Home Buku Fantasi The New King
Bab 68

Bertemu


Kelompok Badarien berkumpul di alam mimpi kecuali Heigo, Gelana dan Delima atas alasan tidak mahu membebankan Badar. Dan semua orang setuju akan hal itu. Ini kerana mereka bertiga tidak memiliki Core. Jadi keputusan itu dibuat secara sepakat. Tama di dunia nyata cedera namun di dalam alam mimpi ini dia sihat.


Pun begitu, mereka masih tidak tahu kemana arah tujuan selanjutnya. Dunia mimpi ini tidak terbatas. Pandang kiri dan kanan sambil berjalan tetap sahaja mati akal.


Ozen : kita ni jalan terus je. Nampak hutan kosong. Bila dah sampai ke batasan. Muncul lagi hutan.

Zafar : ya, seseorang mencipta ruang baru untuk kita terus melangkah.

Tama : kita tebas saja dunia mimpi ni.

Crisa : jangan ! Kita tak tahu benda buruk yang lain akan berlaku. Macamana kalau kita terjatuh dalam ruang hampa?


*Ruang hampa itu ibarat kan satu tempat yang gelap dan kosong tanpa penghujung. Orang akan sesat di sana selama-lamanya.


Badar : aku sendiri pun tak tahu mana nak cari Raja tu. Patah balik lah. Rasa macam tak ada orang kat depan sana.


Mereka semua setuju akan Badar lalu berpatah semula ke jalan yang tadi. Sewaktu sampai ke jalan itu, kelihatan seseorang lelaki yang dalam 50-an. Badan nya gempal namun gagah dalam masa yang sama. Pakaian orang itu seperti pengemis. Namun di sebabkan mereka berada dalam dunia mimpi, mereka teruskan berjalan tanpa menyapa orang itu.


Mereka semua menyangka bahawa lelaki tua itu tidak dalam keadaan sedar dalam mimpi.


Farin : kamu semua mahu kemana?


Badar pun berhenti dengan diikuti oleh pengikut nya.


Badar : kami mahu mencari Raja...

Farin : cari raja ? Hahahahahaha...


Lelaki tua itu tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Itu membuatkan kelompok Badarien merasa tersinggung.


Crisa : kenapa pak cik gelak?

Zafar : ah sudah lah. Mungkin dia sedang bermimpi...


Baru sahaja mereka mahu bergerak, lelaki tua itu bersuara....


Farin : jangan marah... Apakah kamu semua tidur mengiring ke kanan?

Zafar : hah? Pak cik sedar ke sekarang?

Man : lucid dream lah.

Farin : yaa. Benar wahai anak-anakku.

Man : eh bila masa kita jadi anak dia? Dia ni tipu ni...


Crisa mengetuk kepala Man.


Man : aduh.. lama-lama hilang ingatan aku!

Crisa : siapa suruh bodoh sangat? Kan Badar...

Badar : Ayah ? Ayah ke tu? 


Badar terus berlari ke arah lelaki tua itu dan memeluknya.


Badar : ayah!!!

Farin : aku bukan ayah kamu!! Lepas kan aku..


Badar pun bangun semula.


Badar : ehem.. harap kejadian ini di lupakan lah ya. Siapa ingat,aku pancung kepala..

Tama : menjunjung perintah tuanku..


Ozen : pak cik siapa nama? Dan macamana pak cik boleh lucid dream..

Farin : nama pak cik Farin.. sebelum raja sekarang ni memerintah, pak cik adalah seorang panglima perang di kota tidur ini.

Crisa : jadi sudah lama penduduk kota seperti ini?

Farin : yaa... Perlu kamu semua ketahui.. Raja yang menguasai kota ini adalah Raja benua Bawasa!


Mereka semua tersentak mendengar itu. Sungguh tidak di sangka.


Zafar : tak mungkin. Kami mengira Raja benua tinggal di kota Darpa.

Farin : itu lah yang di fikirkan semua orang. Raja benua bawasa orang nya pemalas sehingga kan dia tidak mahu mengurus kota ini.

Ozen : macamana kalau ada serangan dari luar?

Farin : sesiapa pun yang datang ke kota ini akan tertidur dengan sendiri nya.. di saat musuh sedang tidur, mereka semua di bantai sehingga mati. Sebab itu di kota ini tiada tentera yang melindungi kota.

Crisa : mak ai. Sampai macam tu pemalasnya..

Farin : orang kota ini akan bangun sekali dalam sehari. Itu pun hanya untuk mengisi perut yang lapar kemudian tidur semula dan hidup dalam dunia mimpi. Sesuai dengan keinginan mereka.

Badar : macamana mereka boleh terima keadaan yang macam ni? Mereka semua lemah lesu tak berdaya. Dah macam zombie.

Farin : kerana mimpi boleh menciptakan apa sahaja keinginan manusia itu. Walaupun sekadar mimpi tetapi apa yang mereka mahu kan, selalu dapat. Misalnya seseorang yang ingin kan duit, wanita, rumah yang besar dan macam-macam lagi.

Man : tapi apa tak ada akibat nya?


Farin pun menyalakan rokok. Semua orang menunggu nya untuk sambung berbicara semula.


Farin : akibatnya memang ada. Seperti kata kamu, manusia menjadi lemah. Tak ada sosialisasi antara masyarakat. Semua buat hal sendiri.

Badar : dah tahu begitu, kenapa pak cik pun masuk dalam dunia mimpi ni?

Farin : itu sebab...... Pak cik bosan.. hahahahahaha!!! Bangun pun nak sembang dengan siapa? Hahahaha...


Benarlah apa kata Farin itu. Jika hanya satu orang yang sedar, apa guna nya?


Crisa : kenapa pak cik ketawa masa kami cakap nak jumpa dengan Raja?

Farin : hihihihi... Sebab Raja tak ada dalam dunia mimpi ni...


"Apa?!"


Mereka tersentak! Jadi dimanakah Raja benua itu?


Tama : cakap! Kalau tak aku tebas!

Man : haish dia ni. Asyik nak tebas orang je..

Farin : Raja benua bawasa berada dia dalam dunia mimpi dalam mimpi.

Man : umpama mimpi dalam mimpi??!

Farin : ya boleh di katakan begitu... Pak cik pernah jumpa dia tapi di usir begitu saja olehnya. Di dalam dunia itu, hanya di seorang saja. Tiada pembantu yang mendampingi dia.

Badar : apa nama dia?

Farin : nama raja Benua Bawasa ialah Malek. Tak ada informasi yang banyak tentang dia. Namun yang pasti dia tidak suka bergaul dengan orang. Orangnya penyendiri.


Badar seperti memikirkan sesuatu...


Zafar : kenapa Badar?

Badar : aku tengah fikir , apa alasan aku untuk bertarung dengan dia. Dia nampaknya tak jahat mana pun...

Farin : benar... Tapi sikap pentingkan diri ini... Merosakkan muafakat masyarakat... Lihat sendiri bagaimana penduduk kota...

Crisa : betul tu.

Badar : macamana aku nak menyedarkan dia?


Semua orang terdiam sehinggalah Farin bersuara....


Farin : pak cik tak minta banyak. Selamat kan kota ini... Hentikan dunia mimpi ini.. walaupun pak cik tidak mengenal kamu semua tetapi pak cik tahu kamu orang baik-baik.. pak cik gembira akhirnya ada seseorang yang berbual dengan pak cik dalam sedar ini... Terima kasih..

Badar : alamak.. sebak pula rasa..

Zafar : kalau macam tu. Marilah kita berangkat....

Farin : hahahaha... Hanya seorang sahaja yang dapat masuk ke dalam dunia mimpi dalam mimpi itu...

Zafar : apa?

Badar : biar aku.. bagitahu caranya pak cik...

Farin : baiklah... Tetapi ingat. Jangan sampai terjaga...

Ozen : kenapa pula ?

Farin : sebab perlu masa 1 bulan untuk kembali ke sana semula.

Crisa : hih lama tu...

Badar : saya faham pak cik...

Farin : baiklah... Cara untuk ke sana.. di dunia mimpi dalam mimpi adalah dengan cara tidur di dunia mimpi.


Orang-orang mengerutkan dahinya.


Man : macamana nak tidur dalam dunia mimpi? Kan dah mimpi?

Badar : ahh cuba dulu..


Badar pun merebahkan badannya di sebelah pokok yang ada di situ. Sedangkan yang lain menatapnya. Badar bangun...


Badar : macamana aku nak tidur kalau kamu semua tengok aku macam ni?

Crisa : oh.. hahaha..

Man : ye tak ye lah.. hahaha...


Mereka semua terus memandang langit...


Man : cantik kan langit.

Ozen : ya. Awan tak bergerak.

Kuda : tidur lah cepat! Badar!!! Badar! Badar boleh!!


Badar pun bangun semula.. dia menatap tajam ke arah kudanya.


Badar : boleh senyap tak?

Kuda : aku bagi semangat..

Badar : kau bagi semangat dekat aku yang nak tidur... Gila ke?

Crisa : kuda, apa kata kau sondol dia.. nanti dia tidur lah.

Kuda : eh tak boleh. Nanti dia bangun..

Badar : amboi, mencari kesempatan balas dendam ni...

Crisa : hehehe..

Man : pok nak? 

Crisa : eh tiba-tiba.. 

Zafar : memang agak susah tidur kalau dunia nya macam ni. Tengok.. angin tak ada.. awan nya tak bergerak. Suasana nya terlalu kelam..

Farin : ada satu cara untuk tidur. Cara ini lah aku pakai untuk tidur dalam mimpi dahulu..

Badar : hah, apa caranya?


Bersambung....



Previous: Bab 67
Next: Bab 69

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy