi hari lahirnya akan tiba.

Laura Jane menghumban tubuh ke atas katil. Matanya menentang siling. Demikian lama masa sudah berlalu meninggalkannya, bisik Laura Jane sendiri. Baby, tiba-tibaibu rindu padamu!

Aku dah 36 tahun, serunya sendiri di dalam hati. Masih belum terlewat baginya untuk memulakan kehidupan berumah tangga. Dia boleh mendapat sekurang-kurangnya dua orang anak sebelum mencapai usia 40 tahun. Bukankah Ben ada di sisinya? Walaupun Ben tidak pernah menyebut tentang perkahwinan, tetapi lelaki itu setia bersamanya.

Dia menggagau beg tangan mencari telefon bimbit. Segera dia menghubungi si buah hati.

“Ben, apakata kalau kita bertunang?” Ben kaget, dia terdiam beberapa saat. “Laura, you bergurau ke serius?”

Kemudian Ben tergelak kecil. Rasa lucu kerana Laura Jane mengajaknya berkahwin.

“I seriuslah takkanlah hal ni nak buat main-main. Kita bertunang, enam bulan lepas tu kita kahwin. I nak mulakan hidup berkeluarga. I teringin nak ada anak dengan you.” Ben terdiam beberapa saat lagi kemudian bersuara. “Nantilah, malam ni kita jumpa dan bincang hal ni,

okey?”

Ben terus memutuskan talian. Laura Jane merengus kasar. Ben seperti mahu mengelak.Apakah Benbenar-benar mencintainya ataupun tidak? Mengapa dia berasakan bahawa Ben tidak ikhlas mencintainya? Tetapi mereka sudah lama bersama menjalin kasih. Pada mulanya hubungan mereka berdasarkan tugas namun lama kelamaan Laura Jane belajar mencintai lelaki itu.

“Benarkah ini adalah cinta?” soal Laura Jane sendirian. Dalam usia yang muda remaja, lebih kurang 17 tahun

dia jatuh cinta pada Said. Sebelumnya dia tidak pernah menyukai sesiapa. Cintanya pada Said, bukanlah sebuah cinta yangbenar-benar agung.Buktinya dia cepat sekali melupakan lelaki itu setelah Said meninggal dunia.Tiada sedikit pun usaha untuk menziarahi pusaranya. Setelah jasad kaku itu dihantar ke alam lain, namanya terus lenyap dari ingatan Laura Jane.

Cuma sekarang dia selalu teringat pada zuriat mereka,satu-satunya!

Laura Jane teramat yakin ramai lelaki di luar sana yangtergila-gilakan dirinya. Jatuh cinta kepadanya. Pun cinta itu bukan cinta yang suci. Cinta kerana dia cantik, kaya, berjaya sebagai seorang pelakon. Dalam erti kata lain, mereka hanya ingin menumpang glamor.

Bagaimana pun, Laura Jane dapat berasakan bahawa kegilaan Khairil terhadapnya sedikit menggerunkan. Khairil teramat kecewa apabila dia meninggalkan lelaki itu terkulat- kulat selepas filem lakonan pertamanya menjadibox- office.Namun Khairil tidak putus asa terus memburu dan mengganggunya. Dia rasa teramat rimas dan bosan.

Lalu suatu hari ketika Khairil datang menemuinya, diaseolah-olah hilang sabar.

“Hei! Kau ni betul-betul tak tahu malulah Khairil! Aku dah tak nakkan kau lagi. Kau tahu tak selama ni aku hanya peralatkan kau aje. Kau ingat, aku suka kat kau? Kau ingat aku sudi nak layan kau? Aku getik... getik sangat tengok muka kau yang menggerutu macam katak tu!”

Khairil terperanjat sekali mendengar penghinaannya itu. Dia tambah berani apabila merasakan kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Lakonan filem pertamanya mendapat sambutan. Hubungannya dengan produser begitu rapat dan intim. Segala kehendaknya dituruti. Dia menjadi anak emas kepada syarikat produksi milik Encik Azman, Layar Meletup Sdn Bhd.(LMSB).Filem kedua,ketiga dan seterusnya keluaran syarikat LMSB sentiasa menjadi filem box-office. Namanya semakin melonjak dengan cepat.

Khairil terkejut sekali dengan kata-kata Laura Jane. Wajahnya merah padam.

“Lebih baik kau balik saja! Jangan kacau aku.Berambus!!!” kata Laura Jane sambil menutup pintu.

