Bab 38
“Lama sungguh kita tak jumpa, apa cerita?”
soal Suffian. Nukman Faris tersengih.
“Apa cerita ni Nukman? Ceritalah kat
aku! Macam panas sudah satu office cerita pasal kau dah kahwin! Betulkah tu?”
soal Suffian lagi. Nukman Faris tergegau. Dia terkejut kalau berita
pernikahannya sudah tersebar di pejabatnya. Takkanlah!
“Siapa beritahu ni? Cuba cer sikit!”
kata Nukman Faris pula. Dia sengaja mahu tahu siapakah yang pembawa cerita yang
agak memanaskan telinganya itu.
“Benarkah kau dah nikah dan buat persandingan
besar-besaran di KLCC? Aku dengar macam tu? Betul?” soal Suffian lagi. Ini
mamanya punya pasal. Mamanya hendak melakukan persandingannya di tempat paling
gah. Dia sendiri tidak senang hati dengan tempat yang sudah dirancangkan oleh
mamanya itu. Namun siapa dia hendak membantah?
“Betullah tu, apa yang silapnya
lagi?” soal Nukman Faris pula. Suffian sudah ketawa dan agak terkejut dengan
pengakuannya. Dia malas mahu bercakap panjang lebar mengenai hal itu.
“Awak dah kahwin Nukman? Bila awak
kahwin? Kenapa saya tak tahu?” soal Suffian lagi. Mungkin kesal, Nukman Faris
telah membohonginya hari itu. Nukman Faris ketawa. Entah apa yang lucunya.
“Ya saya dah kahwin dah tiga bulan
lebih saya kahwin, puas hati?” kata Nukman Faris lagi mengakui akan
pernikahannya. Memang selama ini dia menganggap pernikahannya dengan sepupunya
satu kesilapan dan sedang dikajinya. Bulat mata Suffian. Mungkin masih tidak
mempecayainya.
“Kahwin? Awak dah kahwin?” dia
angguk. Kenapa pula pemuda di depannya itu tidak percaya? Dia memang sudah
kahwin dan sudah berkahwin dengan sepupunya sendiri.
“Patutlah awak cuti! Tapi, err
keliru, bila masa awak kahwin sebenarnya?” kata Suffian. Nukman Faris kesal
juga dengan tindakan mamanya yang meminta dia bercuti. Namun dia tidak dapat
memberikan kenyataan tentang hal itu.
“Masa aku balik kampung tu lah!
Bukan sesiapa yang kahwin, sebenarnya aku! Kau tak nampak inai di jari aku?”
jawabnya selamba. Dia sudah malas hendak berteka-teki dngan kawan baiknya
sendiri.
“Masa balik kampung? Thats means,
ha, awak kahwin masa tu? Ya Allah patutlah aku nampak inai di jari kau tu hari
tu tapi tak banyak! Ingatkan bukan kau yang kahwin! Kau pun tak mengaku!
Kononlah ya!” Nukman Faris angguk dengan bangga. Mungkin sedikit sebanyak sudah
terubat hatinya. Dia sudah boleh menerima kenyataan yang dia sudah berkahwin.
“A’ah lah, aku tak suka dengan
pernikahan kami tu!” katanya. Suffian mahu ketawa. Lucukah?
“Tahniah bro!” kata Suffian pula. Mereka
bersalaman.
“Thanks.” Katanya tanpa berbasa-basi.
“Kenapa tergesa-gesa? Eh, siapa
teman kau kahwin tu? Nak juga aku kenal, mana tau ada lagi adik dia,” soal
Suffian tidak puas hati. Mukanya kelat. Bukan Rozaila temannya kahwin. Orang
lain! Orang kampung!
“Perempuan lah, sapa lagi? Ah,
jangan kau nak mengada-ada nak kahwin dengan adik dia pula. Mana ada adik dia!
dia anak tunggal perempuan! Lain-lalin hanya adik lelaki je. Tak delah harapan
kau!” katanya berdolak-dalik pula.
Suffian
sudah ketawa dibuatnya. Dia sendiri sudh boleh buat lawak. Dia tidak geram lagi
dengan sepupunya. Wait... wait, sepupunya aka isterinya ditinggalkan sendirian
di rumah dengan ibu bapanya.
“Aku tahu! Tapi siapa? Bukan Rozaila
kan?” soal Suffian ingin tahu. Memang penyibuk kawannya yang satu ini. Dia
geleng. Kesal pun ada namun tidak ada sesiapa yang mengetahui rahsia Ilahi.
Mungkin takdir ini salah satu rahsia Allah yang dia tidak terima selama ini.
Wajah sayu dan sedih isterinya terbayang di ruang mata. Kasihan dia kepada
isterinya itu.
“Rozaila baru saja balik dari
tugas-tugas luar negaranya! Dia tu tak nak dibuat bini!” katanya seperti
meradang. Ah, mamanya pun sama. Mama tidak mahu dia menikahi gadis pilihannya.
Apa pilihan yang dia ada? Suffian hairan.
“Apasal tak jadi dengan Rozaila?
Bercinta bagai nak rak, last-last nikah dengan orang lain?” dia geleng. Kesal
semakin meningkat. Memang dia agak kesal dengan apa yang berlaku. Namun mungkin
itu dugaan untuknya atau takdir tersembunyi untuknya. Dia malas lagi mahu
menanya-nanya kepada nasibnya berubah. Tidak ada gunanya dia hendak merubah
nasib. Itu kerja Allah.
“Susah nak cerita. Mungkin takdir
kita. Aku pun tak pandai nak cakap bukan-bukan! Dan kau memang kenal mama aku
kan?” Suffian angguk. Mereka sama-sama kenal akan Datin Zahara. Datin Zahara
cerewet dan mahu semua anaknya mengikut kata-katanya. Jika tidak, awas!
“Order minuman!” katanya kepada Suffian.
Pelayan datang dan mereka memesan minuman ringan sahaja serta roti bakar pada
petang itu. dia terkenang milo panas buatan isterinya di rumahnya, sedapnya
masih dia kenang sampai kini. Tetapi mahukah isterinya itu membancuh milo
buatnya lagi? Mungkin mahu kalau dia paksa! Hehe! Dia ketawa sendiri, dalamm
hati!
“Hot coffee dua.” Kata suffian. Dia
tahu minuman kegemaran kawan sekerjanya. Eh, bekas rakan sekerjanya.
“Jadi, kau tak nak kerja lagi?”
Nukman Faris pandang jauh. Susah dia hendak menolak cadangan papa dan mamanya.
Itu bukan tawaran itu hanya cadangan. Lama dia diam.
Apa
yang mahu dijawabnya? Soalan memang agak senang tetapi kenapa sukar dia hendak
menerima pelawaan mama dan papanya? Tetapi dia tidak ada pilihan sebenarnya.
Papanya sakit dan memerlukan dia yang komitmen kepada syarikat. Dia sudah ada
tugas baru.
Lagi
dua minggu dia akan ke Indonesia untuk menguruskan projek baru di sana.
Perlukah dia membawa isterinya? Ah, mana lah gadis itu ada cuti lagi. Berbulan
madupun dia yang akan paksa gadis itu. Kalau tidak belum tentu dia mahu!
“Mungkin aku cuti tanpa gaji,”
jawabnya perlahan. Bulat mata Suffian. Memang begitulah nasib anak orang berada
dan ahli perniagaan. Fikir Suffian. Dia pula anak orang sederhana sahaja.
Ayahnya mempunyai sebuah perniagaan yang agak kecil.
“Mungkin kau akan bersara terus,
tapi sayangnya kau nak berhenti! Kenapa tak boleh beri jawatan tu kepada orang
lain dan kau akan terus kerja di syarikat penerbangan macam biasa?” kata
Suffian. Nukman Faris berasa sedih. Dia belum pun mencapai tahap yang
disukainya tetapi dia sudah diminta cuti tanpa gaji. Itu bukan cuti tetapi
berhenti namanya.
“Aku tak tahu lagi. Papa aku memohon
pertolongan. Banyak kerja yang terpaksa aku kena ambil alih di pejabatnya,
memang aku tak nak sebenarnya! Tapi apa pilihan yang aku ada? Aku suka dan
cinta kerjaya aku walaupun kita kerja tak tentu masa tapi aku suka jadi pemandu
di udara nun tinggi sana!” kata Nukman Faris dengan wajah yang agak sedih. Mereka
berpandangan. Memang agak sukar dia hendak membuat keputusan pada saat yang
sangat terdesak ini.
Papanya
sudah balik-balik mengunjungi hospital. Dia agak susah hati. Itulah yang
menyebabkan dia selalu tinggal di rumah ibu bapanya. Walaupun tidak ditahan,
namun dia tetap susah hati. Selama beberapa hari ini dia terpaksa memantau
syarikat papanya walaupun papanya meminta dia memikirkan dahulu sama ada dia
setuju atau tidak. Namun, sudah beberapa hari papanya tidak dapat masuk ke
pejabatnya. Dia terpaksa ambil alih buat sementara.
“Baguslah, tempat kau selayaknya
menggantikan tempat papa kau, kau memang sepatutnya jadi ahli perniagaan yang
berjaya!” kata Suffian. Nukman Faris
diam. Wajah Natasya Umaira bagaikan melekat di matanya.
“Aku tak tahu lagi. Tetapi aku suka
juga membantu perniagaan papa aku! Tetapi macam ada masalah dari segi sahsiah dan
kejujuran pekerja papa di pejabat tu! Kau ada idea?” soalnya kepada Suffian.
Suffian ketawa.
“Aku manalah tahu. Kau tanyalah
bahagian kewangan kau, buat pemantauan kepada orang kepercayaan papa kau! Atau,
berikan tazkirah setiap Jumaat dan hantar seorang ustaz untuk laksanakannya.
Aku, kau tanya? Memang aku tak tahu apa-apa! Tapi aku boleh beri sikit tips
lah!” kata Suffian. Memang ada benarnya juga kata-kata Suffian. Tetapi siapakah
orang kepercayaan papanya di bahagian kewangan itu? Takkan dia hendak buat
pengumuman pula setelah meneliti laporan kewangan selama tiga tahun
berturut-turut ini!
Agak
pening juga dia. Tidak ada sesiapa yang hendak buka mulut nampaknya. Dia harus
membincangkan hal ini dengan papanya. Dalam dia berkira dan terpaksa dia
sebenarnya sudah menjalankan tugaasnya selama dua hari ini. Dia sangat simpati
kepada papanya.
“Kau
pula bila mula fly?” soal Nukman Faris. Dia pula terpaksa melupakan sementara
waktu kerja mencabar yang diminatinya. Isterinya pula belum mengetahui akan
perubahan kerjanya sekarang ini. Dia tahu isterinya itu tidak mahu menerima
apa-apapun yang dipanggil perbincangan antara mereka. Kasihan juga dia kepada
isterinya. Banyak sungguh rasa simpatinya.
“Minggu depan, aku tak dapat nak
cuti lama-lama, lainlah kau, anak ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di
Malaysia!” kata Suffian. Nukman Faris geleng dan wajahnya kelat. Puji ke perli
tu? Dia sendiri tidak rela meninggalkan kerjaya yang sungguh diminatinya. Namun
apa pilihan yang dia ada?
“Masa persandingan aku nanti, harap
kau datang,” kata Nukman Faris menjemput rakan-rakan sekerjanya dan
sahabat-sahabatnya.
“Aku tak janji. Mungkin akan pergi
mungkin akan terbang tinggi.” Kata Suffian. Nukman Faris sengih. Suffian memang
selalu buat lawak.
“Rugi kau tak pergi,” kata Nukman
Faris mengusik kawan baiknya itu. suffian garu kepalanya yang tidak gatal. Apa
pula yang ruginya?
“Asal pula?” soal Suffian hairan.
Dia sengih pula.
“Tak dapatlah kau tengok aku jadi
raja sehari, bukannya selalu. Sekali sajalah!” Nukman Faris terus ketawa. Suffian
turut ketawa.
‘Sekali saja? Ha, maksudnya tidak
ada lagi yang kedua dan seterusnya? Ha? Yakinkah dia?’
“Betul-betul kau sudah jatuh cinta
dengan isteri kau? Aku nampak kau seperti bahagia.” Kata Suffian menanyakan
soal hatinya. Penyibuk sungguh kawannya ini. Huh, susah dia hendak cakap.
Mungkin masa-masa yang mendatang akan menjawab segalanya. Dia tidak mahu
mengakui apa-apa pada masa ini.
“Siapa tak isteri oi!” jawabnya
seperti bergurau.
“Insya
Allah aku akan hadir nanti, tapi kalau aku tak bertugaslah! Kalau aku bertugas
sebagai copilot, siapa nak gantikan aku? Lainlah kau!” kata Suffian. Mereka
berpandangan.
“Ya lah, aku harap kau datang! Ramai
kawan sekolah kita akan hadir nanti! Aku dah hubungi mereka!” jawab Nukman
Faris.
“Ya aku memang harap aku akan hadir.
Janganlah aku kena gantikan orang pada saat akhir nanti!” kata Suffian.
“Aku harap kau bahagia,” kata
Suffian pula. “Selama ni pun aku nampak selalu termenung di ruang kerja kita
tapi aku tak sangka kau dah kawin pula. Kenapa aku bodoh kan tak melihat perubahan
kau?” kata Suffian dengan panjang lebar. Nukman Faris sudah ketawa.
Dia
akui memang ada membuat perubahan sedikit selepas nikah hari itu. Perubahan itu
hanyalah kerana dia agak marah kepada mamanya kerana membuat perancangan yang
menyakitkan hatinya. Dia asyik marah kepada gadis yang kononnya mengandung itu.
Dia asyik merungut. Dalam merungut, dia sentiasa terbayangkan wajah ayu
isterinya itu.
Dalam
diam, dia terpaut pada seraut wajah ayu dan gadis yang bersikap penyabar dengan
keluhan-keluhan dan kemarahannya yang dilimpahkan buatnya. Aneh sungguh gadis
itu. Kenapa begitu sabar dan tidak banyak kerenah dengan kemahuannya?
Ah,
sungguh juga dia tidak menyangka, yang dia sudah terpaut benar kepada isterinya
itu namun dia sedar gadis sebaik isterinya itu tidak akan menerima kasihnya
semudah itu.
Jadi,
apa yang dia harus buat? Mulakan proses memikat isteri sendiri? Haha, lucu juga
kan Nukman Faris? Katanya dalam hati.
“Kau doakanlah kebahagiaan aku ya.”
Kata Nukman Faris bersungguh-sungguh.
“Begitu? Aku nampak kau bahagia.
Mungkin gadis itu memang jodoh kau. Aku doakan yang terbaik untuk kau.
Bagaimana dengan Rozaila, kekasih kau? Masih kah dia kekasih kau?” soal Suffian. Nukman Faris hanya mengangguk.
Dia tidak dapat menyukat sampai mana bahagianya dengan isterinya itu. Apa yang
dia tahu dia memang bahagia. Rozaila? Sukar hidupnya memikirkan gadis yang
seorang itu.
“Aku tak tahu bagaimana dengan Rozy!
Aku harap masalah aku akan selesai dengan sebaik mungkin. Aku dah kahwin takkan
Rozy mahu jadi isteri yang kedua kan?” soalnya kepada Suffian pula. Suffian
angguk.
“Entahlah Nukman, mungkin kalau
lihat dari peribadi dan keupayaan kau, mungkin ada juga perempuan yang nak jadi
isteri kedua!” kata Suffian berseloroh.
“Gila! Aku tak mampulah nak bahagikan
masa dengan dua isteri! Kasihan pula isteri aku tu!” kata Nukman Faris
terkenangkan isterinya.
“Ya lah! Aku pun serba salah juga
nak bagi komen! Rozy kawan aku juga tapi kau lagilah kawan baik aku!” kata
Suffian turut simpati kepada kawan baiknya itu. Dia juga sedar cinta tidak
boleh dibahagi-bahagikan sesuka hati.
“Aku pun susah nak cakap Suffian,
susah tapi hatiku ni lagi yang susah aku nak kawal!” kata Nukman Faris memegang
dadanya.
“Apa pula yang susah kau kawal?”
soal Suffian hairan.
“Apa lagi, hatiku ni lah yang susah
aku kawal dari jatuh sayang kat isteri aku tu!” kata Nukman Faris. Suffian
sudah ketawa. Kawan baiknya sudah buat kelakar.
“Eh, tak luculah! Aku cakap yang
betullah!” kata Nukman Faris lagi.
“Betulkah tu? Boleh cayakah?” soal
Nukman Faris pula. Nukman Faris angguk dan pandang jam tangannya.
“Jumpa nanti ya. Kalau kawan-kawan
lain yang nak hadir tu hubungi aku. Mungkin ada yang tak sempat aku nak edarkan
kad, aku edarkan kat laman sosial aje mana yang larat aku buat!” kata Nukman
Faris.
“Ya aku akan pakat agar semua staff
pergi, biar penuh dewan, dan buat hebahan di laman sosial pasti peminat kau
berebut nak datang, sure punya!” kata Suffian. Nukman Faris hanya ketawa kecil.
Dia geleng-geleng. Tak perlu hendak buat
pengumuman di laman sosial. Dia pasti tidak selesa.
“Mana ada peminat lagi kalau dah
begini! Semua lari punya!” kata Nukman Faris memikirkan dirinya yang sudah
berkahwin.
“Kau balik mana ni?” soal Suffian.
Kunci sudah di tangannya. Wajah segar Suffian dipandangnya.
“Kenapa, kau nak ikut?” soal Nukman
Faris. Wajah isterinya terbayang lagi di matanya. Kenapa wajah comel itu sering
muncul dalam ingatannya? Apakah dia sudah sasau kepada isterinya yang setia
menunggunya di rumah dalam tempoh seminggu ini? Ah, parah dia kalau isterinya
sentiasa membuka mulut meminta dia diceraikan! Suami mana yang hendak ceraikan
isterinya yang comel, ayu dan berbudi luhur itu?
Bodohlah
dia nampaknya!