Home Novel Cinta Cinta Sang Pilot
Bab 16

Bab 16

“Tak boleh!” kataku memecah kebuntuan kami berdua. Aku terbayang dewan kuliah di mana aku akan belajar pada minggu depan. Hanya kedengaran bunyi kipas sahaja. Dia memandang aku dengan kehairanan.

“Kenapa tak boleh?” soalnya bersungguh-sungguh.

“Ada kelas.”

“Kelas? Kelas apa?” soalnya. Perlukah aku terangkan aku sedang mengambil sarjana untuk memantapkan tahap pendidikanku? Ah, mungkin dia tidak mahu tahu.

“Saya ada kelas lah!” dia mengerutkan dahinya.

“Di sekolah?” aku angguk. Memang aku ada kelas di sekolah pendidikan sekarag ini. Hanya tinggal setahun sahaja lagi pengajianku akan tamat. Selepas pengajianku tamat aku akan menumpukan kepada pelajar-pelajarku pula.

“Sekolah awak untuk UPSR?” Nukman Faris tetap tidak puas hati. Tadipun aku sudah beritahu perkara yang sama tetapi aku hanya mempermainkannya. Tidak ada kelas tambahan pada minggu ini. Syukurlah, guru besar kami memberi kelonggaran.

“Bukan! Sekolah pendidikan saya!” kataku memberikan pencerahan kepadanya. Berkerut-kerut dahinya. Aku sengaja membuat dia tertanya-tanya. Nakal sungguh aku ini.

“Sekolah pendidikan buat apa? Bukankah awak mengajar di sekolah rendah?” soalnya. Dia masih tidak faham dengan situasiku. Berkerut-kerut dahinya. Aku tersengih-sengih.

“Saya yang kena ajar Encik Nukman! Masih tak faham?” dia angguk.

“Awak buat apa lagi nak sambung belajar, baik awak berhenti kerja dan buat perniagaan. Lagi senang!” katanya. Aku tidak ada modal jika hendak memulakan perniagaan. Kenapa lelaki ini menyuruh aku berniaga, dia hendak berikan aku modal?

“Tak naklah, saya masih nak kerja. Belum ada niat nak kerja. Awak pun tahu kan?” kataku.

“Kat mana awak punya kelas?” soalnya bertubi-tubi. Aku terasa agak lucu dengan sikapnya. Mati-mati dia hendak tahu di manakah aku akan menghadiri kelas.

“Dekat dengan rumah saya juga. Pensyarah yang sudah tempah satu dewan di situ.” Kataku.

“Tak apalah, saya hantar awak hari-hari.” Katanya. Aku renung mukanya. Apakah dia tidak bergurau denganku? Jarak antara rumahnya dan rumahku bukannya dekat. Buat apa dia hendak hantar dan jemput aku? Aku pun lebih suka pergi sendiri. Aku tidak suka menyusahkannya.

“Taklah, saya tak mahu menyusahkan awak. Saya kena balik ke rumah sewa saya pada hari Ahad dan akan menghadiri kelas pada hari Isnin. Kami pun sudah janji dengan kawan saya. Awak tak perlu susah-susah pula untuk saya.” Kataku tidak mahu mengecilkan hatinya.

“Pindah rumah saya.” Itu arahan atau permintaan? Dia pandang aku sekilas.

“Buat masa ni tak perlulah saya nak menyusahkan awak. Rumah awak jauh dengan sekolah saya.” Dia memandang jauh ke depan. Kelihatan pelik wajah itu. kenapa pula aku disuruh pindah ke rumahnya itu?

“Mana ada menyusahkan. Kalau awak nak,awak gunakan kereta saya. Atau awak mohon pindah sekolah. Dekat dengan rumah kita ni.”

“Ha!”

“Terkejut?” Natasya Umaira mengangguk. Memanglah dia terkejut apabila disuruh pindah sekolah. Selama ini dia tidak pernah terfikir hendak pindah tempat mengajar.

“Tak naklah! Saya belum sedia lagi. Saya baru lagi mengajar di sekolah ini. Tak mahulah nak balik-balik pindah! Saya seronok di situ!” kata Natasya Umaira dengan panjang lebar.

“Terpulanglah, saya tak kisah. Tapi saya tak mahu mak ayah awak anggap saya tak pedulikan awak sebagai isteri saya.” Natasya Umaira garu kepala yang tidak gatal. Dia memang tidak berminat hendak berpindah ke rumah lelaki ini. Tetapi apabila mengingati emak dan ayahnya, ada benarnya juga kata-kata Nukman Faris itu. namun, bukankah mereka ada perjanjian sebelum menikah hari itu? mereka bersama takkan lama. Sampai waktunya mereka akan berpisah. Jadi, kenapa dia hendak mencederakan hatinya sendiri dengan berpindah ke kondo mewah lelaki ini? Bukankah baik jika dia hanya duduk di rumah sewanya sahaja. Ayah dan emaknya bukan tahu dia duduk di rumah mana pun!

“Tapi...” dia memikir. Dia mencari ayat terbaik untuk diberikan kepada lelaki itu.

“Tapi apa? Awak takut?” dia menggeleng. Dia tidak pernah takutkan sesiapa.

“Tak lah. Tak ada apa-apalah.” Jawabnya.

“Jadi?”

“Biarlah saya di rumah sewa saya dulu. Tak perlu saya pindah ke mana-mana. Lagipun awak bukannya kerja di dalam negara, awak selalu tak ada di sini,” itulah alasannya.

“Rumah ini ada security.” Itu hanya alasannya. Dia menggeleng.

