Home Buku Fantasi The New King
Bab 17

Maze Book


Badar dan pengikutnya telah masuk ke suatu tempat mistik yang di beri nama Maze Book. Apa itu Maze Book? Tiada seorang yang tahu kerana belum ada catatan dari seseorang yang telah keluar dari sana. Pengembaraan Badar semakin menarik di Desa Bahtera. Di negeri Hainc ini masih banyak lagi tempat-tempat yang lain belum di kunjungi oleh Badar. Mereka belum berjalan pergi dari Negeri Hainc ini kerana masih dalam perjalanan mencari pengikut.

Di dalam ruangan tangga itu masih gelap sehingga mereka berhati-hati ketika melangkah. Kini hanya mereka bertiga iaitu Badar, Zafar dan Tama. Setelah berjalan menuruni tangga, mereka melihat cahaya dari jauh.

Badar : kita dah sampai lah!
Zafar : eh teruja pula kau.. tadi kecewa..
Badar : pengembaraan ini sentiasa buat aku teruja..

Tama hanya bercakap bila perlu jadi Tama agak pendiam. Akhirnya mereka sampai ke Maze Book. Tempat itu di penuhi banyak buku dan terang dengan cahaya putih,biru dan ungu. Jadi ini lah maksudnya fatamorgana. Kerana tidak kelihatan dinding atas malah ini lebih kepada langit yang bercahaya. Mereka rasa seolah-olah dalam dunia mimpi.

Badar : cantik sungguh permandangan ini walau hanya ada buku.
Zafar : badar tengok ni, ada tanga lagi la.

Tangga itu menuju ke ruangan bawah. Tangga itu berbentuk lingkaran berputar sehingga bawah.

Badar : tak apa ke kita turun?
Zafar : kenapa?
Badar : tangga ni pusing-pusing je. Tak ke pening?
Zafar : kita kan berjalan! Haish..

Di tingkat pertama tadi tak ada orang.. mereka pun pergi ke tingkat bawah iaitu tingkat dua. Di tingkat kedua penuh dengan buku dengan kulit berwarna biru tua. Ya, dengan rak sekali.

Badar : apa maksud warna ni?
Tama : tadi warna Jingga.. sekarang biru?
Zafar : mungkin tanda sebagai ini khas untuk sesuatu jenis buku.

Zafar mengambil salah satu buku.

Zafar : oh jadi mungkin buku-buku disini isinya tentang lautan, sungai, dan spesis air yang kita tak ketahui.
Badar : aku tahu ikan bawal je.
Zafar : tengok ni.. ikan megalodon. Ikan prasejarah yang lebih besar dari kapal persiaran! Wah..
Badar : mak ai.. kalau makan 3 hari tak habis ni.

Zafar menutup buku itu.

Zafar :.kau ni tahu makan je. Dah jom turun cari orang. Sini tak ada orang.
Tama : mana kau tau sini tak ada orang. Tempat ni besar. Boleh jadi orang tu tengah baca sambil baring atau duduk?
Badar : ya betul. Kalau tempat aku perpustakaan nya ada meja peribadi. Memang khas untuk kau je.
Zafar : oh ok.. maklum lah kat tempat aku cuma di bilik Ayah aku.
Badar : eh eh marah ke?
Zafar : tak adalah. Kalau macam tu.. ADA ORANG TAK KAT SINI????!!!

Zafar berteriak kuat sehingga bergema satu perpustakaan tingkat dua itu.

Zafar : tak ada yang jawab?
Badar : ok jom tingkat seterusnya

Mereka pun turun.. kemudian mereka terdengar seseorang bermain ukelele dan bernyanyi... Suara itu suara perempuan...

Aku dah lama di sini, berpindah-randah tempat yg lain mencari yang baru

Semua nya telah terlunas,
Tetapi aku terperangkap di sini,
Tak tahu jalan keluar

Tiba masa aku keluar,
Mungkin di luar sana,
Ada yang belum ku temui

Kini masa aku mencari
Jalan keluar dari sini
Kini waktu aku bsrsedia,
Ku harap ada orang yang membawa ku dari sini!!!!

Mereka takjub akan suara wanita itu. Sungguh comel mendengarnya. Lagunya juga bagus.

*Padahal lagu den yang saja2 buat biar panjang😆

Badar dan pengikutnya terus menjerit jerit memanggil orang itu.. dan wanita itu balas ...

Crisa : oooiiiii.. siapa di sana?
Badar : oiiii aku di sini, kau dimana?!
Crisa : kat tengah-tengah ni ?
Badar : tak nampak!!

Kemudian senyap....

Zafar : akhirnya ada orang. Cepat sikit kita keluar dari sini..

Dari kejauhan Tama melihat ada orang melambai-lambai kan tangan..

Tama : oi tengok tu..
Crisa : nampak tak ?!!!
Badar : ya nampak tangan putih.. hantu ke tu?!!

Zafar mengetuk kepala Badar dengan tangan nya..

Zafar : mana ada hantu baca buku?!!
Badar : aduh.. nasib tak kuat sangat.  Kalau kuat tadi boleh mendatangkan gaduh..
Zafar : aku pun tahu macamana nak bergurau kasar yang tak melebihi batas...
Tama : dah jom kita ke sana...

Mereka pun terus berjalan pergi ke sana.. baru separuh perjalanan....

Zafar : jap.. kita kat mana sekarang ni..
Tama : kita sesat.
Zafar : mana mungkin kita sesat. Kita jalan ikut jalan lurus...
Badar : kenapa kau buat kita sesat ? Nak sesat, sesat seorang lah. Jangan ajak kawan..
Zafar : haish... Cuba kau jerit lagi .
Badar : oiiii mana kau?
Crisa : aku kat sini? Mana kau?
Badar : kami sesat!!
Crisa : tak apa.. ikut suara aku.. teruskan jalan!!
Badar : ok!!!

Badar mengeluh..

Badar : kalau macam ni terus kering tekak aku ... Zafar, air..

Zafar memberi air.. dan terus ikut jalan mengikut suara perempuan itu..

Badar : oiiii!!!
Crisa: sini!!!!
Zafar : ok jalan sini .

Mereka berlari kerana ingin cepat kemudian berhenti..

Badar : Oiii oiii dari mata bertentang mata!!
Crisa : hati di dalam bagai nak gila!!!
Badar : eh tau..
Zafar : ini bukan masanya buat kelakar!!
Tama : suara tu dari arah kanan..

Mereka pun membelok kanan sambil berlari. Padahal mereka jalan lurus tadi..

Crisa : oiii!!!
Zafar : kiri pula dah..

Badar mencari-cari suara perempuan itu..

Badar : oiiii ..
Crisa : yo!

Mereka terkejut melihat perempuan itu ada di sebelah mereka!!!

Crisa : kau tak nampak ke aku kat sini..

Perempuan itu berada di meja antik dengan buku-buku di meja. Perempuan itu berambut lurus panjang sedikit cecah bahu dan di ikat rambutnya. Dia memakai baju putih. Tinggi perempuan itu rendah sedikit dari Zafar..

Zafar : wah kau rendah dari aku
. Akhirnya ada juga orang pendek dari aku.. huhuhu..
Badar : hahaha.. apa kau buat sini?
Crisa : sepatutnya aku yang tanya kau? Apa kau buat sini?
Badar : aku mencari seseorang yang banyak pengetahuan nya untuk pengembaraan aku.
Crisa : wah! Aku nak sangat ikut. Tapi kita tak akan dapat keluar dari sini.
Zafar : apa maksud kau?
Crisa : hah? Kau tak tahu ke tempat apa ni? Ini maze Book.  Memang sesat kah sampai bila-bila. Orang yang masuk sebelum aku dah meninggal kat tempat ni.
Zafar : apa?!! Tapi orang tadi tak cakap pun pasal ini..
Crisa : ya betul juga. 5 tahun terakhir ada orang masuk sebab hal yang sama.
Badar : maksud kau?
Crisa : mereka akan bawa pengunjung yang mengacau desa ke sini. Dan di biarkan mati di sini. Ada yang bertahan dan ada yang mati. Ada juga yang bunuh diri sebab stress.
Zafar : itu terlalu tragis..
Crisa : mengikut dari data aku, termasuk kamu bertiga ada 53 orang yang masuk di sini dan hidup.
Zafar : maknanya masih hidup sampai sekarang? Tapi di mana?
Crisa : tak tahu. Mungkin mereka berpisah. Aku tak apa, aku sudah terbiasa sendiri. Malah aku hafal jalan-jalan sini.
Tama : kalau kau hafal kenapa kau tak keluar dari sini..
Crisa : memang aku hafal, tapi selepas masuk di sini, pintu keluar masuk itu hilang. Kau tak akan pernah jumpa pintu itu.
Badar : jadi, berapa tahun kau kat sini?
Crisa : oh aku sekarang dah 18 tahun, jadi dah 10 tahun kah aku kat sini.

Mereka tersentak mendengar jawapan itu.

Badar : dari kau berumur 8 tahun? Masih kecik kau kat sini?
Crisa : ya..
Zafar : macamana kau makan?
Crisa : dalam maze book ini ada tingkat yang buku nya hijau.
Zafar : itu bererti tumbuhan kan?
Crisa : ya kat situ ada kebun kecil. Bila aku lepas makan, aku tanam balik. Itu cara aku bertahan hidup.
Tama : kenapa kau tak kongsi dengan orang lain?
Crisa : dah. Tapi mereka tak nak terus bersama aku. Aku suka baca buku.. hehehe. Mungkin mereka tak tahan..
Zafar : berapa banyak buku yang dah kau baca ?
Crisa : he hee.. se-mua~ nya..
Badar : apa?!! Makna nya kau banyak ilmu..
Zafar : macamana kau boleh ingat semua?
Crisa : oh aku ada satu kekuatan yang di panggil Core. Core aku Space, strong type. Dengan Core ini aku mencipta satu ruangan untuk menyimpan maklumat yang pernah aku baca. Sekiranya aku perlukan, aku cuma perlu cari di dalam minda aku. Aku sebut ruangan itu dengan SKY BOOK.. aku membayangkan dan menciptakan satu perpustakaan di atas langit.. sudah lama aku tak melihat langit biru.
Zafar : sedih pula dengar.
Badar : tapi core kau menarik..

Badar pun menceritakan kan perjalanan nya dan memberitahu tentang dirinya yang ingin menjadi Raja baru hinggalah sampai mencari pengikut dalam perjalanan nya.

Crisa : wah hebat betul pengembaraan kamu semua. Aku nak ikut.  Huhuhu..

Kata Crisa sambil mengambil buku di rak. Tingkat itu di penuhi dengan buku berwarna merah. Ianya bab Sejarah kuno dan tulisan kuno lama.

Crisa : tapi kita tak dapat keluar dari sini..
Zafar : pasti ada.. aku akan cari!

Bersambung......

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy