Bab 5
Mama
dan papa kepada Nukman Faris datang ke rumah kami pada petang itu. Aku
menyalami mereka. Begitu juga Nukman Faris. Kami kebetulan baru balik dari
bertandang ke rumah saudara ayah di kampung.
“Nukman, bawa isteri kamu ke bilik. Dia
nak rehat. Mama nak bersembang sikit dengan besan mama ni ha,” emak kulihat
tersengih-sengih. Datin Zahara tersenyum manis dengan pakaiannya yang sungguh
cantik, mengalahkan baju pengantin.
Sebenarnya
aku mahu duduk sendirian di ruang tamu dan menonton televisyen tetapi emak
mertuaku pula meminta anaknya membuat sesuatu yang lain. Kami bertentangan
mata. Perasaanku gundah. Debaran jantung semakin kuat. Terkenang pula aksinya
di bilik pagi tadi. Mahu sahaja aku duduk di ruang tamu sampai esok pagi.
Macam
orang bercinta pula aku tetapi aku memang sudah lama jatuh cinta dengan
sepupuku yang bertugas sebagai pilot itu.
“Tak apa mak long, eh mama, saya ok.”
Kataku cuba berdalih. Aku memang tidak penat sebenarnya. Penat dengan lakonan
mantap Nukman Faris!
“Apa pula mak long, panggil mama lah
pula sekarang, kan dah jadi isteri Nukman,” kata Datin Zahara tersenyum manis.
Nukman Faris hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
“Ya lah mama. Saya pun dah mengantuk
ni, nak tidur dengan Tasya kan sayang,” jawabnya memegang tanganku. Emak dan
mama Nukman Faris sudah tersengih-sengih bahagia memandang kami. Aku buat muka
badak.
“Tak apalah Tasya, pergilah rehat,”
kata emak yang cukup memahami. Sebenarnya aku tidak selesa. Ini kerana, mama
mertuaku baru sahaja datang ke rumah pada petang ini. Ah, apa yang perlu aku
buat?
Aku
berhabis tenaga cuba menepis tangannya. Aku sangat segan dengan ibu bapa kami
yang turut menyaksikan tingkahnya saat ini. Mahu sahaja aku ketuk kepalanya.
“Jangan
pegang-pegang macam ni, saya tak suka!” kataku meminta tanganku dilepaskan.
Sakit hatiku dengan perbuatannya.
“Jangan nak buat hal tau, tu mama
sedang perhatikan kita. Papa tak apa, dia tak kisah,” bisik Nukman Faris yang
begitu nakal mengusikku. Mahu sahaja aku mencubit tangannya.
“Awak
ni mengada betul tahu! Nanti apa kata kekasih awak!” kataku. Dia sengih sahaja
sejak tadi.
“Jangan
cerita fasal orang kalau kita sedang berdua. Kita punya kisah, kitalah! Buat
apa libatkan orang lain!” katanya. Aku pandang wajahnya dalam-dalam. Apakah aku
tidak salah dengar?
“Huh!
Awak ni jenis yang tak setia!” kataku menjawab. Dia menggeleng.
“Apa
pula awak tuduh macam tu? Kamu yang paksa saya nikah kan? Tak pernah saya minta
mama saya pinangkan awak untuk saya! Kalau boleh saya tak nak kahwin lagi! Saya
nak bujang puas-puas! Tapi awak yang tak sabar nak nikah dengan saya kan?”
mukau sudah merah padam mendengar kata-katanya. Walaupun kami berbisik tetapi
ia cukup untuk membuatkan aku malu. Kalau boleh seharian ini aku tidak mahu
memandang wajahnya. Malunya!
“Ya
lah,kalau memang awak tak nakkan saya, awak ceraikan aje saya lepas tiga hari
ni! Saya tak nak menyusahkan awak lagi!” dia ketawa dan kami masih berpelukan
sehingga ke tingkat atas. Kami seolah-olah seperti sepasang kekasih yang
kononnya sedang bercinta.
“Cerai
dalam masa tiga hari?” soalnya. Aku angguk. Walaupun permintaanku pahit tetapi
ia memadai. Sepupuku alias suamiku ini sudah melepaskan aku dari derita yang
memedihkan sejak sebulan lalu ini. Kami sudah diruang balkoni. Suasana hening
seketika.
“Walaupun
kita dinikahkan kerana satu alasan yang lain, saya takkan ceraikan awak dalam
masa tiga hari ini! Mama saya dan emak awak bukan boleh dibuat main dalam
rancangan kita. Saya kenal sangat mama saya.” Katanya panjang. Aku tarik nafas
payah.
“Masalah
saya sudah selesai selepas tiga hari ini. Awak, terima kasih kerana lepaskan
saya dari fitnah. Surat jemputan kahwin sudah diedarkan sebulan lebih awal.
Tulah sebabnya emak dan ayah saya kelam-kabut mencari pengganti Amri! Saya
difitnah Nukman!” kataku yang sudah teresak-esak dalam pelukannya. Dia
menepuk-nepuk lembut bahuku.
“Tak
apalah, kita teruskan saja hubungan kita ini. Saya takkan ikut rancangan awak
tu! Saya tak mahu mama saya sakit jantung gara-gara kita berdua pula. Harap
kita bersabar. Saya takkan ganggu awak, saya selalu fly ke luar negara jadi kita tak kan bertemu lagi lepas ni!” aku
angguk. Dalam diam aku kagum dengan sikapnya yang bertimbang rasa dan selalu
mendahulukan kedua ibu bapanya. Sekali lagi aku terpesona dengan sikapnya.
Sejak dulu aku memang menyayanginya dan menaruh harapan kepadanya tetapi itu
dulu, ketika aku masih kecil lagi. Semakin aku membesar dan kami jarang
bertemu, perasaan itu bagaikan hilang secara perlahan-lahan.
“Saya
ikut awak sajalah. Kalau awak rasa dah nak tamatkan hubungan kita, saya memang
sentiasa sedia!” kataku tetapi hatiku sangat sakit. Kenapa ya? Kenapa aku
berharap agar hubungan kami berpanjangan sehingga ke akhir hayat kami? Huhu!
Kalaulah lelaki di sisiku ini tahu, apakah dia tidak terperanjat?
“Saya
tak tahu lagi! Saya takut nak lukakan hati mama saya!” tambahnya. Hatiku bagaikan
bernyanyi riang mendengar kata-kata yang sangat membahagiakan aku. Aku angguk
dan tersenyum manis kepadanya. Seluruh lukaku terubat dengan kata-katanya.
Walaupun dia hanya takut dan hormatkan mamanya tetapi dalam masa yang sama aku
juga mendapat untungnya.
“Awak
memang anak yang baik!” pujiku. Dia tersengih.
“Tahu
tak apa!” aku cubit lengannya.
“Perasan!”
kataku dan cuba menjauh darinya. Dia pegang pula tanganku.
“Kita
duduk sini sambil menikmati pandangan yang sangat menyegarkan di sini.”
Katanya. Dia sudah melalut-lalut pula. Aku bertambah sakit hati tetapi aku
tetap senang dengan tindakannya walaupun aku malu-malu.
“Saya
nak ke tandas kejap.”
“Awak
bohong kan?” aku geleng.
“Tak!”
“Kejap,
kita nikmati suasana yang sangat menyenangkan di sini.” Katanya yang masih mahu
aku duduk di sisinya. Aku angguk.
“Ya
saya memang selalu duduk di sini. Ayah saya sengaja bina balkoni di bilik saya
untuk saya melepaskan perasaan saya di sini.” Terangku kepadanya. Nukman Faris
kucup tanganku. Berderau darahku. Kami seperti suami isteri yang sebenarnya.
Apakah
doaku dalam setiap sembahyang hajatku dimakbulkan? Aku menutup mata dan
tersenyum di bawah naungan seorang suami sepertinya.
***
Kedua
beradik itu pergi ke bahagian dapur. Suami mereka berbual di ruang tamu.
“Kak
long, syukur saya tengok mereka. Mereka sungguh mesra, tak sia-sia kita satukan
mereka,” kata Puan Zurain kepada kakaknya Datin Zahara mama kepada Nukman
Faris.
“Mesra depan mata awak mungkin, mereka
tu pandai berlakon, bimbang saya ni!” kata Datin Zahara. Datin Zahara kenal
anak lelakinya yang kuat berlakon itu dan pandai mengambil hati orang tua.
Datin
Zahara bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata adiknya. Namun
dia tahu anaknya boleh diharap. Dia juga akan bertindak lebih jauh selepas ini.
“Entahlah kak tapi saya nampak mereka
cukup mesra di dalam bilik. Macam pujuk memujuk je selalu.” Datin Zahara sudah
ketawa mendengar cerita Puan Zurain.
“Kenapa pula kak long ketawa? Tak
betulkah cakap saya ni,” kata Puan Zurain kehairan memandang kakaknya Datin Zahara.
“Bukan macam tu, kita kena
banyak-banyak mendoakan anak kita berdua itu agar akan saling jatuh cinta
sesama mereka. Jangan sampai mereka bercerai-berai. Kak long tak mahu
Nukman sampai menikah dengan kekasihnya
yang tak cukup kain tu,” kata Datin Zahara. Puan Zurain angguk.
“Ya kak, berdoalah kita. Mudah-mudahan apa yang kita
impikan akan jadi kenyataan. Tapi saya risau, sebab bekas tunang Tasya yang
sudah berbuat songsang belakang kami, kalau tak, taklah anak kita jadi begitu.”
kata Puan Zurain lagi dengan nada sayu. Datin Zahara angguk.
“Tak apalah Ain, apa yang penting anak
kita disatukan. Dia dah mengandung, apa yang kita nak buat, takkan nak gugurkan
pula. Lagipun Tasya tu kan diperangkap oleh bekas tunangnya tu. Saya tengok
Tasya tu gadis baik. Selama ini saya simpan impian hendak bermenantukan Tasya.
Alhamdulillah, Allah sudah makbulkan doa saya. Kita terima sajalah seadanya,
tak payah nak bising-bising mengenai hal ini!” kata Datin Zahara memujuk
adiknya. Terharu Puan Zurain. Kakaknya sungguh memahami walaupun sudah berada
di status kehidupan yang agak tinggi. Dia tidak menyangka kakaknya menyenangi
anaknya Natasya Umaira.
“Maafkanlah saya kak long, saya tak
tahu pula anak saya akan jadi begitu, mungkin saya kurang jagaan selama ini
kepada dia.” kata Puan Zurain dengan penuh kesedihan. Datin Zahara menggeleng.
“Sudahlah tu, sabar ajelah. Kita
berdoalah agar mereka akan menjadi suami isteri yang sebenarnya dan bahagia
hingga ke anak cucu sehingga akhir usia mereka,” kata Datin Zahara. Puan Zurain
mengangguk. Bergenang air matanya mendengar doa kakaknya untuk pasangan yang
baru dinikahkan itu.
“Bila kak long balik ke rumah kak long
semula? Agak lama juga kak long di sini. Saya bimbang kak long tak biasa dengan
rumah kampung macam rumah saya ni,” soal Puan Zurain mengubah tajuk
perbincangan mereka. Datin Zahara tersenyum.
“Tak tahu lagi. Kalau petang ni atau
esok pagi. Kami belum check out lagi. Kalau ada urusan di pejabat kami akan
balik awal. Tapi kalau tak, esok pagi lah kami balik. Lama juga kami tak balik ke
sini kan. Apa pula tak biasa, saya kan orang kampung!” kata Datin Zahara. Puan
Zurain mengangguk.
“Kak long ni membazir wang sajalah.
Besar nya rumah saya ni tapi kak long tak mahu nak tidur kat sini,” kata Puan Zurain
seperti merajuk.
“Tak apa, Kak Long bukannya apa, Kak
Long ni kasihan menyusahkan adik kakak ni, lagipun orang ramai di sini, abang
tu yang tak selesa,” kata Datin Zahara yang tidak tidur di rumah adiknya.
“Ya lah saya faham, lagipun kakak mesti
nak jaga status kak long tu,” kata Puan Zurain menarik muncung tajam. Datin
Zahara menggeleng.
“Janganlah bising mengenai hal ini.
Kita akan sentiasa berdoa dan buat rancangan agar mereka saling jatuh cinta
antara satu sama lain. Mungkin dua minggu atau sebulan lagi kami akan adakan
majlis resepsi di sebelah lelaki pula. Kak long akan tengok jadual penerbangan
Nukman nanti. Angah pergi awal sikit ke rumah kak long. Kita aturkan sama-sama,
lagipun masa tu dah cuti sekolah, senanglah sikit,” kata Datin Zahara lagi. Bulat
mata Puan Zurain. Rupa-rupanya kakaknya mempunyai perancangan yang terperinci
kepada anak-anaknya.
“Insya Allah kak long tapi takut besar
pula perut Tasya tu kak. Kak makanlah nasi goreng masakan menantu sulung kak
long ni,” kata Puan Zurain. Mereka sudah berpindah tempat duduk.
“Abang
long, silakan makan.” Kata Puan Zurain mempersilakan abang iparnya Datuk Norman makan.
“Ya lah. Mari kita makan sama-sama,”
kata Datin Zahara pula.
“Kami sudah makan tadi dengan menantu
baru kami. Kak long yang lambat sikit datang,” kata Puan Zurain. Datin Zahara
menyenduk nasi goreng ke pinggan suaminya.