Home Novel Cinta Cinta Sang Pilot
Bab 28

Nukman Faris memandang telefon pintarnya. Hatinya terasa panas tetapi ditahannya. Hendak marah pun ada. Hendak menerkam pun ada. Hendak mendiamkan diri pun ada. Hendak menjerit pun ada! Sabar...sabar Nukman! Namun dia sabarkan dulu apa yang sedang tertakung di hatinya ini. Jika dia hilang sabar, susah pula nanti!

Dia menekan nombor isterinya. Lama berbunyi dan tidak diangkat. Mungkin tidur, desisnya. Ke mana pula dia? Mungkin turun ke bawah berbual dengan emak dan mamanya. Atau mungkin berjalan-jalan dengan mamanya. Mamanya memang suka melayan adik beradiknya jika ada kesempatan. Dia hubungi sekali lagi.

“Assalamualaikum,” apabila dia mendengar ada suara mengangkat telefon. Entah apa yag sedang dibuatnya.

“Walaikumsalam,” suara itu serak. Mungkinkah dia baru sahaja bangun tidur atau sibuk membuat kajiannya. Dia hanya meneka-neka sahaja. Namun apa yang menjadi persoalan tetap menjadi persoalan. Apa yang hendak ditanyakan tetap masih membeku di hatinya. Namun dia masih sabarkan hatinya. Takut dia hilang kesabaran, susah jadinya nanti!

“Dah makan?” soal Nukman Faris. Lain pula ayat yang keluar dari mulutnya. Dia hendak bertanya tetapi dia mahu mereka berdepan nanti. Dia mahu berdepan dengan isterinya yang cantik dan manis dipandang mata itu. Pada pandangan matanya, mata orang lain dia tidak tahu!

“Dah, sarapan tadi. Kan dengan awak tadi. Kenapa ya Nukman?” soal Natasya Umaira pula. Ah dia lupa pula, mereka sama-sama bersarapan tadi. Macam pasangan kekasih pula mereka, apa yang dibuat semuanya dilakukan sama-sama. Mama dan emak mertuanya pu asyik tersengih-sengih memandang mereka berdua-duaan walaupun hanya di dalam rumah sahaja. Ah, dia pun berasa serba-salah juga. Dia tahu isterinya tidak selesa. Dia lagilah tidak mahu berlama-lama begitu. namun mereka berdua tidak banyak pilihan buat masa ini. Mahu atau tidak, mereka terpaksa harungi dengan pelbagai pergolakan perasaan.

“Begini, saya nak bawa sayang pergi bersiar-siar petang ni. Nanti selepas solat Zohor sedia ya.” Kata Nukman Faris tidak memberitahu hal yang sebenarnya. Dia tidak mahu isterinya itu bersedia jika dia tanyakan soalan itu di telefon.

“Ke mana pula tengah hari ni? Panaslah! Eh, tak naklah, saya takut awak tak selesa pula!” soal Natasya Umaira kehairanan dengan arahannya. Memang dia jarang mengajak isterinya itu ke mana-mana. Jika hendak dibawa ke mana-mana, pasti isterinya hairan. Dan, memang dia sendiripun tidak selesa. Namun, keadaan yang serba tidak kena ini harus dibetulkan dengan segera. Kandungan Natasya Umaira harus diketahui infonya dengan tepat. Dia tidak mahu berteka-teki setiap masa.

“Ke mana yang Tasya suka, saya bawakan nanti?” soalnya pula. natasya Umaira kebingungan. Dia tidak mahu ke mana-mana pada waktu tengah hari ini sebenarnya. Dia juga tidak begitu tahu selok–belok Kuala Lumpur. Dia lebih suka duduk sahaja di rumah mama mertuanya ini. Dia tidak ada masalah.

“Eh malaslah awak ni! Orang tanya dia nak usik pula.” kata Natasya Umaira yang sudah berasa tidak selesa.

“Kita pergi ke mana-mana lah.” Ternganga mulut Natasya Umaira. Kalau hendak berjalan-jalan atau bersiar-siar, biarlah pada waktu peatang atau malam, tak siapa tahu mereka. Semalam mereka sudah mengukur baju pengantin bersama-sama. Takut pula hendak keluar balik-balik. Nanti kalau terserempak sesiapa, suaminya itu juga malu. Ini kerana, Nukman Faris bernikah dengan gadis kampung sepertinya. Huh! Malunya!

“Awak tak balik makan di rumah aje? Kat rumah ni ada masakan kegemaran awak, kata Mak Timah!” soal Natasya Umaira pula. Nukman Faris tidak menyangka isterinya itu mengambil berat tentang dirinya.

“Err, sudah! Saya sudah makan tadi. Tasya dah makan?” Natasya Umaira menggeleng. Oh, dia lupa dia bercakap melalui telefon. Nukman Faris pasti tidak melihatnya.

“Belum, saya tertidur ketika surf tentang kajian tadi.” katanya jujur. Nukman Faris tahu isterinya jujur namun kenapa dia tidak pergi ke klinik semalam?

“Tak pe, sekejap lagi saya balik dan jemput Tasya ya. Jangan tak pergi tau! Saya dah dekat rumah dah ni!” Kata Nukman Faris. Natasya Umaira sudah pandang jam dinding di bilik Nukman Faris itu. Awal lagi, katanya dalam hati.

“Baiklah tapi jangan lama tau, saya nak balik ke rumah saya petang ni! Esok saya ada kelas.” kata Natasya Umaira dengan suara cemas. Tentu Shamira sedang menantinya. Nukman Faris pula tersengih. Dia juga teringat akan temu janjinya dengan kekasihnya sepatutnya malam ini namun Rozaila sendiri sudah memungkiri janjinya.

“Ya saya ingat. Eh, kan kita nak beli barang lagi untuk di rumah kita tu! Balik rumah sewa kejap je tau! Nanti mak dan mama datang, kita tak siap lagi susah juga! Tapi bab mengemas tu kita boleh minta tolong pekerja di situ,” Kata Nukman Faris memberi cadangan. Dia tahu Natasya Umaira sibuk.

“Eh tak pe, saya boleh aje. Bukannya besar rumah awak tu! Kejap aje tu siap dan kemaskan.” kata Natasya Umaira menolak cadangannya.

“Kasihan pula isteri saya ni! Kalau kita ambil pembantu kemaskan rumah pun tak pe. Saya ok aje.” Katanya. Natasya Umaira kedengaran menarik nafasnya. Mungkinkah dia tidak selesa?

“Tak payah lah susah-susah Nukman. Saya akan kemaskan nanti. Bilik awak kat rumah tu kecil aje tu!” kata Natasya Umaira. Nukman Faris tahu dan sedar isterinya dibesarkan dalam lingkungan kesederhanaan, jadi dia lebih suka berdikari.

“Oklah Tasya, ready-ready ye, kejap lagi saya sampai!” kata Nukman Faris. Natasya Umaira hanya menggumam kecil. Semakin berdebar hatinya hendak memerhatikan kandungan gadis itu. Memang perutnya agak kempis tidak seperti orang mengandung. Morning sickness pun takde. Benarkah dakwaan gadis itu yang dia mengandung? Kalau ditanya tentang kandungannya dia tidak pernah memberi jawapannya. Dia diam dan terus diam dengan wajah mencuka! Sinar pengantin baru pun masih ada di wajah itu?

Ada sesuatu yang tidak kena? Apa yang tidak kena itu? Soalnya memikir-mikir. Makin difikir makin dia bingung.

***

“Semalam Tasya pergi tak ke klinik? Apa kata doktor?” soal Nukman Faris apabila sahaja Natasya Umaira sudah duduk di sebelahnya. Bulat mata Natasya Umaira mendengar soalan Nukman Faris. Menggeletar tubuhnya.

“Err,” Natasya Umaira tidak terjawab. Gugup dia. Benarkah ada sesuatu yang hendak disembunyikannya? Kenapa tidak berterus-terang dengannya? Bukankah mereka sudah sah menjadi suami isteri, kenapa ada rahsia?

“Eh, kenapa ni? Tak tahu tempat tu ke?” kata Nukman Faris seolah-olah tidak mengetahui cerita sebenar. Natasya Umaira menggeleng.

“Tak ada,” kata Natasya Umaira. Dia sudah kebimbangan.

“Jadi semalam tak pergilah?” soal Nukman Faris. Natasya Umaira angguk.

“Ke mana semalam?” Natasya Umaira hilang kata. Dia sudah membohongi suaminya itu.

“Saya... saya tak pergi.” Jawabnya jujur walaupun terketar-ketar. Matilah aku! Bisik Natasya Umaira.

“Tak pegi? Jadi, Natasya hanya jalan-jalan je? Tahu tak saya pusing-pusing nak tunggu parking, rupanya Tasya tak pegi klinik tu! Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa diam aje?” Natasya Umaira buat muka cuak dan seperti tidak rasa bersalah. Sebenarnya dia yang patut marah dengan tindakan isterinya yang suka berahsia itu. mahu sahaja dia memarahi isterinya itu.

“Kenapa macam tu?” soalnya lagi. Natasya Umaira tidak tahu apa yang hendak dijawabnya sekarang.

“Saya kan sudah jumpa doktor minggu lalu. Buat apa saya nak jumpa balik-balik! Apa istimewanya klinik awak tunjukkan tu?” Jawab Natasya Umaira. Dia terasa sungguh geram pula dengan isterinya itu ketika ini. Rupa-rupanya dalam diam dia pandai menjawab. Sakit pula hatinya.

“Tapi kenapa tak beritahu semalam?” Nukman Faris menyoal siasat hal itu. natasya Umaira mengesat air matanya yang bergenang di pipinya.

“Maafkan saya.” Kata Natasya Umaira yang sudah terasa bersalah. Dia hanya menjeling Natasya Umaira. Dia geram sebenarnya.

“Tahu tak betapa sukarnya saya cari parking dan pusing-pusing di kawasan klinik semalam? Alih-alih, rupanya Tasya tak pegi klinik tu? Kenapa macam tu ye?” kata Nukman Faris menguatkan suaranya.

“Maaf... maafkan saya. Saya tak sengaja Nukman! Saya pun tak suruh awak nak sibuk-sibuk cari klinik untuk saya! Saya tahu apa yang saya buat selama ini! Awak tak perlu masuk campur ke atas diri saya!” terketar-ketar tetapi panjang lebar.

“Itu namanya tak sengaja ya?” soalnya dengan penuh sinis. Natasya Umaira diam dan meneruskan esakanya. Dia terasa betapa kasihannya kepada isterinya itu. entah kenapa dia sanggup buat apa sahaja untuk gadis itu kini. Apakah ini yang dinamakan cinta? Apakah cintanya kepada Rozaia lain?

“Sekarang Tasya kena denda.” Bulat mata Natasya Umaira.

“Denda apa pula? Mengarut pula!” dia tersengih. Sudah ada peluangnya untuk mengusik Natasya Umaira yang agak innocent itu.

“Petang ni sampai malam ni ada tugas untuk Tasya.” Kata Nukman Faris. Bulat mata Natasya Umaira. Dia sengih lagi.

“Tugas apa?” soal Natasya Umaira. Nukman Faris sudah ketawa geli hati tetapi ditahannya ketawanya.

“Sekarang kita ke klinik. Jumpa doktor Sham. Saya dah janji dengan dia. Malam ni akan saya beritahu kemudian.” Kata Nukman Faris ketawa. Natasya Umaira semakin resah.

“Kenapa macam resah ni? Ada apa-apa yang saya tak tahu awak sembunyikan misalnya?” soalnya kepada Natasya Umaira. Natasya Umaira hanya memandang ke hadapan.

“Err... Tak de.” Kata Natasya Umaira. Dia sudah reda. Dia hendak berterus terang dengan suaminya pada hari ini selepas pemeriksaan di klinik nanti. Apa yang terjadi, jadilah. Dia sudah tidak peduli.

“Itulah, dengan saya jangan nak tipu, buruk padahnya tau!” katanya seperti cuba mengusik isterinya itu. natasya Umaira menjeling.mungkin geram dengan sikapnya.

“Apa pulak! Saya...saya tak sengajalah!” kata Natasya Umaira menafikan.

“Tak sengaja? Kenapa tak hubungi saya?” soalnya. Hairan sungguh dia dengan tingkah laku isterinya. Mungkinkah ada yang disembunyikan.

“Saya...saya...tertinggal telefon!” jawabnya berdalih. Padahal elok saja telefon di dalam begnya.

“Boleh pula macam tu?” kata Nukman Faris yang tidak puas hati dengan jawapan isterinya itu. dia tahu isterinya itu menyembunyikan sesuatu. Kenapa wajah itu pucat seperti orang ternampak hantu?

“Tu lah tak sengaja!” kata Natasya Umaira pula. Nukman Faris menggeleng. Ada hati lagi isterinya hendak membohonginya. Dia tidak suka dibohongi. Kenapa dia tidak berterus-terang sahaja? Kalau berterus-terang, hilang marahnya. Dia semakin geram.

“Awak sengaja tu! Apa yang awak sembunyikan dari saya?” soalnya kesal.

“Tak de!” jawab Natasya Umaira. Suara itu menggeletar. Macamlah dia tidak faham akan maksud dari wajah itu.

“Tak pe, kita jumpa Dr. Sham nanti tahulah apa sebenarnya yang berlaku.” Natasya Umaira serba salah pula. Wajah itu kelat. Namun dia cuba bertenang. Natasya Umaira memang gadis yang mempunyai keanehan dan sekaligus keistimewaan dalam diam. Ah, dia sudah meneliti dalaman sepupunya itu.

***

“Mengandung?” soal Doktor Shamsuri. Natasya Umaira bagaikan hendak pitam apa bila soalan begitu. Nukman Faris mengangguk. Sebenarnya sudah lama dia hendak berterus-terang dengan Nukman Faris tetapi Nukman bagaikan tidak faham akan hint-hint yang telah dibuatnya. Misalnya dia memohon minta diceraikan sebab urusan pernikahan mereka sudah selesai. Tetapi Nukman Faris buat-buat tidak dengar akan permintaannya. Sekarang siapa yang salah dan akan disalahkan? Dirinya lagi kan? Aduhai! Sakitnya kepala, bisik Natasya Umaira yang sudah serba tidak kena.

“Kalau tengok hari tu macam mengandung doktor. Doktor tolong periksa dululah. Jika mengandung, doktor tahu lah tu!” kata Nukman faris. Isteri di sisinya sudah pucat seperti kehilangan banyak darah. Hairan pula dia. Takkan Natasya Umaira takut?

“Okey, kalau mengandung, sila buat pemeriksaan air kencing dululah. Nani, awak beri botol kepada Puan Natasya ya.” Kata Doktor Shamsuri memberikan arahan kepada pekerjanya. Dengan berat hati Natasya Umaira berdiri dan menuju ke tandas seperti yang ditunjukkan oleh Nani. Nukman Faris hanya memerhatikan pergerakan isterinya yang agak kekok itu. Doktor Shamsuri pula hanya tersenyum memandang sahabat baiknya itu.

“Tasya, nak abang temankan ke bilik air?” soalnya memegang lengan Natasya Umaira. Dia tidak jadi berdiri apabila melihat perlakuan Natasya Umaira yang agak pelik itu. Natasya Umaira menggeleng dan tidak memandang wajahnya pun. Dia pun haiiran dengan tingkah laku isterinya. Apakah ada sesuatu yang disembunyikan? Kenapa dia harus sembunyikan? Sudah berkali dia mendesak namun isterinya itu tetap tidak mahu berterus-terang.

“Apa dia kata? Kenapa tak jumpa semalam?” soal Shamsuri. Nukman Faris menggeleng.

“Entah, dia hanya memohon maaf sahaja. Alasannya dia dah jumpa doktor minggu lalu.” Kata Nukman Faris. Lama mereka mendiamkan diri seolah-olah mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

“Sampai biarkan awak berpusing-pusing di kawasan sibuk ni?” soal Shamsuri. Nukman Faris diam. Entah apa yang hendak dijawabnya.

“Entahlah, isteri saya tu memang pemalu.” Shamsuri sudah ketawa.

“Sudah doktor, dah tahu jawapannya,” kata Nani.

“Tulis laporan,” Natasya Umaira sudah duduk di depan doktor. Nukman Faris hanya memerhatikannya.

“Ini doktor.” Kata Nani menyerahkan laporannya.

“Mana?” Lama Doktor Shamsuri meneliti laporan itu.

“Negatif? So? Tak mengandung?” muka Natasya Umaira sudah kemerah-merahan. Wajahnya juga sudah berkerut. Apakah aap yang dikatakan oleh doktor itu benar atau tidak? Atau salah penglihatan? Mustahil!

“Tak mengandung?” soal Nukman Faris pula.

“Negatif! Nampaknya tak de rezeki lagi lah. Tak pe kamu berdua boleh cuba lagi!” kata Doktor Shamsuri. Terangkat kening Nukman Faris memandang laporan itu. Memang negatif keputusannya, takkan pembantu jururawat itu akan berbohong! Nukman Faris cuba tersenyum memandang sahabatnya. Dia cuba menutupi sakit hatinya. Sakit hati kerana dibohongi!

“Eh betulkah ni doktor?” soal Nukman Faris. Natasya Umaira hanya menundukkan pandangannya. Dia tahu dia tidak mengandung. Sekarang suaminya itu sudah tahu dia tidak mengandung. Mungkin selepas ini dia akan diceraikan dengan segala hormatnya.

“Takkan saya nak bohong, mungkin selama ini anggapan encik silap. Inikan pengalaman pertama kamu,” Kata Doktor Shamsuri. Nukman Faris tersenyum-senyum mendengar kata-kata sahabatnya itu.

“Mungkinlah. Sebab saya tak biasa lagi kan doktor! Jadi, tak delah yang nak diperiksa ni doktor?” soal Nukman Faris. Doktor Shamsuri menggeleng.

“Tak delah. Ada nak ubat apa-apa ke puan?” tanya Doktor Shamsuri kepada Natasya Umaira. Natasya Umaira menggeleng dan tunduk membisu. Apa ubat yang dia mahu? Tak de, dia bukannya tak sihat. Dia sihat walafiat.

“Tak pelah doktor kami balik dulu. Berapa nak bayar ni doktor?” doktor Shamsuri bersalaman dengan Nukman Faris.

“Tak de lain kalilah kalau mengandung baru ada bayaran. Tak ada apa yang diperiksa, rupanya tak mengandung! Lain kalilah, kalau dah sah mengandung baru jumpa saya ya.” Kata Doktor Shamsuri. Mereka beriringan keluar dari kawasan klinik itu. masing-masing membisu seribu bahasa.

“Maafkan saya,” kata Natasya Umaira ketika dia sudah di dalam kereta. Wajah itu seperti hendak meraung, namun dia sabarkan dirinya.

“Tak ada apa yang nak dimaafkan. Semuanya sudah berlaku.” Kata Nukman Faris. Akhirnya suasana menjadi sesepi kuburan sehinggalah mereka sampai di depan halaman rumah mama mertuanya.

“Saya bukan sengaja nak berbohong, semata-mata nak terus perkahwinan ini.” Kata Natasya Umaira sebelum turun dari kereta. Air matanya sudah menitik jatuh ke pipinya. Nukman Faris mengerutkan dahinya. Dia tidak tahu apa yang hendak diucapkan. Dia sendiripun berasa amat terkejut dengan apa yang berlaku. Memang perkahwinan mereka tidak dirancang tetapi harapannya tumbang.

Harapan hendak menikah dengan kekasihnya. Ituah yang dia geram dengan pernikahannya ini. Namun, kenapa kini hatinya libang libu? Perasaannya terhadap Rozaila seperti dipaksa-paksa. Tetapi wajah isterinya sentiasa di matanya. Apakah ini? Ah, dia sungguh terganggu! Dia semakin terganggu dengan berita yang baru didengarnya ini. Oh tidak!

“Jangan cakap dulu. Nantilah kita bincang. Saya sendiripun sedang bingung sekarang!” kata Nukman Faris.

“Perceraian kita boleh dipercepatkan.” Kata Natasya Umaira pula. terasa kerdilnya diri di depan gadis manis yang merupakan sepupunya ini. Entah apa yang hendak dikatakannya. Dia sendiri runsing. Akhirnya dia keluar dari keretanya dan terus duduk di sofa di depan televisyen. Tidak elok rasanya jika dia terus masuk ke dalam biliknya. Natasya Umaira pula sudah menghilang entah ke mana.

“Cerai sekarang?” Natasya Umaira angguk. Dia pula yang susah hati.

“Awak nak mak bapa kita tu mati cepat?” Natasya Umaira diam. Dia memikirkan papanya yang ada masalah di bahagian jantung. Mamanya pun mempunyai sakit juga. Ah, dia tidak mahu membayangkan kesusahan itu.

“Bukan macam tu Nukman. Tapi, awak dah selamatkan saya. Awak dah buang aib saya. Awak dah buat baik kat saya. Kira oklah tu! Sekarang kalau awak nak ceraikan saya, dipersilakan dengan segala hormatnya!” kata Natasya Umaira. Biar betul gadis ini! Kenapa dia memohon perceraian pada suasana begini! Nukman Faris memikirkan apa yang sudah mereka lakukan selama ini. Memang ada benar kata-kata itu. Namun dia tidak mahu memikirkannya sekarang. Entah kerana apa, kerana sayang lah mungkin!

“Nantilah kita bincang. Kita kena pergi ke Tesco dulu lah beli barang. Nanti terkejut pula mak dan ayah bila masuk rumah kita tak de barang langsung!” kata Nukman Faris, dia mengarahkan keretanya menuju ke Tesco yang berdekatan dengan rumahnya.

“Saya rasa eloklah awak fikirkan cepat-cepat Nukman. Kekasih awak pun sudah memaksa-maksa awak menikahinya. Kalau sempat dua minggu ini, awak uruskanlah, biarlah saya pinangkan awak untuk Rozaila. Saya rela diceraikan kerana sudah sah saya tak mengandung Nukman! Takkan lahir anak sesiapa dari dalam perut saya ni!” kata Natasya Umaira dengan bersungguh-sungguh. Nukman Faris pandang isterinya. Kasihan pula dia kepada seraut wajah ayu di sisinya itu. Kenapa beriya-iya minta ceraikan? Dia belum pun mengambil apa-apa keputusan buat masa ini!

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha