Home Novel Cinta Akulah Si Jelita
Akulah Si Jelita
Syaida Ilmuna Ismail
24/2/2014 15:59:36
72,873
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 13

BAB 13

BEBERAPA fail yang tersusun di atas meja Asfahan diturunkan. Jason cuba menyelak satu persatu namun tiada apa yang penting di dalamnya. Kemudian dia berganjak ke laci yang terletak di bawah meja. Laci empat tingkat itu digeledah dengan lebih cermat. Dari fail-fail berkaitan pejabat sehinggalah lukisan rekaan-rekaan lama milik Asfahan ditemui di dalam laci-laci tersebut. Namun begitu, perkara yang dicari masih belum ditemui lagi.

Setelah penat menggeledah di bahagian meja, Jason menuju ke rak buku bersebelahan sofa berwarna kuning. Dia cuba mencari sijil tersebut di antara celah-celah tulang buku. Manalah tahu terselit di antara buku-buku ini.

Kelekaan Jason menyelongkar isi bilik Asfahan telah membuatkan dia tidak sedar akan sepasang mata yang galak mengintipnya sejak dari tadi. Setelah hampir sepuluh minit tercegat di hadapan pintu, akhirnya pemilik mata tersebut tidak sanggup lagi menunggu dengan lebih lama. Dia kemudiannya merempuh masuk ke dalam bilik dengan selamba.

“Jason? You buat apa tu?”

Menyirap darah Jason sebaik saja terdengar akan suara itu. Dia perlahan-lahan berkalih untuk melihat siapakah gerangan yang bersuara.

“Asfa? You dah balik?”

Asfahan mengerutkan dahi. Sikap pelik Jason ini makin menjadi-jadi. Tadi bukan main ralit menyelongkar bilik aku. Sekarang ni tiba-tiba pulak buat muka terkejut tengok aku balik. Macam ada yang tak kena je ni!

“Ahaa… I balik semalam. Sorrylah sebab tak beritahu you dengan Nad.” Asfahan pantas menuju ke mejanya sambil menyusun semula fail-fail yang berselerak. “You cari apa ni?”

Jason menelan air liurnya laju. Matilah! “Ni… I tengah cari fail syarikat.” Kalaulah Asfahan tahu tujuannya berada di dalam bilik ini.. habislah dia!

“Oh…” Asfahan menaikkan keningnya. Dia masih dihurung curiga. “Fail-fail tu semua bukan ada kat Nad ke?”

Really? Oh.. Okay then.. aku cari kat bilik Nadlah nanti. Bye!

Tak sempat Asfahan bersuara, Jason seperti lipas kudung berlari keluar dari biliknya. Pelik sungguh sikap si Jason kali ini. Seperti ada udang disebalik mi.

***

BEBOLA mata Ikhlas tak lepas dari memandang Jelita. Bermula dari mereka duduk di dalam café ini sehinggalah mereka menjamu selera. Perlakuan Ikhlas itu membuatkan dirinya sendiri terleka dari menghabiskan lasagna yang dipesannya tadi. Entah mengapa dia begitu obses dengan keindahan wajah yang dimiliki Jelita. Sebelum ini bukan dia tidak pernah bertemu dengan gadis secantik Jelita. Ada, tetapi gadis-gadis tersebut tidak sehebat seperti yang berada di hadapan matanya ini.

Jelita sedar dirinya diperhatikan. Setelah selesai menghabiskan spaghetti bolognaise, dia mengembalikan fokusnya terhadap Ikhlas. Cuba membawa tunangnya kembali ke alam realiti.

Pap! Pap! Dua kali jejari Jelita dipetik ke arah wajah Ikhlas. “Állo monsieur!” Hello encik, tegur Jelita.

“Jelita… apa you buat ni?” jawab Ikhlas sambil tersengih-sengih. Malu pula dia bila Jelita perasan akan tindakannya itu.

“I tengok you asyik pandang I je dari tadi… are you going to eat that?” Jelita menuding jari telunjuknya ke arah lasagna yang masih tidak bersentuh.

Oh yes. I nak makanlah ni. Anyway you look beautiful today. Rasa macam dah lama tak lunch dengan you.” Ikhlas mula menyuap lasagna sejuk tersebut ke dalam mulutnya. Haih, sejuk pun sejuklah!

Jelita hanya ketawa kecil. Peplum ungu yang dipadankan dengan gulungan skaf putih dilehernya itu tampak kemas dan bergaya. Rambutnya pula hanya diikat satu dan solekan seperti biasa menggunakan nuasa warna tanah saja.

“Selalunya kalau I tak ada, you lunch dengan siapa?” tanya Jelita sambil menyilangkan kaki dan mula menggerakkan tubuhnya dekat dengan meja.

“Hmm dengan budak office lah… kalau tak dengan mereka, I lunch dengan Fa. Kadang-kadang Madame Sephora ajak lunch sama!” kata Ikhlas sambil memberi penekanan pada huruf ‘R’ semasa menyebut nama Madame Sephora. Mengikut loghat Peranchis, sebutan nama Sephora harus disebut Sephogha. Orang Peranchis pelat ‘R’ jikalau dibandingkan dengan loghat orang Melayu.

Really? Madame ajak you lunch? Tak lama lagi naiklah pangkat you macam Cik Fa kita.”

Kedua-dua mereka ketawa besar. Bukan mudah bagi syarikat yang berpangkalan di Peranchis ini nak bertoleransi dengan pekerja yang bukan berbangsa Peranchis. Tambahan pula pekerjanya itu beragama Islam dan memakai hijab. Namun lain pula kisahnya dengan Arifah. Oleh kerana kebijaksanaan serta sikap hormat menghormati yang sentiasa menjadi pedoman diri, Arifah telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah di bahagian perhubungan awam. Dia diberikan kepercayaan penuh oleh syarikat L’Oreal untuk mengendali bahagian tersebut.

“Alaa… mana adalah. Anyway sayang, how your holiday? Best tak?” tanya Ikhlas.

“Hmm.. best sangat! I like Cappadocia, sayang. Tempat tu menarik dan ada macam-macam aktiviti yang you boleh buat kat sana.”

Seriously? So nanti kita boleh berbulan madu kat sanalah kan?”

“Apa? Uhuk.. uhuk..!” Tersedak pula gulungan spaghetti bolognaise yang mula memasuki ruang kerongkongnya. Tiba-tiba Ikhlas cakap pasal bulan madu ni dah kenapa? Kahwin pun belum lagi!

“Sayang? You ni kalau I cakap pasal kahwin je mesti you tersedak kan? Kenapa eh?” Ikhlas memang kurang mengerti dengan sikap Jelita. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali Jelita cuba lari dari terus membicarakan topik ini.

No… I rasakan macam awal sangat kita cakap pasal kahwin-kahwin ni.”

“Awal? Kita dah tiga tahun berkenalan, you cakap awal? Kalau boleh I rancang nak kahwin dengan you awal tahun ni. Macam mana?” Jelas kelihatan sinar di wajah Ikhlas seikhlas namanya. Dia jujur ingin memperisterikan Jelita walau apa pun latar belakang gadis ini. Baginya yang lepas itu lepaslah. Hala tuju yang kini harus dia utamakan.

Tak semena-mena dahi Jelita berkeringat. Ikhlas sudah datang gilanya. Macam mana nak kahwin pertengahan tahun ini kalau dia sendiri pun masih lagi milik orang lain. Nampaknya dia harus memikirkan jalan supaya Ikhlas tidak terlalu tergesa-gesa dalam soal perkahwinan.

Are you serious? Pertengahan tahun ni macam cepat sangat. Lagipun I rasa kita berdua ni masih belum cukup kenal antara satu sama lain…” jawab Jelita sambil mula memuncungkan wajahnya. Cuaca yang sejuk sudah bertukar menjadi panas.

“Perlu ke kita kenal dengan lebih mendalam lagi? You cintakan I ke tak sebenarnya ni?” Ikhlas mula merasa cinta Jelita meragukan. Jikalau benar cinta kenapa perlu ditangguhkan lagi perkahwinan.

For sure I cintakan you…”

Then? Kenapa mesti nak ditangguh-tangguhkan? Perkara yang baik harus dipercepatkan. Anyway I ada baca this one ustaz from Malaysia cakap, ‘Kalau dah berkenan, pergi merisik dan bertanya. Kemudian, jujur dan ikhlas nyatakan hasrat nak berkahwin. Semua ini kerana hukum bercinta sebelum kahwin adalah haram kerana ia bukan sunnah nabi.’ Tak silap I nama ustaz tu Ustaz Azhar Idrus. People call him UAI.

And another one I ada baca juga hadis riwayat Bukhari yang di mana Rasulullah Sallalllahu alaihi wassalam ada bersabda, ‘Nikah itu sunnahku, siapa yang tidak suka sunnahku, maka bukan dia daripada golonganku’,” bicara Ikhlas panjang lebar.

Memang dia akui, dia kurang pandai dari segi agama. Namun semua itu tidak menghalangnya dari terus menuntut ilmu dan lebih mengetahui mengenai Islam. Walau di mana pun dia berada, dia sentiasa berdoa supaya diteguhkan iman dari sebarang ancaman dalaman dan luaran.

Jelita acuh tidak acuh mendengar bicara Ikhlas yang seperti ceramah baginya. “Sejak bila pula you dah macam ustaz ni? Dah pandai sekarang baca hadis-hadis…” sindir Jelita.

“I baca ni semua sebagai persediaan diri untuk berkahwin dan menjadi imam yang terbaik untuk you. I serious ni! Kalau you nak I lamar you dengan lebih sempurna, I janji I akan buat dalam masa yang terdekat ni,” kata Ikhlas lagi.

“Ikhlas! Oh please…” Jelita menyandarkan diri ke kerusi kayu yang didudukinya. Aduh, makin ditolak makin pula dia galak mengasak!

***

ARCA kayu ukiran berbentuk bukit-bukit bercorong tirus itu diteliti Nadya. Cantik dan kemas hasil ukirannya. Tak sangka masih ingat lagi Asfahan pada dia. Bagi Nadya, cukuplah hadiah sebagai ingatan, dia tidak pernah meminta-minta lebih dari itu.

“You memang sukakan arca kan? I tengok kat rumah you hari tu memang ada banyak benda ni,” kata Nadya setelah puas menilik arca kayu yang berada di tangannya.

“I suka collectbenda-benda ni. I hope you like it.” Asfahan termenung melihat ke luar jendela pejabat Nadya. Dia tak sanggup berbicara dengan Nadya dari mata ke mata. Kini Asfahan benar-benar terasa dirinya mencurangi Nadya.

Thanks! Anyway… kenapa tak beritahu you nak balik? Boleh I ambil you kat airport,” kata Nadya sambil mula berjalan ke arah Asfahan. Sejurus mendekati, telapak tangan kanan Asfahan digenggam erat.

Asfahan tersentak. Nadya cuba menarik perhatiannya yang jauh lebih teruja memandang ke luar jendela.

“Tak apalah. I ingat nak buat surprise. Hmm… tadi kan masa I sampai office, I nampak Jason tengah selongkar barang-barang bilik I. Dia dah dapat tak fail yang dia cari tu?”

“Fail?” Terbuntang mata Nadya mendengarnya. Jason!

“Kata dia fail syarikat. Peliklah jugak I. Bukan you ke yang selalu simpan semua fail-fail tu?” kata Asfahan lagi.

“Haa dia terlupalah tu. Ada tadi dia datang ambil kat I. Biasalah Jason tu, you pun tahukan dia ni jenis kelam kabut sikit.” Nadya terpaksa menipu. Dia memalingkan wajahnya dari terus memandang Asfahan. Hish Jason ni… tak reti nak tengok-tengok dulu ke sebelum lancarkan misi penyiasatan dia tu?

Asfahan sekadar mengangguk. Entah betul entah tidak kata Nadya ni. Nak pandang tepat ke mukanya pun tak mahu. Tapi buat apa Nadya nak menipunya bukan?

“Sayang, I lupa nak beritahu you something.” Nadya pantas menukar topik perbincangan. “Hari tu papa you call. Dia nak cakap dengan you, tapi you tak ada.”

“Papa call? Dia cakap apa dengan you?”

“Dia macam biasalah… nak you dengan Lara balik. And then dia ada sebut pasal cucu. I dah tak tahu nak balas apa.” Nadya mengeluh berat. “I rasa kan kita kena bincang tentang hal ni. Dah tiba masanya you kena beritahu papa you tentang hal yang sebenar. Lagi satu, selesaikannya dengan Lara secara baik-baik. I…I rasa dah sampai masanya kita berkahwin.”

Kata-kata Nadya hampir membuatkan nafas Asfahan terhenti. Kahwin?

“Nad, I pun memang berbincang dengan you tentang hal ni. But not today.”

Yeah, for sure not today. I tahu you pun penat nak fikir macam-macam kan lepas balik cuti ni.” Nadya tersenyum simpul. Tak sabar menanti kata keramat yang bakal keluar dari lidah bakal suaminya.

Asfahan tersenyum hambar mendengar jawapan Nadya. Dia kemudian kembali memalingkan wajahnya ke luar jendela. Ternyata langit di sebelah sana jauh lebih biru dari langit yang dia berteduh kini.

***

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail