Home Buku Fantasi The New King
Bab 79

Perikatan


Kelompok Badarien di sambut hangat oleh Raja Badik dari Kota Batu itu. Mereka di berikan hidangan mewah seperti ayam, daging dan ikan yang besar saiznya. Apatah lagi menurut kata Raja Badik, hidangan tersebut di sediakan oleh tukang masak yang terbaik dari kota batu itu.


Kota Batu di beri nama begitu kerana hampir setiap bangunan nya di buat oleh batu. Malahan hampir tidak ada tanah di situ. Hanya tumbuhan di situ di kelilingi dengan batu.



*Gambar sekadar hiasan. Bayangkan sendiri. 🤭


______________________________________


Badar yang kekenyangan menepuk-nepuk perutnya sambil membuang nafas lega kerana dapat makan. Tetapi tidak dengan pengikut nya yang lain. Mereka makan dengan mata tetap menumpu ke arah Badar. Mereka masih tak berpuas hati akan hal tadi.


Badar : eh makan lah.. percuma ni..

Tama : percuma yaa..


Tama hanya menjawab dengan suara yang datar. Sedangkan yang lain masih sama.


Badik : yaaa.. macam mana dengan makanan ini?

Badar : sedap .. ini makanan paling sedap yang pernah aku makan.


Pengikut Badar masih geram akan kejadian tadi. Badar harus melakukan sesuatu ..


Badar : hmm baik lah. Kami berangkat dulu.

Delima : hah? Saya belum habis makan.

Badar : baik lah. Aku bagi masa 15 minit saja..


Dengan itu, mereka semua makan dengan cepat kerana takut di tinggalkan.


Badik : aku sangat kagum dengan semangat kamu semua. Sebenarnya, aku jadi Raja sebab nak cipta satu tempat yang damai. Tapi aku kena ikut pula perintah raja dunia. Aduh ..

Badar : habis tu, macamana ?

Badik : hehee.. nasib baik kau dah kalah kan Raja benua Bawasa. Jadi aku bebas.

Zafar : apakah kau keturunan Raja?

Badik : ohh tidak. Aku cuma orang biasa yang menjadi Raja. Core aku Batu .. Strong type.


Crisa pula menyampuk..


Crisa : ya betul tu. Yang boleh jadi Raja orang yang ada Strong Type dan Type Raja...

Badik : betul tu..

Tama : ya. Kami pernah kalahkan Raja Naffin yang ada strong type.

Badik : ya aku tahu. Aku pernah baca di berita.


Kata Badik sambil menunjukkan kertas berita yang boleh di sentuh dan di 'scroll' ...


Heigo : hairan betul aku. Siapa yang bagi info fasal kita ya?


Man yang sedang minum air tersedak mendengar itu.


Man : uhuk!!

Ozen : entah lah.

Zafar : Siapa yang menulis berita itu?

Badik : seorang wartawan yang bagus. Lacus.

Zafar : ohh dia.. aku kenal dia.


Semua pengikut Badar menganggukkan kepala.


Badar : hah? Kenapa aku tak kenal?

Ozen : dia pergi tanpa sempat jumpa kau.

Badar : kenapa?


Zafar bangun dari kerusi dan menggayakan diri seperti Lacus.


Zafar : kerana aku.. hanya lah seorang penggemar.


Badik menepuk tangan nya dengan teruja.


Badik : wah rupa-rupanya ada peminat lain lahhhh..!!! Aku jadi nak jumpa dia pula...

Badar : hahaaha aku pun patut jumpa dia. Sebab ada satu benang cahaya yang pelik mengarah ke tempat lain...

Zafar : jangan-jangan!!!

Man : kenapa?

Zafar : dia jadi pengikut Badar tanpa kita sedar.

Badar : ya ke ?

Werza : boleh eh macam tu?

Crisa : mungkin sebab dia rela? Kot?

Badik : wah aku pun nak lah jadi pengikut kau.

Badar : mana boleh. Kau kan Raja.


Raja Badik terdiam apabila Badar berkata begitu. Ada benarnya. Dia mula memikirkan sesuatu.


Werza : tapi Raja dengan Raja boleh buat perikatan kerjasama ..

Badik : ya betul!! Bijak kau. Siapa nama kau?

Werza : werzami.. hahaha..

Badik : aku akan jadikan kau menteri!

Werza : terima kasih sajalah. Saya nak balik rumah.

Heigo : jadi macamana ? Badar nak ke?

