ELEANOR menghalang laluan Susana. Dia
mengerti kenapa Susana panas hati sangat. Ketika dia bersama-sama Weir mahu
menuruni lif mereka terserempak dengan orang-orang dari jabatan Agama. Weir
sempat bertegur sapa dengan salah seorang dari jabatan Agama tersebut. Ada
orang melaporkan kes pasangan berkhalwat di hotel tersebut.
Susana
mungkin mahu dirinya ditangkap khalwat bersama Weir. Kotor hati wanita itu.
Gunakan cara tidak elok. Rancangan kotor Susana tidak menjadi kerana Weir tidak
sebodoh yang disangka.
“Kau
bengang sebab plan kau tak menjadi kan?” Eleanor menyoal.
“Apa
lagi yang kau nak mengarut dengan aku!”
“Kau
ingat aku tak tahu?”
“So, baguslah kau dah tahu. Aku takkan
biarkan Weir menjadi milik sesiapa pun. Aku sanggup lakukan apa saja agar kau
dengan dia tak jadi berkahwin. Kau faham!”
Eleanor
tersenyum.
“Kau
fikir lelaki seperti Weir tu nakkan kau lagi. Kalau dia nakkan kau, kenapa dia
terkejar-kejarkan aku.” Eleanor memaut dagunya. Dia sengaja memanaskan lagi
hati Susana yang sememangnya sudah panas.
Terketap-ketap
bibir Susana. Cemberut mukanya.
“Tepilah!”
Dia menolak Eleanor.
Susana
masuk ke bilik. Berdentum pintu dihempaskan. Eleanor tersenyum. Buat masa ini
kemenangan berpihak pada dia.
Seorang
gadis tercegat di pintu pagar banglo mewah itu. Eleanor mengerut dahi. Dia
seakan kenal dengan gadis terbabit. Gadis itu sepupu kepada Aleeza barangkali.
Fifi, jika dia tidak silap nama panggilan gadis itu.
Eleanor
mengatur langkah merapati pintu pagar. Pintu pagar dibuka secara automatik. Tidak
sempat dia membuka mulut, bahunya sudah ditolak oleh Fifi. Fifi mencerlung
dengan dia wajah bengi
“Kau
punca pakcik aku berpisah dengan Kak Helena!” Fifi melenting.
Tersentak
Eleanor. Fasal Weir lagikah? Kali ini, apa pula bala yang bakal menimpa dia.
“Perempuan
tak tahu malu!”
“Kita
boleh berbual di dalam. Bincang elok-elok tentang hal ini.” Eleanor cuba
bertoleransi. Tidak senang dia dengan jerit-pekik Fifi yang memaki tak tentu
arah.
“Tak
payah yang berbuat dengan aku! Kau ni memang perempuan perampas.” Jari telunjuk
Fifi ditundingkan ke muka Eleanor.
Perampas?
Dia pula dituduh perampas. Eleanor mahu saja ketawa mendengar tuduhan yang
dilemparkan oleh Fifi.
“Kau
salah faham ni.”
“Tak
perlu nak berlakonlah perempuan. Kau jerat pakcik aku sebab kau nak harta dia
kan?”
“Pleaselah… aku tak heran langsung dengan
harta benda dia, okay. Kalau kau tak berpuas hati kau boleh bertanya pada
pakcik kesayangan kau tentang pertunangan aku dengan dia. Siapa yang kejar siapa.
Siapa yang aturkan semua ni?” Berang Eleanor dengan sikap Fifi yang tidak mahu
berbincang secara lembut. Main serang ikut suka hati tanpa menyelidik dahulu.
Ingat dia kemaruk sangat nak berkahwin dengan Weir Zafril itu!
Fifi
melirik senyuman sinis.
“Kau
dah guna-gunakan pakcik aku. Kau tahu tak kau tak layak dengan dia.”
Eleanor
ketawa kecil. Sikit-sikit dituduh pakai ubat guna-guna. Apa punya fikiran gadis
seorang ini. Harap sahaja nampak seperti orang berpelajaran tinggi tapi otak
masih tak matang.
“Aku
fikir aku memang tak layak untuk pakcik kau itu. Apa kata yang paksa saja
pakcik kau itu putuskan pertunangkan kami. Habis cerita.” Eleanor menutup
semula pintu pagar tersebut. Bazir air liur bertekak dengan budak tak matang
seperti Fifi.
Fifi
merengus lalu menghentak-hentak kaki. Geram benar dia dengan Eleanor. Serangannya
seakan tidak berkesan. Boleh pula perempuan itu ketawakan dia. Dia nekad untuk
menghalang pakciknya dari berkahwin dengan Eleanor.
Eleanor
bukan gadis yang diam macam tunggul bila dicemuh sebegitu. Dia tidak akan orang
lain memijak maruahnya dengan mudah.
“Siapa
tadi tu, El?” Mak Pah terkocoh-kocoh menghampiri Eleanor. Dia terdengar
kekecohan di luar.
“Orang
gila, Mak Pah.”
“Orang
gila?”
“Tak
payah Mak Pah ambik kisah fasal ornag gila tu. El, lapar ni. Temankan El makan.”
Eleanor memeluk bahu Mak Pah.
“Tapi
El…”
“Dah-dah,
kita masuk ke dalam. Kalau dilayan orang gila nanti kita sekali jadi gila.”
Eleanor menolak tubuh Mak Pah. Mak Pah menurut.
“SUSANA bertemu dengan aku. Dia katakan
yang dia cintakan aku.”
Elman
meramas-ramas tangan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Weir itu. Dia
masih tenang mendengar cerita perhubungan antara Weir dengan Susana dulu. Weir
sudah berbahasa tidak formal seperti sebelum ini. Mereka sudah membahasakan
dengan ‘aku’ dan ‘kau’ antara mereka.
“Kau
cintakan dia?”
Weir
menggeleng.
“Kalau
dulu ya, tetapi sekarang aku hanya cintakan El.”
Elman
mengertap bibir.
“Aku
sayangkan Susana. Aku cintakan dia.”
“Elman…
kau masih nak sayangkan perempuan yang tak tahu hargai cinta dan kasih kau. Kau
sudah lihat sendiri dia curang di belakang kau.” Tidak faham Weir dengan sikap
Elman.
“Aku
tahu dia curang. Aku tahu dia pernah keluar dengan lelaki-lelaki lain sebelum
ini.” Elman melurut rambutnya ke belakang. Dalam diam dia mengawasi pergerakkan
Susana.
“Elman…
aku sudah anggap kau seperti seorang sahabat. Jika El mahu melihat abangnya
bahagia, aku juga mahu lihat sahabat dan bakal abang ipar aku ini bahagia.”
Weir menepuk-nepuk bahu Elman.
“urusan
rumah tangga aku, akan aku uruskan sendiri.”
Elman
bangun.
Weir
memandang saja langkah longlai Elman.