“Saya
tak bohong!” kataku dengan sepenuh hati. Aku tahu dia mahu aku memberitahunya
dengan bersungguh-sungguh. Aku tahu dia mahu berbincang. Ah, berbincang apa
begini? Setelah dia rogol aku baru dia hendak bawa aku berbincang? Ah, aku
memang tidak puas hati dengan tingkah gila lelaki ini.
“Jadi? Awak nak beritahu yang awak
alim dan warak dan tak pernah bohong?” soalnya.
Aku geleng.
“Saya tak bohonglah! Buat apa saya
nak bohong awak? Tak ada gunanya tahu tak!” kataku geram. Aku memang tidak
mengandung. Aku sudah memberikan dia hint-hint
selama ini tetapi kenapa dia tidak mahu cuba mengerti? Atau dia sengaja tidak
mahu mengerti? Ah, kusut aku!
“Awak cakap awak mengandung?” aku
bulatkan lagi mataku. Dia memang sengaja nak cari pasal denganku. Aku pandang
wajah itu. Sedikit sebanyak terubat rinduku kepadanya namun aku cepat-cepat
padamkan kerinduanku selama ini.
“Awak pernah tanya tetapi saya tak
pernah jawab kan! Awak tak perasan?” soalku. Mataku sudah terasa panas. Bagai
ada air suam berkumpul di kolam mataku. Lelaki ini suka memaksa-maksaku.
Kudengar dia mengeluh kasar. Apa lagi yang harus aku jawab? Mungkin aku salah
juga sebab aku tidak pernah memberitahu dia yang aku tidak mengandung. Aku
memang sudah lama mahu berterus-terang, tetapi aku takut dan bimbang. Banyak
perkara yang aku bimbangkan.
“Jadi, awak nak salahkan saya?”
soalnya pula. Dia pusing fakta lagi. Aku tidak pernah hendak menyalahkannya.
Apa yang aku mahu, aku mahu dia ceraikan aku. Aku tidak mahu dia
tangguh-tangguhkan lagi perceraian kami. Perjanjian yang sudah tertulis antara
kami masih sah.
“Tak, tak! Saya tak pernah nak
salahkan awak malah saya berterima kasih sebab awak dah selamatkan maruah saya
tapi sekarang awak dah koyak-koyakkan maruah saya semula. Awak lebih kejam!”
kudengar dia ketawa. Aku sudah menundukkan kepalaku menghadap lantai. Suaraku
sayu. Aku menyaksikan sendiri air mataku
menitik setitis demi setitis. Ya aku kesal dengan apa yang berlaku. Ya aku
terasa betapa maruahku sudah diinjak-injak sesuka hatinya.
“Saya tak sengaja! Tindakan awak
seolah-olah awak nak sangat mengandung! Jadi saya nak kotakan kemahuan awak!
Mana tahu awak tak sempat!” katanya selamba. Mulutnya terlalu celupar. Mulut
celupar itu aku tampar dengan sekuat hatiku. Baru padan dengan mukanya.
“Kurang ajar!” kataku puas hati.
Tanganku sudah melekap di mukanya.
“Saya akan pastikan awak mengandung
sayang!” tekadnya lelaki itu sambil memegang pipinya yang mungkin perit akibat
tamparanku tadi. Baru padan muka dia. Katanya semalam dia mahu aku dan dia
bahagia, tetapi sekarang dia sudah marah-marah kepadaku. Apa ni?
Aku
sungguh terluka mendengar kata-katanya. Kenapa suamiku itu begitu yakin?
Aduhai, bagaimana jika aku mengandung? Aku tidak dapat meneka-neka nasibku
lagi. Aku sungguh sakit hati dengan perbuatannya.
“Apapun yang akan berlaku kepada
saya, saya mahu pastikan awak ceraikan saya! Ceraikan saya!” jeritku bagaikan
orang histeria. Aku benci dengan sikapnya yang hanya mementingkan kepuasannya
sahaja. Kalau aku ada kuasa mahu sahaja aku hilangkan diriku saat ini juga.
Jangan sampai dia munculkan aku lagi di depannya. Aku benci kepadanya!