“Saya tak boleh nak pindah buat masa ini Nukman. Terima kasih je lah.” Katanya membuat kesimpulan. Sebenarnya dia mahu memberitahu bahawa dia tidak ada hak untuk berada di dalam rumah suaminya ini walaupun mereka sah sebagai suami isteri. Tetapi mereka hanya suami isteri di atas kertas sahaja. Dia sedar ada gadis lain yang layak untuk tinggal di rumahnya ini. Jadi, sebelum hatinya terluka lebih parah dan berdarah, ada baiknya dia menjauhi lelaki itu. Sampai masanya mereka akan berpisah nanti. Dia sedar siapa dirinya. Dia bukan hendak merendah diri tetapi itulah hakikat pernikahan mereka.

“Tak apalah, jika suatu hari nanti berminat hendak pindah ke rumah kita ni, beritahu saya, pintu rumah ini sentiasa terbuka untuk Tasya.” Natasya Umaira mengangguk.

“Ya, tapi saya tak tahu bilakah masanya itu. biarlah masa yang akan menjawabnya nanti.” Katanya.

“Saya harap, emak dan ayah Tasya tak akan persoalkan kenapa Tasya tidak tinggal di rumah saya ini. Tasya layak duduk di rumah ini.” Mahu sahaja air mataku mengalir bagaikan air deras semasa banjir. Dia terlalu terharu dengan pengakuan Nukman Faris namun dia benar-benar tidak mahu berpindah ke rumah ini. Biarlah dia duduk di rumah sewanya, itu lebih membahagiakannya!

“Ini, Tasya ambil dan simpan.” Sebuah sampul surat putih diletakkan di tangannya. Mahu terbuntang matanya. dia melihat apa yang ada di dalam sampul surat itu. dia hairan kenapa mereka harus meggunakan sampul surat ini.

“Apa ni?” soalnya.

“Nafkah.” Jawabnya sambil tersenyum.

“Nafkah? Saya rasa tak perlulah awak beri wang begini banyak Nukman. Baik awak simpan saja wang ini untuk perkahwinan awak nanti.” Dia bertambah sebak. Dia terasa dirinya seperti barang jualan pula. boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Tak, saya wajib memberikan nafkah kepada awak. Saya rasa serba salah pula.” jawabnya.

“Ini terlalu banyak Nukman.” Kataku. Aku berasa tidak selesa.

“Tak cukup? Nak saya tambah lagi?” Nukman Faris kenyit matanya.

“Err cukup. Cukup!” jawabku teragak-agak. Dia sudah mengenakan aku.

“jadi, kalau cukup, awak simpanlah. Apa pula masalahnya!” kata Nukman Faris. Mahu atau tidak dia terpaksa menyimpan sampul surat putih yang terletaknya wang kertas RM100.00 yang tersusun cantik itu. apa yang mampu dilakukannya.

“Jangan lupa awak berikan saya nombor akaun awak. Saya akan masukkan wang ke dalam akuan awak jika saya tak ada di sini.” Tambahnya.

“Tak perlulah. Apa yang awak berikan ini sudah mencukupi untuk saya.” Kataku yang sungguh bersyukur dengan apa yang dia berikan.

“Ini pula untuk mak dan ayah awak.” Katanya yang sudah menghulurkan sampul surat kuning pula. dia mahu pengsan saat itu. sampul kuning itu agak tebal juga malah agak sama denga sampul surat yang baru diterimanya.

“Kenapa terkejut?” aku angguk. Siapa yang tidak terkejut.

“Apa awak buat ni Nukman? Bukankah kita ni suami isteri di atas krtas sahaja, kenapa awak sampai memberi itu dan ini kepada saya dan keluarga saya?”

“Awak nak saya batalkan perjanjian kita?” aku termangu. Aku tidak ada jawapan dengan soalan itu. Semuanya di tangannya.

“Itu awak kena fikirkannya.”

“Kalau saya batalkan, bolehlah kita macam ni?” dia sudah mendekatkan wajahnya ke wajahku dan meramas tanganku.

Aku sudah ketakutan. Aku menolak tubuhnya. Dia terlalu kuat. Tubuhku sudah berada di dalam pelukannya dan bibirku, ah bibirku yang masih belum bersentuh itu sudah hilang aslinya. Aduhai. Mahu sahaja aku menangis. Meraung kuat-kuat. Aku lemas di dalam kucupannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Aku mendengar dia menarik nafas panas. Mungkin dia tidak suka dengan panggilan itu. Aku pula bersyukur dengan panggilan itu.

Dengan perlahan dia melepaskan pelukannya dan sempat mengucup pipiku sebelum dia mengambil telefonnya di poket seluarnya. Dia memberi isyarat agar aku duduk di sofa itu. aku memegang pipi kananku yang dikucupnya. Aku bersyukur. Namun, aku seakan mahu menangis terkenangkan bibirku yang dikatakan merah merekah ini. Aduhai!

Kulihat dia terus memasuki salah sebuah bilik di rumahnya itu. Mungkin bilik tidurnya. Mungkin dia tidak mahu aku mendengar perbualannya. Mungkin dia tidak mahu aku berkongsi keresahannya selama ini. Ah, pelbagai kemungkinan kufikirkan.

Aku pula cepat-cepat mencari kamar mandi. Aku tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengannya selepas ini. Apakah aku diperlakukannya macam?

Ah! Sakitnya hatiku!

teruskan bacaan di http:putrimanasuha.blogspot.com

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Putri Iman Nasuha