Kenangan
Sudah jauh mereka berjalan dari kota Tamala. Sebuah tempat di mana mereka dapatkan ramai kawan. Bukan itu saja, Tama dapat berbaik semula dengan keluarganya. Tama merasa sedih kerana malu untuk mengucapkan salam perpisahan kepada mereka semua.

Crisa : kalau ikut jalan ni, kita akan sampai ke kota Bluetal. Ishh tak sabarnya aku.
Man : sabar je lah. Bukan ada apa-apa.
Werza : hahaha.. ya tak ada apa.
Qan : lain macam bunyi nya tu. Oh sebenarnya aku ikut sebab nak kawal Tama dan Ozen ya.
Badar : bagus, alang-alang jaga lah kami semua. Bakat kau dalam tentera mungkin sangat berguna.
Qan : hehe. Mestilah.
Delima : tak apa ke kita tinggalkan Zafar?
Badar : aku cuma ada satu keyakinan yang dia akan kembali nanti.
Ozen : bila dia sedar, dia datanglah.
Heigo : jauh lagi ke?
Crisa : jauh tu tak lah. Mungkin petang kita sampailah.
Heigo : sekarang baru pagi! Lama lagi!
Man : macam tak biasa pula.
Tama : mereka sudah menjadi manja sebab dapat tinggal dalam istana. Makan sedap-sedap.
Heigo terasa mendengar sindiran itu. Tapi dia tidak terlalu menghiraukan nya. Sewaktu dalam perjalanan, ada seorang pak tua duduk di sebatang pokok. Mereka memilih untuk mengendahkan dia.
Orang tua itu berbaju lusuh, berjanggut yang tidak teratur. Senang cerita, kusut masai orang nya. Mereka melepasi orang tua itu tetapi dia bersuara.
Orang tua : kau orang lagi? Hehehe.. sudah berapa kali? Aku pun tak ingat.
Crisa : apa yang orang tua tu cakap?
Heigo : abaikan je. Tak betul kot orang tu.
Mereka pun terus melangkah.
Man : apa lah orang tu.. kita baru jalan sini.
Qan : dia cakap.. "kau orang lagi"..? Kita dah pernah lalu sini ke?
Delima : jangan-jangan kita sesat kot.
Werza : tak lah. Aku tahu jalan nya. Betullah ni.
Man : Badar, bagi aku naiklah. Penat ni.
Badar : tak boleh. Kuda ni cuma bagi aku naik.
Man : entah kenapa aku jadi ingat desa R dan S..
Badar : hahaha.. kuda dali meleka lah. Cemua joget-joget.
Mereka ketawa dengan gurauan Badar.
Badar : desa Rockstar.. aku jumpa Zafar dulu.. silap aku.. sebab tunjuk kan kekuatan aku untuk menyakinkan dia agar ikut aku.
Crisa : ya, aku dah dengar semua cerita tu.
Heigo : katanya kau lawan dengan Jin?
Badar : ya, jin tu kata kaum dia akan balas dendam nanti.
Delima : bahaya..
Qan : jin? Kau nampak Jin?
Badar : ya. Zafar pun nampak. Kalau aku tak datang sana. Zafar mungkin akan berkahwin dengan Wada.
Mereka mula mengenangkan perjalanan panjang yang telah mereka lalui.
Badar : dan kita tak akan tahu Zafar orang Reinland juga..
Heigo : lepas tu kau pergi ke kota Lahar kan? Tempat aku tu Qan kalau kau nak tahu.
Qan : wah.. dia ajak kau ke?
Tama : tak lah. Kami yang nak ikut mereka.
Delima : masa tu, kami ada Gelana yang jadi tukang masak kami. Yang jaga makan minum kami..
Mereka merasa sebak mengenang Gelana.
Ozen : Tama masa tu dalam penjara.
Tama : kau lah penjara kan aku!
Qan : kenapa?
Heigo : sebab Ozen bandit Raja Naffin. Jahat dia tu, dia curi air bersih dari kami.
Qan : oh. Kenapa kau ikut Badar?
Ozen : tak ada apa lah.
Crisa : eleh malu lah tu nak cerita.. ahaha..
Man : Ozen pun malu-malu kucing. Muka ganas hati cair. Ahaha..
Delima : lepas tu kita ke Desa bahtera.
Tama : ya, unik desa tu.
Heigo : kami jumpa Crisa ni dalam Maze Book lah..
Qan : ya kah?
Crisa : ya. Badar dan Zafar tunjuk jalan keluar nya. Aku sendiri tak pernah terfikir..
Delima : dalam tu pun ada Man.
Heigo : tu lah pelik. Macamana kau boleh ada dalam tu?
Man : dari kecil lah. Aku macam Crisa juga dari kecil dalam sana.
Badar : ohh macam tu. Lepas tu, kita ke benua Bawasa. Yang bestnya kita dapat tahu fasal Reinland dari Zakaria dan Yusyak.
Semua orang terdiam mengenang kejadian mereka meninggalkan Badar.
Badar : hmmm kejadian itu mengeratkan lagi kefahaman kita.
Qan : lepas tu pergi mana.
Man : kau orang lupa ke kisah sedih yang lain?
Werza : hah apa tu ?
Man : Kota malam.
Heigo : hahaha lawak kita masa tu. Tak tahu apa-apa. Kita pun dah tahu nama masing-masing.
Qan : apa yang best?
Ozen : kota tu tak pernah siang..
Qan : wah! Baguslah. Tak panas.
Badar : tapi kita manusia perlukan cahaya matahari. Kalau tak muncullah penyakit pelik-pelik.
Crisa : kesian Raja Aman..
Mereka tiba-tiba menyanyi kan lagu Tidurlah permaisuri hati.. bersama-sama..
Badar : lagu tu untuk permaisuri Raja Aman yang sakit ..
Qan : mesti sedih kena tinggal .. huuuuahh..
Badar : Kota tidur.... Lagi sedih...
Qan : kenapa? Apa jadi?
Heigo : kami ... Harus merelakan kepergian Gelana untuk menentukan pilihan hidupnya.
Delima : tapi jangan risau.. pasti ada seseorang yang akan meneruskan peranan Gelana. Harap-harap lah.
Man : kami semua dalam dunia mimpi. Kau mungkin tak percaya, Kuda ni.... Boleh cakap..
Crisa : dan suka sondol orang..
Kuda itu tiba-tiba meringkik seolah-olah menyindir Crisa.
Crisa : apa masalah kau eh?
Tama : sabar. Itu semua cuma mimpi.
Crisa : tapi terasa nyata. Atau terasa mimpi.
Badar : terasa mimpi yang~~
Crisa : ceh..
Heigo : kami juga dapat kawan dari kota darpa... Dia bagi kami emas. Malah ada pesta makan yang terbesar.
Badar : itu memang tak boleh lupa lah. Satu kota makan bersama.. hahaha..
Man : hotel merah! Aku lupa nama nya.
Crisa : ohh ye lah. Hampir terlupa.
Tama : ya lah, kita kat sana semua terlupa. Cuma Man je ingat.
Crisa : macam mana kau boleh ingat ya?
Man : errr sebab aku pelindung?
Badar : boleh jadi juga.
Tama : aku hampir membunuh raja aku.
Badar : hahaha... Zanjiil boleh keluar pula..
Qan : siapa Zanjiil?
Crisa : Badar di masa lalu..
Qan : tak faham...
Crisa pun menceritakan semuanya.
Qan : ohh mak ai. Agak tragis ya?
Badar : ya. Oh kat situlah kita jumpa Werza... Sekarang ni kita nak hantar Werza ke kota Bluetal.. misi selesai..
Werza : terima kasih semuanya! Perjalanan kalian sangat menarik.. terima kasih atas pengalaman ni.. harap kamu semua tak lupakan aku lepas ni.
Man : hahahaha..
Hanya Man yang tertawa. Yang lain kehairanan melihat Man.
Ozen : aku sungguh tak sangka Heigo dengan Delima dapat Core.
Tama : strong type pula tu. Tak kan aku seorang je weak type.
Qan : eh ada geng..
Crisa : haa Qan core dia weak type.
Qan : ya jangan sesekali ajak aku makan pedas.
Badar : Crisa, kau boleh periksa mereka berdua core apa? Kenapa boleh ada Core?
Crisa : ya..
Walaupun sedang bergerak, Crisa masih dapat mencari tahu jawapannya.
Crisa : ohh aku faham. Core mereka terlahir sebab hubungan antara Core All of Us. Semua untuk kita. Jadi Core itu telah berkongsi kekuatan dan melahirkan Core dari dalam diri Heigo dan Crisa.
Man : oh macam tu. Apa Core mereka?
Crisa : Heigo, Core Zarah. Dia mampu mengeraskan tubuh dan benda di sekitarnya. Dia juga boleh melembutkan sesuatu benda.
Heigo : wah hebat juga Core aku. Aku ingat Core aku keras je..
Crisa : Delima , Core ledakan penyembuhan . Mampu menyembuhkan orang di sekitarnya yang terkena ledakan aura itu.
Badar : Delima, kau kena kawal supaya kau tak salah sembuhkan musuh.
Delima : err boleh ke?
Ozen : boleh.
Man : ya boleh.. kami semua kat sini tak pandai guna masa mula-mula.
Crisa : kalau nak maklumat, bagitahu je. Dengan Core Space aku semua benda ada tersimpan..
Tama : Lacus jangan lupa..
Badar : ya, dia rela jadi pengikut aku..
Ozen : dia boleh terbang..
Man : ya dia wartawan dunia.
Badar : lagi seorang pengikut aku nak..
Tama : kita dah banyak pakatan gabungan. Mereka akan tolong kita.
Badar : aku teringat dengan gergasi laut.
Qan : pun ada ke?! Banyak yang aku terlepas. Aku bersyukur sebab pilih ikut tadi..
Ozen : banyak yang kau akan lihat nanti.
Tama : datang lah apa pun. Aku sudah sedia menebas semua yang menghalang kami.
Badar : Reinland... Aku akan jadi The New King!!!
......
Tamat?