“Jangan fikirkan yang bukan-bukanlah
sayang! Kita baru nak bersanding minggu depan. Then kita nak honeymoon di
Eropah. Pastikan awak ambil cuti selama seminggu lagi. Saya tak kisah, mahu
atau tidak, awak kena setuju! Jangan nak banyak alasan pula!” katanya
membuatkan aku bertambah terkejut. Aku tidak mahu mendengar keputusan itu. Apatah
lagi bercuti tanpa gaji. Aku tidak mahu senioritiku terganggu kerana cuti tanpa
gaji dengan arahannya. Siapakah dia ini?
“Saya rela diceraikan daripada hidup
tak tentu dengan awak ni!” kataku membuatkan dia ketawa. Dia bagaikan tidak
mengerti akan permohonan ceraiku ini? Perlukah aku bersujud di depannya?
“Awak akan hidup dengan baik-baik
dengan saya, suami awak sayang. Saya takkan sia-siakan awak, percayalah!”
katanya. Aku ketawa. Aku tidak akan pernah percayakan dia lagi. Sepatutnya aku
bahagia dan taman bunga di hatiku semakin mekar bunganya. Daunnya tumbuh
menghijau dan akarnya semakin mencengkam ke bumi.
“Tolong lah saya Nukman! Ceraikanlah
saya. Kita sudah janji hendak bercerai selepas semuanya selesai! Tolonglah
saya, saya janji takkan ganggu hidup awak selepas ini!” pohonku sepenuh hati.
Aku berjanji tidak akan mengganggu hidupnya selepas perceraian kami ini nanti.
Dia menarik tanganku dan memaksa aku berdiri menghadapnya.
“Jangan buat begini sayang. Tasya
sayang, saya tak boleh nak ceraikan awak sekarang. Saya tak selesai banyak
benda lagi. Berikan saya kerjasama. Kita atur baik-baik hal kita ini. Ibu bapa
kita sedang mengawasi kita. Kita berikan kerjasama dan harap awak sabar dulu,
jangan nak mohon cerai melulu!” dia pula memohon dengan kata-kata bisikannya di
telingaku.
“Tak nak! Awak pandai-pandailah
berbohong dengan ibu bapa awak, saya tak nak lagi terikat dengan pernikahan
ini!” kataku tegas. Dia buntangkan mata.
“Benarkah begitu yakin?” aku angguk
dengan penuh keyakinan. Tetapi hatiku bergetar.
“Ya!” jawabku. Bertambah berdebar
dadaku. Bagaimanakah hidupku nanti selepas bercerai dengannya? Selama ini aku
memang sudah membawa haluan masing-masing tetapi di hatiku, aku yakin aku sudah
ada suami. Huhu!
“Tak menyesal nanti? Kahwin dengan
sepupu yang awak sayangi dan awak mohon cerai pula? Kenapa awak nak terjun dari
bahtera yang indah?” soalnya pula. bahtera indah? No no! Tak indah tetapi
menyakitkan dan sarat dengan muatan yang menyakitkan hati! Aku menggeleng dan
menutup mataku. Dia pegang tanganku dan lapkan air mataku dengan tangan
tegapnya.
“Maafkan saya sayang, saya belum
berniat hendak menceraikan awak sekarang. Walaupun dalam perjanjian itu. Awak
lihat masanya berapa lama. Nanti ada masa lain kita bincangkan lagi perkara
ini. Sekarang kita fokus tentang majlis persandingan kita,” pujuknya pula.
Aku
rasa terbuai pula dengan perhatiannya. Aku sudah berada di dalam pelukannya.
Entah kenapa aku berasa aku selamat di dalam pelukan tubuh gagahnya itu. Tetapi
keputusanku sudah muktamad. Aku mahu bercerai!
Dia sudah membelai rambutku. Air
mataku sudah melebat bagaikan hujan turun ke bumi. Hujan di luar rumah bagaikan
mengerti perasaanku yang teramat sakit ini.
“Rehatlah ya sayang. Nanti kita
bincangkan hal yang sangat dibenci Allah itu.” katanya sudah mendudukkan aku di
birai katilnya. Dia kucup pula dahiku. Siapa yang tidak terharu?
***
Aku
lihat selepas itu dia keluar entah ke mana selepas menerima panggilan entah
siapa. Aku pula berkurung di dalam bilik air petang itu. Dia hanya
memberitahuku hendak keluar setelah mendapat panggilan seseorang. Aku tidak
mahu tahu siapa, aku takut ia menambah sakit hatiku ini.
Teruskan bacaan di http:putrimanasuha.blogspot.com