Ketika itu dia tinggal di kondo milik syarikat LMSB. Dia menandatangani kontrak selama 10 tahun.Dia akan berlakon filem dengan syarikat produksi terbabit sehinggalah kontrak itu berakhir. Jika Laura Jane mahu dia boleh menandatangani kontrak yang baru. Pilihan di tangannya. Namun dia tidak akan memperbaharui kontrak itu. Sudah banyak syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon dan menjanjikan bayaran yang lebih tinggi.

Sebelum pintu itu ditutup, Khairil sempat memegang daun pintu dengan tangannya yang tegap.

“Kau dah mula sombong! Kau masih pelakon barulah Laila! Kau takkan ke mana-mana. Nama kau akan tenggelam. Bila masa tu tiba nanti, kau akan cari aku! Kau akan rayu aku dan melutut depan aku!”

Laura Jane ketawa sinis.

“Hah! Siapa yang nak cari jantan cabuk macam kau?

Lagipun aku yakin, percaya masa depan aku cerah.Aku akan jadi pelakon nombor satu negara. Kau bukan sesiapa pada aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi dalam hidup aku!”

Gigi geraham Khairil bergerak-gerak menahan geram. Terasa ingin menampar mulut Laura Jane. Tetapi dia tidak dapat berbuat begitu kerana Laura Jane berlindung di sebalik pintu. Kemudian dia berkata dengan suara perlahan tetapi penuh dendam. Suara yang datang dari dalam anak tekaknya.

“Kau...kau takkan dapat singkir aku dari hidup kau, Laila! Aku akan jadi macam bayang-bayang kau.Akan sentiasa ikut kau. Walaupun aku dah mati sekalipun, aku tetap akan ikut kau!

Aku cintakan kau, Laila. Kau sepatutnya jugak cintakan aku. Roh kita mesti bersatu, walaupun jasad kita tidak,” ucap Khairil sebelum berlalu pergi.

“Gila!” bentak Laura Jane.

Sejak itu Khairil tidak pernah lagi muncul di hadapannya. Dia terus hilang.

Laura Jane tersentak. Tengkuknya merinding tiba-tiba.Kata-kata Khairil suatu masa dahulu terus bermain-main diminda.Terngiang-ngiang di telinganya semula.

BEN termenung. Malam kian larut. Dia bersendirian di balkoni kondo, menghadapi Sungai Klang. Dari balkoni itu dia dapat melihat Jalan Ipoh yang lengang.Tetapi jika waktu siang, jalan itu begitu sesak dengan kenderaan. Dia menebarkan pandangannya lagi ke sebelah kiri. Terlihat bangunan Hotel Legend yang berdiri megah bertentangan dengan bangunan PWTC, Jalan Putra.

Sekonyong-konyong dia teringat pertemuan dengan Laura Jane kala makan awal malam ini di coffee houseHotel Legend. Sebagaimana janjinya lewat telefon sebelumnya dia akan berbincang mengenai hala tuju perhubungan cinta mereka.

“Ya, bertunang tu boleh, I setuju.Tapi kahwin, I tak mahu terlalu cepat. Dua tiga tahun lagi.”

“Tapi kenapa?” tanya Laura Jane.

“Sekarang you tengah topsayang! Kalau kita kahwin, karier you akan hancur. You nak hancurkan karier you sendiri? You tak mahu terus mencipta nama? Cari duit yang banyak.”

“Siti Nurhaliza tu kahwin, terus jugak popular. Peminat dia tak lari pun. Ramai jugak pelakon-pelakonyang dah kahwin, populariti dia orang bertahan.”

“Siti tu masih muda. Cantik, manis,” jawab Ben bersahaja.

“Jadi I ni dah tua kerepot?” Laura Jane naik angin satu badan.

Dia kerap kali tidak dapat mengawal rasa marah. “Atau nak tunggu I menopause? Senanglah you jadikan

alasan, kan? I dah tak boleh beranak!”

Suara Laura Jane terus meninggi tidak sedar dia berada di tempat yang ramai orang.

Ben terus terdiam, dia menyedut minuman. Wajahnya terus tenang walaupun hatinya mulai rasa tidak senang. Matanya mencuri pandang sekeliling ruang itu.Apakah orang lain yang ada di situ terdengar kata-kata Laura Jane tadi.

Dia mendapati orang lain sedang yang menikmati makan malam dalam suasana santai dan tenang. Ada yang bergelak ketawa. Tiada sesiapa pun yang mempedulikan mereka. Dia merenung wanita muda di hadapannya itu yang mempamerkan wajah masam mencuka.

“Laura, bukan macam tu, sayang. You ni kalau nakkan sesuatu tak boleh bersabar sikit ke?”

Ben separuh memujuk. Dia memaksa diri untuk melemparkan senyuman.

Tangan Laura Jane di atas meja diurutnya lembut. Hati Laura Jane sejuk sedikit mendengar kata-kata Ben.

“I nak anak,Ben!Anak I dan you,” rayu Laura Jane sambil menggenggam tangan Ben.

“Jadi kita mesti kahwin. You jangan bimbang soal duit. Biar I tanggung semuanya,” ujar Laura Jane, meneruskan rayuan.

Hilang rasa malu dek kerinduan pada anak yang pernah ditinggalkan.Atas rasa kehilangan yang begitu mendesak itu kini dia terlalu ingin memiliki zuriat.

Ben terdiam. Dia melepaskan keluhan berat.Tangannya yang sedang digenggam ditarik dengan cepat. Perkahwinan dan anak belum ada dalam agenda pemikirannya. Dia masih muda,belum puas hidup membujang.Apatah lagi hidup dalam dunia glamor yang sentiasa di kelilingipelakon-pelakon cantik. Kalau berkahwin, langkah akan terbatas. Dia bosan bila berbicara soal kahwin.

“Kita cakap pasal lainlah,” kata Ben cuba mengubah haluan perbualan.

“Semalam I dapat calldaripada Agnes, pengurus pemasaran syarikat pakaian dalam wanita AB International. Mereka akan lancarkan produk baru dan you jadi model serta jurucakap. Macam mana? I beritahu dia, akan bincang dengan you dulu.”

Laura Jane memandang tajam ke wajah Ben, dia mencebik.

“I tak mahu cakap soal kerjalah!”

“Kerja tu penting Laura. Sekarang you tengah laku, semua orang nak you mewakili mereka. Takkan you nak lepaskan peluang. Bukan mudah nak dapat tawaran macam ni tahu? AB International tu ada di mana-mana seluruh dunia. Peluang hebat macam ni you nak lepaskan?”

“Argh! I bosanlah! Bosan dengan kerja...24 jam!” “Laura, kenapa sejak akhir-akhir ni you macam hilang semangat. Dulu you tak macam ni.You bersemangat betul! You sanggup bersengkang mata.Tapi bila kejayaan berada di depan mata, you cepat puas hati. Hidup kita ni jangan terlalu cepat puas hati Laura! Alamatnya you akan tetap berada di takuk lama.You mesti terus maju ke depan dan ke depan!”

“Hisy! Tak boleh ke I nak berubah Ben? Tak boleh ke? I impikan sebuah keluarga bahagia. Selama ni walaupun I berjaya, tapi I tak bahagia,” ujar Laura Jane perlahan, matanya kelihatan berkaca. Hatinya sedikit pilu.

“Ah! Jangan merepeklah! Tak bahagia you kata? Nama you sentiasa meniti di bibir peminat. Wajah dan suara you menjadi igauan kebanyakan lelaki. Gelak ketawa you sentiasa menghiasi bibir. Mustahil itu hanya satu lakonan?”

Laura Jane tersentap. Kepiluan di hati berasa semakin menjerut. Dadanya berombak. Bibirnya yang mungil itu menggeletar menahan tangisan dan air matanya hampir terburai.

“Selama ni I kerja bermati-matian, siang malam.You tahu tak I penat. I nak settle down, duduk rumah. Hidup tenang dengan family. Selama ni I tak ada family, you tahu tak? You lainlah, you ada ada emak, ayah.You ada adik-beradik, anak- anak buah ramai.Tapi I...I ni sebatang kara tahu?”

Air mata Laura Jane mulai merembes perlahan tanpa sedar. Dia teresak-esak tanpa rasa malu.

Dia bukanlah benar-benar sebatang kara. Dia ada anak tapi tak tahu di mana. Dia ada kakak tetapi dia telah bersumpah tidak akan pulang ke rumah wanita itu. Laura Jane juga ada anak-anak buah tetapi dia tidak kenal lagi pada mereka. Kakaknya sudah pasti tidak kenal padanya lagi. Dia pun tidak punya hati untuk menghubungi mereka.

Dia telah memutuskan hubungan silaturahim dengan kakak kandungnya itu gara-gara si abang ipar yang cuba merogolnya. Dalam usia 16 tahun dia sudahpun lari dari rumah kakak kandungnya itu.

Wajah Laura Jane segera menjadi merah. Hidungnya dipenuhi cecair. Dia menangis bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Setelah puas menangis, dia membuka beg tangan lalu mengeluarkan sehelai tisu. Dia menghembus hingus dengan tisu itu. Ketika itu kilatan kamera menyambar ke wajahnya. Begitu dekat.

Laura Jane tersentak. Terkejut bercampur malu. Tentu hodoh wajahnya yang sedang menghembus hingus selepas menangis. Matanya bengkak dan hidungnya merah. Dia memandang ke arah datangnya kilatan cahaya kamera itu.

Jurugambar yang selalu ‘mencuri’ privasinya sedang menghalakan kamera ke wajahnya sekali lagi. Dia naik radang lalu terus menjerit ke arah lelaki itu.

“Hei you! Jangan kurang ajar ya! Siapa suruh you ambil gambar I?”

Laura Jane terus berdiri tetapi dengan degilnya jurugambar itu terus mengambil gambar wajahnya yang sedang berang.

“Hei! Jantan tak guna! Haram jadah! Berhenti ambil gambarlah! Bodoh!” jerkah Laura Jane sekuat hati.

Lelaki itu terus bergerak keluar dengan pantas.Suara dia memaki hamun lelaki itu melantun dengan kuat membuat orang-orang yang berada di coffee houseitu memandang ke arahnya. Dia rasa malu yang teramat sangat dan baru menyedari tindakannya itu salah. Dia khilaf.

Laura Jane terus berlari keluar. Dia menyangka Ben mengejarnya keluar tetapi lelaki itu masih di dalam coffee house. Sejurus dia menunggu di luar, barulah Ben datang mendekati lalu memegang tangannya.

“I hantar you balik.”

Dia masih marah pada Ben. Dengan pantas dia merenjis tangan lelaki itu.

“Tak payah. I balik sendiri dengan teksi.”

Laura Jane terus berlalu menghala ke teksi stand. Teksi yang baru datang, terus diterpa. Daun pintu dibuka dan dia mengarahkan pemandu teksi bergerak pergi.

Mula-mula soal kahwin kemudian anak pula. Akhirnya dia hanya memalukan diri sendiri depan orang! rungut Ben sambil memegang gelas air putih yang sudah kosong di tangannya. Dia tidak tahu apakah perhubungan dengan Laura Jane akan berlanjutan atau setakat ini sahaja? Kalau dia mahu memutuskannya, dia harus mencari kerja lain. Mencari kerja baru dengan gaji yang mahal bukan perkara mudah.

Ben melepaskan keluhan.

“Teruskan sajalah.Bertunang tak semestinya berkahwin,” bisiknya pada angin malam yang datang menyapa.

Keesokan hari, Laura Jane menelefon Ben dari Rumah Karya Rawal (RKR), syarikat produksi kepunyaan Encik Rawal. Sudah hampir lapan tahun pula dia beralih ke syarikat produksi itu selepas meninggalkan LMSB. Dia memberitahu Ben ada sesuatu yang harus mereka bincangkan bersama Encik Rawal.

Ben bergegas ke RKR, namun dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Apabila dia tiba,Laura Jane menunggunya sendirian di ruang tamu pejabat. Encik Rawal dan Mokhtar, pengarah filem syarikat sudah keluar. Mereka pergi ke RTM ada meetingdi sana.

Wajah Laura Jane nampak sedikit sugul, tetapi dia masih berpura-pura tersenyum sewaktu berhadapan dengan Ben. Ben tertanya-tanya mengapakah wajah itu kelihatan sedih. Apakah dia masih sedih dan marah dengan kejadian malam semalam? Pagi ini ketika terbangun dari tidur,Ben mengambil keputusan untuk meminta maaf dan bersetuju sekiranya Laura ingin bertunang secepat mungkin.

“Dah sarapan?” tanya Ben sambil duduk di sisi Laura. “I dah minum hot chocolatekat rumah tadi, sebelum

keluar,” jawab Laura.

“Tadi Pak Yop hantar I ke sini.Tapi dia minta izin hantar isterinya yang tak sihat ke hospital lepas hantar I ke sini.”

“Okey. I akan hantar you balik.”

Laura Jane masih belum berganjak tiba-tiba dia tenggelam dalam menungan yang panjang.

“Hei, sayang! You masih marah dengan I?” Laura Jane menggeleng.

“Jom kita pergi cari cincin pertunangan nak tak?” Ben memujuk, sambil tersenyum.

Dia berharap idea itu akan menceriakan wajah Laura Jane. Laura Jane memandangnya tidak berkelip, cuma tersenyum kecil. Dia tidak membalas ajakan Ben tetapi memulangkan pertanyaan.

“You dah tolak ke tawaran dari AB International tu?” Ben menggeleng.

“Belum.”

“Jom kita pergi pejabat AB International tu sekarang,” Laura Jane terus bangun.

Ben kehairanan namun mengikut sahaja.Ajakannya untuk mencari cincin pertunangan dipandang sepi. Sudah berubah fikirankah untuk mengikat tali pertunangan? Soalnya sendiri di dalam hati. Takkan dalam masa semalaman Laura Jane berubah pendirian.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.