Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
84,454
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Bab 2

“BETUL ke dia dah lari Mah?” tanya Mak Yah seperti tidak percaya.

“BetulYah! Bukan setakat dia lari je,barang-barang kemas aku...duit aku dia bawak lari jugak. Ni, budak ni aje yang

dia tinggalkan. Nama pun belum ada lagi budak ni,” kata Mak Timah kesal.

“Eloklah berikan dia nama Mah.” Nasihat Mak Yah.

“Ada jugak aku fikir-fikir. Ingat nak bagi nama mak aku.

Hawa...macam mana kalau letak nama Hawa Fatihah?” “Elok jugak nama tu,” balas Mak Yah.

Mak Timah tersenyum sambil memangku cucunya yang baru mendapat nama Hawa Fatihah.

“Geram betul aku bila aku ingatkan mak si Hawa Fatihah ni,” kata Mak Timah setelah diam beberapa ketika.

“Tak sangka buruk betul perangai budak Laila tu ya. Harapkan rupa aje cantik tapi perangai buruk! Kau jangan ikut perangai mak kau tu, Hawa!” kata Mak Yah sambil memandang mesra ke arah bayi di atas pangkuan Mak Timah.

“Aku bingung Yah! Tak tahu nak buat macam mana. Bukanlah aku nak anggap cucu aku ni beban...tak! Anak ni rezeki, amanah ALLAH. Tapi aku terdesak betul ni! Kalau pergi menoreh siapa nak jaga dia? Kalau nak suruh orang jaga, kena bayar upahnya. Mana aku nak cekau duit,Yah?”

Mak Yah memandang wajah jiran sekampungnya itu. Dia tersenyum.

“Alah, sementara kau pergi menoreh tu, tinggalkan aje lah kat rumah aku. Boleh aku tengok-tengokkan. Bukan lama sangat kau pergi menoreh pun.”

“Tapi aku tak sedap hati,Yah.Takkan nak suruh kau jaga percuma aje,” kata Mak Timah tidak puas hati.

“Buat sementara bolehlah, Mah. Kita tolong-menolong.

Tapi lepas tu kau fikir-fikirkanlah apa yang patut dibuat.”

“Terima kasihlah Yah. Lega sikit rasa hati aku. Boleh aku menoreh esok.”

Mak Timah tersenyum memandang Mak Yah. Mak Yah ikut tersengih. Dia tidak kisah menjaga cucu Mak Timah. Hawa Fatihah masih kecil. Senang menjaganya, tidak banyak kerenah. Selalunya bayi kecil lebih banyak tidur. Dia hanya akan menangis bila lapar dan punggungnya basah.

Sebulan berlalu dengan pantas. Pagi itu ketika Mak Timah menghantar Hawa Fatihah ke rumah Mak Yah, wanita itu dengan wajah kesal memberitahunya; “Hari ni aku tak dapat nak tolong kau jaga Hawa.Anak aku jemput aku pergi rumah dia di Kuala Terengganu. Menantu aku baru bersalin semalam.”

“La, kau nak pergi jenguk cucu kau lah ni?”

“Haah. Ni aku tengah-tengah bersiap-siap. Kejap lagi si

Zaidi tu datang jemput.Maaflah ya,Mah.”

“Berapa lama kau nak pergi ni?”

“Tak tahu lagi. Mungkin sebulan dua. Sampai menantu aku habis pantang.”

Mak Timah mengangguk. Dia terus mengendong Hawa Fatihah pulang ke rumah. Sejurus dia duduk termenung di muka jendela. Siapakah yang boleh diharapkannya untuk menjaga Hawa Fatihah? Dia tidak boleh duduk di rumah sahaja. Dia perlu mencari rezeki.

Setelah seminggu berlalu, Mak Timah masih belum dapat menoreh getah. Haji Manap kehairanan. Lalu lelaki itu datang mengunjungi rumah Mak Timah. Mak Timah yang sedang melayani cucunya di beranda, mengerut dahi melihat kedatangan Haji Manap.

“Assalamualaikum,” sapa lelaki itu sebaik sahaja turun dari motosikalnya.

“Waalaikumsalam. Naiklah abang haji.”

“Tak apalah. Kat beranda sajalah Mah,” jawab Haji Manap. “Kau sihat, Mah?”

“Alhamdulillah sihat abang haji,” jawab Mak Timah.

“Dah seminggu kau tak menoreh. Aku ingatkan kau tak sihat. Kau tak nak menoreh lagi ke, Mah?” tanya Haji Manap berterus terang.

Mak Timah terdiam sejenak. Hawa Fatihah baru sahaja menyusu. Mak Timah menepuk-nepuk punggung cucunya supaya dia segera tidur. Setelah Hawa Fatihah tidur, dia meletakkannya di atas tilam. Kemudian barulah dia menjawab pertanyaan Haji Manap yang tergantung; “Saya nak menoreh abang haji, tapi keadaan tak mengizinkan.”

“Apa maksud kau ni, Mah?”

“Cucu saya ni tak ada orang jaga,” jawab Mak Timah. “Maknya mana?” tanya Haji Manap ingin tahu.

Mak Timah menggeleng kesal.

“Tak tahulah abang haji. Maknya dah lari. Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba saja dia menghilangkan diri, tinggalkan anaknya dengan saya. Hari tu saya mintak tolong Yah jaga sementara saya menoreh. Ni Yah pergi ke rumah anaknya.Tu yang dah seminggu saya tak menjenguk kebun,” terang Mak Timah panjang lebar.

Haji Manap terdiam, dia termenung panjang sambil berfikir dalam-dalam.

“Bukan apa, ada orang bertanya hari tu bila dia tengok kau tak menoreh, dia nak menoreh pulak.”

“Bagilah pada orang tu abang haji. Saya mungkin tak dapat menoreh lagi,” kata Mak Timah diiringi keluhan.

Keruh air mukanya menanggung susah sendirian kini. Tiada siapa yang dapat menolongnya melainkan TUHAN.

“Kesian aku dengan kau ni, Mah. Aku faham, kalau tak menoreh, macam manalah kau nak dapat rezeki untuk kau dengan cucu kau ni.”

Mak Timah terdiam. Dia merenung jauh.Ya ALLAH! Aku percaya cucuku ini bukanlah bebanan.Tapi dia adalah rahmat yang KAU turunkan buatku.Janganlah hendak aku menganggap dia sebagai bebanan.Tidak sesekali. Dia adalah permata yang amat bernilai yang akan menerangi hidupku yang semakin suram menuju ke alam tua.

“Macam ni lah.Hari tu anak aku EncikAnuar ada beritahu dia nak cari pembantu rumah. Pembantu rumah dia dah balik ke Indonesia.Dia mintak tolong aku carikan orang kampung ni. Aku rasa kau sesuai jadi pembantu rumah dia. Kau bukannya tua sangat pun Mah.Berapa umur kau sekarang ni?” tanya Haji Manap ingin tahu.

MakTimah tersipu-sipu apabila usianya ditanya.Dia terasa malu. Memang dia belum begitu tua. Tahun ini umurnya 42 tahun.

“Empat puluh dua abang haji.”

“Eh, muda lagi! Kau ni pulak jenis cergas. Kat kebun getah tu kau boleh buat kerja takkanlah jadi pembantu rumah tak larat. Kerjanya bukan berat.”

Mak Timah merenung wajah Haji Manap. “Encik Anuar tu, duduk di Kuala Lumpur ya?”

“Ya, Mah.Anak dia, Sufian tu tak ada orang jaga. Mereka tu suami isteri bekerja. Sekarang ni terpaksalahbergilir-gilir cuti.”

Mak Timah mula berfikir. 

Hatinya berbelah bahagi. Sayang dia hendak meninggalkan rumah yang didudukinya sejak sekian lama.

 Lagipun dia tidak pernah meninggalkan kampung itu.Jika dia bekerja di rumah EncikAnuar,bermakna dia terpaksa meninggalkan kampung dan rumah tercinta. Jika difikir-fikir lagi, untuk apa pula dia menunggu rumah itu tanpa sebarang pekerjaan? Celik saja mata, perut perlu diisi.


“Kalau kau setuju kerja dengan Encik Anuar, kau bolehlah jaga Sufian dan Hawa ni sekali.Tapi terpaksalah pindah.”

Mak Timah masih membisu, menimbang-nimbangperkara itu dengan saksama.

“Kalau kau mahu,aku telefon EncikAnuar,” kata Haji Manap lagi.“Kau fikirlah masak-masak dulu Mah.Timbang buruk dan baiknya. Selagi tak mencuba kita takkan tahu.”

“Betul kata abang haji tu. Bolehlah saya cuba sebulan dua. Kalau tak sesuai, saya balik lagi ke sini,” jawab Mak Timah akhirnya.

Haji Manap tergelak kecil.Dia segera pulang ke rumah untuk memberitahu Encik Anuar. Haji Manap sudah mendapatkan pembantu rumah yang dicari-cari selama ini. Besar harapannya Mak Timah betah bekerja di rumah Encik Anuar. Selama- lamanya.

“MASUKLAH mak cik! Ni lah rumah kami sekeluarga,” pelawa Encik Anuar sambil mengangkat beg pakaian MakTimah masuk ke dalam rumah.

Mak Timah mengendong Hawa Fatihah kemas dalam dakapan. Namun matanya tidak lepas memerhati sekeliling. Besar jugak rumah Encik Anuar ni, bisik hati MakTimah. Rumah teres dua tingkat, lot tepi. Bahagian hadapannya sudah diubah suai membuatkan ruang tamu itu nampak luas.

Isteri Encik Anuar, Puan Anom keluar dari dapur. Dia kelihatan sibuk memasak makanan tengah hari.

“Oh, dah sampai pun Mak cik Mah dengan Hawa rupanya,”tegur Puan Anom mesra.

Dia bersalaman dengan MakTimah.MakTimah menyambut salam wanita itu.EncikAnuar membawa beg pakaian MakTimah ke bilik tidur yang terletak bersebelahan dengan dapur. Bilik itu memang disediakan untuk pembantu rumah.

“Harap mak cik selesa bekerja di sini,” kata Puan Anom semasa mereka menikmati makan tengah hari bersama.

Mak Timah segera dapat merasakan suasana mesra dan hangat.Lega hatinya.Nyata keputusannya meninggalkan kampung bersama Hawa Fatihah adalah tepat. Encik Anuar memang baik hati.Isterinya juga begitu.MakTimah turut menyenangi anak lelaki

PuanAnomdanEncikAnuar.Sufian,baruberusiaduatahun.Mak Timah berharap Sufian dan Hawa Fatihah akan menjadi kawan apabila mereka besar nanti.

“Insya-ALLAH. Mak cik harap pun macam tu jugak.” “Kami ni selalu sibuk. Bisnes baru nak mula kenalah beri

tumpuan lebih.Tu yang jarang ada di rumah.Kesian Sufian.Tapi dengan adanya mak cik di sini harap dapatlah mak cik tengok- tengokkan Pian. Dia pun dah biasa kena tinggal sebenarnya,” cerita Puan Anom dengan lembut.

MakTimah mengangguk sahaja.Dia akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru di situ. Puan Anom menerangkan apa yang patut dia lakukan setiap hari. Mak Timah mengerti. Dia bersyukur kepadaTUHAN di atas rezeki yang dilemparkanNya. Gaji yang diberi Encik Anuar agak lumayan. Tempat tinggal sudah tersedia, makan minum pun ditanggung. Apa lagi yang dia perlukan. Tugasnya hanya perlu menjaga anak majikan dan membesarkan cucu nan seorang.

Mak Timah berharap masa akan berputar dengan cepat. Siang dan malam berganti,waktu pun pantas berlari.Tidak sabar untuk melihat cucunya membesar, tumbuh menjadi gadis remaja. Ya ALLAH, semoga panjang umurku untuk melihat Hawa Fatihah dewasa dan menjadi manusia yang sempurna.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.