Home Novel Cinta Cinta Sang Pilot
Bab 36
36

*** Untuk memenuhi permintaan para pembaca, saya menyambung lagi novel ini untuk dipamerkan di ilham.karangkraf. Terima kasih atas ruang yang diberikan dan terima kasih juga kepada pembaca yang menyokong kelahiran novel ini. 

“Ya asalamualaikum,” sapanya dengan suara bagaikan tertekan-tekan. Biasa hal itu berlaku. Baru sahaja dia hendak bermesra dengan isterinya, telefonnya pula buat hal. Kenapa dia tidak offkan telefonnya sejak tadi? Soalnya dalam hati. Mahu sahaja dia matikan telefonnya setelah melihat nombor yang tertera tetapi dia tidak sampai hati.

“Awak kat mana ni sayang?” suara lunak itu menyapa telinganya. Isterinya yang sudah menghilang entah ke mana. Isterinya sudah tidak ada di sofa ketika dia menoleh ke arahnya semula. Dia tertanya-tanya pula ke manakah isterinya menghilang.

Namun dia tahu isterinya ada di sekitar rumahnya ini. Ibu bapa mereka akan datang ke rumah ini. Jadi, dia mahu menjaga perlakuan sepanjang ibu bapa mereka ada di rumahnya ini. Natasya Umaira tidak banyak cakap semenjak tiba di rumahnya. Masuk ke biliknya pun tidak mahu. Cadar biliknya pun sudah ditukar. Dia sudah menghantar cadar katilnya ke dobi yang selalu dia menghantar pakaiannya.

“Saya... er... saya kat rumah, Rozy,” jawabnya teragak-agak. Apa tidaknya, dia baru sahaja habis berbincang-bincang dan berjual beli ugutan dengan isterinya. Sekarang gadis yang menjadi kekasihnya ini pula merengek di hujung talian. Parah... parah kalau begini!

“Oh kat rumah? Saya ke sana?” jawabnya. Baru beberapa hari ini mereka bertengkar sekarang gadis itu datang lagi kepadanya. Dia geleng-geleng walaupun gadis itu tidak melihatnya. Rozaila memang seperti gadis dari luar negara dan membiasakan dirinya dengan budaya luar negara sehingga kan lupa akan budaya hidupnya sendiri.

“Tak boleh pula hari ini! Saya ada hal pula. Tak manislah pula kalau awak datang sini! Saya tak nak berlaku sesuatu yang tak diingin nanti!” katanya tegas. Kalau tidak bertegas dengan Rozaila, dia akan buat sesuka hatinya.

Takkan ketika isterinya ada di rumah ketika ini, dia pula hendak membawa kekasihnya masuk ke dalam rumah? Ah, tidak mungkin. Kenapa sudah menjadi-jadi sikap Rozaila? Kenapa terbawa-bawa dengan gaya luar negaranya? Jangan-jangan sebentar lagi mama dan mertuanya akan datang ke rumahnya ini. Ah, memang tidak bolehlah!

“Kenapa pula sayang? Awak kurung isteri kampungan awak di situ ke?” soal Rozaila lagi. Dia jadi cuak. Sakit hatinya pula tiba-tiba. Namun disabarkan hatinya.

“Bukan macam tu, saya ada hal sikit dengan mama saya. Tak dapatlah kita nak jumpa dengan Rozy sekarang ya. Hari lain mungkin boleh? Rozy, tak da tugas hari ini?” soalnya. Kebetulan pula isterinya ada di rumahnya.

“Tak de, saya memang sengaja nak kosongkan hari ini untuk pertemuan kita,” kata Rozaila. Sedih hatinya. Sepatutnya dia harus bertemu dengan gadis yang selama ini menjadi intipannya. Namun, hari ini dia sudah ada perancangannya tersendiri.

“Ah, maafkan saya. Memang ada masalah hari ini. Mama ada perancangannya hari ini. Kalau malam boleh?” Rozaila ketawa. Dia ketawa kalau Nukman Faris sudah mengaitkan dirinya dengan mamanya sahaja. Hairan dia. Selama ini hubungan mereka lancar sahaja. Ke mana-mana berdua tidak ada melarang mereka.

“Kenapa ketawa?” soalnya kehairanan mendengar tawa Rozaila itu. Entah kenapa perasaannya telah hilang selepas pernikahannya dengan Natasya Umaira.

Ia seperti kabus yang hilang di waktu pagi. Habis kabus teranglah sudah pemandangan yang tertutup tadi. Malah, ingatan kepada Natasya Umaira yang sangat kecewa dengan tindakannya yang agak melampau pada hari itu. Sebenarnya dia hanya hendak mengugut gadis itu tetapi entah kenapa tindakannya sudah melebihi. Dia seperti dirasuk pula.

“Nukman, mungkin awak ni dah sasau sayang!” Nukman Faris kehairanan. Kenapa pula dia dituduh sasau? Jangan-jangan gadis itu yang sasau dan tidak sedarkan diri. Dia suami orang tetapi kekasihnya itu masih ada hati kepadanya. Dia masih laku ke? Usiknya kepada dirinya nakal.

“Kenapa pula awak tuduh saya sasau?” soal Nukman Faris kepada kekasihnya itu.

“Tak sasau apanya! Selama ni tak pernah-pernah awak hiraukan mama awak ke mana-manapun. Bukan awak hiraukan isteri kampungan awak ke?” Nukman Faris garu kepalanya. Rozaila mengesyaki yang Nukman Faris sudah berubah. Satu-satu perubahan berlaku dalam diri kekasihnya ini. Terpaksalah dia memerhatikan perubanan Nukman Faris itu. Dahulu kalau balik dari tempat tugasnya dia terus ke rumahnya sendiri. Sekarang, dia lapor diri dengan mamanya. Hairan sungguh-sungguh dia.

“Itu tak sasau! Tapi mama saya tu kuat memantau! Isteri saya tak ada kena mengena dalam hal ini!” kata Nukman Faris mempertahankan isterinya yang semakin sering menyusup di ingatannya itu. Padahal dirinya yang mahu dikongkong begitu. Jika tidak, kehidupannya agak liar berbanding sebelum ini. Kebetulan dia memang mahu berubah. Jadi dia mahu mengurangkan rasa tidak bertanggungjawab dalam dirinya. Dia mahu menjadi suami yang bertanggungjawab dan memikul amanah yang diberikan kepadanya dengan penuh dedikasi.

“Melampau lah mama awak tu ye lepas awak dah nak jadi papa ni!” tersentak Nukman Faris mendengar kenyataan Rozaila. Terbayangkan wajah Natasya Umaira yang innocent itu. Entah benar atau tidak yang dia akan jadi papa itu. Dia harus bertanyakan sesuatu kepada isterinya atau membuat pemerhatian sendiri. Dia masih ingat tarikh itu. Dia tidak akan lupa!

“Eh, awak ni! Macam tau-tau pula. Ya lah kalau kita dah nikah, mesti kita inginkan anak kan! Saya pun teringin nak jadi papa juga. Dulu saya bawa awak nikah, awak tak nak!” kata-kata itu sebenarnya menjadikan telinga Rozaila bagaikan terbakar.

Sebenarnya dia belum tahu sama ada isterinya mengandung atau tidak. Adakah dia gembira jika dia akan menjadi ayah sedikit masa lagi? Mahukah isterinya yang comel dan ayu itu mengandungkan anaknya? Ha, ini lagi satu masalah. Wajah ayu isterinya sentiasa terbayang-bayang dan menari-nari di ruang mata. Ah, bukan, wajah itu terluka! Terlalu dalam lukanya!

“Eh Nukman, awak dah teringin sangat dengan budak kampung tu! Dia sudah di hati awak sekarang? Awak dan dia sudah bersama kan?” soal Rozaila tidak puas hati dengan jawapan Nukman Faris. Apa yang dia hendak jawab kalau pun jawapannya ‘ya’? Aah, sukar dia berhadapan dengan kekasihnya kini. Silapnya juga. Silap perhitungan kepada isterinya. Ah, jika ada apa-apapun berlaku kepada isterinya dia rela menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang soleh dan matang.

“Sudahlah Rozy, nanti malam kita jumpa macam biasa!” kata Nukman Faris tidak mahu memanjangkan isu dengan isterinya yang mula disenanginya itu. Ah, dia berjanji lagi padahal dia tidak mahu meninggalkan isterinya itu sesaat pun pada masa ini. Dia takut isterinya hilang lagi seperti tiga hari yang lalu. Kalau boleh dia hendak sentiasa berkepit di sisi isterinya. Biarlah isterinya tertekan atau jemu memandang wajahnya dia tidak kisah, apa yang penting dia sentiasa menatap wajah matang dan comel itu.

“Ok Nukman macam biasa! I tunggu you tau! Jangan pula awak tak datang!” kata Rozaila yang membahasakan dirinya I dan you semula. Sebenarnya dia geram sangat dengan lelaki itu.

Nukman Faris menatap telefonnya yang sudah dimatikan. Huh, gadis itu tidak habis-habis mengganggunya. Susah dia mahu cakap. Kalau dia cakap yang berlebihan dia takut kekasihnya itu akan memarahinya lebih teruk lagi.

Berbulan-bulan membuat peragaan fesyen di luar negara, tidakkah ada sesiapa tersangkut di hatinya? Maksudnya, lelaki yang sama-sama bekerja dengannya atau sesiapa sahaja yang tiba-tiba ditemuinya? Dia tahu gaya kekasihnya, suka bertukar-tukar pasangan. Dia sahaja yang mampu menjinakkan gadis itu. Sebelum itu memang dia bertukar-tukar pasangan.

Nukman Faris curiga. Apakah benar apa yang bersimpuh di hatinya yang kekasihnya itu mempunyai kekasih semasa di luar negara, sebagai kekasih gelapnya contohnya? Siapa yang tahu? Pasti kawan-kawannya tahu, Hellen atau Jenny misalnya!

Ah, perlukah dia membuat pemantauan sampai sejauh itu? Bukankah Allah itu ada. Kalau Dia hendak tunjukkan sesuatu yang tidak baikk itu, pasti Dia akan tunjukkan. Dia hanya perlu menunggu masa sahaja! Fikirnya sendiri.

Dia mencari isterinya semula. Dia ke dapur. Mungkin isterinya memasak atau membancuh kopi untuknya. Oh, memang ada segelas kopi Tenom yang masih panas-panas untuknya tetapi gadis manis itu tidak ada di ruangan dapur yang dikemaskan dengan cantik dan sejuk mata memandang itu. Ke manakah isterinya?

Dia meneguk kopi itu. Memang kopi buatan isterinya sedap. Mungkin Allah jadikan begitu. kopi buatan isterinya tidak ada tandingan dengan yang lain kecuali buatan mamanya. Ke mana Natasya Umaira? Kenapa dia tidak muncul di dapur ini?

“Tasya,” panggilnya perlahan. Hanya mereka berdua di rumah itu.

“Tasya di mana?” soalnya pula. Tidak ada suara. Isterinya tidak ada di situ. Dia duduk di kerusi menikmati aroma kopi Tenom itu dan kemudian dia bertenang. Isterinya memang tidak ada di situ. Tetapi, di mana ya? Dia bergegas menuju ke bilik mereka.

Dia membuka pintu biliknya perlahan. Biliknya agak gelap kerana dia sengaja memasang langsir yang agak tebal dan berlapis-lapis. Dia sudah mengupah pakar hias rumah agar membuat apa yang dimahukannya. Agak berdebar dadanya. Benarkah isterinya ada di dalam bilik ini?

“Sayang,” suaranya seperti berbisik. Dia terlihat sebatang tubuh yang kaku di dalam selimut. Benarkah itu isterinya yang sedang tidur dengan nyenyaknya? Penatkah isterinya?

“Sayang penat ni,” bisiknya lagi perlahan. Dia duduk di birai katil dan menyapu dahi isterinya dan menyeka rambut isterinya yang ada di situ. Hanya kedengaran dengus nafas isterinya. Mungkin benar isterinya agak kepenatan. Dia mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang. Dari dahi, dia mengucup pipi yang agak sedikit montel itu. Kulit yang gebu dan mulus disapu-sapunya perlahan.

Naluri kelakiannya muncul kembali melihat isterinya yang masih tidak sedarkan diri itu. Tanpa disedarinya bibir yang sedikit terbuka dan agak merkah itu sudah dikucupnya perlahan. Benar dia rindukan isterinya ini. Bukan sebab apa, tetapi memang cintanya dan kasihnya untuk isterinya sudah sedia tumbuh di dalam hati lelakinya. Argh, dia terus mengucup bibir itu. Dia nampak dalam kegelapan itu isterinya membuka mata dan sungguh terkejut dengan tindakannya. Dia terasa tangan itu menolak tubuhnya.

“Kurang asam!” jerit isterinya apabila dia sudah melepaskan kucupannya.

“Sayang, sayang...” serunya. Isterinya sudah menangis. Dia harus memujuk gadis itu. Dia mahu memberitahu perasaannya.

“Sayang, ketahuilah... abang....” katanya perlahan. Matanya ditutupnya.

“Sudah! Saya tak nak dengar apa-apa! Saya tak nak tahu perasaan awak! Nukman! Lepas ini, ceraikan saya! Saya tak nak dipermainkan begini lagi!” ah, kenapa pula dia meminta cerai pada saat rindunya sarat buat suaminya dan suaminya sendiri menyatakan kerinduan dan kasih sayangnya? Dia sudah duduk di birai katil empuk itu. Dia tidak mahu lelaki itu memperlakukannya sesuka hatinya. Kemudian, dia terus keluar dan hendak pergi ke sudut yang paling sesuai dan selamat untuk dirinya. Di manakah tempat itu?

“Abang tak niat nak permainkan sayang, sekalipun sebagai sepupu,” katanya. Mahu sahaja dia melutut di depan isterinya itu.

“Saya tahu tiada cinta antara kita. Jangan paksa diri awak Nukman. Kahwin tanpa cinta tidak akan ada sudahnya,” kata isterinya lagi. Dia kesal. Sepatutnya dia sudah beritahu isterinya yang dia sudah jatuh sayang kepada isterinya itu. Namun dia yakin isterinya tidak akan mempercayainya.

“Kita mula dari angka 1, nak?” ulangnya lagi. Besar mata isterinya itu. lantas menggeleng. Isterinya agak degil juga. Dia tidak tahu bagaimana hendak melembutkan hati isterinya ini. Adakah bacaan atau zikir yang boleh diamalkan agar hati isterinya lembut dan mengikut cakap suami? Atau antara mereka belum ada keserasian. Akan hadirkah keserasian antara mereka? Atau ada harapankah hubungan suami isteri mereka ini? Banyak benar soalannya dalam hati.

Nukman Faris dan isterinya hanya mendiamkan diri beberapa saat lamanya.

“Boleh, dua minggu ni aje.” Kata isterinya memberikan syarat. Maksudnya? Maksud dia, seminggu di rumahnya ini dan seminggu lagi semasa berbulan madu nanti? Dia gelak kecil. Mahukah dia menerima syarat itu? Jadi, selepas dua minggu, bagaimana hala tuju mereka? Ke laut? Ke bukit? Ke gunung?

“Tak de harapan lagi kalau untuk hubungan kita kekal untuk selama-lamanya?” permintaan apakah itu? Soal Natasya Umaira.

“Sudah-sudahlah tu Encik Nukman! Selepas tu, kita buat lah haluan masing-masing seperti mana perjanjian kita dulu!” ah, lagi-lagi dia sebut perjanjian. Memang mereka ada perjanjian, dia hampir lupa tetapi bagaimana kalau perasaannya sudah berubah? Bagaimana kalau dia mahu batalkan perjanjian mengarut bagi lelaki yang belum matang pada masa dia tandatangani perjanjian itu?

“Baik, abang setuju dengan syarat sayang! Abang nak kita mulakan dengan 1, tapi selepas itu, sayang jangan offkan telefon, abang nak sayang hubungi abang setiap hari selepas balik dari sekolah dan sebelum tidur!” Ah, syarat apakah itu? Soal Natasya Umaira pula. Mata Natasya Umaira membuntang. Dia tidak mahu bersyarat-syarat walaupun dia sendiri mengenakan syarat.

“Tengoklah. Beri saya masa nak setuju atau tidak dengan syarat awak,” kata isterinya. Nukman Faris tersengih. Dia tahu isterinya mula bertoleransi dengannya.

“Ini tidak adil... ini tidak adil!” katanya sambil menyanyi. Kedua-dua mereka sama-sama ketawa. Ruang bilik yang tadinya sunyi kian ceria dengan ketawa mereka berdua.

“Abang akan tunggu dan beri masa sayang untuk fikirkannya,” kata Nukman Faris mula bertoleransi dengan isterinya itu. Dia tidak mahu berkeras dengan isterinya itu. dia bimbang, isterinya akan pergi ke tempat yang dia tidak tahu pula selepas ini. Dia tidak mahu isterinya menyembunyikan diri. Biarlah dia beralah buat seketika ini. Dia yakin isterinya yang secantik Emma Maembong itu akan akur dengan setiap kata-katanya sedikit masa lagi. Dia yakin akan hal itu.

“Baguslah kalau awak nak beri saya masa! Tak tahulah bilakah masa itu akan tiba! Mungkin kalau uban-uban di kepala awak dah tumbuh agaknya!” Nukman Faris ketawa lagi. Isterinya mahu buat lawak lagi. Kali ini Natasya Umaira tidak ketawa. Dia geram pula Nukman Faris bagaikan mentertawakannya. Sakit hatinya.

“Tak apalah, walaupun sampai abang beruban, apa yang penting, orang yang ditunggu tetap setia kat abang,” jawabnya penuh pengertian.

“Ye leh lu!” kata Natasya Umaira.

“Abang yakin akan datang hari bahagia kita berdua!” kata Nukman Faris pula. Natasya Umaira pula ketawa. Ternyata tawa yang dibuat-buat.

“Boleh tak awak jangan mengarut?” soal Natasya Umaira pula. Nukman Faris ketawa juga.

“Mengarut apa sayang? Abang serius ni, sayang tak mahu kalau kita berdua bahagia?” Natasya Umaira menundukkan kepalanya. Lantai bilik yang berdekorasi cantik dan indah itu dipandang.

Bahagia? Soalnya. Dia rasa bahagia antara mereka berdua sukar hendak digapai. Sukar? Ya memang sukar. Dia menahan air matanya yang bertakung di kolam matanya.

“Sayang.... sayang tak nak bahagia? Kenapa sayang diam ni?” soal Nukman Faris yang sudah memandang dan mendekati isterinya. Isterinya sudah menutup mulutnya dan memalingkan mukanya. Nukman Faris kehairanan.

“Kenapa ni sayang? Sayang tak nak bahagia?” soalnya bertubi-tubi. Oh rupa-rupanya isterinya sudah teresak-esak. Dia terus memeluk isterinya. Erat pelukannya walaupun isterinya tidak membalas pelukannya dan masih menundukkan pandangannya.

“Sayang... sayang... jangan nangis sayang. Maafkan abang. Abang hanya optimis yang kita akan bahagia suatu hari nanti,” bisik Nukman Faris di telinga isterinya. Isterinya terus membalas pelukannya. Oh, bukan suatu hari nanti, sekarang pun dia sudah bahagia!

Ya Allah, Engkau Maha Mendengar bisikanku. Kata hati Nukman Faris.

Dia tidak mahu melukakan hati isterinya yang telah cukup terluka itu. Dia juga tidak membiarkan isterinya pergi dari ruang kasih sayang itu. Dia mahu isterinya memikirkan apa yang sudah dia katakan sebelum ini. Dia tidak berbohong dan ia memang lahir dari nalurinya yang paling dalam. Argh!

***

“Nukman, parents I panggil ke rumah I malam esok,” kata Rozaila. Sekali lagi dia pening. Sudahlah di rumah dia serba-salah. Bukankah gadis ini hendak menjelajah ke Timur Tengah, kenapa pula dirinya hendak disuruh bertemu ibu bapa kekasihnya? Ah, kalaulah Rozaila sudah punya kekasih lain alangkah baiknya!

Malam esok? Eh, tak boleh! Bagaimana jika mama dan keluarga mertuanya ada di rumah. Apakah yang harus dilakukannya? Apakah alasannya?

“Alamak tak boleh pula, mama I dah janji semalam, papa I pun sama!” kata Nukman Faris berdebar apabila mendengar keluarga Rozaila hendak bertemu dengannya.

“Eh you ni, asyik-asyik mama dan papa you! You ni memang anak mama dan papa kan! Entah-entah you layan betina tu tak!” kata Rozaila membuat tuduhan yang bukan-bukan. Baginya, isterinya Natasya Umaira bukan betina, dia gadis manis.

“Jangan nak sebut-sebut isteri saya betina ya. Dia tetapi wanita, isteri saya!” mahu terbeliak mata Rozaila.

“Wah! Wah! Bukan main nak bela isteri pula sekarang ya! Dulu bukan main janji nak ceraikan dan nikah dengan saya! Sekarang apa yang sudah jadi?” kata Rozaila tidak puas hati.

“You jangan nak tuduh-tuduh ya, jaga sikit mulut you tu ya! Silap-silap I lempang nanti!”

“Eh, sejak bila you nak bela isteri you tu? You ni macam dah terpikat dengan isteri you ya!” kata Rozaila lagi. Memang, dia memang tidak dapat melupakan isterinya itu sejak akhir-akhir ini. Dan, memang dia sudah terpikat. Tak salahkah?

“Tak masalahkan kalau I dah jatuh cinta kat isteri sendirikan?” soalnya mahu menyakitkan hati kekasihnya.

“Malam ni you free tak?” Nukman Faris bingung. Sudahlah isterinya menghilang entah ke mana. Mama dan papa pun ada hal dengannya. Sekarang di depannya kini Rozaila pula merengek-rengek agar dia datang ke rumahnya.

“Tak dapat pula, I ada hallah Rozy,” katanya.

“Awak ni memang banyak hal! Hal itu hal inilah! Bilalah pula masa awak nak jumpa mummy saya?” soal Rozaila sudah marah. Nukman Faris geleng kepala. Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan lagi. Dia memang sudah hilang perasaan kepada kekasihnya itu. Dia sanggup memarahi isterinya jika menyebut nama kekasihnya di depannya.

“Saya tak boleh nak akui sekarang. Memang saya ada hal sekarang ni! Awak boleh tak kalau tak kacau saya sekarang? Nanti saya akan hubungi awak, ya!” Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal.

“Asyik-asyik hal! Hari tu bukan main awak janji nak kahwin dengan saya, sekarang bukan main awak bagi alasan!” kata Rozaila.

“Don’t be emosional! Tolong faham I sekarang! Be flexible! I akan pertimbangkan hal ini. Tapi awak kena sabar dulu! Jangan nak kecoh-kecoh! Kita bertenang!” pinta Nukman Faris. Dia memang tidak boleh berfkir saat ini. Pelbagai perkara yang mengganggunya.

“You tak ada benda lain nak cakap! Sepatutnya kita yang dah nikah sekarang! Bukannya you kahwin dengan orang lain! Nampak sangat you tak sabar Nukman!” kata Rozaila tidak puas hati. Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bingung sekarang. Isterinya yang sudah banyak terluka itu hendak diceraikan pula? Oh, tidak! Dulu memang dia hendak menceraikan isterinya itu tetapi jika dia memikirkan hal-hal yang sudah dia lakukan tanpa kerelaan isterinya itu, dia sendiri sakit hati kepada dirinya sendiri. Proposalnya bagaikan sudah berubah! Dan, dia sendiri yang mengubahnya!

“Bukan tak sabar tapi I dipaksa nikah! Jika tak, I takkan kahwin duluan dari you. Mungkin beginilah takdir hidup I.” Kata Nukman Faris kesal dengan apa yang berlaku.

“Asyik-asyik you minta I sabar. You yang tak pandai nak sabar! Jangan-jangan you sekarang dah tergila-gilakan isteri awak tu!” kata Rozaila bagaikan menghinanya.

“Terpulanglah you nak tuduh I. I tidak dapat nak bantah lagi! Nantikita akan terus gaduh dan gaduh! I tak suka!” kata Nukman Faris mahu menghentikan pergaduhannya dengan Rozaila.

“You jangan nak pandai-pandai mungkir janji kepada I Nukman! Nanti you akan tahu nasib perempuan kampung tu macam mana! I takkan lepaskan dia!” kata Rozaial seperti mengugut.

“You nak ugut i?” soal Nukman Faris. Dia bingung sekarang. Tengah bingung. Tiba-tiba sahaja banyak perkara yang menyakitkan hatinya berlaku dalam hidupnya. Tiba-tiba sahaja dia sepertikan ditumpukan segunung masalah di kepalanya. Kalau hilang sabar, dia boleh gila sendiri!

“Terpulang kalau you faham apa yang I nak sampaikan! Tetapi mama dan papa saya memang nak jumpa awak!” kata Rozaila. Wajah Datin Shirley dan Datuk Ismail terbayang di ruangan mata. Apakah yang harus dilakukannya? Dia sudah beristeri dan dia tidak sanggup menceraikan isterinya sekarang. Papanya pula sakit dan dia tidak sanggup melakukan hal-hal yang menyakitkan hati papanya itu. Tetapi jika didesak, dia terpaksa menikahi Rozaila sebagai isteri kedua. Sanggupkah dia beristeri dua?

“Kalau ada apa-apa berlaku kepada saya dan isteri saya, saya akan tanpa teragak-agak hendak melaporkan kepada polis! Ingat tu ya!” Kata Nukman Faris yang mengambil langkah berjaga-jaga. Rozaila ketawa.

“You ingat I takut?” Nukman Faris angkat bahu. Dia tidak tahu sejauh mana keberanian Rozaila. Tetapi dia tahu gadis yang biasa di luar negara itu sangat berani. Dia pula berasa gerun kepada gadis itu.

“Bukan masalahnya takut tapi akan I pastikan you akan masuk penjara jika you buat sesuatu yang menyakitkan hati I!” kata Nukman Faris. Dia dengar suara Rozaila ketawa.

“I takkan takut dengan ugutan you! You yang sudah buat masalah dengan I!” kata Rozaila. Nukman Faris sudah letak telefon. Sakit sangat hatinya kepada Rozaila.

***

Dia cepat-cepat balik ke rumahnya. Dia mahu menatap seraut wajah ayu milik isterinya itu. Kalau dia terpaksa tidur di atas toto pun malam ini, dia tidak berkira. Apa yang penting isterinya tidur sebilik dengannya.

Previous: SINOPSIS
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha