“Malam
ni papa dan mama serta mak ayah kita akan datang ke rumah kita! Kita kena sedia
apa yang patut.” bulat mataku mendengarnya. Sudahlah tanganku dipegangnya kejap
seolah-olah tidak mahu aku pergi lagi tanpa pengetahuannya. Kini dia
mengkhabarkan sesuatu yang sukar hendak aku gambarkan. Bukan apa, aku terasa
betapa penatnya aku. Apatah lagi hendak melayan tetamu pada malam ini. oh mama,
mak, tolonglah fahami anakmu yang penat ini!
Nukman
Faris menatap wajahku seperti singa yang hendak menelan mangsanya. Mungkinkah
rindu atau memerhatikan aku, takut-takut aku akan lari lagi? Ah, malas aku
dengan manusia ini! Malas sungguh aku
dengan pandangan tajamnya, yang tajam mengalahkan pisau belati. Benci aku
dengan perhatiannya di mataku, ah kalau begini hari-hari aku pasti akan jatuh
cinta lagi dalam diam-diam ini! Aku menundukkan pandanganku. Aku malas mahu
mentafsir pandangannya. Kalau aku tafsirpun apa gunanya?
Kepenatan
di dewan kuliah belum hilang. Kepenatan memikirkan dia pun belum reda. Sekarang
dia pula datang membawa lebih banyak masalah dan menambah kepenatan kepadaku!
Apa ni mama ni? Mereka tak pandai nak kasihankan aku!
“Kita akan makan di luar malam ini,
tak payah masak,” jawabnya menutup sedikit geramku kepada ibu bapa kami. Emak
pasti faham yang aku tidak suka memasak jika aku terlalu sibuk dengan
tugasanuku.
Wajahku
jadi cuak dengan kata-kata itu. Aku tahu kata-kata itu hanya akan memerangkap
aku masuk semula ke dalam bilik neraka itu. Aku tidak mahu masuk semula ke bilik
itu tetapi apa pilihan yang aku ada jika ibu bapaku datang dan hendak bermalam
di rumahnya malam ini?
“Saya
penat Nukman, boleh tak kalau saya nak rehat. Awak keluarlah dengan siapa yang
awak suka dan biarkan saya sendirian di rumah sewa saya?” soalku memohon
perhatiannya. Nukman Faris menggeleng.
Ah,
aku tahu dia tidak akan memberikan aku persetujuannya untuk meninggalkan aku
sendirian di rumah sewaku. Terutama pada waktu cuti begini, banyak orang pergi
melancong membawa keluarga mereka. Aku pula akan sendirian di rumahku. Ah, apa
masalahnya?
Memang
urusan kami belum selesai. Aku kena bersabar dalam sehari dua sahaja lagi. Jika
aku tidak sabar memang aku sudah lenyapkan diri. Biar semua orang aku susah
kerana mencari aku. Namun aku tidak mahu menyusahkan emak dan ayah. Mereka
sudah agak tua. Bila masa lagi mereka akan berbahagia dalam hidup mereka.
Biarlah aku berkorban dan terkorban demi mereka.
“Bukankah awak dah kemaskan rumah
dan beli apa yang patut? Apa lagi yang awak risau?” soalku dengan mata
mendongak ke arahnya. Aku tahu dia sudah mengupahkan pembantu rumah sementara
untuk mengemas rumahnya.
Aku
bagaikan tidak ada rasa hormat lagi kepadanya. Malah aku benci dan meluat
kepadanya. Dia tidak faham. Kalau boleh aku tidak mahu lagi bertemu dengannya.
Kalau boleh aku tidak mahu pandang mukanya. Kalau boleh aku tidak mahu membuat
apa-apa tugas dengan dia. kalau boleh dan semuanya kalau boleh. Tetapi
nampaknya, semua perkara aku tidak boleh. Semua perkara aku kena dan terpaksa
menuruti arahannya. Arahannya bermakna hukuman mandatori bagiku. Sakitnya
hatiku!
“Memang sudah. Saya hanya cakap aje.
Mana ada saya risau! Kalau mak saya datang, saya lagi suka!” Kataku. Aku lega.
Aku tidak ada hati lagi hendak membuat sesuatu di dalam rumahnya yang sudah kuanggap
macam neraka itu. Sebenarnya aku lebih takut jika emak mengetahui apa yang
berlaku dalam rumah tangga kami.
“Kenapa awak suka pula?” soalnya.
Aku pandang dia. Lelaki ini bagaikan tidak ada perasaan dan belas kasihan jauh
sekali.
“Tak lah awak berbuat sesuka hati
awak kepada saya!” aku melihat dia ketawa kemudiannya. Panas sungguh hatiku.
Kalau setiap masa setiap ketika aku bersama dia, aku rasa aku boleh jadi
tertekan. Amat tertekan dengan sikapnya.
“Saya takkan buat sesuatu kepada
sayang. Abang sayang isteri abang!” aku mahu sahaja pengsan mendengar pengakuan
itu. Kenapa sesuka hatinya berubah? Kekasihnya mana? Sudah hilang kasihnya
kerana aku? Bukankah selama ini dia membenci aku? Bukankah selama ini aku bukan
sepupu pilihannya? Bukankah selama ini bencinya mencapai langit kepadaku.
Kalau
sebelum itu aku mendengar pengakuannya, aku pasti akan melonjak-lonjak
kegembiraan. Tetapi setelah apa yang aku lakukan kepadaku telah
menghancurlumatkan maruahku, maka kata-katanya itu hanya kubiarkan mengalir
bagaikan air sungai mengalir tenang. Aku tidak mahu apa-apa luahan perasaannya
mengganggu perasaanku. Jantungku berdegup kencang. Berdegup kencang kerana aku
mengingati kesakitan hatiku diluluhkan dalam sekelip mata. Jangan marah suamiku
jika perasaan marah dan benciku ini sukar hendak aku lenyapkan. Sukar!
“Kenapa diam?” aku bulatkan mata
memandangnya. Sebenarnya, kalau boleh aku tidak mahu memandang wajah itu lagi.
Nasib baik aku masih terikat dengan perkahwinan yang menyakiti aku ini, jika
tidak aku memang sudah lenyapkan jasadku.
“Apa lagi nak dibualkan?” aku
pura-pura mencari idea hendak berbual dengannya. Dia sudah menjeling aku. Kemudian
aku sedari, dia sudah tersenyum. Manisnya senyumannya itu mengubat rinduku
beberapa hari ini. ah, bagaikan ada di taman di dalam hatiku yang kujagai
sendirian tanpa pengetahuan lelaki di sebelahku ini. kalau dia tahu, apakah
akan terjadi kepada hubungan kami ini? mungkin dia akan cepat-cepat ceraikan
aku sebelum taman bunga di hatiku merebak berekar-ekar banyaknya! Haha! Agak
lucu aku rasakan dengan hadirnya taman bunga di hatiku ini!
Ah,
bab ini aku paling tidak suka. Dia memandang aku seolah-olah itu pandangan
sayang buatku. Dia memandang aku seolah-olah aku ini adalah kekasihnya. Walhal
itu pandangan yang mematikan akalku. Aku benci. Benci dengan pandangan itu. Walaupun
seraut wajah dan mata kuyu memang ingin sangat aku pandang. Namun itu dulu,
sebelum dia merogol aku. Sekarang aku sudah tidak mahu membalas pandangan itu.
Aku sanggup diam macam batu daripada memandang wajah itu!
“Maafkan abang!” katanya mengubah
panggilan dirinya. Kenapa dia harus berubah demi diriku? Sepatutnya dia harus
meninggalkan aku. Aku telah membohongi dia dan aku terhegeh-hegeh hendak
menikahi dia. Kononnya.
“Maaf? Abang?” soalku agak pelik. Aku
terpaksa memandang dia dengan pandangan cuak. Dia sudah tersenyum penuh manis.
Dia tersenyum seolah-olah selama ini dia memang menyayangi aku. Walhal aku ini
hanyalah pelap kaki yang diletakkan di hujung kakinya.
“Kenapa kalau saya biasakan diri
saya abang, tak boleh?” aku ketawa. Aku tidak mahu berdiam diri lagi. Aku tidak
mahu diperbodohkan oleh lelaki itu kala ini. Dulu bukan main lagi dia jerkah
kalau aku panggil dia abang. Sampai hendak terkencing-kencing aku! Sekarang dia
yang bahasakan dirinya abang pula. kenapa dia suka melakukan perubahan dalam
dirinya secepat mungkin? Dia ini seperti sumpah-sumpah yang sesuka hati menukar
warna tubuhnya. Pelik! Pelik!
“Bukan tak mahu tapi mak saya tak
ada beranakkan abang saya. Saya tak ada abang! Saya anak sulung! Awak hanya
abang sepupu! Bukan abang, satu bapa satu emak!” aku sudah kembalikan paku buah
kerasnya. Dia pula ketawa. Eh, aku geli dengan ketawanya itu. Mahu sahaja aku
muntah! Muntah kuning muntah hijau!
“Tak pe, kita mulakan sebagai abang
sepupu, panggil aje saya abang. Saya pun tua dari sayang kan.” Katanya menambah
darjah kehairananku kepadanya. Mukaku kepanasan. Taman bunga di hatiku bagaikan
semakin mekar dan berkembang! Aku berasa keanehan. Aneh kerana dia seolah-olah
sudah menjadi suami yang soleh kepada Natasya Umaira kini. Namun hakikatnya dia
bukan suami yang begitu. Dia suami yang kejam!
Aku
mahu menangis pun ada. Kalau sejak hari pertama dia buat begitu kepada aku, aku
tidak akan berasa cuak begini. Tetapi kenapa setelah lebih tiga bulan bernikah
baru dia hendak membahasakan dirinya abang dan bersayang-sayang denganku?
Bukankah kedengaran agak janggal dan sakit telingaku. Mungkin lelaki di
sebelahku ini sakit, sakit mental! Apakah dia berasa bersalah di atas
tindakannya tiga hari yang lalu. Ah, lelaki ini, banyak pula perubahannya.
Kenapa dia harus berubah! Dia tidak sepatutnya berubah! Aku yang sepatutnya
sakit hati! Tetapi kenapa taman hatiku seperti berbunga-bunga. Bunga kembang
dan mekar? Aduhai!
“Sayang? Peliklah awak ni! Saya ni
bukan kekasih awak yang awak nak panggil-panggil sayang! Saya tak nak pengakuan
awak begitu, tahu tak! Saya benci dan nak muntah pandang muka awak! Apa yang
saya mahu sekarang Encik Nukman, saya nak awak ceraikan saya! Saya ni memang
tak layak untuk awak! Saya ni orang kampung!” kataku cuba berdegil dengannya. Dia
masih ketawa tetapi mukanya kelat. Pandangannya masih melekat kepadaku. Aku sudah
mengenakan dia. Ah, diri, kenapa sedegil itu hendak menerima kata-katanya?
“Kenapa pula tak mahu kalau abang
panggil sayang ni sayang! Sepatutnya dari mula abang panggil sayang begini!
Salahkah abang berubah?” aku jeling dia. Wajahku masih cuak. Kenapa setelah dia
rogol aku baru dia hendak menukar semua
panggilannya? Apakah dia berasa bersalah? Ah, aku yakin dia tidak rasa
bersalahpun! Entah-entah dia sudah biasa buat begitu!
“Jangan panggil saya sayang! Saya
bukan sayang awak! Saya bukan kekasih awak! Selama ini awak selalu mengingatkan
saya yang awak ada kekasih!” kataku dengan penuh ketegasan semula. Aku benci
dengan sikapnya yang mula berubah. Kononnya mahu ambil perhatian. Huhu!
Sudahlah kau Nukman! Ah, sebenarnya aku mahu cakap aku pun mahu perhatian dan
kasih sayang daripadanya tetapi mulutku berkata lain dan hatiku tidak sekata?
Tetapi, aku tidak mahu dia tahu adanya taman bunga di dalam hatiku ini. Aku
tidak rela dia tahu!
“Kita boleh mula dari awal lagi
Sayang! Kita mulakan dari angka 1, pastikan kita berjaya menjadi kekasih abang
yang kita akan bercinta sehingga ke akhir hayat kita!” kata-kata itu memujuk
atau rasa bersalah? Aku tidak tahu! Ah, gila ni! Memang gila lelaki ini! Apakah
aku mimpi? Atau, dia mahu memujuk aku setelah dia merogol aku? Apakah dia takut
aku akan membongkar semua kejadian ini kepada mamanya atau emaknya? Tetapi
kenapa taman bunga di hatiku semakin kembang dan berwarna-warni? Benarkah aku
pun sama mahu kami bermula dari angka 1 dan akhirnya bercinta seperti pasangan
suami isteri yang lain? Kenapa aku mahu mengangguk? Kenapa aku suka? Tetapi
mulutku terkunci rapat dan tubuhku kaku.
“Malam ni kita tidur lain bilik!
Awak sudah dapat apa yang awak nak, jadi tolong jauhkan diri dari saya,” kataku
memandang dengan pandangan yang marah dan benci. Aku rela apa yang dia lakukan
kerana aku isterinya. Tetapi sebenarnya, dia tidak sepatutnya meminta haknya
dengan cara yang paling kotor begitu. Aku tidak mahu terkena untuk kali kedua.
“Kita suami isteri yang sah. Nanti
apa kata mak dan ayah awak kalau kita tidur di bilik berlainan sayang, ah bukan
lamapun lagi sayang. Tinggal lebih seminggu aje,” katanya. Aku bertambah benci
memandang wajah itu. Kalau boleh sekarang pun aku mahu lenyapkan diri! Namun,
kenapa aku rasa bagaikan diawang-awangan? Kenapa aku rasa seperti ingin
dibelai? Ah, kenapa aku begini?
“Awak nak ambi kesempatan lah lagi?
Saya ni suka memperdayakan awak kan!” kataku memperlinya lagi. Entah kenapa
kami masih lagi menjadi suami isteri walaupun suami isteri di atas kertas itu.
Aku masih geram dengan sikapnya. Kalau boleh aku tidak mahu pandang wajahnya.
Aku geram setengah mati kepadanya.
“Main lepas aje cakap ya. Abang ni
suami sayang! Jangan nak bantah-bantah cakap abang, faham?” katanya sudah
memegang lenganku. Aku buntang mata. Baru kini dia mengakui yang dirinya itu
suamiku? Selama ini dia tidak mahu menerima aku sebagai isterinya. Entah
kawan-kawannya suka atau tidak dia bernikah denganku. Entah-entah aku menjadi
bahan tawa mereka. Itu aku tidak kisah. Ketawalah dan ejeklah macam mana pun,
tetapi tuduhannya yang mengatakan aku cuba memerangkapnya yang sukar aku
terima. Kesalku memanjang.
Selepas
itu dia merogol aku pula. Siapa lagi mahu percaya kalau dia suamiku? Kalau
boleh aku mahu sahaja bercerai dengannya saat ini! Kalau emakku tahu pasti dia
akan mendesak aku memohon cerai daripada lelaki itu. Aku tidak mahu lagi
berlama-lama dengannya. Tetapi kenapa pula mama mertuaku sesuka hatinya hendak
melangsungkan majlis persandingan antara Nukman Faris dan Natasya Umaira dalam
majlis yang gilang gemilang? Kenapa lagi ada majlis itu? Aku mahu sahaja
memeluk emak dan kami duduk berdua di sofa di rumah kami. Sakit hatiku
mengenang duka yang dilakukan Nukman Faris yang hilang timbang rasa!
“Siapa suami saya?” aku menyoal
dengan penuh kebencian. Dia tersengih.
“Sayangkan isteri abang!” katanya
cuba memaut bahuku. Kalau dulu aku boleh terima jika dia memeluk aku. Sekarang
aku rela menjadi bola dan menjadi barang mainan tetapi menjadi boneka mainan
lelaki ini. kesal aku! Kesal kerana mulut dan hatiku ini tidak sekata?
“Maaflah, saya nak ingatkan awak
Encik Nukman Faris, Rozaila menanti lafaz nikah awak. Saya menanti lafaz cerai
awak!”kataku kepada Nukman Faris. Nukman Faris tersengih. Dia garu kepalanya
yang tidak gatal. Aku sudah tidak kisah dengan sikapnya.
“Sampai matipun takkan ada lafaz
cerai untuk sayang! Dan, takkan ada lafaz nikah untuk gadis lain! Sayanglah
isteri abang, kenapa nak bercinta dengan gadis lain pula! aku ketawa. Giliran
aku ketawa. Sebenarnya aku gembira. Sepatutnya aku melompat-lompat bahagia
dengan kata-katanya tetapi mukaku monyok dan aku menunjukkan rasa tidak
gembira.
“Nukman, mungkin awak lupa kita akan
bercerai selepas ini!” kataku kepadanya. Aku mahu ingatkan dia kalau dia
terlupa. Dia ketawa lagi. Mukaku bertambah keruh.
“Hanya apabila nyawa abang bercerai
dari badan, barulah kita bercerai!” aku bulatkan mata. Mungkin seminggu yang
lalu kalau aku dengar kata-katanya itu, aku akan tersenyum malu dan mahu
memeluknya. Kini aku tidak akan tertipu lagi. Setelah apa yang dia lakukan
kepada aku, sekarang dia hendak stay pula dengan diriku. Memang tak elok lah!
“Dengar baik-baik dan ingat
elok-elok! Jangan nak minta cerai buat masa ini. Awak kena tabah menghadapi
hari-hari kita bersama! Jangan lagi nak desak-desak abang, abang takkan
lepaskan sayang! Jika tidak, tahulah apa yang akan jadi kepada sayang tu!” katanya
memujuk aku.
Mataku
mahu sahaja terbeliak mendengar katanya. Kenapa pula aku tidak boleh meminta
cerai? Memang bergegar arasy, aku tahu tetapi aku tidak mampu untuk hidup
sebagai isterinya lagi. Aku tidak harap menjadi isterinya. Biarlah aku menjadi
janda dalam tempoh terdekat ini. Aku lebih rela menjadi janda daripada hidup
merintih di samping lelaki ini.
“Saya dah beritahu awak hari tu,
segalanya sudah selesai dan saya tidak mengandung! Awak boleh ceraikan saya!
Kenapa pula awak datang dengan wajah menggila dan merogol saya!” lelaki itu
menutup mulutku. Aku meronta-ronta. Mataku sudah bagaikan mata ikan merah.
Terkejut dengan tindakan beraninya.
“Tolong jangan sebut lafaz cerai
itu! Kalau awak sebut semula saya akan buat lagi macam hari itu. Dan, saya tak
merogol awak hari itu! Saya tak rogol awak, saya buat secara elok-elok! Kalau
tak habis badan awak tu! Jangan nak tuduh saya rogol awak sayang!” katanya
seperti mengugut aku. Aku ketap bibir. Lelaki ini memang tidak tahu malu! Aku
pula yang malu mendengar kata-katanya. Sesuka hati sahaja sebut tak rogol aku
konon! Hakikatnya dia merogol aku!
Oh, tolonglah lepaskan aku Nukman!
Kataku merintih dalam hati. Mungkin bukan takdirnya kami diizinkan menjadi
suami isteri yang bahagia. Aku jijik dengan sikapnya yang sudah menjatuhkan
maruahku hidup-hidup.
“Awak ingat saya takut?” dia sudah
mendekati aku semula.
“Awak tak takut? Betul?” soalnya
sudah memeluk bahuku. Aku menutup mata dan menggeletar. Memang aku takut jika
dia benar-benar hendak mengotakan kata-kata ugutannya. Aku tidak mahu kejadian
yang sama berulang lagi dalam hidupku. Aku sangat takut sebenarnya.
“Awak takut ya? Kenapa tubuh ni dah
menggeletar?” bisiknya di telingaku. Aku sudah menutup mata. Tetapi ketika
telefon bimbit iphone-5s nya berbunyi nyaring, aku bersyukur sangat. Bersyukur
kerana aku bagaikan terlepas dari maut!
Aku
mendengar lagi dia mendengus dan menatap aku dengan pandangan sayu. Aku pula
semakin membenci wajah kacak tidak ada perasaan itu!
“Siapa
pula yang menelefon aku saat ini? Siapa pula yang menyibuk masa ni! Baru aku
nak dekat dengan Tasya,” katanya seperti berbisik tetapi kenapa aku masih
mendengar kata-kata rungutannya. Sepatutnya aku bahagia tetapi kenapa wajahku
tidak gembira? Ah, pandainya aku menutup kegembiraan ini!
Baca llagi di putrimanasuha.blogspot.com