Badar : aku setuju tapi aku nak minta tolong sedikit...

Badik : apa dia?


Badar pun mengajak Badik keluar. Sebenarnya dia mahu meminta sedikit wang emas untuk dibelanjakan selama perjalanan mereka.


Badik : itu tak ada masalah. Kerajaan kami kaya. Kalau macam tu, anggap ini hadiah sebagai tanda Perikatan kita.

Badar : terima kasih sebab bantu Raja muda yang baru ni..

Badik : eh jangan macam tu. Aku akan sokong kau. Tapi jangan bocor kan Rahsia ni .. risau raja benua yang lain tahu.

Badar : ok baiklah..


Setelah selesai, mereka berdua masuk semula. Badar cuba menahan wajahnya dari tersenyum lebar... Zafar yang duduk di sebelah nya terus tanya kepada Badar..


Zafar : ada apa Badar?

Badar : ah nanti lah..

Man : jangan-jangan dia ni merancang nak kenakan kita lagi ni..

Heigo : Badar kau jangan main-main.. 

Badar : tak ada apa lah..

Crisa : habis tadi ada apa?

Badar : Rahsia.


Badik mengira pengikut Badar...


Badik : eh macam ada yang kurang?

Delima : siapa?

Badik : Gelana si tukang masak mana?


Pertanyaan itu membuatkan kelompok Badarien terdiam.


Badar : sebenarnya dia jumpa cinta sejati dia. Lepas tu kahwin lari. Eh kahwin hilang.. aku tahu mereka di mana. Tapi rahsia.. mereka mahukan privasi.

Badik : ohh macam tu... Pulangkan balik.

Badar : ehhhh ???!!!

Badik : tadi aku bagi kau uncang emas untuk setiap seorang pengikut kau. 9 uncang emas. Tapi Gelana tak ada. Kurang satu.. pulang kan satu uncang...


Badar pun memberikan semula dengan wajah sedih..


Crisa : ohhh ini kerja kau.

Man : bangkai Badar. Nak bolot hadiah Gelana!

Heigo : ohh ohh.. dah lama buat kerja ni?

Badar : hahaha baru nak rasa dua uncang emas.. 

Badik : Werza, ini uncang Gelana.. saya bagi dekat kamu.. gunakanlah sebaiknya... 

Werza : eh saya pun dapat ke? Terima kasih.


Kemudiannya, mereka berpindah tempat ke balai istana setelah selesai makan.


Badik : duduk lah..


Kelompok Badarien duduk di antara ruang tersebut. Saling menghadap satu sama lain kecuali Badik. Dia duduk di singgahsana nya..


Badar : apa yang kita buat dekat sini?

Badik : hehe mungkin kau tak sedar tapi bintang Raja kedua muncul di langit.

Zafar : betul ke?

Crisa : kita dapat restu Raja.

Heigo : yeayyy!!!


Mereka bersorak kegembiraan...


Badik : ini satu berita baik. Tengok berita ni. Jelas restu raja kedua kamu dapatkan.


Bintang itu bersebelahan dengan bintang Raja Benua Ulala sebelum ini.

Bintang Raja di panggil restu Raja apa bila seseorang Raja Baru dapat meminta restu atau memaksanya.. bintang Raja tak akan hilang dan tetap berkelipan di langit meski pun di siang hari.


Badar : wah jelas gambar nya.

Badik : betul.

Crisa : eh ada berita lain.


Crisa melihat ke kertas berita yang di punya.


Crisa : Kelompok Badarien di salahkan setelah menyelamatkan orang kota tidur..

Ozen : mereka memang tahu ya fasal kita. Siapa yang bagi info tu ya?

Man : mana aku tahu...

Badar : Lacus tinggal dekat mana ? Aku nak jumpa dia.

Zafar : kalau tak silap, dekat kota Wadim. Benua Aralana..

Badar : huish jauh lagi..

Delima : awak kan naik kuda.. kami yang berjalan ni...

Man : huh, aku dah banyak kali nak naik kuda . Tak bagi langsung..

Badar : nak beli sendiri. Kan dah ada emas tu. Hahahaah..ketawa jahat..

Zafar : jangan. Kita kena berjimat.. perjalanan kita masih jauh.

Ozen : kalau macam itu, apa yang kita tunggu lagi?

Tama : betul tu. Baik kita berangkat sementara hari masih cerah.

Badik : Aku bukan nak menghalang kamu semua. Tapi aku nak kamu semua ada di acara esok.


Mereka semua kehairanan. Acara apakah yang di maksud kan oleh Raja Badik?


Heigo : Acara apa tu?

Badik : Acara Makan bersama rakyat.

Badar : makan?

Badik : ya! Makan secara besar-besaran!


Badik menuju ke arah jendela dan membuka jendela itu dengan kuat.


Badik : tengok tu..



*Sekali lagi gambar sekadar hiasan


Badik : di jalan yang besar itu. Dengan Core aku, aku akan cipta meja terpanjang dalam sejarah! Aku akan bagi makan pada Rakyat aku. Hahaha.


Badar seketika kagum akan Badik.


Badar : Wah! Raja berjiwa rakyat. Aku nak jadi raja macam kau. Aku akan buat meja lebih panjang dari kau.. yeah!!

Badik : yeah!!!

Zafar : cepat betul mereka akrab ya.. 

Badar : bila nak masak ni?

Badik : hehehehe.. kau pasti akan terkejut...

Badar : kenapa? Cakap!! Aku tengah teruja ni.

Badik : sebentar lagi, Chef terbaik dari seluruh benua akan sampai ke kota Batu dan bantu kami masak makanan yang terbanyak dalam sejarah.. hahahaha...

Badar : wahhhh.. sifu. Tunjuk ajar ku sifu.. 


Badar menundukkan badan nya..


Man : ah sudah, dia terlebih kagum..


Badik menepuk bahu Badar.


Badik : murid ku, inilah saatnya kita mencipta sejarah..

Badar : yeah!!!


Di dalam negeri Darpa, ada Kota batu yang memiliki Raja Baik Hati. Berjiwa Rakyat. Di dalam kota batu pula, ada 5 orang chef terbaik. Kemudian Raja Badik membawa 100 orang chef dari seluruh benua untuk Acara Makan Bersama Rakyat!


Datanglah semua Chef itu menghadap Raja Badik dan terus ke dapur menyiapkan bahan makanan. Itu membuatkan Badar memutuskan untuk tinggal sehari lagi di kota itu. Apa kah itu perangkap agar menghalang Badar dari meneruskan pengembaraan?


Badar ketika itu berjalan bersama Badik di lorong istana dan di temani oleh Tama. Yang lain semuanya sudah berada dalam bilik masing-masing. Ada yang tidur, ada yang mandi dan ada yang sedang mencukur jambang..


Badik : esok pagi. Satu-satunya bunyi pertama di pagi hari adalah bunyi loceng makan!!

Badar : terbaik lah.

Badik : aku akan makan sekali di luar. Aku mahu bergaul dengan mereka semua.

Badar : wah.. raja seperti ini patut jadi Raja benua...

Badik : hahaha. Tak boleh. Untuk menjadi Raja benua perlu ada Core Raja. Sedangkan raja kecil di antara dua Core.


Di kota, kelihatan para pengawal memberikan kertas jemputan ke acara makan itu.


O. K 1 : kita memang tak salah pilih raja.

O. K 9 : betul tu. Kita memang bertuah dapat raja baik hati dan suka bergurau. Ahahaha..

O.k 97 : aku dengar dia panggil 100 chef untuk menjamu kita makan tahu.

O.k 51 : eh memang pun. Raja kita tu kaya.

Delima : daging berapa?

O.k 51 : eh ada pelanggan... 1 kg 10 perak je dik.


Delima menyiapkan bekalan makanan untuk perjalanan mereka nanti. Dia pergi seorang diri. Semenjak ketiadaan Gelana, Delima cuba menggalas tanggungjawab itu.


Heigo : Delima!!!

Delima : eh Heigo.. 

Heigo : kenapa kau pergi seorang?

Delima : aku tak nak menyusahkan orang..

Heigo : laaa sekurang-kurangnya aku kan boleh tolong angkat barang.. nak beli apa lagi?

Delima : hehee ayam. Sayur..


Mereka berdua pun pergi membeli bekalan makanan.. dalam perjalanan itu....


Delima : semua orang dah lupa dengan Gelana.

Heigo : delima.....

Delima : hmm ?

Heigo : kau salah... Mereka nampak saja seperti baik-baik saja. Sebenarnya mereka masih merasa ketiadaan Gelana .. sebab itu, semua nya cuba untuk ceria.

Delima : huuuu.. mereka masih ingatkan Gelana.. 😭


Bersambung.... 



Previous: Bab 78
Next: Bab 80

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy