Home Novel Cinta Sebenarnya Dia Milik Aku
Sebenarnya Dia Milik Aku
4/7/2013 11:04:07
84,467
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Bab 3

TUJUH BELAS TAHUN KEMUDIAN

DAH siap kemas bilik Abang Pian kau tu? Asyik berangan aje?”

Hawa Fatihah terkejut yang amatsangat,bingkaigambarSufiandi tangannya hampir terlepas. Tadi dia

sedang merenung gambar Sufian yang tersenyum mesra di sebalik cermin bingkai gambar yang menghiasi meja tulisnya. Tiba-tiba sahaja Mak Timah menjengukkan wajah di muka pintu yang ternganga.

“Dahlah nek! Terkejut Hawa. Mujurlah tak jatuh gambar Abang Pian ni tadi!” jawab Hawa Fatihah, sambil meletakkan bingkai gambar itu kembali ke tempatnya.

Dia terus mengibas meja itu dengan bulu ayam di tangan.

“Nenek bukan tak tahu kau tu, berangan aje yang lebih, kerja kurang,” kata Mak Timah sengaja hendak menyakat.

“Tak baiklah nenek cakap Hawa macam tu! Mana Hawa beranganlah nek!”

“Hisy, nenek intai-intai kau asyik renung gambar Abang Pian kau tu kenapa? Dah rindu sangat ke?”

Hawa Fatihah tersipu-sipu malu diusik oleh neneknya begitu.

“Rasa dah lamalah Abang Pian tu pergi luar negara. Setahun ya, nek?”

“Haah!Adalah setahun lebih kurang.Ah! Entah-entah dah sampai kat lapangan terbang.Apa yang nak digaduhkan!”

Hawa Fatihah terdiam. Dia memerhati sekeliling ruang bilik. Sudah kemas semuanya. Dia sudah mengganti cadar baru. Lantai beralas permaidani sudah disapu bersih. Permukaan meja tulis dan almari juga sudah dilap dengan kain basah. Langsir sudah diganti. Segalanya sudah selesai, hanya menunggu penghuni kamar itu pulang sahaja.

“Nenek nak turun. Jangan lama sangat kat atas. Tolong nenek kat dapur,” gesa Mak Timah sambil bergerak pergi.

Hawa Fatihah menggangguk sahaja. Dia mencapai bakul berisi cadar kotor lalu membawanya ke bahagian belakang. Cadar kotor dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dia tekun membuat kerja. Ada sebakul pakaian yang masih belum berjemur. Dia mengangkatnya ke tempat jemuran lalu menyidai pakaian di situ. Dari arah tingkap dapur, MakTimah memerhati aksi cucunya.

“Dah besar kau,Hawa.Aku rasa macam semuanya masih baru terjadi,” ujar Mak Timah sendirian.

Memang Hawa Fatihah sudah membesar menjadi gadis remaja. Tujuh belas tahun usianya kini. Dia cantik, secantik ibunya, Nur Laila. Setiap kali memandang Hawa Fatihah yang semakin meningkat remaja, Mak Timah akan teringat pada Nur Laila. Entah di mana dia berada sekarang. Dia terus hilang, lenyap daripada pandangan. Sudah 17 tahun berlalu tanpa sebarang beritayang didengari tentang wanita itu.

Mungkinkah dia masih hidup atau pun sudah mati? bisik hati Mak Timah. Dia pergi membawa lari barang-barang kemasku. Memang aku rasa marah bercampur sedih. Pun bersama masa yang berputar, Mak Timah merelakan. Malah menghalalkan segala perbuatan buruk menantunya itu. Dia tidak perlukan barang kemas dan wang ringgit. Cukup hanya ditemani cucu yang amat dikasihi.

Hawa Fatihah turut disayangi semua orang di rumah ini. Encik Anuar dan Puan Anom tidak pernah menganggap Hawa Fatihah orang luar. Hawa Fatihah mendapat tempat yang istimewa di hati pasangan suami isteri itu. Mereka menganggap Hawa Fatihah seperti anak sendiri. Jika Sufian mendapat dua pasang baju, Hawa Fatihah tidak ketinggalan.

Begitulah juga setiap kali Sufian mendapat sesuatu barang atau permainan, Hawa Fatihah juga akan mendapatkannya.

Bukan setakat itu, jika Sufian memanggil ibu bapanya

‘papa’ dan ‘mama’, Hawa Fatihah terikut-ikut juga. Encik Anuar dan PuanAnom tidak pernah melarang,malah mereka turut membahasa diri dengan panggilan itu. Hawa Fatihah membesar, penuh kasih sayang. Gembira sebagaimana anak orang lain. Dia bahagia. Punya papa, punya mama, punya nenek dan punya abang.

Walau hakikat yang sebenarnya,dia tidak punya pertalian dengan mereka. Dia hanyalah cucu seorang wanita yang semakin tua, yang sekian tahun menjadi pembantu rumah Encik Anuar dan Puan Anom. Bermula di rumah teres yang sederhana,sehinggalah akhirnya EncikAnuar memiliki rumah banglo besar. Perniagaan yang diceburinya maju dan berjaya. Keluarga itu kini tergolong kaya lagi berharta.

Tapi aku tetap seorang pembantu rumah, bisik hati Mak Timah seperti kesal. Dan cucuku itu sebenarnya tidak layak lagi berdampingan dengan Sufian.Apalagi Sufian kini belajar di luar negara. Dan bila Sufian tamat belajar kelak pasti dia akan menjadi sama seperti bapanya, seorang manusia yang berjaya dan bijaksana.

Kita tak sama dengan mereka Hawa, fikir Mak Timah lagi. Aku mesti beritahu Hawa hakikat ini. Hubungan antara

Sufian dan Hawa tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Mesti ada batasan antara mereka. Mesti! Begitulah tekad Mak Timah. Aku tak mahu cucuku menderita, sedih dan kecewa

suatu hari nanti. Pipit tetap pipit cu… kau harus sedar hakikat itu. Nenek harap kau takkan simpan walau secebis pun perasaan pada Sufian.Tidak sekali cu!Tidak.

Hawa Fatihah tahu perhubungan antara dia dengan keluarga itu. Sebaik sahaja anak itu mengerti, Mak Timah segera memberitahu cucunya; “Hawa! Hawa boleh panggil mereka mama dan papa.Tapi mereka bukan ibu bapa kandung Hawa.”

“Ibu bapa kandung tu apa, nek?” tanya Hawa Fatihah. Ketika itu umurnya lebih kurang tujuh tahun dan dia

sudah pun masuk ke sekolah rendah. Setiap hari dia menaiki kereta EncikAnuar yang akan menghantar dia dan Sufian ke sekolah. Kemudian pada sebelah petang, drebar Encik Anuar akan menjemput anak-anak itu pulang.

“Bapa kandung tu adalah bapa sebenar Hawa, yang ada pertalian darah dengan Hawa. Bapa kandung Hawa adalah anak nenek. Namanya Said.”

Hawa Fatihah mengangguk. Dia mengerti. Sebab itulah nama penuhnya Hawa Fatihah binti Said dan bukannya binti Encik Anuar.

“Ibu kandung pulak adalah ibu yang melahirkan Hawa.” “Siapa dia?” tanya Hawa Fatihah ingin tahu.

“Namanya Nur Laila.”

“Mana mak Hawa? Ayah Hawa?”

“Ayah kau dah meninggal, mak kau nenek tak tahu kat mana.”

Ada rasa sedih ketika Mak Timah menerangkan pada Hawa Fatihah kedudukan sebenar. Tetapi di wajah Hawa Fatihah tiada kesedihan.Selama ini dia mendapat kasih sayang daripada Encik Anuar dan Puan Anom. Lalu dia tidak pernah merasa kehilangan.Tidak pernah rasa kekurangan.

Puan Anom dan Encik Anuar dua manusia yang terlalu baik, cetus hati Mak Timah.

“Ya ALLAH nek! Membazir airlah nenek ni,” tegur Hawa Fatihah.

Dia sudah selesai menjemur kain. Hawa Fatihah melihat Mak Timah termenung panjang, air paip sinki dibiarkan terpasang.

“Nenek kata Hawa berangan, tapi nenek tu apa kurangnya!” tempelak Hawa Fatihah sambil tergelak kecil.

Mak Timah ikut tertawa. Dia bergerak pantas menghala ke meja di tengah ruang. Di situ terdapat ayam yang sudah siap disiang. Ayam itu akan dimasak berlada. Di situ juga ada udang galah. Mak Timah akan memasak rendang udang galah.Itu adalah makanan kegemaran Sufian.Sayur kangkung goreng belacan pasti akan menjulang selera. Tengah hari itu Encik Anuar dan Puan Anom tiada di rumah walaupun anaknya,Sufian akan pulang.

Pasangan suami isteri itu sibuk. Cuma dia berpesan agar

Sufian menunggu di rumah. Mereka akan cuba pulang awal petang nanti. Mak Timah maklum benar kesibukan suami isteri itu.

“Nak tolong apa ni nek?”

“Ni lah soalan yang nenek paling suka dengar!” kata Mak Timah sambil tergelak kecil.

“Rajin cucu nenek ni selalu tolong nenek. Ha, sekarang Hawa tolong potong bawang merah,bawang putih,halia,” ujar Mak Timah melonggokkan barang-barangyang disebutnya tadi di hadapan Hawa Fatihah.

Hawa Fatihah memerhati sambil tangannya lincah membuat segala yang disuruh. Sehinggalah selesai memasak tiga jenis lauk-pauk,berserta ulam dan sambal untuk hidangan tengah hari itu. Hidangan yang hanya menunggu kepulangan anak si tuan rumah yang akan sampai pada bila-bila masa sahaja. Drebar peribadi Encik Anuar, awal-awal lagi sudah menunggu jejaka itu di KLIA.

“Tak ada apa-apa dah nak ditolong kan, nek?” tanya Hawa Fatihah sambil mengelilingi meja makan yang sudah disusun rapi segala lauk-pauk. Baunya begitu enak memikat selera.

“Haah. Dah siap dah semuanya,” jawab Mak Timah. “Nak tengokTVlah kejap sebelum masuk waktu Zohor,” kata Hawa Fatihah.

Dia terus bergerak ke ruang hadapan. Mak Timah mengangguk sahaja. Dia terus lincah mengemas dapur selepas selesai memasak. Ruang dapur moden yang luas dan cantik itu terjaga rapi. MakTimah sentiasa memastikan ruang itu bersih. Takut juga dia sekiranya Puan Anom menegur dia tidak menjaga kebersihan. Sewaktu di kampung dulu, dapurnya tidak sekemas ini.Tapi ini rumah orang. Dia perlu sentiasa mengemas dan memastikan segalanya teratur.

Lagipun mudah untuknya mencari barang-barang.Sejak mula bekerja dahulu Puan Anom mengajarnya supaya menyimpan segalanya di tempat yang sama. Bila hendak cepat tidaklah tergagau-gagau mencari kopi, susu ataupun gula. Semasa dia membuka kabinet untuk mengambil lada kering, dia terpandang bekas tepung. Saat itu dia teringat hendak membuat apam gula merah. Bukankah apam gula merah menjadi kegemaran Sufian.

Sudah lama dia tidak menyediakan juadah itu. Mak

Timah tersenyum. Apakah Sufian masih ingat pada kuih kegemarannya? Esok dia akan membuat apam gula merah itu. Bukannya susah mana pun, bisik hati Mak Timah.Tepung, yis, santan dan gula pasir dan gula merah dibancuh bersama. Diperam selama dua jam. Selepas itu dikukus dalam acuan kuih lompang. Dah jadi pun apam!Harap-harap Sufian akan suka!

SUFIAN bersandar di kusyen belakang kereta Mercedes bapanya. Kereta itu dipandu laju meninggalkan lapangan terbang. Badannya masih penat menempuh perjalanan yang panjang. Dia memejamkan mata.Tetapi membukanya semula. Dengan rasa tidak sabar dia berkata pada Pak Latif.

“Kenapa papa dengan mama tak datang jemput Pian, pak cik?”

“Papa dengan mama kau sibuk sepanjang minggu ni, Pian.”

“Hai, Pian bukannya balik selalu.Takkanlah tak ada masa nak jemput Pian.”

Pak Latif diam sahaja mendengar rungutan tidak puas hati yang terbit daripada bibir jejaka itu.

“Eh, pak cik! Hawa dan nenek apa khabar?” “Baik, macam biasa aje.”

“Tak apalah! Harap Hawa ada kat rumah.”

“Ada rasanya. Kan hari ni hari Sabtu, tak sekolah.”

Sufian mengangguk. Dia kembali bersandar dan memejamkan mata. Kala itu dia cuba membayangkan wajah Hawa Fatihah. Bagaimanakah wajah gadis itu? Mungkinkah bertambah cantik? Sufian tersenyum sendiri.Dia tidak sabar untuk menemui Hawa Fatihah.

Sewaktu tiba di rumah, hanya Mak Timah yang menyambutnya di muka pintu. Rumah sepi. Eh, mana pulak Hawa ni?

“Hmm...Hawa mana?”

“Tengah sembahyang Zohor,” jawab Mak Timah.

Sufian mengangguk. Dia melintasi ruang makan. Di meja sudah tersedia hidangan tengah hari. Wah! Sedapnya bau masakan nenek! Serunya di dalam hati. Serta-mertadia berasa lapar. Mak Timah tersenyum.

“Nak makan? Tentu lapar.”

“Sekejap lagilah.Pian mandi dan solat dulu,” kata Sufian sambil terus memanjat tangga naik ke tingkat atas.

Setengah jam kemudian dia turun semula. Dari arah dapur dia terdengar suara Hawa Fatihah sedang bercakap- cakap dengan Mak Timah. Sufian terus menjenguk, tidak sabar untuk menatap wajah Hawa Fatihah.

“Hai, Hawa!”

Hawa Fatihah menoleh. Matanya dan Sufian beradu.

Mereka saling merenung kemudian serentak mengukir senyuman.

“Abang Pian!”

“Apa khabar, Hawa?”

“Baik-baik aje.Abang Pian macam mana?”

“Alhamdulillah. Sihat,” jawab Sufian sambil matanya tidak lepas dari memandang Hawa Fatihah. Dilihatnya Hawa Fatihah ayu sekali dengan rambutnya yang panjang ditocang.

Wajahnya bersih berseri selepas dibilas dengan air wuduk. Umpama bunga yang sedang mekar, tiada mata yang tidak ingin memandang. Apatah lagi wajah itu adalah seraut wajah yang teduh, lembut dan menyenangkan. Wajah itu pemilik jiwa yang tenang lalu terpancarlah aura kebaikan dan ketenangan di sana. Sesiapa sahaja suka memandang, rasa hati bertaut sayang.

“Hawa dah makan? Jom makan dengan abang. Dah lamalah tak makan dengan Hawa.”

Tersentak hati Mak Timah mendengar permintaan lembut Sufian.Dia memandang Sufian yang tersenyum lebar.

“Nek! Nek pun makan sekali ya! Pian rindu dengan masakan nenek. Dari jauh Pian dah terhidu bau rendang udang galah. Mesti sedap!” kata Sufian sambil menelan air liur.

“Kat sana kau selalu makan apa, Pian?” tanya Mak Timah ingin tahu.

“Kat London tu bukan tak ada nasi, nek. Segala-galanyaada.Kami masak sendiri.Tapi masak cincai aje lah sebab sibuk belajar. Kadang-kadang nasi putih dengan telur ataupun ikan sardin. Kalau malas masak, makan pizza aje lah.Adalah jugak rasa pedas-pedas sikit. Mat Salih ni makan tak suka yangpedas-pedas, masin pun tak. Lemak, tawar aje. Mulanya rasa loya jugak,” cerita Sufian sambil menceduk udang galah ke dalam pinggan yang baru diisi nasi oleh Mak Timah.

“Wah! Sedapnya rendang udang. Hari tu pergi makan nasi beriani, punyalah mahal.”

Mak Timah tersenyum mesra.

“Haah, dah balik Malaysia ni, makanlah puas-puas.Apa aje yang Pian nak makan, nenek akan masak.”

Sufian tergelak besar.

“Tu yang buat Pian sayang nenek. Pandai ambik hati.”

Sufian menjeling Hawa Fatihah yang duduk di hadapannya.

Bila mendengar Sufian berkata begitu,cepat-cepat Hawa

Fatihah membalas;“Bodek...bodek jangan tak bodek!” “Apa? Hawa cakap abang Pian kaki bodek ya? Nanti kena

Hawa ni,” kata Sufian sambil cuba mengacah-acahtangannya ke arah Hawa Fatihah.

Hawa Fatihah menjerit kecil dan berlindung di bahu Mak Timah yang duduk di sebelahnya. Mak Timah tergelak kecil.

“Hmm... Tak berubah jugak macam budak-budak.Ingat ni masa makan, Hawa, Pian,” tegur Mak Timah.

“Entah! Abang Pian ni jahatlah! Tak berubah-ubahperangai dia, makin teruk lagi!”

“Abang Pian mana boleh berubah Hawa. Abang Pian memang tetap macam ni lah jugak. Kenapa, Hawa nak Abang Pian berubah ke?”

“Yalah! Matanglah sikit Abang Pian! Umur aje dah tua.” “Mana pulak tua Hawa. Abang baru sembilan belas

tahunlah!”

“Tualah dari Hawa,” jawab Hawa Fatihah.

“Tapi ada sesetengah pelajar kat sana tu, ada yang dah kahwinlah nek.Sebaya Pian,” cerita Sufian.

“Main pilih ikut suka aje, tak sempat nak bercinta-cinta macam pilih selipar kat Chow Kit. Senang-senangjodohkan orang tu dengan orang ni.”

“Siapa yang aturkan tu?” tanya Hawa Fatihah.

“Ketua persatuan pelajar. Kalau tak masuk persatuan ni susahlah jugak.Apa-apa hal berlaku tak ada sesiapa nak tolong. Keluarga masing-masing jauh. Jadi kena masuk jugaklah.

Banyak kebaikannya bila masuk persatuan. Kita takkan rasa keseorangan. Taklah mudah terbabas. Maksudnya, kita lebih kuat bila bersatu. Maklumlah kat tempat orang, bumi yang penuh maksiat pulak tu! Kita perlu kuat untuk melindungi diri sendiri. Pegangan agama harus teguh.”

Mak Timah mengangguk sahaja. Bimbang juga dia mendengar cerita Sufian.Tetapi dia yakin Sufian bukan jenis anak muda yang liar. Dia turut mendidik Sufian sehingga besar.Dia juga yang mengenalkan Sufian pada ayat-ayat suci ALLAH.

Encik Anuar mengamanahkannya mengajar Sufian mengaji dari muqaddam sampailah tamat al-Quran. Sufian khatam al-Quran ketika umurnya 10 tahun. Begitu juga dengan Hawa Fatihah. Sebelum hari lahirnya yang ke-10tiba, dia sudah pun khatam al-Quran. Mak Timah bersyukur dan amat bersyukur. Kedua-dua manusia yang pernah dididiknya itu ada asas pegangan yang kukuh.

Dia berharap, iman mereka tidak akan mudah bergoyah walau di mana berada. Dan dia berdoa mereka berdua terselamat daripada bahana api neraka.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.